ANAKLAUT

Saturday, 10 November 2012

TERNAKAN 2


PEMAKANAN








a.      Kepentingan pemakanan:

·         Mengekalkan kesihatan
-          Memerlukan semua kelas pemakanan dalam kadar dan kuantiti yang betul
-          Sistem pertahanan tubuh dan fungsi badan stabil/sempurna
-          Membentuk sistem imun tubuh untuk bertindak terhadap patogen dan parasit

·         Memenuhi  keperluan pertumbuhan
-          Pertambahan saiz tubuh melibatkan pertambahan bahan interselular, lapisan baru pada kulit dan pengembangan sel
-          Proses pertumbuhan memerlukan karbohidrat, protein, kalsium, kuprum, zink dan vitamin

·         Memenuhi keperluan pengeluaran dan pembiakan
-          Pengeluaran dipengaruhi oleh pemakanan yang diambil oleh ternakan
-          Pengeluaran susu memerlukan karbohidrat, protein, kalsium dan fosforus dalam kuantiti yang lebih daripada biasa
-          Faktor makanan yang  berkait dengan pembiakan adalah aras tenaga, kandungan protein, mineral dan vitamin
-          Aras tenaga tinggi mempercepatkan umur kematangan seks dan meninggikan kadar kebuntingan

b.      Kelas makanan

·         Jenis nutrien:

-          Karbohidrat
-          Lemak
-          Protein
-          Mineral
-          Vitamin
-          Air
-          Aditif



      Fungsi nutrien

·         Karbohidrat
-          Diperlukan untuk memberi tenaga dalam menjalankan aktiviti fizikal dan fungsi badan
-          Sumber – gula, molases dan kanji.
-          Kekurangan – tumbesaran terencat dan berat badan berkurangan





·         Lemak
-          Sebagai sumber tenaga, sumber makanan simpanan, pembentukan tisu di bawah kulit, sebagai penebat haba dan sebagai pelarut vitamin.
-          Sumber -  minyak dan daging hancur.
-          Kekurangan – ternakan lesu dan kurus.

·         Protein
-     Untuk pembinaan otot, pemulihan tisu, tumbesaran badan dan pengeluaran  
      susu, pembekal tenaga dan pembentuk enzim
-          Sumber – kacang soya, kacang tanah, daging hancur dan ikan.
-          Kekurangan  -  menyebabkan kurus, lemah, peka kepada aflatoksin, terencat tumbesaran dan kecekapan penukaran makanan menurun




·         Mineral
-          Untuk menjalankan fugsi badan dengan sempurna
-          Untuk keperluan tisu  badan, bendalir badan, tulang dan gigi.
-          Jumlah mineral yang diperlukan bergantung kepada jenis ternakan dan peringkat penternakan.

·         Vitamin
-          Untuk mengatur proses badan bagi menjamin tumbesaran, pengeluaran, pembiakan dan kesihatan.

·         Air
-          Berfungsi sebagai pelarut dan pengangkut bahan – bahan ke seluruh anggota badan.
-          Air yang diambil bergantung kepada suhu dan kelembapan udara persekitaran
-          Kekurangan air menyebabkan peningkatan suhu badan, gangguan metabolisme tubuh, merencatkan tumbesaran dan penurunan pengeluaran.

·         Aditif
-          Bahan bukan nutrien yang ditambahkan ke dalam formulasi makanan ternakan
-          Contoh – antibiotik, vitamin, hormon dan mineral



c.      Sistem pencernaan

Ruminan


    
Organ
Fungsi
Rumen
·         Simpan makanan
·         Menukar selulos kepada protein dan vitamin melalui proses fermentasi
Retikulum
·         Menyimpan air
·         Melakukan regurgitasi
·         Memisahkan bahan makanan kasar supaya tidak memasuki omasum
Omasum
·         Menyimpan makanan yang telah dikunyah
·         Memisahkan bahan makanan kasar supaya tidak memasuki abomasum
Abomasum
·         Melakukan proses pencernaan sebenar
·         Mengeluarkan asid hidroklorik, pepsin dan rennin
·         Asid hidroklorik untuk membunuh bakteria dan protozoa
·         Hidrolisis protein


