ANAKLAUT

Friday 6 June 2014

Islam di kota Beijing

Catatan orang kecil di Beijing.

Sewaktu di tanah air, fikiran saya tentang negara China ialah mengenai Islam dan komunisme di China. Benarkah banyak masjid di kota Beijing yang saya gambarkan dalam minda seperti banyaknya masjid di tanah air kita Malaysia. Dan apakah benar China sebuah negara yang berlandas ajaran komunis yang mementingkan kesamarataan semua rakyat dan memiliknegarakan semua harta.  Dua pencarian ini kerap muncul kerna maklumat yang sedia ada dari sumber-sumber tidak rasmi dan rasmi terutama melalui sistem pendidikan dalam negara.




Saya berkesempatan melawat kota Berjing awal Jun 2014.  Maka sedikit catatan saya mengenai persepsi di atas.  Seperti di Malaysia yang saya tidak pernah mendapat maklumat yang tepat mengenai jumlah penduduk muslim di China, kebetulan saya bertemu seorang mahasiswa sebuah university ketika menziarahi masjid tua (dibina tahun 1921), Masjid Niujie, dia mendakwa terdapat 20 juta muslim daripada 1380 juta rakyat China.  Tentulah peratusannya kecil amat. Tambahan pula dia pun bersetuju dengan saya bahawa kebanyakan daripada 20 juta itu tertumpu di wilayah barat (sedang bergolak kerna ada masalah politik dengan kuasa Beijing), Xinjiang dan beberapa wilayah selatan. Ini bermakna jumlah musiim di kota Beijing tidaklah dapat membentuk satu pandangan pentingnya satu kehidupan manusia berbudaya Islam.

Pengunjung-pengunjung muslim akan bermasalah sedikit ketika membersihkan diri setelah membuang air kerna hampir semua tandas tidak menyediakan punca air, kecuali di ruang hadapan.  Ini bermakna kita mesti membawa air dalam botol ke dalam tandas untuk membersihkan diri kita setelah membuang air.










Masjid?  Kita faham munculnya surau dan masjid kerna adanya komuniti muslim. Seperti di jalan Niujie, dahulunya merupakan pusat tinggal muslim di kota Beijing, maka wujudlah sebuah masjid dan sekolah muslim. Menurut dua pemuda bangsa Uighur yang berdagang makanan kepada palancong, terdapat banyak masjid di Beijing tetapi bukanlah masjid sebagaimana yang ada di banyak negara Islam. Masjid Nuijie memang besar seperti di Malaysia, tetapi masjid-masjid lain yang dikatakan banyak itu sebenarnya seperti surau di Malaysia.  Hanya warga Beijing yang tahu kedudukan masjid-masjid berkenaan, dan pelancong muslim hanya diperkenalkan dengan masjid yang agak besar.



Tanda-tanda restoran atau bangunan yang dimiliki oleh muslim ialah warna hijau. Namun dengan jumlah kecil muslim di Beijing, tidaklah mudah menemui restoran muslim yang papan tandanya berwarna hijau.  Untuk rekod, warna tema masjid Niujie yang tertua pun bukan hijau, tetapi merah.  Sebagian hiasan di bumbung masjid juga kedapatan patung seperti yang biasa ada di bangunan-bangunan lain. Patung singa dan naga menjadi symbol budaya orang Cina.

Bagaimana negara China sekarang

Catatan orang kecil di Beijing. ( dari blogger Suparjo)


Walaunpun sebilangan besar rakyat Malaysia mengetahui komunisme melalui saluran kedua dan seterusnya, bukan first hand, namun tidaklah semua yang bukan secara first hand itu propaganda Barat semata-mata.  Maksud saya sepanjang Perang Dingin 1945-1990, Barat lebih banyak memberi maklumat buruk menenai komunisme dan masyarakat dunia komunis.  Dengan adanya foto manusia berbaris panjang di Poland dan Jerman Timur untuk membeli makanan atau roti, tentulah satu keadaan benar mengenai sistem ekonomi kawalan.  Kerajaan tidak membenarkan penubuhan entity perniagaan sebab akan mewujudkan jurang pemilikan harta dalam kalangan rakyat.
bertualangan di Beijing

dunia kapitalis
dunia marhaen

                     






lambang kekayaan di negara komunis?

masih mengaku perjuangan komnisme
Pembinaan tembok Berlin selepas Perang Dunia Kedua bukanlah propaganda Barat. Tembok itu dibina oleh pemerintah Jerman Timur untuk menghalang penghijrahan penduduknya ke Jerman Barat akibat amalan komunisme di wilayah timur.  Kalau benar tembok itu hanya propaganda Barat mengenai keburukan dan masalah sistem komunis, tentulah sebaiknya Jerman Barat  (demokrasi) yang membinanya.

Mungkin filem The Killing Field mengenai kekejaman dan kesulitan hidup manusia komunis di Kemboja sebagai salah satu propaganda Barat kepada masyarakat dunia, tetapi kemunduran mansusia akibat pemerintaan komunis juga secara nyata di Vietnam dan Laos. Jadi apakah kota Beijing yang sekarang sebagai antara kota penting dunia pernah mengalami nasib buruk seperti kota Phnom Penh, Ho Chi Minh dan Berlin Timur?

