ANAKLAUT

Saturday, 6 July 2013

PERANG SUNGAI MANIK - 01



Posted on March 4, 2012 by utuhlingkun

NOTA KEPALA:
Cerita di bawah ini adalah terjemahan dari cerita asal bertajuk “Sungai Manik Bamandi Darah”.
Darah Banjar yang mengalir pekat dalam tubuhku membuat aku rasa terpanggil untuk menterjemah (tanpa kebenaran) cerita tersebut dengan harapan supaya anak-anak Banjar hari ini – dan juga orang Melayu – dapat mengerti betapa suatu masa dahulu suku kaum Banjar pernah bangkit menentang komunis dengan hanya bersenjatakan parang (parang bungkol) tanpa perlu terpekik terlolong di khalayak ramai menghunus dan mencium keris macam poli-tikus Melayu hari ini.
Walaupun terdapat banyak blog yang memetik cerita hasil nukilan saudara Nilasakunta, tapi masih belum ada (atau aku tak terjumpa) blog yang menterjemah keseluruhan cerita tersebut. Oleh itu, berbekalkan pengetahuan Bahasa Banjar yang masih dikira OK, aku cuba terjemahkan  secara berperenggan (paragraph by paragraph).
****************************
Badan Ismail Rudo yang sudah tidak berkaki dan bertangan menggelupur di atas titi dan sedang menunggu masa untuk nyawa berpisah dengan badan – kedua belah kaki dan tangan Mail Rudo putus ditetak parang ‘bungkol’ Utoh Putih. Air jernih yang mengalir deras di bawah titi bertukar merah disirami darah. Maka tertawa besarlah ‘sangkala’  mendapat habuan petang – darah dalam jantung adalah makanannya.
Begitulah adat orang berkelahi, salah seorang pasti kecundang.
Selepas Asar, Mail Rudo pergi seorang diri – menghembuskan nafas terakhir tanpa seorang pun yang sudi mendekatinya. Sepucuk pistol .38 tanpa peluru masih berada di sisi jasad yang sudah tidak bernyawa lagi.
Ramai penduduk Bendang DO, parit 6, Sungai Manik terdiri dari keluarga Banjar. Kehidupan mereka begitu daif, terhimpit dan dihimpit oleh gerombolan komunis yang bermarkas di Sungai Tungko, dan diketuai oleh Ah Pau, Ah Boon dan Ah Jang.
Pembunuh Mail Rudo, orang kuat Parti Komunis Malaya (PKM) mesti ditangkap segera.
Utoh Putih, Banjar ‘Alai’ jati beranak dua – anak bungsunya seorang bayi perempuan dan baru pandai berdiri-jatuh. Dia menetap di Pekan Rabu, Parit 6, Sungai Manik. Oleh kerana warna kulitnya yang tersangat cerah maka lekatlah gelaran Utuh Putih.
Arwah datuk (pencerita) dan Utuh Putih adalah rakan karib yang sama hebat ilmu zahir dan batin.
Mail Rudo, Banjar Sungai Tungko, Sungai Manik sudah lama menyertai PKM dalam bahagian risik. Selepas tentera Jepun menyerah kalah, Mail Rudo ditugaskan mencari ahli baru dalam daerah Sungai Manik. Disebabkan tidak ramai keluarga Banjar yang sudi menyertai perjuangan komunis, maka akhirnya Mail Rudo terpaksa menggunakan kekerasan. Mereka yang enggan akan menerima padah.
Saban hari ada saja penduduk kampung yang ditangakap, tak kira muda ataupun tua. Disiksa, disembelih, disumbat dalam guni hidup-hidup dan dibuang ke Sungai Perak, ditembak, disula, dan bermacam lagi hukuman. Begitulah gerangan bila manusia (Mail Rudo) sudah ada kedudukan – mudah lupa diri hingga hilang rasa kemanusiaan.
Pada masa itu bukan sedikit orang Banjar dan orang Melayu yang menyokong perjuangan komunis. Malah ada juga orang Banjar yang hebat ilmunya turut menjadi talibarut. Orang seperti itulah yang menjadi duri dalam daging penduduk setempat. Oleh kerana terlau mengejar pangkat mereka sanggup membunuh, membakar rumah dan memusnahkan harta benda bangsa sendiri. Penduduk kampung yang takut menyertai perjuangan komunis secara aktif dipaksa pula membayar yuran sebagai ahli PKM.
