ANAKLAUT

Thursday, 3 January 2013

Contoh untuk pelajarku Tg 5Is dan 5rz




PRAKATA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

          Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran Kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan Laporan Kerja Kursus Sains Pertanian 2013 ini dengan jayanya.

Dalam laporan kerja kursus ini, ia terbahagi kepada lapan bahagian iaitu :-

i.             Melakukan Eksperimen Makmal
ii.            Melakukan Bedah Siasat (Ayam)
iii.           Mengawal Organisme Perosak (Kaedah Kimia)
iv.          Melakukan Pembiakan Pokok (Markot)
v.           Memasang Pengairan (Titisan dan Percikan)
vi.          Mengaplikasikan Prinsip Bioteknologi (Tapai Ubi)
vii.         Amali Komputer (Internet)
viii.       Rancangan operasi ladang ms 104 buku tg5

Laporan kerja kursus sains pertanian ini adalah mengikut skema yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM). Dengan adanya laporan ini, saya berharap agar semua pihak dapat mengetahui dan memahami serba sedikit mengenai sains pertanian. Semoga para pembaca dapat memanfaatkan dan mempraktikannya dengan jayanya.







                            


Assalaamualaikum W.B..T
Alhamdulillah, shukur saya Kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah  kurnianya dengan ini saya telah dapat menyiapkan laporan Kerja Kursus Sains Pertanian 2013 ini dengan jayanya.
          Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada En.Halidi Bin Hanafiah kerana telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar yang berguna untuk saya. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya,..........................................yang telah menyediakan sumber kewangan untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Kepada rakan-rakan yang telah bekerjasama dengan saya,  ucapan ribuan terima kasih saya ingin ucapkan. Semoga hubungan persahabatan kita  semua akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
          Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn.Pengetua guru Kaunselor dan semua guru-guru kerana banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya. Tanpa anda semua, mustahil saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Semoga anda semua akan mendapat balasan dan ganjaran dari Allah s.w.t. Insya-Allah...
          Akhir kata, semoga kerja kursus ini akan memberi serba sedikit maklumat kepada pembaca. Dengan ini juga, semoga kerja kursus ini dapat dijadikan contoh dan panduan kepada calon-calon SPM 2013 kelak. Wassalam...                                       
                                                                               T/tangan Calon,
                                                                                      ..............              
                                                     (..................................................)





BAB 1
MELAKUKAN
EKSPERIMEN
MAKMAL






1.1         MELAKUKAN EKSPERIMEN MAKMAL


KESAN KALSIUM KARBIDA KE ATAS KEMASAKAN BUAH

Tujuan

Menentukan kesan kalsium karbida atas proses kemasakan buah.

Bahan/Alatan/Radas

Spatula, kain pelacu, 4 bekas plastik bertudung, kalsium karbida, pisang hijau (telah matang).

Langkah-Langkah

1.           Sediakan 2 bekas bertudung yang bersih dan kering.
2.           Masukkan 2-3 biji pisang hijau dalam setiap bekas dan labelkan A dan B
3.           Letakkan ¼ sudu pepejal kalsium karbida yang dibungkus dengan kain belacu ke dalam bekas A dan tutup dengan segera.
4.           Bekas B sebagai radas kawalan.
5.           Lakukan pemerhatian selepas 3-4 hari dengan mencatat perubahan ke atas buah pisang dalam bekas A dan bekas B.

Langkah Keselamatan

1.           Kalsium karbida yang dilarutkan menghasilkan gas yang mudah terbakar atau meletup jika termampat.
2.           jauhi punca api daripada kawasan eksperimen.
3.           Gas sampingan yang terhasil daripada kalsium karbida mengandungi gas arsenik dan fosforus yang toksik.


BEKAS A


BEKAS B
Gambarajah : Penyediaan amali untuk kemasakan buah

Pemerhatian


Bekas A
Rawatan dengan kalsium karbida
Bekas B
Tanpa Rawatan
Tempoh buah untuk masak

3 hari

7 hari



Kesimpulan

Buah yang mengandungi kalsium karbida lebih cepat masak berbanding buah yang tidak mengandungi kalsium karbida.
Tindakbalas pengawal atur pertumbuna asetelina.


















BAB 2
MELAKUKAN
BEDAH SIASAT




















1.2         MELAKUKAN BEDAH SIASAT


Tujuan

Melakukan bedah siasat untuk mengenalpasti sistem pencernaan ayam.

Bahan / Radas

Ayam, kepingan papan, benang, set pisau bedah, dulang, sekateur, tukul dan paku 2 inci, pen marker, jarum peniti, kertas tisu, sarung tangan, penutup mulut.

Langkah-Langkah

1.           Sediakan seekor ayam yang telah disembelih dan dicabut bulunya.
2.           Letakkan ayam terlentang di atas papan, pakukan kepaknya.
3.           Tekan kedua-dua bahagian peha supaya kaki rata dan terbuka serta pakukan.
4.           Buang bahagian kulit bertanda garisan bertitik-titik.
5.           Bedah bahagian tengah dada hingga ke pangkal kedua-dua peha.
6.           Potong otot dada bahagian yang bertanda 1 dan 2 sepanjang 3 sm sehingga tersentuh tulang dengan pisau.
7.           Gunakan sekateur untuk memotong tulang kepak.
8.           Keluarkan penutup abdomen dengan menggunting sebahagian bertanda 3 dan 4.
9.           Perhatikan bahagian organ.
10.       Keluarkan organ-organ sistem pencernaan dengan berhati-hati.
11.       Rungkai organ dan pamerkan di atas dulang.







