anaklaut
ANAKLAUT
Wednesday, 10 July 2019
HAKIKATNYA ANDA HANYA MENAMBAH PENDAPATAN BEBERAPA PERSEN SAHAJA JIKA BEKERJA PADA PENGHUJUNG 50AN
Ramai yang mempersoalan kenapa saya pencen awal... Jawapan saya:-
Seorang kawan yg dah capai umur 58 tahun bertanya pandangan saya, apakah dia patut bersara awal daripada penjawat awam?
Saya kongsikan jawapan, moga anda yg tengah memikir, atau tak pernah fikir, menilai pandangan ini, khusus kpd penjawat awam,mungkin juga pekerja swasta yang istiqamah mencarum KWSP.
Secara kasarnya, jika seseorang bersara dia akan dapat gratuities (jika berijazah) biasanya dalam lingkungan RM200K, dicampur ganjaran cuti rehat dan wang pencen bulanan lebih kurang 60 % daripada gaji akhir.
Berbanding jika terus kerja dapat gaji lebih 40% lagi, contohnya jika gaji sekarang RM6000, jika pencen dapat RM3600.Tetapi jika terus kerja kena bayar cukai pendapatan hampir sebulan gaji, duit minyak berulang ke tempat kerja selain mentainen kenderaan dan belum lagi dikira duit belanja harian.
Sedangkan jika dia pencen tiada cukai pendapatan lagi. Duit gratuities lingkungan RM200K boleh dibelanja untuk diri atau disimpan dlm pelaburan selamat seperti Tabung Haji, akan menjana pendapatan dan boleh ditambah kepada wang pencen setiap bulan.
Jadi jika kerja pun, gaji kena tolak cukai, kena tolak duit minyak kereta, sedangkan jika pencen wang pencen boleh ditambah dengan keuntungan pelaburan wang gratuities, atau kerja sambilan, dan dengan itu perbezaan tidaklah banyak dengan jika terus bekerja
.
Bila pencen semuanya bebas, kurang tekanan hidup, berebut ke tempat kerja dah tiada, boleh bangun awal utk lebih beribadah, tekanan tempat kerja dan 1001 masalah lagi akan berkurangan. Berbaloikah dengan sedikit tambahan gaji, berbanding jika pencen.
Hakikatnya, menerus tugas setelah umur melebehi 56, hanya menambah sedikit sahaja hasil, tetapi bebannya besar, sedangkan kita sudah ada hak untuk berehat dan dapat pendapatan tanpa kerja.
Bila pencen pun rawatan ditanggung kerajaan, bahkan keperluan alatan perubatan juga ditanggung berbanding jika kita masih kerja.
Pandangan ini mungkin nampak negatif, tetapi jom kita merenung pesan Nabi saw. Hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra daripada Rasulullah saw, baginda bersabda,
“Umur umatku adalah antara 60 hingga 70 tahun. Sedikit daripada mereka yang melebihi itu”.
Ini hadits yang shahih, dikeluarkan oleh Imam at-Tirmidzy (3550), Ibn Majah (4236), Ibn Hibban (II:96), al-Hakim (II:427).
Memang benar hari ini rata-rata 60-an sudah mula sakit itu ini dan tak kurang yang berpindah alam.Jika kita bekerja sampai 60an,peratus berulang ke hospital dan mc akan neningkat berbanding hari kerja.
Bila pula masa nak bersedia untuk bekal mati. Jika kita bekerja selama 30 tahun, umur kita lebih kurang 55 tahun, maka baki umur selanjutnya patut ditumpu kepada amal ibadat dan kerja kebajikan, cukuplah menghambat dunia 30 tahun dan menghambat akhirat mungkin beberapa tahun sahaja yang berbaki.
Akhirnya, saya mengajak anda yang dipenghujung 50-an, lebih-lebih lagi jika wanita, untuk menilai berbaloikah berulang ke tempat kerja untuk menambah pendapatan yg sedikit sahaja berbanding kita boleh duduk di rumah, ada pencen, ada duit ratus ribu, boleh berziarah, boleh mengaji agama yang tertinggal masa muda-muda dulu serta masa yang kita sebuk dengan kerja, boleh menggerakkan kerja kebajikan dsbnya.
