ANAKLAUT

Sunday, 25 March 2012

Tekstur tanah

Tekstur tanah

      1.       Tekstur tanah ialah  peratus kandungan kumin-kumin pasir, kelodak dan liat atau sifat kasar dan halusnya sesuatu tanah.
2.     Tekstur tanah ditentukan  dengan cara merasa (cara medan) dengan tangan atau kaedah mendapan.
3.     Pisahan tanah ialah lapisan kumin yang saiznya ditetapkan mengikut sistem pengelasan Atterberg atau sistem USDA.
      4.       Kepentingan tekstur tanah – tekstur tanah dapat menentukan;
· Penyaliran -  tanah bertekstur kasar mempunyai saliran yang baik
· Pengudaraan – tanah bertekstur kasar mempunyai liang lebih besar yang dapat memudahkan pertukaran gas
· Penjerapan nutrien – tanah bertekstur halus seperti kumin liat bercas negatif dan dapat menjerap nutrien bercas positif. Tanah bertekstur halus dapat menakung air


Struktur tanah

       1.      Struktur tanah ialah susunan kumin-kumin tanah (pasir,kelodak dan liat) dalam                                bentuk tertentu.
 2.  Tanah pasir  tidak berstruktur.
 3.    Struktur butir rapuh – terbaik kerana berongga.

 4.  Kepentingan struktur tanah : struktur tanah yang baik

· Pengudaraan tanah – rongga antara agregat membenarkan udara dan air meresap dengan baik. Air tidak bertakung dan akar mendapat oksigen cukup

· Daya tahan tanah – kumin-kumin tanah  bergabung menjadi binaan yang lebih besar dan dapat mengelakkan tanah dari hakisan


· Mengurangkan kesan ketoksikan CO2  -  struktur yang baik dapat  mengurangkan kesan ketoksikan CO2  kerana gas ini mudah meresap ke udara


          5.  Jenis struktur tanah
· Butir rapuh
· Berlapis
· Berblok
· Prismatik
· Kolumnar
· Tanah tidak berstruktur – berbutir tunggal
 - berbongkah (massive)

Thursday, 15 March 2012

Nota untuk pelajarku. - TANAH (Komponen Tanah)

 Organisma Tanah    

1.     Dua kumpulan iaitu mikroorganisma dan makroorganisma tanah.
·  Tertumpu di kawasan dekat akar.
 
     Jenis organisma
          Ciri dan peranan organisma kepada tanah
        Bakteria
·   Terlibat dalam proses pereputan sisa organik
·   Penting dalam peredaran C,N,P dan S dalam tanah.




        Aktinomisit
·   Ciri antara bakteria dan kulat
·   Keluarkan hifa
·   Penting dalam proses pereputan Sisa Organik.


          Kulat

·   Peranan penting dalam pereputan bahan organik.
·   Bersimbiosis dengan akar tumbuhan


     Nematod

·   Membantu pereputan bahan organik
·   menggunakan bahan pereputan bahan organik


       Alga
·   menggunakan cahaya untuk jalankan fotosintesis
·   menukar CO2 kepada O2 di sawah padi.
·   Setengah alga menyerap N daripada udara dan sampaikan
      kepada pokok padi..

                 

        CacingTanah

·   Gaul hasil reputan daun di atas tanah.
·   Bawa tanah dari satulapisan ke lapisan lain.
·   Membaiki pengudaraan dan saliran tanah- lubang digalinya.
·   Tinja mengandungi kalsium- menyubur tanah.






Sifat fizik tanah


Warna tanah

1.       Warna menggambarkan keadaan fizikal tanah, kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan kesuburan tanah.
2.       Tanah berwarna gelap (hitam keperangan) lebih subur.
3.       Tanah pudar (kekuningan) – paling tak subur.
4.       Tanah sederhana gelap (perang kekuningan) – sederhana subur
5.       Warna tanah dikenalpasti dengan membandingkan warna tanah dengan carta warna Munsell.

Warna tanah
Ciri-ciri tanah berdasarkan  warna
Merah
·kandungan oksida ferum
·saliran dan pengudaraan baik
·terdapat di lereng bukit
·sesuai tanaman getah dan kelapa sawit


Perang
·Kandungan oksida ferum dan bahan organik
·Saliran baik
·Subur

Kelabu
·Oksida ferum dan oksigen kurang
·Saliran kurang baik dan menakung air
·Kurang beroksida
·Pengudaraan kurang baik
·Sesuai tanaman padi

Kehitam-hitaman
·kandungan mangan oksida atau bahan organik tinggi
·menakung air dan pH rendah
·bahan organik lambat reput kerana kurang oksigen
·tidak mampu memberi sokongan kepada tumbuhan besar.
·Tanaman sesuai – nanas dan sayuran

Putih
·Banyak kandungan liat dikenali sebagai koalinit.

Kuning
·Oksida ferum berpadu dengan air.
·Saliran baik
·Lebih lembap berbanding tanah merah





Wednesday, 14 March 2012

Kemboja cina siri 4


Buah yang telah matang, bijibenih dikeluarkan dengan cara memecahkan buah. Biji-biji yang telah dibersihkan

sayap pada biji yang belum ditanggalkan

Bentuk yang bernas mempunyai isi yang penuh

Semaiaan boleh dibuat  dalam pasu dengan medium campuran tanah 3:2:1

Biji ditabur rata kemudian siram dengan air

Dalam jumlah yang banyak bijibenih boleh disemai dalam tempat semaian yang lebih besar
Tarikh menyemai hendaklah dicatatkan



Anakbenih yang telah berumur seminggu

Bila pokok mempunyai lima atau enam helai daun bolehlah dipindahkan ke bag politina dan di baja dengan baja organik dan baja campuran.


Bila pokok sudah membesar bolehlah di pindahkan ke pasu yang sesuai dengan campuran medium memasu 7:3:2 dan di tambah dengan sedikit baja organik dan baja campuran.

Pokok yang sesuai boleh dipilih untuk pemangkasan ,bagi membentuk pokok bonzai kemboja cina


 Pokok yang dipangkas akan mengambil masa dua minggu untuk bertunas semula.


Kelibihan mengunakan bijibenih untuk pembiakan pokok ini, kerana pohonnya akan membentuk bonjolan pada pangkal batang ini amat sesuai untuk membentuk pokok bonzai yang berkualiti.


 Tunas yang sudah membesar perlu dijaga dan dibentuk, ia juga boleh di cantumkan dengan verieti yang lain.






 beberapa spesis rosy adenium yang telah dicantumkan




 Menjadi hiasan sekitar halaman














Sebahagian adenium(kemboja) yang telah berjaya saya jadikan bonsai dan cantuman

 verieliti merah terang

 verieliti merah putih
 verieliti merah jambu

 verieliti putih kemerahan


 verieliti merah bercampur

 verieliti merah jambu ros


verieliti putih



Sekadar untuk contoh bonsai kemboja cina yang telah berjaya. 


Semoga dengan pendedahan ini akan timbul minat dalam penanaman bunga-bungaan.