Bukan ruminan
 

Organ
Fungsi
Paruh
·      memecah makanan / mematuk makanan
·      merembes air liur
Esofagus
·      menyalur makanan ke tembolok
Tembolok
·      menyimpan makanan untuk sementara
Proventrikulus
·      merembeskan enzim
Hempedal
·      mengisar makanan
·      merembes enzim pencernaan
·      menyerap nutrien
·      menyerap air
Pankreas
·         merembes enzim penghadaman
Hati
·         menyerap bahan toksik
·         merembes hempedu
Pundi hempedu
·         menyimpan cecair hempedu
Usus
·         pencernaan makanan
·         serap zat makanan
Sekum
·      penapaian selulosa
·      menyerap air
Kloaka
·         mengeluarkan tinja

Perbandingan sistem pencernaan haiwan ruminan dengan bukan ruminan


Sistem pencernaan ruminan
Sistem pencernaan bukan ruminan
Dapat mensintesis vitamin B kompleks dan K dengan bantuan mikrob
Vitamin B Kompleks dan K perlu diperolehi daripada makanan tambahan
Perut mempunyai empat bahagian iaitu rumen, retikulum, omasum dan abomasum
Perut mempunyai satu bahagian
Dapat melakukan ( regurgitasi) pemuntahan semula makanan untuk dikunyah lumat
Tidak dapat melakukan regurgitasi
Proses pencernaan sebenar berlaku di abomasum
Proses pencernaan sebenar berlaku di dalam usus.

Bahan Makanan Ternakan


·         Foraj

o        Tumbuhan hijau yang menjadi bahan makanan  untuk ternakan ruminan.  Mengandungi fiber yang tinggi tetapi rendah kandungan nutrien
o        Terdiri daripada rumput ternak, kekacang, tumbuhan renik dan rumpai.

                        a) Kekacang
          -  Mengandungi protein dan mineral yang lebih tinggi berbanding rumput ternak   
             kerana keupayaannya mengikat nitrogen daripada udara.
                             - Contoh kekacang ialah Centro, Stylo, petai belalang, Desmo dan Calapo.

                        b)  Rumput ternak
           - Sumber makanan yang paling murah.
           - Terbahagi kepada jenis kelompok ( Guinea, Napier dan Setaria) dan jenis 
              menjalar (African Star, Digitaria, Para dan Signal )

o        Foraj boleh dimakan oleh ternakan secara foder ( rumput dipotong dan diangkut ) dan pastura ( rumput yang diragut )

·         Foder
o        Rumput atau tumbuhan bermutu tinggi yang ditanam untuk dipotong dan diangkut
o        Diberi dalam bentuk segar atau awetan
o        Foder awetan seperti rumput kering dan silaj

·         Pastura
o        Rumput bermutu tinggi yang ditanam untuk diragut
o        Amalan ragutan secara sistem pusingan atau sistem ragutan jalur
 

·      





   Konsentrat /pati

o        Makanan ternakan yang mengandungi fiber yang rendah tetapi tinggi nutriennya.
o        Di dapati daripada bijirin, sisa makanan dan bahan tambahan makanan.  Boleh didapati dari kelapa sawit, padi, koko, nanas dan sebagainya.


       Perbandingan foraj dan konsentrat

Perkara
Foraj
Konsentrat
Kandungan serat (fibre)
Tinggi
Rendah
Nutrien
-  Hanya sebahagian
-  Boleh ditambah aditif
   makanan
Lengkap
Penyimpanan & Pengendalian
-  Perlu ruang yang besar dan   
   luas
-  Silaj mudah rosak akibat
   bakteria
-Mudah disimpan dan diberi kepada ternakan.
-Konsentrat yang tinggi lemak mudah diserang kulat
Kos
Murah
Mahal
Bentuk pemberian
Segar atau awetan
Until,wafer,kiub dan pellet dsb
Ketersediaan
Mudah diperolehi
Bergantung kepada bekalan dan permintaan
Sumber
Semulajadi dan ditanam seperti rumput,kekacang dan tumbuhan renek
Sisa tumbuhan,haiwan dan industri yang diproses

e.    Rumput Baik Pilih


o        Merupakan rumput pastura yang mempunyai ciri-ciri yang baik seperti pengeluaran hasil yang tinggi, nilai nutrien yang tinggi, ketahanan yang tinggi, kecernaan yang baik dll.