Berhentilah menghambat dunia dengan sukarela setelah berpuluh tahun menghambakan diri, berbimbang Allah hentikan kita dengan penyakit atau terus dicabut nyawa.
Jika anda rasa, anda perlu terus kerja, teruskanlah, pendapat anda lebih betul pada diri anda, saya mungkin hanya mengukur pendapat pada diri saya shj.
Wallahua'lam dan selamat menempuh hari_hari tua yang lebih ceria dan santai dengan nikmat kesihatan masih lagi dapat dirasai. 😍😍😍😍
anaklaut2@yahoo.com.my
Tuesday, 18 April 2017
Wednesday, 14 December 2016
Mari menanam sayuran
Tanaman Sayuran Di keliling Rumah
Jika rumah anda ada sedikit ruang, mungkin ada ingin rumah kelihatan cantik landkapnya, saya ingin bekongsi pengalaman dengan anda. Untuk permulaanya anda buatlah lakaran kawasan kosong di sekitar rumah anda dan tandakan pokok dan tanaman apa yang hendak ditanam. Campuran sayuran dan pokok bunga mungkin memberi kepuasan dan keuntungan dari segi ekonomi rumah tangga. Warna cantik bungaan di samping sayuran membuat rasa tenteram pada pemilik rumah
\
Hasil tanaman ini jika berlebihan boleh juga dijual di pasar, ini boleh membantu menjimatkan belanja dapur. Mungkin antara kita rasa malas dan tak ingin mengotorkan tangan bermain dengan tanah dan tumbuhan. Sikap inilah sebenarnya yang menjadi penghalang pada kebanyakan kita, sanggup membiarkan semak-samun diseliling rumah. Dengan kenaikan harga barang sekarang kebanyak kita sudah jadi miskin walaupun ada duit kerana duit kita menjadi kurang nilainya kerana kenaikan barang ini. Jika kita ada lima puluh ringgit untuk ke pasar apakah barang yang dapat kita beli, tentu anda perasan yang kita tidak semewah dulu lagi.
Ada banyak sayuran yang boleh ditanam di sekliling rumah kita, pastikan tanaman asas keperluan harian dapur dulu di utamakan. Cili pada, serai, halia, kunyit, pokok limau purut dan daun kari mungkin yang perlu diutaman kerana boleh dikatakan pengunaannya sangat penting untuk kebanyakan masakan kita. Tanaman lain boleh di tambah mengikut ruang yang tinggal. Kita beruntung Malaysia negara yang subur kerana kebanyakan tanaman boleh hidup dengan subur di mana-mana tempat di Malaysia.
Tanaman hiasan bunga adenium dan campuran sayuran buah cili dan terung
Terung boleh berbuah ketika berumur dua bulan dan tahan bertahun-tahun jika dijaga dengan baik
Lada boleh di jadikan sayuran masa masih hijau dan menjadi campuran kebanyakan masakan kita
Bunga petola ini juga cantik dengan warna kuning terangnya
Tanaman hiasan bunga-bungaan boleh di tanam dalam pasu kerana cara ini pokok-pokok itu boleh di pindakan ke mana-mana di sekitar rumah. Lebih cantik jika digandingkan dengan pokok sayuran.
Bunga pokok bendi dengan kelopak besarnya memang menarik masa ia kembang
Hasil yang sudah dikutip segar dari halaman
Semuga dengan pendedahan ini dapat menimbulkan minat dikalangan kita untuk berbudi pada tanah. Disamping boleh menjadi aktiviti yang menyihatkan boleh juga mencantikan persekitaran rumah, paling penting boleh membantu menjimatkan belanja dapur dalam musim kenaikan harga bermacam-macam barang keperluan harian. Selamat mencuba
Wednesday, 14 September 2016
Pokok tin di SMK Bagan Terap.Sungai Besar Selangor.