12.       Lakar dan labelkan organ berikut :

*  Paruh
*  Esofagus
*  Tembolok
*  Perut
*  Hempedal
*  Hati
*  Deodenum
*  Salur pundi pankreas
*  Proventikulus
*  Pundi hempedu
*  Usus
*  Sekum
*  Kloaka

Gambarajah : Sistem Pencernaan Ayam
Sistem Pencernaan Bukan Ruminan


Organ
Fungsi
Paruh
- Memecahkan makanan
- Merembeskan air
Esofagus
- Menyalurkan makanan ke tembolok
Tembolok
- Menyimpan makanan sementara
Proventikulus
- Merembeskan enzim
Hempedal
- Mengisar makanan, merembeskan enzim  pencernaan, menyerap nutrien dan menyerap air
Pankreas
- Merembeskan enzim penghadaman
Hati
- Menyerap toksin dan merembeskan hempedu
Pundi Hempedu
- Menyimpan cairan hempedu
Sekum
- Menapaikan bahan selulosa dan menyerap air
Kloaka
- Mengeluarkan tinja

Langkah Keselamatan

1.   Guna alat yang tajam.
2.   Lakukan pembedahan dengan berhati-hati.
3.   Asingkan lemak yang melekat pada organ-organ pencernaan dengan cermat.











BAB 3
MNGAWAL
ORGANISMA
PEROSAK
(KAEDAH KIMIA)



















1.3         MENGAWAL ORGANISMA MENGGUNAKAN KEDAH KIMIA


Pengenalan

Kaedah ini paling digemari oleh pengusaha-pengusaha pertanian kerana memberi kesan yang cepat. Keberkesanan racun dapat dilihat apabila perosak-perosak dapat dihapuskan. Masalah timbul apabila racun kimia digunakan secara keterlaluan sehingga terdapat perosak yang menjadi kebal terhadap racun-racun tersebut.
Apabila pengusaha pertanian mendapati bahan kimia itu tidak berkesan lagi, konsentrasi racun yang lebih tinggi atau campuran bahan-bahan kimia yang lebih toksik digunakan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pencemaran persekitaran.
Racun perosak dapat dikelaskan mengikut cara tindakannya ke atas perosak.



Gambar : Contoh racun sistemik






JENIS RACUN
CIRI-CIRI
CONTOH
Racun Perut
*    Racun yang berbentuk cecair, serbuk, bintil atau umpan ini membunuh apabila dimakan oleh perosak.
*    Digunakan sebagai umpan / sembur.
*    Racun serangga seperti Malation.
*    Racun tikus seperti zink fosfida dan warfarin.
Racun Sentuh
*    Racun ini membunuh apabila terkena perosak, memasuki sistem peredaran darah, sistem pernafasan perosak atau mengganggu sistem saraf.
*    Digunakan dalam bentuk semburan kabus
*    Racun serangga seperti karbaril, heptaklor, dan BHC.
*    Racun kulat yang mengandungi kuprum dan raksa.
*    Racun rumpai seperti parakuat.
Racun Sistemik
*    Bahan kimia ini akan meresap melalui sistem vaskular tumbuhan ke arah daun dan bahagian tumbuhan menyebabkan tanaman beracun kepada perosak.
*    Racun kulat seperti Benomil
*    Racun serangga seperti Dimetoat dan Furadan.
Racun Pewasap
(Fumigan)
*    Racun dalam bentuk wasap ini membunuh perosak yang tersedut masuk ke dalam sistem respirasinya.
*    Metil Bromide, Kloropikrin, Natrium Florida dan Vapam.







































































































































KELEBIHAN DAN KEBURUKAN KAWALAN SECARA KIMIA

Kelebihan

*     Secara keseluruhannya kawalan kimia banyak memberi manfaat lebih-lebih lagi jika digunakan dengan betul sepertimana arahan yang dilabelkan. Antara kelebihan menggunakan kawalan ini adalah :-

1.   Mudah dijalankan

Penggunaan racun ini adalah mudah kerana racun ini hanya perlu dicampurkan dengan air sahaja, tanpa proses yang menyulitkan.

2.   Kesan segera yang diperolehi

Para petani inginkan hasil dalam tempoh masa yang cepat. Dengan ini petani menggunakan racun kimia kerana kesannya yang diperolehi dalam masa yang singkat.

3.   Pelbagai jenis racun

Pada masa kini, pelbagai jenis racun kimia dipasaran, oleh itu para petani mudah untuk mendapatkannya. Selain itu juga terdapat di sesetengah kedai runcit.

4.   Pelbagai kegunaan

Banyak jenis perosak boleh dikawal kerana ada sesetengah racun yang bertindak ke atas kebanyakan serangga perosak.









Keburukan

*     Kawalan secara kimia juga terdapat keburukan jika diguna secara berlebihan. Antara keburukan menggunakan kawalan ini adalah :-

1.   Mencemarakan alam sekitar

Bahan kimia ini jika diguna secara berlebihan atau tidak mengikut sukatan, ia boleh mencemarkan alam sekitar.

2.   Mencederakan tisu

Bahan kimia ini juga bolehmengakibatkan kecederaan tisu. Ini kerana terdapat sesetengah racun kimia yang mampu mencederakan tisu.

3.   Mewujudkan perosak yang resistan terhadap racun

Fenomena ini berlaku apabila racun kimia digunakan secara keterlaluan sehingga terdapat perosak yang menjadi kebal terhadap racun-racun tersebut.

4.   Meninggalkan kesan bau dan rasa pada hasil tanaman

Apabila pengusaha pertanian mendapati bahan kimia itu tidak berkesan lagi, pengusaha tersebut akan membuang racun tersebut dan ini mengakibatkan pencemaran bau dan rasa pada tanaman.


Inilah sedikit sebanyak tentang kebaikan dan keburukan menggunakan racun kimia dalam aktivit pertanian. Diharap para pembaca akan mendapat sedikit sebanyak info mengenai racun kimia ini.






LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN APABILA MENGGUNAKAN RACUN KIMIA

*   Gunakan racun kimia yang paling sesuai jenis perosak.
*   Baca maklumat yang terdapat pada setiap bungkusan atau botol racun.
*   Sukat kadar racun yang hendak digunakan dengan tepat.
*   Periksa keadaan semua bahagian penyembur sebelum menggunakannya.
*   Jangan sentuh, hidu atau merasa racun kimia.
*   Gunakan kayu atau benda lain yang sesuai untuk membancuh racun kimia(JANGAN GUNA TANGAN UNTUK MEMBANCUH).
*   Jangan makan atau minum semasa membancuh atau menyembur racun.
*   Pakai pakaian pelindung yang sesuai.
*   Bersihkan semua alat sebelum dan selepas menggunakannya.
*   Bersihkan bahagian muncung penyembur yang tersumbat.
*   Simpan racun kimia di tempat yang selamat dan berkunci.
*   Tanam semua bekas sisa racun atau letak ke dalam tong kitar semula yang disediakan.
*   Dapatkan rawatan doktor dengan segera sekiranya berlaku kecemasan.



