Kehidupan keluarga Banjar di Sungai Manik semakin terhimpit. Ramai yang terpaksa berpindah ke penempatan Banjar di seberang Sungai Kinta – ke Kampung Balun Bidai dan Kampung Gajah.
Waktu Zohor baru saja masuk. Alun air bendang dihembus bayu membuat hati terasa rawan. Sambil memikul guni berisi ubi, Utoh Putih melangkah cermat menuju titi untuk kembali ke rumah di Pekan Rabu. Sebaik sampai di pangkal titi…
“Dari mana gerangan ni ‘Toh, akhirnya bertemu juga kita di sini ye?” entah dari mana munculnya si Mail Rudo, tiba-tiba saja tercegat di tengah titi berpakaian seragam komunis, pistol dan bayonet terselit di pinggang. Di wajahnya terpancar rasa kepuasan kerana dapat bertemu dengan Utoh Putih yang sudah sekian lama dipujuknya supaya menyertai PKM.
“Baru balik dari Cikus mencari ubi, maafkan saya tuan, tumpang lalu” Utoh Putih menyahut penuh hormat.
“Kalau ia pun letaklah dulu guni ubi tu, tak usah bergegas, apa yang nak dikejar, tak ke mana perginya rumah tu” garau bunyi suara Mail Rudo. Antara rela dan terpaksa, Utoh Putih mematuhi perintah ‘tuan besar’ dan meletakkan guni ubi di atas titi. Begitu gah susuk tubuh dua orang anak Banjar yang berdiri di atas titi menghadap satu sama lain, cumanya seorang berkulit cerah manakala seorang lagi kelihatan gelap.
“Mungkin petang ini pertemuan kita yang terakhir, agaknya” si Mail Rudo menyambung bicara.
“Apa hajat, kenapa lain benar kata-kata tuan besar?” si Utoh Putih yang menyambut bicara merasakan ada sesuatu yang tak kena.
“Tak usah pura-pura tak tau, bagaimana dengan janji kau dulu? Sampai hari ini aku masih menunggu kata putus” rungut orang kuat PKM menempelak.
“Taklah Mail, aku tak nak ikut perjuangan yang membinasakan bangsa, sedangkan perjuangan untuk mengisi perut sendiri dan anak bini rasa dah tak tertanggung. Tidak…tidak sekali-kali” si Utoh Putih menjawab tegas.
“Mak oi, keras benar hati kau ni ‘Toh…apa nak buat…kalau itulah pendirian kau, bersiap sedialah” merah padam muka Mail Rudo kerana marah. Spontan tangan kanannya mencapai pistol di pinggang dan mengacukan ke dada si Utoh Putih.
“Jangan, senjata jangan dibuat main Mail ai…kita kan serumpun, tak kanlah kau tak ada belas kasihan. Ditakdirkan aku tak ada, siapa yang nak menyara anak isteriku nanti…ampun tuan besar” si Utoh Putih merayu minta simpati.
“Dam…” bunyi pistol memuntahkan peluru sulung. Berasap baju buruk si Utoh Putih dihinggapi peluru, namun dia masih tak berganjak, masih tegak berdiri. Keluarga Banjar berhampiran yang terkejut melihat kejadian tak berani mendekati, masing-masing masuk ke rumah.
“Dam…dammmm…” sudah tiga das tembakan dilepaskan oleh Mail Rudo namun peluru masih tak mampu menembusi kulit si Utoh Putih.
“Bangsat betul, kebal rupanya kau ye…tahani lagi nah” tengking orang kuat PKM. Tanpa disedari sudah enam das tembakan dilepaskan dan pistolnya sudah kehabisan peluru. Sedang dia terkial-kial…
“Labukkk…” ayunan parang bungkol yang bergelar si Kandal Larap hinggap dipergelangan tangan kanan Mail Rudo yang membuatkan tangan itu putus serta merta.
“Labukkk…” giliran tangan kiri si Mail Rudo untuk jatuh ke tanah. Utoh Putih meneruskan ayunan. Kali ini lutut kanan Mail Rudo pula jadi mangsa parang bungkol Kandal Larap. Setelah putus kaki kanan, maka terdamparlah Mail Rudo di atas titi. Si Utoh Putih semakin geram. Tetakan terakhirnya membuat kaki kiri Mail Rudo bercerai dengan badan.