Kota Beijing menjadi pusat pemerintahan China sejak zaman purba dan kini mempunyai 20 juta jiwa. Luasnya 24 kali kota Singapura! Penduduk Singapura sekitar 5 juta.  Adakah bangunan di Beijing dan kekayaannya hari ini yang seperti di kota-kota negara demokrasi hanya muncul setelah komunisme mengalami nasib buruk mulai tahun 1990? Tidak mungkin.

China sebuah negara komunis.  Komunis apa untuk kota Beijing? Tidak ada perbedaan kehidupan masyarakat Beijing dengan Kuala Lumpur.  Manusia bebas memiliki harta dengan ditandai dengan pemilikan syarikat perniagaan dan kenderaan.  Pemandangan biasa di Beijing ada orang yang berkenderaan mewah dengan orang yang mengutip sampah berpakaian kumal.

Syarikat-syarikat gergasi bertebaran di mana-mana. 

Anak-anak di Malaysia diwajibkan mempelajari sedikit asas ajaran komunis yang diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) tahun 1930-an hingga 1960-an. Antaranya ialah komunis mengajarkan kesamarataan hidup: Tiada orang kaya dan tiada orang miskin. Semua harta adalah milik negara.  Ini bermakna perjuangan PKM yang dibantu secara total oleh Parti Komunis China (PKC) tidak berbeda dengan contoh negara komunis di Kemboja tahun 1975-79.

Kalau benar China pengamal tegar  komunisme, kita hanya melihat bangunan usang dan manusia yang muram di kota Beijing sekarang ini.  Tidak, Beijing seperti semua kota besar di Malaysia. Ada imej orang kaya dan miskin. Semua bangunan perniagaan dihias indah menarik pelanggan.  Peniaga jalanan juga berebut-rebut melariskan jualannya tanda mahu mencari kekayaan.  Amat sedikit sekali melihat tentara, polis atau penguatkuasa undang-undang berkeliaran memastikan rakyat mematuhi undang-undang komunis.  Malah amat memalukan saya, apabila semua pelancong China yang ke Malaysia mudah saja melihat polis membuat rondaan sama ada untuk membendung jenayah dan mencari kesalahan pengguna jalan raya.  Pemandangan penguatkuasaan undang-undang seperti di KL tidak ada di Beijing.  Jika dibanding antara dua kota (Beijing yang komunis dan KL yang demokrasi) nyata Bejing sepatutnya dikatakan demokrasi dan KL itu berjiwa komunis!  Saya kata begitu kerna, fitrah manusia selalunya mahu bebas mengikut kehendak sendiri sekalipun melanggar undang-undang. Sepatutnya undang-undang keras komunis memperlihatkan kawalan tentera dan polis diserata Beijing.  Kata teman yang kerap ke kota tua ini, orang di Beijing sudah takut undang-undang secara alamiah kerna hukuman-hukuman yang ada sangat keras.  Rasuah pun dihukum tembak!  Di Malaysia, semakin lama… semakin banyak ruang diberikan atas nama hak asasi manusia.  Maka semakin banyak manusia perlu diawasi oleh penguatkuasa undang-undang. Benar kata satu penyair tanah air (dulu saya kaji sajaknya semasa di sekolah menengah), ketika di luar negeri kita bebas melihat negara sendiri.



Saya melihat negara sendiri melalui jendela luar kamar di negara asing.

Anaklaut di Beijing

Catatan orang kecil di kota Beijing. (dari bloger Suparjo)

Sewaktu berkunjung di Madinah dahulu, saya mahu ketawa apabila saya bebas berkomunikasi dengan peniaga-peniaga Arab sekitar  Masjid Nabi dalam  Bahasa Melayu. Malah saya kerap bertutur Melayu langgam Arab seperti bicara P Ramlee dalam filem Ahmad Albab.  Sebab itu saya mahu ketawa. Artinya, di sebuah kota yang jauh dari dunia Melayu Nusantara, saya tidak perlu menggunakan bahasa asing untuk hidup.  Bagaimana di Beijing?

ketemu Pak Jokowi, orang Tionghua dari Surabaya
Propaganda China bahawa bangsanya sangat hebat

Dua hari di kota tua Beijing, saya melihat banyak wajah Nusantara di kawasan-kawasan pelancongan.  Malah saya disapa oleh seorang lelaki wajah Cina dari Surabaya. Lalu, bukan lagi saya berbicara dengan lelaki yang bernama Jokowi dalam bahasa Melayu, malah Bahasa Jawa.  Oleh kerna agak banyak orang dari Nusantara ke Beijing, kerajaan China pasti tidak mahu membuat orang Nusantara bingung seperti ayam memasuki dunia itik.