  

Sebelum meracun, perlulah membaca panduannya terlebih dahulu.




       

Selepas meracun, pastikan botol-botol racun dimasukkan ke dalam tong kitar semula yang disediakan.

Selepas meracun juga, pastikan alatan-alatan disimpan di dalam setor simpanan dan dikunci.

















Janganlah kita membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai. Jagalah warisan kita, jangan biarkan ia tercemar.






































































































































































BAB 4
MELAKUKAN
PEMBIAKAN
POKOK
(MARKOT)















1.4         PEMBIAKAN SECARA ASEKS (MARKOT)

Pengenalan

Pembiakan aseks merupakan yang hanya memerlukan satu induk bagi menghasilkan baka baru. Pembiakan secara vegatif merupakan pembiakan aseks yang sering digunakan dalam pertanian. Pembiakan vegatif terbahagi kepada beberapa kaedah seperti :-

v Keratan batang
v Markot
v Cantuman
v Umbisi
v Belahan dedua

Markot adalah satu kaedah yang dijalankan ke atas tanaman yang sukar dibiakkan melalui keratan atau cantuman. Markot atau tut adalah satu kaedah pembiakan secara aseks. Tujuan merkot adalh untuk menghasilkan bahan tanaman dan juga memendekkan tempoh kematangan pokok. Tumbuhan yang lebih besar boleh dihasilkan dan pencapaian yang optimum dalam jangka masa yang pendek.

Dalam menjalankan kaedah pembiakan ini, faktor-faktor utama yang harus dititikberatkan semasa memilih tumbuhan ialah mudah didapati, daunnya rendah dan senang dikerjakan. Melalui kaedah ini hormon pengakaran turut digunakan. Hormon pengakaran ini merupakan jenis bahan serbuk yang berfungsi sebagai mempercepat
pengeluaran akar pada dahan yang ditut.











Objektif Kajian

Kajian pembiakan secara markot digunakan bertujuan untuk :-

1.   Mendapatkan anak pokok yang baru.
- Dengan adanya pembiakan secara markot petani boleh menghasilkan pokok yang baru untuk ditanam atau digantikan dengan pokok induk.

2.   Memendekkan tempoh kematangan.
- Melalui kaedah ini petani bukan sahaja boleh menghasilkan tumbuhan baru dengan banyak malahan dapat mempercepatkan kematangan dan pengeluaran.

3.   Mengkaji kesan hormon pengakaran.
- Melalui kaedah ini petani juga dapat  mengkaji kesan penggunaan hormon pengakaran sama adaa dapat mengeluarkan akar dalam masa yang singkat atau lambat.

4.   Mengkaji tempoh kematangan.
- Dengan adanya kaedah ini petani dapat menghasilkan tanaman dengan lebih cepat dan boleh mencapai pertumbuhan dalam masa yang singkat.

5.   Mendapatkan sifat pokok yang sama.
- Melalui kaedah ini, sifat baka yang akan terhasil sama dengan sifat pokok induk.













TEKNIK MENJALANKAN KAEDAH MARKOT

Bahan dan Alatan

Bahan dan alatan yang selengkapnya perlu disediakan sebelum memulakan kaedah memarkot. Bahan yang diperlukan ialah :-
*    Pisau yang tajam.
*    Helaian politena lutsinar.
*    Hormone pengakaran (SERADIK).
*    Tali Rafia.
*    Medium Memarkot.
*    Sekateur.
*    Dahan pokok hiasan yang telah dipilih.

Penyediaan Medium

     i.        Tanah loam, bahan organik dan pasir sungai ditapis secara berasingan.
    ii.        Bahan disediakan mengikut nisbah yang sesuai.
   iii.        Bahan loam, bahan organik dan pasir sungai dicampurkan.
  iv.        Bahan campuran digaul dengan menggunakan sudip sehingga sebati.
   v.        Bahagikan medium kepada 5 atau 6 bahagian.
  vi.        Gumpalkan medium yang telah dibahagikan tadi.

Pemilihan Dahan

     i.        Dahan yang dipilih mestilah sihat dan tidak berpenyakit.
    ii.        Dahan mestilah berdiameter 1-5 cm dan sederhana keras.
   iii.        Dahan mestilah bercabang lurus.
  iv.        Dahan yang dipilih tidak cacat.

Membuat Kelaran

     i.        4 cm kelaran dibuat pada dahan dengan menggunakan pisau yang tajam.
    ii.        Satu potongan memanjang yang menghubungkan kedua-dua kelaran dibuat.
   iii.        Kulit kayu dikopak perlahan-lahan untuk mengelakkan dahan daripada terluka.
Mengikis Tisu Karbon

     i.        Seluruh permukaan yang telah ditentukan akan dikikis.
    ii.        Tisu karbium hendaklah dikikis dengan menggunakan pisau yang kecil dan tajam.
   iii.        Tisu karbium hendaklah dikikis dengan berhati-hati dan kemas.
  iv.        Tujuan tisu karbium dikikis adalah untuk mengelakkan kulit kayu tumbuhan akan tumbuh semula.

Menyapu Hormon Pengakaran

     i.        Hormon pengakaran mestilah disapu disekeliling permukaan tisu.
    ii.        Penyapuan hormon pengakaran adalh bertujuan untuk menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan akar.
   iii.        Hormon mestilah disapu dengan cermat dan kemas.

Saiz Gumpalan

     i.        Saiz gumpalan yang dibuat haruslah bersesuaian dengan keadaan dahan yang tidak terlalu besar atau terlalu kecil.
    ii.        Bahan gumpalan hendaklah terdiri daripada campuran yang bvetul dan melekup antara satu sama lain.
   iii.        Gumpalan juga hendaklah tidak terlalu keras atau terlalu melekit.