o        Contoh rumput baik pilih – Napier, Guinea, Setaria dan Digitaria


o        Ciri rumput baik pilih


·         Pengeluaran hasil yang tinggi
-  contoh rumput Napier dan Guinea mengeluarkan hasil yang tinggi

·         Digemari ternakan
-  mempunyai daun lembut, segar, berperisa dan mudah dihadam

·         Nilai nutrien yang tinggi
-  membekalkan tenaga untuk proses metabolisme yang tinggi

·         Jenis saka
-  jangka hayat panjang, dapat kurangkan kos penanaman semula

·         Ketahanan tinggi
-  tahan suhu tinggi, tahan dipijak, tahan ragutan melampau, tahan 
   serangan perosak


·         Kecernaan yang baik
-  kandungan air tinggi dan tisu lembut

·         Cepat bertindak balas terhadap baja nitrogen
-  pertumbuhan yang cepat bila di beri baja nitorgen

·         Kadar daun kepada batang tinggi
-  mudah diragut, kandungan nutrien tinggi

 

f.     Catuan Makanan Ternakan


·         Merupakan pemberian makanan yang mengandungi semua kelas makanan mengikut keperluan dan kuantiti yang betul
·         Makanan tambahan diperlukan pada peringkat betina sedang bunting, sedang menyusukan dan anak baru bercerai susu.

·         Nisbah penukaran makanan ( NPM )
-  Ialah unit pengeluaran ( contohnya pertambahan berat badan ) yang
   diperolehi daripada satu unit pengambilan makanan.
-  NPM dipengaruhi oleh baka dan kualiti makanan yang diberi.
-  Tujuan mengira NPM adalah untuk mengetahui taraf ekonomik sesuatu  ternakan

               NPM         =      Jumlah makanan di makan  
                                     Jumlah pertambahan berat badan

-  Contoh jika NPM = 2.25 : bermakna 2.25 unit berat makanan dapat ditukar kepada
   1 unit berat badan
-  Semakin rendah nilai NPM, semakin cekap penukaran makanan.  
    

Friday, 9 November 2012

TERNAKAN


EMPAT PEKARA YANG MEMPENGARUHI PENGELUARAN TERNAKAN-
 IKLIM,PEMAKANAN,KESIHATAN DAN GENETIK.



                    








IIKLIM

a.      Unsur iklim yang mempengaruhi ternakan
·         Suhu
·         Kelembapan
·         Cahaya

b.      Kesan iklim ke atas pengeluaran ternakan

·         Himpitan iklim adalah keadaan alam yang boleh menyebabkan gangguan keseimbangan fisiologi ternakan. 
·         Dua kesan iklim ke atas pengeluaran ternakan:
-          secara langsung
-          secara tidak langsung

·         Kesan iklim secara langsung

                                             i.      Perlakuan semasa meragut
-          Suhu tinggi dan pancaran matahari terik mengurangkan selera makan dan ketahanan badan
-          Ternakan berhenti makan dan mencari tempat teduh
-          Jangka masa meragut kurang

                                           ii.      Pengambilan makanan
-          Peningkatan suhu menyebabkan kadar pengambilan makanan  berkurangan sebaliknya air diambil berlebihan

                                          iii.      Tumbesaran
-          Suhu tinggi menyebabkan kurang selera makan dan  kadar tumbesaran akan menurun

                                          iv.      Pengeluaran hasil
-          Peningkatan suhu persekitaran akan menyebabkan gangguan kepada proses fisiologi
-          Suhu persekitaran yang tinggi mempengaruhi pengeluaran telur, susu dan daging