Guni yang berisi ubi diletakkan semual ke bahu, dan Utoh Putih terus balik ke rumah meninggalkan Mail Rudo mengerang kesakitan.
9 Responses to Perang Sungai Manik (1)
1.       manj says:
Tajam betul sikandal larap tu. Sekali libas da putus
2.      katon says:
blog baru ke?
3.      SAM says:
Best ceritanya nih, bila nak sambung?
4.      mail rado says:
utuhlingkun adik kepada utuhpaloi, atau kembar siam!!!!!
5.      banjar rakai... says:
ingatkan terjemahan baris demi baris rupanya bukan! tapi kira oklah…. bukan apa… ingatkan nak belajar bahasa banjar baris demi baris …. banyak perkataan yang dah lupa ….apa pun tahniah buat anda…
6.      JATI says:
CITE ASAL RASENYA PANJANG LAGI..BOLE TUAN TRANSLATEKAN..
7.      Mohd Dan bin Sudin says:
Saya masuk Navy Feb 77. Servis 16 tahun je. Nama samaran EMDEN. Bukan Banjar tapi keturunan Bugis. Baru terjumpa blog ini. Bersemangat sungguh dengar cerita Perang Sungai Manik ini. Cerita ini dah difilemkan ke belum? Kalau belum, eloklah difilemkan.
8.      UTUH SIHAS says:
rasa darah kuk mangalagak, buluk romakkuk cagat saawakan,…..bilak mambaca kisah nih…
9.      Aryka, a new fan says:
Great blog sir! Your style of writing is very engaging and evocative. I am working for an English daily and based in Ipoh. It would be an honour if you would consent to be interviewed for an article I am working on about Sungai Manik. Do contact me via email if you are interested sir, I would appreciate it very much. Happy writing!

Posted on March 4, 2012by utuhlingkun

Markas PKM di Sungai Tungko gempar mendapat berita tentang pembunuhan Mail Rudo. Dengan bersenjatakan raifel MK5, berduyun-duyun gerombolan komunis yang diketuai orang kanan mereka si Ah Pau bergegas menghala ke Bendang DO, Parit 6, Sungai Manik.
“Ai yaa…kaki tangan semua kasi potong habit ka…manyak cilaka itu olang.” bebel si Ah Pau apabila terpandang mayat Mail Rudo yang masih  tabirangkang (terkangkang) di atas titi. Tak seorang pun keluarga Banjar di Bendang DO yang berani tampil menunjukkan muka. Mereka hanya menyaksikan dari jendela rumah masing-masing.


Hari semakin larut petang, gerombolan komunis masih riuh berbincang sesama sendiri. Entah apa yang mereka bincangkan tak seorang pun penduduk kampung yang mengerti. Sejurus kemudian, kumpulan komunis itu pergi dari rumah ke rumah manggandah(mengetuk kuat) dinding mengarahkan orang kampung, tua dan muda, berkumpul di hadapan Pekan Rabu.
Seorang demi seorang di soal siasat termasuklah Utoh Putih. Namun, keluarga Banjar sepakat berpura-pura tak kenal siapa yang membunuh Mail Rudo. Akhirnya kepala komunis, si Ah Pau memberi kata dua: Kalau pembunuh Mail Rudo tidak ditangkap, Bendang DO akan jadi padang jarak padang tekukur.
Mayat Mail Rudo  ditayut (diikat) dengan tali dan dikandar (galas) dengan kayu panjang untuk dibawa pergi. Rasa  maras (kesian) pun ada melihat cara mayat diperlakukan – tak ubah seperti mengandar hasil buruan babi hutan. Tak siapa yang tau ke mana mayat itu dibawa,  ditanam atau dibuang ke Sungai Perak. Kalau dibuang ke sungai pastinya ternganga luas mulut sang kuradal (buaya) mendapat habuan petang.
Warga Banjar sepakat meminta Utoh Putih membawa  isteri dan anak-anak meninggalkan Bendang DO dengan segera. Maklum sajalah, muntung guri (mulut tempayan) boleh dipisiti (ditutup rapat), mulut manusia siapalah tau. Tapi apa pula kata empunya diri…!
“Cakada (tidak) saudaraku. Untuk apa kalau aku seorang saja yang maharagu (menjaga) anak dan isteri sedangkan kalian sabarataan (semua) terpaksa menanggung derita…aku tak akan meninggalkan kampung ini. Tidak, tidak sekali-kali, apa nak jadi, jadilah.” jenuh penduduk kampung memujuk namun Utoh Putih tetap dengan pendiriannya.