Melekapkan Medium

     i.        Saiz gumpalan yang sesuai dilekapakan pada dahan atau ranting kayu yang dikelar.
    ii.        Lekapan medium hendaklah mengelilingi kelaran bagi tujuan mengangkut nutrien dari medium tersebut.
   iii.        Medium yang dilekapkan hendaklah seimbang dan tidak berat sebelah.
  iv.        Medium haruslah dilekapkan dengan kemas.





Membalut Medium

     i.        Setelah medium dilekapkan, dahan perlulah dibalut dengan plastik lutsinar untuk melambatkan proses penyejatan air.
    ii.        Balutan yang dibuat haruslah diikat dengan kemas dengan menggunakan tali rafia.
   iii.        Saiz plastik yang digunakan untuk membalut gumpalan hendaklah bersesuaian dengan saiz gumpalan yang telah dibuat.







































































































































































































































Ramalan Keputusan

          Secara ramalannya, keputusan pemarkotan dengan menggunakan hormon pengakaran lebih berjaya daripada pemarkotan tanpa menggunakan hormon pengakaran dan dapat memendekkan tempoh kematangan pokok. Ini kerana hormon pengakaran merangsang pertumbuhan akar pada dahan yang dimarkot. Pemarkotan yang dijalankan tanpa menggunakan hormon pengakaran akan melambatkan pertumbuhan akarnya.

          Kesimpulannya, kaedah pemarkotan lebih sesuai dilakukan pada tumbuhan yang sukar dibiakkan dengan pelbagai kaedah lain. Hormon pengakar penting untuk pertumbuhan akar dan merupakan faktor penting untuk memastikan sesuatu pemarkotan yang dilakukan itu berjaya.         

PENJAGAAN MARKOT

Antara perkara yang perlu dilakukan selepas kerja-kerja memarkot selesai sehingga berakar ialah :-

1.           Melabel.
§  Markot yang telah dibalut dan diikat hendaklah dilabel supaya kerja-kerja pemerhatian mudah dilakukan bagi membezakan markot yang berhormon dengan tidak berhormon. Bahan untuk melabel hendaklah tahan lasak dan tidak mudah hilang seperti cat dan sebagainya.

2.           Mengekalkan kelembapan tanah.
§  Kelembapan tanah perlu sentiasa dijaga. Ini kerana pertumbuhan akar bergantung kepada kelembapan. Jika akar kering, ia akan menyukarkan pertumbuhan akar dan boleh menyebabkan akar itu mati.

3.           Mengawal serangga perosak dan mencegah penyakit.
§  Pengawalan serangga perosak perlu bagi mengelakkan penyakit yang boleh mengakibatkan poko mati. Perosak seperti siput babi dan serangga boleh menyerang markot dan menybabkan perkembangan markot terjejas. Oleh itu, kawalan kimia seperti racun mesti digunakan dengan sukatan yangbetul untuk mengelakkan markot rosak atau mati.

4.           Menyiram.
§  Dahan atau ranting markot hendaklah disiram setiap hari untuk memberi kelembapan dan mempercepat proses pertumbuhan akar. Sekiranya medium kering, kemungkinann besar dahan akan mati kerana tidak dapat air yang secukupnya. Medium markot boleh disiram dengan melubangkan sedikit plastik yang membalutinya.

MEMINDAHKAN MARKOT KE DALAM BEG POLITENA

Setelah markot yang dibuat


Tuesday, 1 January 2013


LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP kanak-kanak


Lencana Keahlian dianugerahkan kepada ahli yang lulus untuk menjadi ahli yang sah dalam Pergerakan Pengakap. Sebelum dilantik menjadi ahli dan mendapat Lencana Keahlian, seorang ahli akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut untuk memberi pengetahuan asas yang mudah serta pengalaman berpengakap.

 

1. Persetiaan Pengakap & Undang-Undang Pengakap
2. Hormat Pengakap & Cogan Kata Pengakap Kanak-Kanak
3. Cerita Hutan & Permulaan Pergerakan Pengakap
4. Istiadat Laung Agung

 

 

Lencana Keahlian ini dipakai di poket kiri baju pengakap.

Persetiaan Pengakap

Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan:

Taat Kepada Tuhan, Raja dan Negara,
Menolong Orang Pada Setiap Masa,
Menurut Undang-Undang Pengakap.


Undang-Undang Pengakap

1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong,

    kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, 
    ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang 
    dibawahnya.

3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap

    walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya

    kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.

9. Pengakap itu jimat dan cermat

10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya




SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA


Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 2hb Julai 1910, 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England.

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya.

Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap
1910 Singapura F.C. Sands
1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) .
1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .
1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman
1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff
1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker
1926 Perak I.R. Wheeler
1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone
1926 Selangor Ameen Akbar
1928 Johor
1927 Terengganu A.J. Gracle
1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong
1931 Perlis

LAMBANG PENGAKAP DUNIA


1. Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada
    Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
2. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-
    melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
3. Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
4. Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
5. Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
6. Warna putih-kesucian dan kebersihan.



LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA


1. Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap
     iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara,Menolong orang setiap masa,Menurut
    undang-undang Pengakap.
2. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang
    sepuluh.
3. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
4. Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
5. Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
6. Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan
   Persaudaraan Pengakap Sedunia".
7. Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit
   pengakap:Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak",Hijau - "Pengakap Muda",Merah -
   "Pengakap Remaja"
8. Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-    
    Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

THURSDAY, OCTOBER 16, 2008


ISTIADAT LAUNG AGONG

Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK

1. TUJUAN
a. Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan
b. Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia
c. Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK
d. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin
e. Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik"

2. CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG
1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali – kuat & nyaring). Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia

2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu.

3. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka.

4. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia.

5. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar "KAMU BUAT HABIS BAIK?" PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK" Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya.

3. ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA
1. Akela akan berkata "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad) menuju ke tiang bendera.

2. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang bendera. Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk "memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta diikuti pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan berkawad.

3. Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak menyanyikan lagu "Negaraku" bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap kembali ke dalam bulatan seperti asal.

4. Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing- masing. Selepas tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat turunkan tangan.

5. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapur kepada Ketua Pemimpin atau minta menjalankan tugas lain.

6. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetuklan kesilapan uniform PKK sebelum membuat pengumuman
Buku log- Pengakap

Sumber Dari SU PLN Sabah





Pengenalan

Dewasa ini, mutu Pengakap yang ditunjukkan hari ini semakin dipertikaikan di mana-mana tempat wujudnya Pergerakan Pengakap ini. Dalam perkara ini, langkah terbaik yang harus dilakukan oleh para Pemimpin bukanlah menuding jari sesama sendiri ataupun terus duduk diam tanpa sebarang tindakan susulan. Para Pemimpin haruslah menguatkan semangat dan menaikkan semula semangat serta komitmen mereka untuk memimpin dan membantu ahli Pengakap dibawah bimbingan mereka. Kekurangan dari segi pengetahuan dan sumber rujukan bukanlah sesuatu alasan yang seharusnya ditimbulkan kerana secara tidak langsung, apabila ianya muncul, semangat Berpengakap itu dengan sendirinya akan berkurangan dan semakin menjadi malap.Apa yang harus disematkan di dalam minda Pemimpin itu sendiri adalah Pengakap itu merupakan satu Pendidikan Sepanjang Hayat. Pemimpin Pengakap di peringkat yang tertinggi pun tidak lepas daripada tuntutan untuk belajar dan meningkatkan pengetahuan mereka dalam Berpengakap. Ini adalah untuk memastikan bahawa Kepengakapan itu sentiasa relevan dan diterima walau macamana sekalipun perubahan yang berlaku terhadap persekitaran dan gaya hidup masyarakat.Satu contoh pembelajaran dalam Pengakap di semua peringkat adalah mengajar serta melatih Pengakap lain dan diri sendiri bagaimana menyediakan buku log.Saya sendiri telah melihat dan meneliti beratus naskah buku log Pengakap yang rupa, bentuk dan cara penyediaannya berbeza antara satu sama lain. Hasil penelitian ini telah saya gabungkan dengan kehendak pemeriksa, kesesuaian serta kepadatan isi kandungan dan saya wujudkan dalam bentuk satu garis panduan yang boleh membantu Pemimpin dan para ahli Pengakap dalam menyediakan sesebuah Buku Log.Panduan yang ditulis ini bukanlah satu kaedah yang MUKTAMAD ataupun wajib dipatuhi dipatuhi, tetapi sekadar garis panduan untuk memudahkan para pembaca memahami kaedah serta bagaimana memulakan penulisan sesebuah buku log.


NOURMAN RAYN DATUK AWANG ZAINI
Setiausaha Latihan Negeri
Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah
Kota Kinabalu
26 Disember 2008


APAKAH ITU BUKU LOG?

Dalam dunia kepengakapan, sesebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis atau dicatatkan oleh seseorang Pengakap yang mengambil sesuatu ujian lencana atau anugerah adalah dipanggil sebagai ‘Buku Log’.Buku Log seharusnya mengandungi catatan rekod yang diharapkan boleh dijadikan panduan, laporan dan juga pengesahan terhadap penglibatan seseorang Pengakap itu. Ianya juga boleh merupakan rakaman peristiwa yang berlaku dan catatan harian bagi sesuatu aktiviti Pengakap.Sehubungan itu, seseorang pencatat buku log haruslah mengasah kemahiran meneliti dan menghalusi pemahaman terhadap persekitarannya serta mampu pula menzahirkannya dalam bentuk penulisan, lakaran mahupun bantuan visual ataupun grafik.Di dalam buku log ahli Pengakap, Pemimpin juga boleh mencatat komen terhadap penulisan serta memberikan pengesahan terhadap ujian yang diambil oleh ahli Pengakap tersebut.


NOTA:Semasa Ujian Pentarafan Pengakap Raja, buku log peserta akan diperiksa oleh Lembaga Pentaraf Pengakap Raja Negeri untuk melihat sejarah serta penglibatan peserta dalam Kepengakapan secara keseluruhan. Jadi, pemeriksa akan mengharapkan yang peserta akan melampirkan atau melekatkan salinan sijil-sijil kelulusan bagi lencana dan ujian terbabit di dalam buku log mereka.Setakat ini, tiada had piawai bagi jumlah mukasurat sesebuah buku log. Namun berdasarkan pengalaman, buku log yang baik hendaklah mempunyai sekitar 200 – 300 helaian dan sebaiknya yang berkulit tebal agar ianya boleh disimpan dengan baik pada satu jangka masa yang lama.Satu persoalan yang sering ditimbulkan oleh Pemimpin Pengakap kepada saya ialah ‘Berapa banyak Buku Log harus disediakan oleh setiap Pengakap yang ingin mengambil ujian tertentu?’Saya masih ingat sewaktu saya menjadi ahli Pengakap Kanak-kanak dahulu, saya menyimpan semua rekod dan nota Pengakap saya di dalam SATU buku log bersaiz 21 cm X 17 cm dengan ketebalan 600 mukasurat. Dan buku tersebut juga saya gunakan sepanjang tempoh saya menyertai Pengakap Kanak-kanak sehingga saya menamatkan persekolahan rendah saya. Maksudnya, kesemua catatan, nota dan pengesahan Pemimpin kami terhadap Ujian Lencana Keahlian hingga Lencana Keris Emas saya catatkan dalam satu buku. Itu merupakan kelaziman di kalangan Pengakap pada masa tersebut.Namun begitu, bukan senang untuk menjaga sebuah buku untuk satu tempoh yang lama. Malah ianya berkemungkinan hilang dalam sesuatu program atau aktiviti yang disertai oleh seseorang Pengakap. Kesannya, seseorang Pengakap yang kehilangan buku lognya harus memulakan semula catatan buku lognya dari awal. Nota tersebut mungkin boleh ditulis semula, tetapi bagaimana pula dengan pengesahan Pemimpin yang telah diterimanya?Berikut merupakan cadangan bagaimana pembahagian catatan Buku Log bagi tajuk-tajuk asas yang sesuai dan mudah dijaga oleh seseorang Pengakap.

UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK
1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku
2) Lencana Keris Gangsa - 1 buku
3) Lencana Keris Perak - 1 buku
4) Lencana Keris Emas + Rambu Pengakap Kanak-kanak - 1 buku

UNIT PENGAKAP MUDA
1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku2
) Lencana Usaha - 1 buku
3) Lencana Maju - 1 buku
4) Lencana Jaya + Rambu Pengakap Muda - 1 buku
5) Buku Log Pengembaraan - 1 buku

UNIT PENGAKAP REMAJA
1) Lencana Ekspedisi - 1 buku
2) Lencana Jayadiri - 1 buku
3) Lencana Kegiatan - 1 buku
4) Lencana Kemahiran - 1 buku
5) Lencana Perkhidmatan - 1 buku6) Ujian Sikap - 1 buku

UNIT PENGAKAP KELANA
1) Catatan Peribadi + Lencana Keahlian + Vigil + Pertabalan - 1 buku
2) Lencana-lencana Kemajuan - 1-5 buku
3) Projek - 1 buku
4) Program atau Aktiviti Khas (jika ada) - 1 buku*

 Bagi semua unit-unit Pengakap di atas, program atau aktiviti tambahan yang disertai seperti perkhemahan, kursus, jambori dan sebagainya boleh dimuatkan dalam 1 buku berasingan.Kegunaan Buku Log sebenarnya bukan hanya terhad kepada ahli Pengakap yang ingin mengambil ujian. Pemimpin serta Pesuruhjaya Pengakap juga masih boleh menggunakan kaedah buku log untuk merekodkan benda-benda seperti berikut :- Kemajuan atau prestasi ahli Pengakap di bawah bimbingannya.- Kursus dan seminar yang dijalani- Jambori dan perkhemahan yang dihadiri- ‘Trip’ atau rombongan lawatan yang disertaiNota : Hingga kini, saya masih membuat catatan Buku Log Setiausaha Latihan Negeri yang mencatatkan maklumat berkaitan perjalanan serta Kursus-kursus Kepimpinan Manikayu dan Vigil Pengakap Kelana yang saya hadiri dan bantu di serata negeri.MAKLUMAN:Untuk kegunaan Pentarafan Pengakap Raja, pihak Lembaga Pentaraf Negeri telah menetapkan bahawa setiap calon harus menghantar atau membawa bersama buku-buku log berikut untuk diperiksa serta bagi kegunaan ujian semasa pentarafan
.1) Buku Log Catatan peribadi / Lencana Keahlian
2) Buku Log Lencana Usaha
3) Buku Log Lencana Maju
4) Buku log Lencana Jaya
5) Buku log Pengembaraan
6) Buku log Lencana Jayadiri
7) Buku log Lencana Kegiatan
8) Buku log Lencana Kemahiran
9) Buku log Lencana Perkhidmatan
10) Buku log Lencana Ekspedisi
11) Buku Log Ujian Sikap*

 Buku-buku Log tersebut di atas haruslah telah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah atau sekurang-kurangnya Pemimpin Kumpulan.

FORMAT ASAS SESEBUAH BUKU LOG

Saiz dan ketebalanSaiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book)
Kulit Luar (Cover)Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa akibat basah.Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta pemeriksa membezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya.

Contoh bagi lapisan luar buku yang telah saya keluarkan bagi pihak Majlis Pengakap Daerah Penampang.

Halaman pertamaHalaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (First impression evaluation).Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis. Contoh maklumat adalah seperti berikut
:Maklumat Asas
Nama Penuh
No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan
Tarikh dan Tempat Lahir
No. telefon / Telefon bimbit
Alamat e-mail
lAlamat surat menyurat
Maklumat Kepengakapan
Tarikh Mula Berpengakap
Nama Sekawan / Patrol (terkini)
No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini)
Nama dan alamat Sekolah (terkini)Daerah (terkini
)Maklumat Waris dan Alamat PerhubunganAlamat tetap
Nama Bapa dan pekerjaannyaNo. telefon / Telefon bimbit
Nama Ibu dan PekerjaannyaNo. telefon / Telefon bimbit

Contoh halaman pertama buku log yang mengandungi maklumat peribadi penulis bagi buku log tersebut Halaman kedua Halaman kedua selalunya adalah lebih baik dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian lencana (bagi buku log lencana). Ruangan untuk tandatangan pengesahan pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang disenaraikan.Nota :Di masa lepas, setiap Pengakap dibekalkan dengan 'Kad Ujian' (Laporan Kemajuan) mengandungi sukatan ujian serta ruangan tandatangan Pemimpin. Dan kad ini dilekatkan pada buku log.Pada hari ini, Buku Log berfungsi sebagai 'Kad Ujian' bagi setiap ahli Pengakap.

Ruangan Catatan di setiap muka suratAdalah dicadangkan agar ruangan selebar 1 – 2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan perkara-perkara berikut :
1) Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku.
2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan.
3) Penambahan fakta
(jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi sesudah penulisan nota)
Contoh kegunaan ruangan kosong di sebelah kanan setiap muka surat di dalam Buku Log.Foto, lakaran dan sampel di dalam buku logPenulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrasi untuk menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log mereka. Namun, ianya haruslah tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis.