(Projek Persatuan Sains Pertanian)
Pengenalan
Dua tahun yang lalu heboh bila pokok
kurma yang ditanam di Malaysia telah mengeluarkan
buah yang lebat. Namun ada satu lagi buah yang
barokah dari timur tengah telah bejaya ditanam di Malaysia malah tumbuh subur dan berbuah lebat. Pokok tersebut adalah Pokok Buah Tin Allah swt dalam
Al-Quran bersumpah dengan nama buah tin : "Demi Buah Tin dan
Zaitun" (Ayat pertama Surah At-Tin).Nama buah tin turut
tersemat dalam satu hadis Rasulullah swt yang berbunyi "Jika Aku mengatakan
ada buah yang turun dari surga maka inilah buahnya(Tin)".Umum mengetahui
buah tin adalah buah yang subur di semenanjung arab dan juga
di Turkey selaku pengeksport terbesar. Selain di
timur tengah, buah tin juga sudah mula ditanam dan dikomersialkan dari Amerika Utara hinggalah ke negara
Jepun.Siapa sangka buah tin ini juga mampu hidup di Malaysia.Hari ini sudah ada
beberapa pengusaha yang menanam dan mengkomersialkan buah ini
di Malaysia.Thailand dan Indonesia antara negara jiran beriklim tropika
yang lebih awal membuka langkah serupa. Minat penulis pada pokok tin telah
menimbulkan ilham untuk membiakanya di sekolah, dari pengalaman tiga tahun
menanam pokok tin di kawasan terbuka di sekitar halaman rumah. Kebetulan pula seorang guru sains pertanian. Menanam pokok tin di sekolah
akan memberi peluang murid-murid yang yang mengambil subjek sains
pertanian mempelajari dan menjalankan teori dan amali yang sememangnya ada dalam sukatan pelajaran mereka.
keratan pokok tin
Keratan pokok tin disediakan dari berbagai vareiti
Campuran semaian dengan nisbah campuran 3:1:1 dan baja organik diisi dalam
polibag 10in.
Semaian keratan disemai dan disiram setiap hari
Pilihan cara pembiakan pokok tin lihat juga ini
contoh semaian yang membesar
Semaian sedia dipindah ke tapak projek setelah berumur dua bulan
barisan 3 meter
Penjagaan pokok tin.
Keperluan pokok tin membesar dengan sempurna adalah bagaimana kita menjaganya, keperluan utamanya adalah air, cahaya dan nutrien(baja). Air adalah membekalkan H2O dan sistem pengangkutan untuk membawa nutrien keseluruhan pokok. Kawasan yang lapang membolehkan daun mendapat cahaya yang optima menjadikan proses fotosintisis menghasilkan bekalan makanan yang mencukupi untuk pokok membesar dan berbuah.
Untuk memdapatkan bekalan air yang mencukupi sistem pengairan yang terbaik perlu dipasang. Murid-murid telah diajar cara pemasangan sistem ini. Pemasa di pasang untuk jangka masa yang di peruntukan penyiraman pagi dan petang.
Pokok dipindah ke lubang yang disediakan
Amali cantuman cara kami. cantuman baji pokok tin
Pembajaan dan kawalan perosak
Baja yang digunakan adalah baja organik yang mempunyai nisbah NPK 5:5:5. membaja mengikut peringkat umur pokok kecil satu sudu kecil 2 minggu sekali dan pokok besar dua sudu besar dua minggu sekali. Perosak biasanya ulat dan belalang dikawalan dengan semburan racun serangga berkala cuma racun kelas 111 digunakan kerana tahap bahayanya yang rendah pada manusia. Karat daun pula dikawal cara fizikal iaitu membuang daun yang berpenyakit. semburan racun kulat hanya diguna jika tahap serangan begitu teruk.
Pokok membesar dengan sempurna dengan pembajaan dua minggu sekali mengunakan baja organik
Lima bulan selepas ditanam pokok tin mula berbuah dengan lebatnya
Murid-murid teruja melihat pokok dan buah tin yang mereka tanam mula berbuah
Inilah buah tin yang masak dari vareiti IBG
Guru lain juga berminat dan
pekerja sekolah pun teringin nak merasa buat tin yang ditanam
Penutup
Mungkin pengalaman kami ini boleh menjadi contoh untuk sekolah-sekolah yang mengambil subjek sains Pertanian. Walaupun bukan yang terbaik tapi kami gembira kerana persatuan Sains Pertanian SMK Bagan Terap berani kedepan mencuba walau satu projek yang mahal tapi berbaloi.
Subscribe to:
Posts (Atom)