Sudah tiga hari berlalu, Emoh sahabat karib Utoh Putih yang baru dapat berita segera menonong mangunyur (menonong) meninggalkan Balun Bidai menyeberang Sungai Kinta menuju ke Bendang DO untuk menemui sahabat karibnya, kawan sehati, seperguruan dan sama juhara (jaguh). Persahabatan mereka lebih akrab dari hubungan adik-beradik, dan tentunya Emoh tak akan membiarkan mahijaakan (membiarkan) sahabatnya keseorangan dalam keadaan sedemikian.
“Pariannya diako madam maninggalakan Bandang DO nih …….. Tia mati jua magun Moh ai……….ajal wan maut bacara hudah di tantuakan, siapang nang kawa mahalang.” surung pandiran Utoh Putih nang hanyar haja imbah bamakanan di rumah hidin malam tutih.
“Pariannya (andainya) aku madam (berhijrah) meninggalkan Bendang DO, mati juga akhirnya, ajal maut sudah ditentukan, tak siapa boleh kawa (menghalang).” Utoh Putih memulakan perbualan setelah selesai makan malam itu.
“Ai, jangan begitu, apa pangrasa (resa) kau ‘Toh?” tanya Emoh yang mula rasa tak sedap hati.
“Kada ah….. kaluko ai,” jawab hidin handap.
“Tak lah, manalah tau,” jawabnya ringkas.
Walau dimapa gin si Emoh magun ham asa balisah napang pinda lain banar parangai sahabat hidin nang sasain ambak bilang banyak mainggihakan pada malilit pandiran. Sarajin amun lawas kada badapatan kadamia cakada bakakaringan gusi palapauan tantan.
Walau bagaimana pun, Emoh masih rasa gelisah kerana lain benar kelakuan sahabatnya yang semakin ambak (pendiam) , lebih bersikap mengiakan dari merancakkan perbualan. Selalunya kalau lama tak berjumpa, tak kering gusi mereka berbual.
Malam semakin larut namun dua orang sahabat karib itu masih lagi belum tidur, masih‘garunuman’ berbual.
“Moh, andainya ajalku sampai, jangan bersusah payah membawa mayatku ke Balun Bidai, kebumikan saja di sini. Tapi, jangan kau lupa membawa anak isteriku dan serahkan kepada keluarganya di sana. Sepanjang kita bersahabat, kalau ada terlebih terkurang, aku minta halal dunia akhirat. Engkau pula Moh, biarlah disederhanakan manjuhara (menunjukkan kejaguhan). Berhati-hatilah memilih kawan. Satu lagi…tapi jangan pula kau anggap aku menghalau…esok sebelum Zohor, aku minta kau segera beredar dari rumahku, ke mana yang kau nak tuju, aku tak  batangatan (melarang). Tak ada apa-apalah, cuma aku rasa lebih selesa kalau bersendirian!”
 Marigap  (rasa berderau darah) si Emoh mendengar kata-kata sahabatnya, lantas bangun mendakap Utoh Putih. Muntung bungkam (mulut terkunci) – tak sepatah kata pun yang terucap antara mereka kecuali barubuian (deraian) air mata mengenangkan nasib yang bakal menimpa. “Mungkin sudah sampai janji (ajal) saudaraku ini,” bisik hati kecil Emoh.
Mereka terus berbual sampai ke subuh.
Ari magun haja tatarauan, nang badua badangsanak hudaham tacugut di pinggir sumur pamandian.
Dalam remang (tatarauan) subuh, kedua sahabat sudah tacugut (tercegat) di tepi telaga mandi.
“Ayuha, duduklah ‘Toh…..Bismillahirahmanirahim…..” Emoh membaca ayat mandi suci sambil manguboiakan  (menyiram) air memandikan sahabatnya si Utoh Putih hingga selesai.
Api di dapur barau (marak) dengan isteri Utoh Putih sibuk menyediakan sarapan pagi. Kesian si isteri kerana tak tau kisah dan hujung pangkal cerita. Pada pengamatannya, bermandi-mandian di subuh hari sudah jadi kelaziman dua orang pendekar tersebut.
Bandang DO hangat babandering mambari tanda pagi baugah tangahari sampai am hudah kutika badua badangsanak kana bapisah. Salah saikung tapaksa mamingkuti janji.