                                            v.      Pembiakan
-          Suhu tinggi akan menjejaskan kesuburan ovum dan sperma, kematian embrio dan merencatkan janin
-          Kadar penetasan telur menurun

·         Kesan iklim secara tidak langsung

                                             i.      Penghasilan bahan makanan ternakan
-          Taburan hujan yang tinggi menggalakkan pertumbuhan foraj dan akan menambahkan bahan makanan ternakan
-          Iklim lembap menggalakkan serangan kulatAspergillus flavus pada makanan ternakan dan ternakan mengalami keracunan aflatoksin
-          Iklim panas merosakkan kandungan vitamin dan mineral dalam bahan makanan ternakan


                                           ii.            Serangan parasit dan penyakit ternakan
-          Suhu dan kelembapan tinggi mengalakkan pembiakan patogen dan parasit
-          Suhu rendah mengganggu sistem pernafasan

                                          iii.            Pengendalian dan penyimpanan hasil ternakan
-          Suhu dan kelembapan tinggi merosakkan hasil ternakan seperti susu, daging dan telur
-          Mikroorganisma membiak dan menjalankan proses penapaian ke atas hasil ternakan apabila kelembapan tinggi.
-          Hasil cepat rosak dan busuk
-          Embrio mati dan telur tidak menetas jika suhu tinggi


c.      Cara mengurangkan kesan himpitan iklim

·         Mengadakan perumahan yang sempurna
-          Melindungi ternakan dari serangan musuh, mengawal penyakit dan parasit
                               serta iklim yang melampau
-          Ciri perumahan sempurna – ruang lantai mencukupi, aliran udara yang baik
      (pengudaraan), bekalan cahaya yang sesuai dan mudah dibersihkan
-          Arah binaan perumahan mengambil kira pancaran cahaya matahari dan arah
      tiupan angin


·         Menanam pokok naungan
-          Melindungi ternakan dari pancaran terik matahari, memberi oksigen dan
      menyediakan tempat ternakan berehat
·         Mengamalkan ragutan pada waktu malam
-          Waktu malam suhu sekitar turun
-          Mengurangan tekanan semasa haiwan meragut
-          Haiwan meragut rumput lebih banyak dan tumbesaran ternakan lebih baik
·         Memilih baka yang toleran terhadap haba
-          Baka yang toleran terhadap suhu dan kelembapan tinggi
-          Contoh baka yang toleran suhu tinggi ialah lembu Kedah-Kelantan, LID atau baka kacukan  KK dengan baka Freisien


·         Memberi makanan bernutrien tinggi
-          Menampung kekurangan zat makanan kerana kurang mengambil makanan
      ketika suhu tinggi
-          Makanan mesti mengandungi semua unsur pemakanan
-          Contoh:anak lembu diberi susu secukupnya dan ketika peringkat








      pembesaran, konsentrat ditambah dalam makanan

Monday, 22 October 2012

Kunjungan ke Banjar 2 dis 2011 ( bahagian 7)


http://www.youtube.com/user/hisamihalidi- video






Selepas balik dari Binjau saya dan Nazmi mula berkemas , ini adalah hari yang terakhir kami di Martapura. Risau juga saya melihat barang dan bermacam hadiah dari keluarga di Martapura, takut tak dapat nak bawa dalam penerbangan nanti. Rupanya Siti Salamah dan kakak Mardiah pakar dalam menyusun barangan jadi mereka membantu kami, membungkus, lipat dan susun. Sehinggakan semuanya tersusun rapi.


Antara kulaan yang hadir di hari terakhir kami di Banjar

           Beg yang telah di susun kemas sedia untuk berangkat

Kakak Mardiah, kakak Umi Khalsum dan Kakak Maimunah

                                  Kakak Maimunah suami dan anak mereka

                                   Anak-anak kakak Maimunah

Keluarga besar kakak Umi Khalsum Bt Marei dari Tamban


Petang itu ramai juga keluarga yang berkumpul di rumah kakak Mardiah, kerana ada sepupu sebelum ini tidak berkesempatan bertemu. Antaranya Afar ( Jaafar), Maimunah Mohdar kakak kepada Syamsudin,  Mak Sarifudin yang berada di Balik Papan, Umi  Khalsum  Marie dari Tamban. Sungguh meriah petang itu dengan gelak tawa kulaan yang lama ingin bertemu dan tidak pernah bertemu sebelum ini. Kakak Maisarah sebenarnya tinggal di Jakarta  seorang usahawan yang berjaya, ia mejemput saya ke tempatnya, saya berjanji kalau ada rezkinya nanti kami akan sampai juga ke sana. Kakak Umi Khalsum pula seorang yang peramah hingga senak saya menjawab pelbagai pertanyaanya.





