Hari
ini Najmuddin dan Siti Salamah membawa kami ke pasar Martapura.Pasar ini
sungguh sebuk dengan orang yang berdagang dan membeli, pelbagai jualan ada di
sini dari kueh-mueh, barang keperluan harian, buah-buahan dan sebagainya.
Kebetulan masa itu musim buah kasturi sejenis mangga kecil rasanya seperti kuini. Pasar ini sangat sebuk dengan
perniagaan batu permata, ada banyak kedai-kedai yang menawarkan anika macam
permata. Pada mulanya saya ingin membeli juga, tapi Siti Salamah melarang
kerana kata ada satu tempat yang bagus dan harganya berpatutan untuk saya beli.
http://www.youtube.com/watch?v=5OT4W0yjzuM&feature=youtu.be Lihat video.
http://www.youtube.com/watch?v=5OT4W0yjzuM&feature=youtu.be Lihat video.
Kami
ke kedai buku untuk membeli buku agama dan kitab dari Martapura,Siti Salamah
berurusan dengan tuan punya kedai dapatlah harga yang istemewa. Juga saya sempat
membeli beberapa cenderahati dari Martapura. Tidak jauh dari pasar kelihatan
masjid besar martapura yang sungguh cantik, kami sempat solat di mesjid itu.
Setelah penat membeli belah kami singgah di restoren , di
sana kami memjamu selera dengan soto banjar yang lazat. istemewanya di
sini kelihatan ketupatnya bersaiz besar
,tiga kali ganda berbanding yang biasa
kita lihat di Malaysia.
Seterusnya kami pergi ke toko besar batu permata, memang
di sini permatanya hebat-hebat. Saya sempat membeli beberapa bentuk cincin permata
untuk isteri dan anak dan juga hiasan lain
Di Plaza Zamrud
Di Plaza Zamrud
Petangnya Najmuddin membawa kami ke Cindai
Alus tempat pasentren abang KH Syarazi. Abang Kh Syairazi menunjuk persekitaran
pasenterennya. Sempat juga kami berfoto di sana.
Di Pasentren abang KH Syarazi
Selepas itu kami ke rumah kakak Halimatus Sadiah di kampung Binjau.Ia adalah kakak sulung Kh Syairazi, rumahnya besar dan cantik tapi agak jauh dari rumah-rumah lain di hadapanya ada sebuah pasentren yang di uruskan oleh anak lelakinya.
Kakak Halimatusadiah dan keluarganya
Di Pasentren abang KH Syarazi
Selepas itu kami ke rumah kakak Halimatus Sadiah di kampung Binjau.Ia adalah kakak sulung Kh Syairazi, rumahnya besar dan cantik tapi agak jauh dari rumah-rumah lain di hadapanya ada sebuah pasentren yang di uruskan oleh anak lelakinya.
Kakak Halimatusadiah dan keluarganya
Selepas itu kami ke rumah Zulfadli di Martapura
juga rumahnya besar dan dia adalah seorang yang hebat, berkerja di Dinas Kaadilan.
Lewat petang kami kambali ke Sakumpul ke rumah Kakak Mardiah
Zulfadli dan keluarga berfoto dengan kami
Rumahnya sungguh besar dan cantik
Zulfadli dan keluarga berfoto dengan kami
Rumahnya sungguh besar dan cantik
Malamnya
abang Zarkasi mengajak kami ke rumah Rasyidi yang berhampiran kawasan itu juga,
rumahnya besar dan cantik. Sebelum pulang ke rumah, kami sempat melihat ada acara
di Martapura pada malam itu.
Hari ke 7. (8.12.2011)
Hari
ini kami akan berkunjung ke Alabio HSU, dari Martapura ke sana agak jauh juga
lebih kurang 170 km. Najmuddin telah sedia jadi pemandu, turut serta abang KH
Syairazi,isteri dan anaknya Syariah. Kak Mardiah, Siti Salamah, saya dan Nazmi.
Kami bertolak agak lewat pagi . Kenderaan yang digunakan ialah MPV avanza.