Panas semakin terik di Bendang DO sebagai tanda pagi sudah baugah (beralih) ke tengahari. Maka tibalah saatnya untuk  kedua sahabat itu berpisah. Salah seorang terpaksa mamingkuti (memegang) janji.
“Jangan lupa pesan guru kita wahai saudaraku, walau nyawa sudah berada di hujung, jangan sekali-kali kau lupa….” pesan Emoh kepada Utoh Putih. Kedua sahabat berpelukan untuk kali terakhir.“(Barilaan) kita dunia akhirat.” dengan kata-kata itu, Emoh terus menonong meninggalkan sahabatnya si Utoh Putih tanpa menoleh lagi ke belakang. Ke mana gerangan tujuannya, tak siapa pun tahu.
NOTA KAKI:
Tulisan dan paragraph dalam warna biru adalah perkataan Banjar.
Maksud “Barilaan” ialah “Maaf zahir batin dan halalkan termakan terminum”

Posted on March 4, 2012by utuhlingkun
Selepas solat Zohor tengahari itu, kelopak mata Utoh Putih terasa berat kerana tak tidur semalaman. Anak bungsunya sudah marinuk (merengkok) terlena di tepi lulungkang(jendela) anjung rumah. Hembusan bayu Bendang DO terasa dingin. Tak lama setelah Utoh Putih merebahkan badan di sebelah anaknya, dia pun turut terlena.
Hari semakin menghampiri petang. Entah kenapa gerangan hari ini Bendang DO sunyi sepi. Tak seorang pun yang kelihatan gagaliwalak (mundar mandir) di luar rumah seperti hari-hari biasa. Agaknya mereka sengaja mendiamkan diri dalam rumah, masih terkejut dengan kematian Mail Rudo dan kata-dua komunis, atau sedang menghitung hari kerana tempoh seminggu yang diberikan PKM semakin hampir.
Tanpa disedari enam ikung (orang) komunis sedang karayapan (merayap) mamaraki(menghampiri) rumah Utoh Putih. Kabujuran  (kebetulan) pula, isteri dan anak sulungnya tidak ada di rumah kerana pergi maunjun (mengail) ikan puyu bersama kawan-kawan. Dengan menatang raifel MK5, gerombolan komunis terjingkit-jingkit menjenguk setiap jendela rumah. Sebaik terpandang Utoh Putih yang sedang lena, tanpa membuang masapalumpongan (muncung) MK5 diacukan ke kepala dari luar jendela.
“Dahui…dahui…dahui…” tiga kali muncung raifel memuntahkan pilur (peluru). Kerana sudah sampai waktunya – sampai ajal – kekebalan Utoh Putih berakhir. Tak sedikit pun yang tinggal. Mangarabuak (menggelegak) darah dalam jantung keluar menerusi ruang-ruang terbuka di kepala. Mujur juga anak kecilnya tidak diapa-apakan. Kuciak papar(menjerit sakan) si anak yangt terkejut, bakayukut (merangkak) mendakap bapanya yang sudah tidak bernyawa lagi.
Galahakan (berdekah-dekah) ketawa gerombolan komunis kerana puas dapat membalas kematian Mail Rudo. Selepas itu mereka  terus balik meninggalkan Pekan Rabu,  Bendang DO menghala ke Sungai Tungko.
Si Emoh yang sedang dalam perjalanan menghala ke Bendang DO manggisit (hampir) terserempak dengan kumpulan PKM yang masih terbahak-bahak kegembiraan. Mujur juga dia ternampak mereka lebih dahulu, lantas melompat manyungkupakan(menyembunyikan) diri ke padang tagah (dalam semak).  Parang bungkol yang bergelar “si Buruk” sedia tergenggam di tangan. Andai ketemuan, tak taulah apa yang akan terjadi. Mujur juga dia masih lagi dilindungi Allah, dan tak seorang pun ahli komunis tersebut dapat melihatnya.
Barubuian (bercucuran) air mata Emoh terkenang sahabatnya si Utoh Putih. “Mungkin dah tak ada lagi saudaraku ini” bisik hati kecilnya. Belum pun jauh kumpulan komunis itu berlalu, Emoh bingkas dan bukah mancicing (pantas berlari) maranduk (meredah) pinggir bendang menghala ke rumah Utoh Putih yang sudah mula barumbung (ramai) orang.