     Kain batik asli banjar ( Sasirangan) yang paling banyak hadiah dari kulaan Martapura Banjar

Kulaan yang menghantar kami di airport Syamsudin Nur Banjar Baru.Najmuddin suami isteri, KH Syairazi, Zulfadli dan Rasyidi

Tiket untuk penerbangan telah diuruskan oleh Najmuddin.  Pukul lima petang kami berangkat ke Bendara Syamsudin Nor Banjar Baru. Sebenarnya  rumah kakak Mardiah tidaklah  jauh sangat hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke airport. Bertemu dan berpisah ada lumrah manusia biasa, saat yang sedih untuk berpisah dengan kulaan yang baik hati di Banjar. Memang jasa kalian pada kami tidak dapat kami balas, muga Allah membalasnya  amin. Tepat jam 6.40 petang pesawat Sriwijaya air berlepas menuju Balik Papan.
Kami di udara tidak lama, jam 7.20 pesawat selamat mendarat di Balik Papan.
Di Sapingan Airpot telah menunggu Makiah dan suaminya  Amir . Makiah  cucu  H.  Ardani b H. Saberan. Kami di bawa pulang ke rumahnya di Batu Ampar dipinggiran kota Balik Papan. Kami sudah bertemu sebelum ini iaitu di rumah Syamsudin Di Sungai Ampal Balik Papan, hari ini Syamsudin tidak dapat bertemu kami kerana ia ada tugasan lain. Malam itu kami tidur di rumah Makiah.
            Penerbangan kami ke Malaysia  pada pukul 12.30.  Jadi pagi itu, kami di pinjamkan motosikal oleh suami makiah, kami pusing-pusing di Balik Papan. Amir Mahmud adalah seorang polis di bandar ini, jadi awal pagi ia masih onduty. Ia pulang jam 10 pagi. Setelah siap kemaskan beg-beg kami pun ke airport, tapi Amir kata masih awal lagi jadi ia membawa kami ke tempat-tempat penting di Balik Papan. Pukul 12 kami tiba di Airport, telah menunggu Saifudin anak Umi Khalsum yang di Tamban Banjar. Ia menolong kami membawa bagasi ke tempat pemeriksaan. Kami berpisah di situ. Terima kasih Syamsudin dan keluarga, Makiah dan Suami  serta Saifudin . Keluarga kami yang baikhati  berada di Balik Papan.
  Pukul 12.30 pesawat airasia meninggalkan bumi Kalimantan Timur menuju ke KLIA.
Kami selamat tiba  pada pukul 4 petang, Dalam cuaca yang baik pesawat airasia  terbang dengan kelajuan yang maksima  dari Balik Papan ke KLIA Cuma dua jam setengah sahaja.

                            Di hadapan rumah Makiah di Batu Ampar Balik Papan. Kaltim

                                          Nazmi mengayakan Superbike Amir  
  
                        Amir membawa kami melihat-lihat sekitar pelabuhan BPN


                                      Kami pusing-pusing di BPN Kaltim


                                    Pemandangan di Pelabuhan Semayang

                                Buah kasturi banjar kiriman kulaan

                                   Hubi banjar yang banyak di tanam di halabiu

kopi jahi, buah srikaya dan kasturi dari martapura


            Di Terminal Munir telah siap menunggu, kami kembali ke Sungai Besar dengan selamatnya.

 posting lama.
http://hisamihalidi.blogspot.com/2012/09/kunjungan-ke-banjar-2-dis-2011-bahagian.html