Sebelum ini saya juga mendapat maklumat bahawa peniaga-peniaga Cina yang fasih bertutur Bahasa Arab semata-mata untuk memudahkan perniagaan mereka dengan bangsa Arab.  Maka fahamlah saya mengapa ketika di Madinah dan Makkah, begitu banyak barang buatan China di sana.  Jangan fikir kopiah, sejadah, biji tasbih, jubah dan semacam barangan berimej Arab Saudi di Makkah adalah buatan bangsa Arab, tidak!  Semuanya diimport dari China, dan muslim yang ke Makkah dan Madinah menjadikan barangan itu sebagai ole-oleh dari dua kota suci.

Pertama: Semua pengunjung Nusantara dilayan oleh pembawa pelancong dalam Bahasa Melayu-Indonesia.  Saya katakan lebih kepada bahasa yang digunakan di Indonesia.  Oh, saya teringat tulisan guru saya Prof Awang Sariyan (sekarang Pengarah DBP) mengenai tersebar luasnya pengajaran Bahasa Indonesia di serata university seluruh dunia, bukannya Bahasa Melayu kita atau Bahasa Malaysia. Sebagiannya adalah di Beijing.  Untuk rekod, sebelum menjadi Pengarah DBP, Prof Awang Sariyan bertugas sebagai profesor Bahasa Melayu untuk Kursi Pengajian Melayu di Universiti Beijing (maaf jika tersilap nama universiti).

Di mana-mana pun yang ada penerangan sangat mendalam mengenai imej China, akan diterangkan dalam Bahasa Melayu Indonesia.  Ini bermakna China telah menyediakan banyak pegawai atau petugas melayan pengunjung asing menuruti bahasa pengunjung.  Konsep ini berbeda dengan di negara kita yang lebih menggunakan bahasa Inggeris untuk semua pengunjung luar.  Hal ini bermakna, Bahasa Mandarin dikukuhkan tanpa gangguan Bahasa Inggeris, tetapi semua pengunjung dari luar masih tetap mendapat maklumat lengkap dan benar daripada bahasa pengunjung. Tentulah ada lagi pegawai penerangan yang fasih berbahasa Jerman, Arab, Perancis, Inggeris, Jepun, Korea dan sebagainya.  Ini semua demi kepentingan ekonomi China dan penerimaan semua penduduk dunia terhadap bangsa dan budaya China.

Kedua: Semua pengunjung akan disajikan dengan imej China yang hebat.  Mereka dibawa digedung ubat tradisional Cina.  China pasti menekankan sejarah perubatan dan pengubatan bangsa Cina ribuan tahun. Pegawai-pegawainya  pasti memberitahu semua sumber ubat itu berasal dari mana-mana wilayah China dan memberitahu semua ubat modern Barat membawa keburukan kesihatan kerna bahan-bahan kimianya.













Semua pengunjung juga dibawa ke pusat pembuatan barang hiasan bangsa Cina. Batu jade dan Kristal China pasti dikatakan terbaik, malah pemakainya akan mendapat kebaikan kesihatan.  Dan batu-batu berkenaan cukup di serata negara China. Mana ada pemakai barangan emas (baca produk Barat) diberitahu kebaikan mengenai kesihatan?  Sama ada pemakai jade menjadi lebih sihat atau tidak, saya yakin kempen ini lebih kepada propaganda menaikkan imej China kepada masyarakat dunia.  Pengunjung juga dipaksa menonton seni akrobatik China sebagai memantapkan lagi propaganda bangsa Cina sangat hebat. Ya, semua pengunjung luar bertepuk tangan setelah setiap aksi hebat anak-anak muda Cina.  Pasti tidak ada program akrobatik di Malaysia dan Indonesia. Maka gambarannya ialah kehebatan bangsa Cina di mata semua pengunjung luar termasuk dari Barat.

Mereka menjual sejarah China yang lama dan hebat, pastinya tinggalan dinasti kuno seperti Tembok Besar dan Istana Larangan itu. Untuk apa, kalau bukan memberi tahu masyarakat dunia bahawa China sudah ribuan tahun membangun dan menjadi kuasa dunia.  Pastinya pengunjung tidak menemukan kehebatan ribuan tahun dahulu di negara kuasa besar sekarang, Amerika Syarikat.  Ini mudah difahami. Walaupun China membenci semua amalan feudal kuno itu, tetapi membanggakannya sebagai warisan bangsa. Semua warisan ribuan tahun itu akan dijadikan warisan dunia. Warisan dunia berarti menjadi warisan seluruh warga dunia.  Jika banyak benda atau kota menjadi warisan masyarakat dunia, ‘apa barang’ kalau China tidak menjadi satu kuasa terbesar dunia?  Ya, China mahu menjadi nenek moyang kepada seluruh manusia di dunia termasuk rakyat Barat di Amerika dan Eropah. Dan sejarahnya, fosil manusia Peking itu sebagai antara manusia terawal menurut kajian sainstifik.  Tentulah ini sebagai hujah kuat China bahawa semua manusia di dunia ini bermula dari Peking atau Beijing.

Amerika ada warisan dunia apa?