“Ayuha, pergilah dulu wahai saudaraku kerana bila sudah sampai masanya, tidak siapa dapat menghalang” bisik Emoh ketika terpandang jenazah si Utoh Putih. Barataan(semuanya) warga Banjar di Bendang DO batarukuian  (sepakat) untuk menyempurnakan jenazah petang itu juga. Dalam keadaan serba kekurangan kerana darurat, pengkebumian berlarutan sampai ke malam.
Han napa tia bujur, “amun muntung guri wadi hingkat disumpali dipisiti. Muntung manusia siapang nang hingkat manduga”, tantu banar ah hudah ada nang anju ataran, tida di manang bubuhan PKM tutih tahu pada si Utoh Putih nang ampunya angkara!
Betapa benarnya kata-kata “kalau mulut tempayan pekasam boleh disumpali (disumbat)dipisiti (ketat), mulut manusia siapa yang dapat menduga”. Tentu ada yang anju ataran(celupar) kalau tidak masakan  PKM tahu Utoh Putih yang empunya angkara.
Mangkining (mengerlit) kilauan parang bungkol si Kandal Larap yang sudah tidakbapagustian (bertuan) tersangkut di tawing (dinding). Sambil mengusap mata parang bungkol peninggalan sahabat karibnya, hati Emoh berkata “Satu ketika nanti akan ku mandikan si Kandal Larap dengan darah seteru haram jadah…”


Inilah parang bungkol si "Burok" pusaka peninggalan Emoh yang masih dalam simpanan empunya cerita


Friday, 7 June 2013

Rancangan Operasi Ladang

Merangkumi 
1. Melakar pelan susun atur ladang
langkah – lakaran menunjukkan kedudukan bangunan, kawasan tanaman, stor dll
2. Penyedia jadual kerja
– disediakan dalam bentuk jadual atau Carta Gantt
3. Penyediaan format rekod berkaitan
– berguna untuk
i. merancang susunan ladang pada masa hadapan
ii. petunjuk kemajuan ladang – mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan pengurusan operasi ladang
iii. sokongan untuk mendapat pijaman
– jenis rekod – rekod fizikal dan rekod kewangan
– rekod fizikal seperti rekod tanaman, rekod ternakan, rekod tenaga buruh
– rekod kewangan – seperti rekod pendapatan dan rekod perbelanjaan
4.3 PELAKSANAAN OPERASI LADANG
Pemerolehan sumber pengeluaran
Sumber Pengeluaran Cara memperolehi
Tanah Memohon tanah kerajaan, membeli tanah bergeran, menyewa, memajak atau membeli ladang yang telah diusahakan
Modal (wang tunai/aset dll) Simpanan sendiri, harta pusaka, pinjaman, perkongsian, jualan aset dan subsidi kerajaan seperti baja atau benih
Pekerja Keluarga, buruh upahan (pekerja tempatan atau pekerja asing/import)
Pengurusan Lulusan dari IPT dll.
Langkah operasi permulaan
1. Menyediakan kawasan
- pilih kawasan tanah subur, saliran baik, topografi sesuai dan mudah dihubungi
- melibatkan kerja membersih, mengukur, merata dan menyediakan tapak
2. Membina struktur ladang
- seperti stor simpanan baja, jalan ladang, pagar, pejabat, pusat pengumpulan hasil,
bengkel jentera, garaj , reban ayam, kolam air dll
3. Menyediakan infrastruktur
- seperti bekalan elektrik, bekalan air paip, kemudahan perhubungan (jalan raya)
dan telekomunikasi (telefon)
Aspek pengurusan ladang
1. Pekerja
- mengendalikan aspek pengambilan pekerja baru, latihan, kebajikan pekerja,
pengkhususan bidang tugas, arahan dan teguran
2. Jentera
- dikendali dan diselenggara dengan betul
- sebelum guna buat pemeriksaan minyak pelincir, bateri, radiator, bahan api dll
- selepas diguna buat penyelenggaraan melibatkan penukaran minyak pelincir,
bersih penyaring udara, menggris dll
3. Tanaman
- menguruskan aspek : kawalan penyakit dan perosak, pembajaan, kawalan
rumpai, mengadakan pengairan dan saliran dan pengutipan hasil
4. Ternakan
- memberi perhatian kepada aspek pemberian makanan dan minuman, rawatan
dan pencegahan penyakit, penggunaan baka yang baik, perumahan yang sesuai