Contoh laporan bergambar di dalam Buku Log
Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam Pengembaraan di mana ahli Pengakap diarahkan untuk mengumpulkan sampel tertentu seperti tumbuhan, serangga dan sebagainya, penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya perlu) dan sampel boleh dilekatkan di dalam buku log mereka.
Contoh sampel yang disimpan di dalam Buku log
Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh penulis. Pemeriksa buku log tidak menilai atas cantik atau tidaknya sesebuah lukisan yang dibuat di dalam buku log,Apa yang lebih penting ialah penulis berupaya menyampaikan laporan serta nota dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri.
Contoh lukisan di dalam Buku Log
Bentuk penulisan dan isi nota
Penulisan di dalam Buku Log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan ayat yang panjang berjela-jela.
Contoh bentuk penulisan laporan
Apakah yang perlu dimuatkan di dalam Catatan peribadi?
Buku Log Catatan Peribadi lebih merupakan 'Profail' diri penulis secara keseluruhan.
Di dalam buku tersebut, antara bahan-bahan yang boleh dimuatkan adalah seperti berikut :
1) Maklumat lengkap penglibatan dalam Pengakap
2) Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan sijil berkaitan)
3) Ujian-ujian yang telah dilepasi (beserta salinan sijil berkaitan)
4) Kemahiran khusus atau luar skim latihan yang dimiliki.
KesimpulanApa yang dicatatkan di dalam Buku Log haruslah berbentuk laporan terhadap apa yang telah dilakukan oleh penulis dan bukannya SALINAN nota dari bahan rujukan lain. (Kecuali sesetengah nota yang berbentuk fakta seperti lagu kebangsaan, tugas dan fungsi jawatan-jawatan tertenu dan sebagainya).Buku Log adalah merupakan nadi kepengakapan seseorang ahli Pengakap. Ianya merupakan bukti kepada kesungguhan, komitmen serta penglibatan ahli dalam aktiviti, program dan ujian sepanjang mereka berpengakap

Cerita dari Sabah.
Ini lagi satu masalah dalam Pengakap di Sabah ni…kebanyakan ahli Pengakap seakan tidak tahu membezakan antara perkara yang Mustahak, Penting, Kurang Penting dan Tidak Perlu.
Apa tujuan kita berpengakap? Memang sudah digariskan bahawa Berpengakap adalah FUN..WITH A PURPOSE..Bukan sekadar enjoy dan bersukaria kosong semata-mata.

Ada yang mendakwa berjiwa Pengakap (unit terserah laa..mana-mana unit) tetapi benarkah mereka menghayati cara hidup Pengakap sebenar? Ada yang menamakan diri mereka sempena pangkal nama Pengasas Pengakap (maaf jika ada yang tersinggung, tapi perkara ini perlu dijelaskan, jangan nanti Pengakap bakal menampakkan kejahilan dan kurang ilmu mereka)..tetapi tahukah mereka ini apa kepentingan dan maksud hatta nama penuh pengasas kita sendiri ataupun cara menyebutnya? Jangan main ambil tangkap muat sahaja untuk menunjukkan yang kita bersemangat serta menyokong sesuatu atau seseorang. Perhati dan selidikilah terlebih dahulu boleh atau tidaknya kita menggunakan sesuatu itu tanpa menyinggung mana-mana pihak. Manalah tahu ada sesetengah perkataan hanya khusus untuk golongan tertentu yang mana sekiranya digunakan oleh orang lain, akan menyinggung mereka ini. Kalau diturutkan hati, saya pun mahu sedemikian kerana saya sendiri sudah berpengakap sebelum saya bersekolah lagi, kemudian menjadi Pengakap Kanak-kanak di St. Agnes, Pengakap Muda dan Remaja di SBPS (sekarang SMESH), Pengakap Kelana di KLKM dan Ibupejabat Sabah, Penolong Pemimpin dan Pemimpin di SBPS, Pesuruhjaya Ibupejabat Negeri hinggalah sekarang Penolong Pesuruhjaya Negeri. "I’ve tasted joy and tears in all levels of Scouting..and I am still around.." Jadi saya rasa semangat berpengakap yang saya ada tidak jauh kurang daripada mereka yang saya sebutkan di atas.

Saya agak terkilan dan merasa jauh hati di atas sikap sesetengah ahli Pengakap yang pada pandangan saya tertutup minda kepengakapannya dan tidak tahu menentukan ‘priority’ mengikut tahap Pengakapan mereka. Bukannya apa, saya berhempas pulas selama setahun merangka dan menyediakan program serta mencipta peluang untuk para pemimpin memajukan diri serta mendapat pengiktirafan, tetapi kesempatan ini telah disia-siakan oleh segelintir pemimpin muda yang saya harap dapat memanfaatkannya. Soalan yang ingin saya utarakan ialah, mana yang lebih penting? Aktiviti yang boleh dianjurkan pada bila-bila masa oleh sesiapa saja, ataupun peluang mendapat pengiktirafan yang hanya boleh dianjur oleh peringkat yang tertinggi dalam negeri dan mungkin bagi kali yang terakhir? Saya tahu tidak salah bagi pemimpin memilih jalan sendiri tetapi apabila sudah mula memperkatakan (walaupun secara bergurau) tentang kebaikan yang itu berbanding ini; rugi tidak ikut itu dan ini; ianya bagaikan satu tamparan bisa tepat ke muka orang yang benar-benar ingin membantu. Seakan keikhlasan untuk membantu diremehkan dan ada perkara yang didakwa lebih baik daripada itu.

Cuba kita renungkan senario berikut : (penglibatan unit Pengakap)
PENGAKAP KANAK-KANAK - 60% Bersukaria, 40 % mengalihkan tenaga berlebihan ke arah sesuatu yang positif.
PENGAKAP MUDA - 50% Bersukaria, 50 % latihan kemahiran asas dalam Pengakap dan kehidupan.
PENGAKAP REMAJA - 40% Bersukaria, 40 % Latihan dan amali kemahiran lanjutan dalam Pengakap, 20 % Penglibatan dalam masyarakat.
PENGAKAP KELANA - 20% Bersukaria, 20 % latihan kemahiran tertinggi dalam Pengakap dan kehidupan, 30 % Menyumbang kepada pergerakan Pengakap dan masyarakat, 30 % latihan asas kepimpinan dalam Pengakap.
PEMIMPIN - 10 % Masa sukaria berkala, 50 % Sokongan kepada unit Pengakap, 40 % latihan lanjutan dalam kepemimpinan Pengakap.
PESURUHJAYA - 10 % Masa sukaria berkala, 10 % sokongan kepada Pemimpin, 25 % Latihan peringkat tertinggi dalam kepemimpinan Pengakap, 25 % latihan kepakaran, 30 % pengurusan dan pentadbiran.
Jadi, sekiranya anda faham maksud pembahagian di atas…secara sendirinya anda akan dapat menghuraikan apa sebenarnya tujuan dan untuk siapa anda Berpengakap.
Di peringkat awal, memang kita Berpengakap untuk diri kita sendiri…tetapi apabila anda sudah mencapai peringkat Kelana, anda sudah menjadi tulang belakang kepada kepemimpinan dan Berpengakap untuk diri sendiri sudah menjadi perkara kedua dalam susunan keutamaan (priority list). Perkara yang utama ialah Berpengakap untuk ahli Pengakap terutamanya unit yang letaknya di bawah daripada unit anda. Apatah lagi sekiranya anda sudah memegang jawatan.