Jalan yang kami lalui agak elok kerana ia adalah jalan utama untuk ke Hulu
Sungai , Kaltim dan Kalteng, Pemandangnya agak berbeza dari Martapura, kerana
sepanjang laluan kelihatan sawah-sawah yang luas,tapi masa ini tidak kelihat
orang mengerjakannya kerana sudah habis musim menuainya. Di sini kenderaan
tidak selaju di Malaysia (110kmj). Rasanya lingkungan 50 hingga 70kmj sahaja.
Perjalanannya agak santai sambil menikmati pemandangan di luar kenderaan.
1.http://www.youtube.com/watch?v=8olSwUAYW7E&feature=plcp Lihat video
1.http://www.youtube.com/watch?v=8olSwUAYW7E&feature=plcp Lihat video
Pekan Sungai Pandan Alabio
Kami tiba di Sungai Pandan Alabio sudah masuk waktu zhohor jadi kami singgah di Masjid untuk solat , selepas itu kami meneruskan perjalan ke Kampung Taluk Batung, tempat kelahiran moyang kami. Di pekan itu ada sesuatu yang menarik untuk saya kunjungi iaitu pasar itik alabio yang terkenal, saya ambil masa beberapa minit untuk merakam dan mengambil fofo suasana di pasar tersebut.
Sebenar
tujuan saya ke Alabio ini adalah untuk menjejaki asal keturunan saya dan
melihat sendiri tinggalan sejarah moyang saya di sini. Di sini lahirnya Hj Ahmad b. Adam moyang saya itu. Kampung
Taluk Batung suasana sama seperti kampung saya di Sungai Besar awal 70an, sawah
padi( pahumaan) batas-batas sawah, jalan yang beselut, parit dan tanaman di batas
sawah.
Di kota Amuntai
2.http://www.youtube.com/watch?v=DQ83BDHBTGs&feature=plcp Lihat Video
Di kota Amuntai
2.http://www.youtube.com/watch?v=DQ83BDHBTGs&feature=plcp Lihat Video
Pertemuan saya denga Sarwani
Abang Yusuf yang di cari juga sudah ALM.(meninggal dunia)
Foto yang ditunjukan pada saya, semuanya dah ALM. Rokiah, Hjh Madiah dan Hjh Rabiah
Akhirnya
sampai juga saya ke pusara moyang saya itu. Banyak juga pusara lama di sini,
biasanya ada pertalian keluarga antara
satu sama-lain. Pusara Hj Ahmad telah didirikan kubah di dalam ada dua pusara.
Walaupun tempat ini jauh terpencil namun dua pusara ini masih kelihatan dijaga dengan rapi,selepas saya memberi salam
pada ahlil kubur, bulu roma saya meremang seakan almarhum tahu cicitnya dari
jauh datang menziarahinya. setelah bersedekah Alfatihah dan doa saya dan Hj
Elmi beredar meninggalkan pusara. Semoga roh almarhum dicucuri rahmat berada
dalam aman dan damai dipersemadiannya. Amin...
Hj.
Elmi membawa saya ke rumahnya mengikut jalan pintas, jadi kami tiba lebih awal
dari Najmuddin yang berpatah balik agak jauh.Sementara menunggu yang lain
sampai kami duduk di tepian Sungai Alabio yang agak keruh, mungkin kerana baru
hujan. Suasana kampung di sini sungguh nyaman dan permai. Sempat juga saya
berbual dengan tetangga Hj Elmi.
Najmuddin
dan yang lain tiba lebih kurang 20 minit kemudian dari kami, dan terus ke rumah
Hj. Elmi, rumah di sini bagus-bagus walaupun dibuat dari kayu tapi kayu ulin
yang hebat itu. Lantainya hitam berkilat terserlah kehebatan kayu ini. Kami
besembang macam-macam perkara. Rupanya Hj Elmi orang yang hebat tahu banyak
perkara, hal agama, politik dan lain-lain.Rasanya banyak perkara lagi saya ingin
tanyakan dan belajar dari dia. Jika ada keluarga dari Malaysia yang ingin tahu hal keturunan kita di Alabio ini, dialah orang pertama yang patut kita
tanyakan.
Kami
dijamu dengan ubi banjar rebus, sungguh enak rasanya bila dicicah dengan gula.
Setelah agak lama juga kami di rumah Hj. Elmi kami pun minta diri untuk pulang
ke Martapura.Sebelum pulang ke Martapura ada beberapa rumah yang kami singah,kerana
ada kaitan keluarga juga. Sebelum pulang kami melihat-lihat dahulu kota Amuntai
dengan replika itik alabionya. Kami juga singah di warung untuk menikmati
kelazatan itik alabio pangang. Nazmi
sampai menjilat jari, habis licin tidak bersisa, kerana itik panggang di sini
tulang telah di tanggalkan sebelum dipanggang.
Di rumah keluarga di Amuntai.
Di rumah keluarga di Amuntai.
Dalam perjalan pulang
kami singah di gerai kueh, sempat juga saya membeli dodol kandangan yang
terkenal, gerai di persimpangan jalan ke kota Kandangan.
Rencana
asalnya kami hendak ke Nagara, untuk bertemu dengan Sarwani bin Mohdar abang pada Syamsudin yang
ada di Balik Papan, tapi masa agak suntuk jadi kami menelefonnya ,supaya boleh
menunggu kami di persimpangan jalan.Bila kami sampai ke tempat dijanjikan rupanya ia
telah sedia menunggu . Saya berpelukan dengannya , saya berjanji kalau saya ke banjar
lagi saya akan ke tempatnya dahulu.Kami bercerita, ia memberitahu pernah
berjumpa keluarga dari Malaysia masa ia belajar di Mekah pada tahun 80an, ia
menunjukan gambar-gambar masa di sana. Sedih sekali rupa keluarga yang pernah
ia jumpa itu semua telah meninggal dunia, iaitu Hjh Rabiah bt Hadijah bt Hj
Ahmad Alabio, anaknya Yusuf bin Arifin adik abang Che Din dan isteri Yusuf
Rokiah.
Kami meneruskan perjalaan ke Matapura dan tiba di sana
agak lewat malam
Hari ke 8. (9.12.2011)
Hari ini adalah hari
terakhir saya dan Nazmi di Martapura, rupanya kakak Mardiah telah membuat
rancangan untuk pergi ke Binjau untuk menikmati ikan bakar di tepian Irigasi
dan kolam ternakan ikan.
Hari itu juga Fahrulrazi suami Siti Salamah sudah pulang
dari kerja di luar kawasan. Jadi kami pergi mengunakan motosikal, saya dengan
Zufadli,Nazmi dengan Aliah, Fahrul dengan isterinya kakak mardiah dengan Umi Khalsum.
Rupa cara di sini kami pilih ikan segar kemudian di panggang dan dihidangkan.
Makannya bersila di pondok-pondok yang di sediakan. Di tengah-tengah kolam
ikan, beribu-ribu ikan kelihatan bermain di permukaan kolam. Ada yang besar
dan kecil. Paling banyak jenis tilapia (nila) Gromi (kalui) dan tilapia merah
(emas)
Fahrurazi suami Siti Salamah
Kami tengah menjamu selera . Restoren ikan bakar Binjau
Fahrurazi suami Siti Salamah
Aliah, saya ,Zulfadli, Mardiah dan Nazmi
Uniknya di sini sisa-sisa makanan itu
boleh terus di buang ke kolam kerana ikan yang ada di kolam itu akan memakan apa
saja diberi padanya. Di sini waktu hari minggu sungguh meriah ramai orang yang
berkunjung, kebetulan kami datang hari khamis dan sebelah pagi pula jadi masa
itu pengunjung tidak ramai. Pemandang di sini sunguh cantik ada banyak kolam
ternakan ikan seperti yang kami kunjungi ini, semua ada restoren ikan bakarnya,
ada juga taman tema dan kolamnya ada permainan, mendayung sampan dan sebagainya.
Kami pulang ke rumah kakak Mardiah agak tenghari juga. Petang itu kami hanya berihat di rumah sahaja.
Bersambung siri akhir tidak lama lagi.
http://hisamihalidi.blogspot.com/2012_06_01_archive.html Posting lama bahagian 5
Lampiran .
Siri akhir pengalaman saya di Banjar
Lampiran .
Siri akhir pengalaman saya di Banjar
No comments:
Post a Comment