dan pengutipan hasil
Rekod pengurusan
Kegunaan / kepentingan rekod pengurusan:
i. merancang masa depan ladang
ii. mengira pendapatan bersih
iii. mengubahsuai ladang
Jenis rekod
i. Rekod fizikal – rekod modal kerja, modal tetap, tanaman, ternakan, tenaga buruh dan
hasil ladang
ii. Rekod kewangan
– rekod pendapatan dan rekod perbelanjaan
– guna rekod kewangan – mengurus atau mengawal perbelanjaan, menilai prestasi
ladang, mengetahui jumlah pemiutang, menilai aset yang ada dan menilai liabiliti
yang ditanggung
Pemasaran hasil
1. Mengumpul
- letak hasil yang dipungut di satu tempat tertentu samada ladang atau pusat
pengumpulan kelompok
- kumpul di jalan utama ladang untuk memudahkan diangkut ke kilang atau pasaran
2. Memproses
- tujuan supaya hasil lebih menarik, tahan lama, harga tinggi, mengekalkan kesegaran
atau menukar bentuk hasil
3. Menggred
- menentukan kumpulan hasil mengikut satu piawaian
- supaya hasil yang dipasarkan seragam dan mendapat harga tinggi
- contoh kategori gred: telur > berat, terung dan mangga > bentuk, saiz > betik, klon >
durian, bahagian anggota > ayam, daging lembu
4. Membungkus
- kumpul hasil yang telah digred dalam satu bekas
- bekas pembungkusan – kotak, tin, botol, plastik dan pemvakuman
- tujuan pembungkusan – mengekalkan kesegaran, menarik perhatian pelanggan, untuk
mendapat harga lebih tinggi, memelihara kualiti hasil dan memudahkan penghantaran
- contoh cara pembungkusan : kotak kayu > limau, botol > jus buah, plastik > sayur
5. Mengiklan
- menyampai maklumat produk kepada pengguna
- mempengaruhi pengguna untuk membeli
- kaedah mengiklan – katalog, risalah, papan tanda, edar sampel, pameran , media
elektronik dan media cetak
6. Menyimpan
- untuk mengekalkan kesegaran dan kualiti hasil
- hasil lambat busuk sebab kurang respirasi dan aktiviti metabolisme pada hasil
- contoh kaedah penyimpanan – sejuk beku > daging dan ikan, suhu rendah > sayur,
kawalan kandungan gas > pisang, betik, mempelam
7. Menjual
- menyampaikan hasil kepada pengguna akhir
- menjual/memasar melalui ajen, pemborong, peruncit atau jualan terus kepada
pengguna
4.4 ANALISIS DAN PENILAIAN OPERASI LADANG
Analisis rekod fizikal memberi maklumat tentang
1. Paras pengeluaran tanaman – analisis mengikut pusingan tanaman, bulanan atau tahunan
2. Paras pengeluaran ternakan – analisis jumlah pengeluaran hasil, jumlah ternakan dll
3. Kecekapan penggunaan sumber – analisis penggunaan tenaga buruh, baja, makanan dll
Membandingbeza data belanjawan dengan data sebenar dari rekod kewangan
1. Perbandingan memberi petujuk
- rekod kewangan mematuhi belanjawan yang dirancang
- bidang usaha telah mencapai sasaran atau unjuran
- kelemahan atau kekuatan bagi panduan melaksanakan bidang usaha pada masa
hadapan
2. Perbandingan dibuat terhadap jumlah pendapatan, jumlah perbelanjaan, keuntungan
ladang dan pulangan setiap ringgit yang dilaburkan
3. Perbezaan mungkin kerana : hasil rosak, harga hasil turun, mesin rosak, harga baja
meningkat dll.
Prestasi bidang usaha dinilai berdasarkan :
1. Keuntungan bidang usaha
2. Pulangan setiap ringgit yang dilaburkan
Membuat keputusan untuk masa depan bidang usaha
1. Meneruskan bidang usaha
- sebab keuntungan dan pulangan setiap ringgit yang dilabur tinggi
2. Membubarkan bidang usaha/berhenti
- sebab rugi
3. Menggantikan dengan bidang usaha lain
sebab – kurang keuntungan, saingan sengit, sukar dapat input, harga hasil rendah
dan sukar memasarkan hasil
4. Mengubahsuai pengurusan bidang usaha
- sebab pengurusan tidak cekap
- tukar pengurus, juruteknik, mandur dll jika perlu