Memang diakui seseorang menyertai Berpengakap atas dasar minat dan sekiranya aktiviti yang ditawarkan sudah kurang menarik minat anda dan oleh itu, tujuan anda menyertai pergerakan ini sudah mulai kabur kedudukannya. Jadi anda berhak untuk memilih aktiviti yang memenuhi citarasa anda. Tetapi pernahkah anda terfikir dilema serta cabaran yang dihadapi oleh golongan yang menganjur dan memimpin? Adakah anda bebas daripada tuntutan memenuhi tanggungjawab untuk melapisi serta menggantikan barisan kepimpinan yang sedia ada? Adakah anda ingin menjadikan kami golongan Pesuruhjaya ini sebagai penganjur hingga ke usia tua tanpa ada pengganti? Itulah hakikat pahit yang terjadi dalam pergerakan kita pada hari ini. Pemimpin tertinggi enggan mengiktiraf Pemimpin yang muda untuk menggantikan tempat mereka. Manakala Pemimpin yang muda lebih gemar pada aktiviti bersuka-sukaan tanpa memikirkan kepentingan untuk memajukan diri, kemahiran serta pengiktirafan mereka sendiri.
Perkara utama yang dilatih dalam Kepimpinan Pengakap ialah
1) Menetukan susunan keutamaan (priority listing)
2) Pengorbanan (Sacrifice)
Apa yang dikorbankan? Masa, wang ringgit dan tenaga. Itu memang diketahui umum. Tetapi yang kadangkala dilupakan oleh Kelana dan Pemimpin ialah masa beraktiviti dan bersukaria. Untuk menjadi Kelana bukan semudah menganjur atau mengikuti sesuatu program yang menarik minat anda. Kelana yang masih mengutamakan aktiviti dan membelakangkan latihan kepimpinan bagi saya kurang memahami susunatur kepentingan dalam Kepengakapan mereka. Malah saya berani menyatakan bahawa mereka yang bersikap sedemikian telah gagal Ujian Mengenal Diri (Vigil) ataupun langsung belum mendudukinya. Sebabnya, sekiranya anda telah menghayati Ujian Mengenal Diri dengan sebenar-benarnya, anda pasti tahu serta memperakui tanggungjawab anda kepada Pergerakan Pengakap dan apa yang diharapkan daripada anda oleh Kumpulan, Daerah dan Negeri. Jadi, jangan sewenang-wenangnya mengaku anda berjiwa Kelana sekiranya intipati Kelana itu sendiri belum anda fahami dengan sebenar-benarnya. Sifat mementingkan diri sendiri itu masih menebal dalam jiwa anda. Belum layak untuk diiktiraf sebagai seorang Pengakap Kelana.

Kursus Manikayu IV A baru-baru ini benar-benar telah membuka mata saya terhadap kualiti dan komitmen Kelana dan Pemimpin yang ada sekarang. Sekiranya faktor kewangan menjadi permasalahan utama, penyelesaiannya sentiasa ada. Anda boleh tanya rakan-rakan anda yang telah menyertai kursus tersebut yang menghadapi masalah sama, apa tindakan mereka? Apa kelonggaran yang telah diberikan kepada mereka sehingga mereka mampu untuk menyertai kursus tersebut? Saya telah mempertaruhkan nama baik, kesihatan, sumber malah kedudukan saya DEMI memastikan seramai mungkin Kelana dan Pemimpin dapat menyertai kursus ini bagi mengisi kekosongan barisan pelapis kepimpinan Pengakap Negeri. Ini kerana tidak ramai Pemimpin tertinggi yang ingin turun padang untuk melatih barisan Pemimpin muda sebagai pelapis kerana takut akan pencapaian Pemimpin bawahan yang bakal lebih tinggi daripada mereka sendiri.

Jadi, kepada anda yang telah mensia-siakan peluang yang telah dibuka depan mata anda (untuk makluman, kami dahulu tidak pernah mendapat peluang memajukan diri seperti zaman anda sekarang), bantulah saya menghuraikan dilema yang menimpa saya sekarang ini. Apakah tindakan yang harus saya ambil? Ini kerana sekiranya saya menurutkan rasa amarah serta logik saya, peluang anda untuk memajukan diri serta mendapatkan pengiktirafan kepimpinan anda pada masa hadapan amatlah tipis. Tetapi di sebalik itu, jiwa Pengakap saya menghalang saya daripada berbuat demikian kerana saya perlu mendapatkan penjelasan daripada anda sendiri. Saya tidak wajar menilai anda berdasarkan pandangan saya sendiri.

TUESDAY, JANUARY 13, 2009


CERITA HUTAN

MOWGLI

Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan.Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.

Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala.

Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain.Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.

DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA

Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatubatu yang dipanggil Batu Sidang.Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga.

Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anakanak mereka ke Batu Sidang itu.Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan.Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar."Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.

Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan."Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan.Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan.Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan.
Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan.Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu.Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu.Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.

" Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya dan kekuatan ahli sekawan terletak pada enam sekawannya 

SEJARAH PENUBUHAN PENGAKAP

Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden Powell.
Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu seorang maha guru di Universiti Oxford. Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik.Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah. Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP amat sayang kepada kanak-kanak.

BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor pada tahun 1903.Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu.Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki.Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For Boys.

BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan ini tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia.Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh dunia.

Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-sama isterinya. Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah kampung yang aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia.

Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia kecuali negara-negara komunis.Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji. Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah scperti 'Baron’ dan telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini sehingga berumur 80 tahun.Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu puteri. Seumur hidupnya, BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan pengakap.

Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi semua orang khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh kchormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya.Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah :

TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU.