ANAKLAUT

Wednesday, 21 September 2016

Amali cantuman pokok

Cantuman mata tunas
Cantuman mata tunas adalah diantara kaedah pembiakan tampang yang mudah dan banyak diamalkan oleh para petani dan juga mereka yang mengusahakan tapak semaian pokok buah-buahan. Kejayaan kaedah ini lebih tinggi iaitu mencapai 80% hingga 90% bergantung pada jenis pokok, kemahiran penjagaan. Jenis-jenis pokok yang boleh dibiakkan dengan keadah ini adalah terdiri daripada pokok buah-buahan berbatang keras seperti durian, rambutan, pulasan dan mangga.
Peralatan asas yang diperlukan:
  • Anak benih dalam polibeg - pokok penanti
  • Pisau cantuman
  • Pita cantuman
  • Mata tunas dari pokok yang telah dipilih

  • Gunting pokok
     
Persiapan

Sediakan sepokok anak benih yang mempunyai saiz lilitan batangnya diantara 3cm hingga 4cm. Anak benih ini hendaklah yang tumbuh sihat dalam polibeg. Jangan gunakan anakbenih yang sedang berpucuk muda kerana ini akan menyukarkan kerja-kerja mengopek kulit dari batangnya. Anak benih ini diistilahkan sebagai pokok penanti.
  • 1
    2
    Dengan menggunakan pisau cantuman , buat kelaran lintang 1/3 daripada lilitan batang. Jarak kelaran dengan permukaan tanah didalam polibeg hendaklah di antara 12 hingga 15 cm. Sila lihat rajah 1Buat 2 kelaran dikiri dan kanan ke bawah sepanjang 2.5 cm. Dengan menggunakan pisau cantuman, kopek kulit daripada batang bermula bermula dari kelaran lintang kebawah. Sila lihat rajah 2 Sekarang pokok penanti telah pun siap untuk dibuat cantuman.
    3
     

    4
    Pilih ranting dari pokok baka yang baik, sihat dan telah beberapa kali berbuah. Saiz ranting hendaklah lebih kecil daripada batang pokoki penanti. Kemudian daun-daun yang ada pada ranting hendaklah dipotong dengan berhati-hati supaya tidak mencederakan mata tunas yang terdapat diantara tangkai daun dengan ranting.Kelar memanjang dikiri dan juga kanan tunas lebih kurang 2.5 cm dan juga melintang sepanjang 1.5 cm dikedua-dua hujung bahagian kelaran memanjang. Sila lihat rajah 3
    8Dengan menggunakan pita cantuman, balut batang pokok penanti bermula dari bahagian bawah tapak cantuman keatas. Semasa membalut, pastikan pita cantuman tidak mengenai mata tunas. Matikan ikatan pita cantuman setelah membalut 3 cm hingga 4 cm diatas daripada mata tunas. Sila lihat rajah 6
     

  • Penjagaan.
  • Anak pokok yang telah dicantum diletakkan dibawah lindungan dan disiram 2 kali sehari terutamanya pada musim panas. Pita cantuman hendaklah dibuka setelah selepas 2 hingga 3 minggu. Untuk memastikan kejayaan cantuman, kelarkan sedikit kulit mata tunas dengan pisau cantuman.

    Anak pokok yang telah dicantum diletakkan dibawah lindungan dan disiram 2 kali sehari terutamanya pada musim panas. Pita cantuman hendaklah dibuka setelah selepas 2 hingga 3 minggu. Untuk memastikan kejayaan cantuman, kelarkan sedikit kulit mata tunas dengan pisau cantuman. Sekiranya didapati kulit mata tunas bewarna hijau, ini bererti cantuman yang telah dibuat telah pun berjaya. 7 hari kemudian, potong batang pokok penanti dengan menggunakan gunting pokok lebih kurang 15 cm dari paras cantuman. Ini perlu dilakukan untuk mengurangkan pertumbuhan pucuk dipokok penanti dan bagi menggalakkan petumbuhan tunas pada bahagian cantuman.
    Selepas 2 minggu, potong sebahagian lagi batang pokok penanti iaitu 2.5 cm dari paras cantuman. Ini akan membantu pembesaran pucuk mata tunas. Penanaman diladang bolehlah dilakukan apabila anak benih berumur diantara 8 hingga 10 bulan selepas cantuman dibuat. Dalam tempoh itu penjagaan hendaklah dibuat seperti biasa. Siraman perlu dilakukan 2 kali sehari dan merumput mesti dilakukan 1 bulan sekali diikuti dengan membaja setiap kali selepas kerja-kerja merumput.
    5
    6
     
    7
    Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk kanan, tanggalkan kulit tunas daripada ranting. Mata tunas dapat dilihat disebelah dalam kulit tunas dan pastikan tunasnya tidak cacat ataupun tertinggal pada kayu ranting. Sila lihat rajah 4Kulit tunas ditampalkan dibahagian tetingkap yang telah dibuat terlebih awal pada pokok penanti.
    Potong bahagian kulit tetingkap sedikit ke bawah dari mata tunas. Sila lihat rajah 5

Wednesday, 14 September 2016

Pokok tin di SMK Bagan Terap.Sungai Besar Selangor.

(Projek Persatuan Sains Pertanian)





 Pengenalan
Dua tahun yang lalu heboh bila pokok kurma yang ditanam di Malaysia telah mengeluarkan buah  yang lebat. Namun ada satu lagi buah yang barokah   dari timur tengah telah bejaya ditanam di Malaysia malah tumbuh subur dan berbuah lebat. Pokok tersebut adalah Pokok Buah Tin Allah swt dalam Al-Quran bersumpah dengan nama buah tin : "Demi Buah Tin dan Zaitun"  (Ayat pertama Surah At-Tin).Nama buah tin turut tersemat dalam satu hadis Rasulullah swt yang berbunyi "Jika Aku mengatakan ada buah yang turun dari surga maka inilah buahnya(Tin)".Umum mengetahui buah tin adalah buah yang subur di semenanjung arab dan juga di Turkey selaku pengeksport terbesar. Selain di timur tengah, buah tin juga sudah mula ditanam dan dikomersialkan dari Amerika Utara  hinggalah ke negara Jepun.Siapa sangka buah tin ini juga mampu hidup di Malaysia.Hari ini sudah ada beberapa pengusaha yang menanam dan mengkomersialkan buah ini di Malaysia.Thailand dan Indonesia antara negara jiran beriklim tropika yang lebih awal membuka langkah serupa. Minat penulis pada pokok tin telah menimbulkan ilham untuk membiakanya di sekolah, dari pengalaman tiga tahun menanam pokok tin di kawasan terbuka di sekitar halaman rumah. Kebetulan pula seorang guru sains pertanian. Menanam pokok tin di sekolah akan memberi peluang murid-murid yang yang mengambil subjek sains pertanian mempelajari dan menjalankan teori dan amali yang sememangnya ada dalam sukatan pelajaran mereka.

                                                   

            Bermula di tapak semaian murid-murid membuat campuran semaian untuk
                                                       keratan pokok tin
                 


Keratan pokok tin disediakan dari berbagai vareiti



         Campuran semaian dengan nisbah campuran 3:1:1 dan baja organik diisi dalam
                                                             polibag 10in.
 Semaian keratan disemai dan disiram setiap hari

                           Pilihan cara pembiakan pokok tin lihat juga ini


contoh semaian yang membesar



                     Semaian sedia dipindah ke tapak projek setelah berumur dua bulan






         Persedian tempat penanaman dengan jarak antara poakok 2 meter dan antara
                                                               barisan 3 meter


 Murid membuat  persedian di tapak projek dengan membuat lubang tanaman dan mengisi dengan campuran tanaman nisbah 7:3:2 dan baja organik


                          Lubang ditutup dengan plastik menunggu anak pokok di tanam

Penjagaan pokok tin.

Keperluan pokok tin  membesar dengan sempurna adalah  bagaimana kita menjaganya, keperluan utamanya adalah air, cahaya dan nutrien(baja). Air adalah membekalkan H2O dan sistem pengangkutan untuk membawa nutrien keseluruhan pokok. Kawasan yang lapang membolehkan daun mendapat cahaya yang optima menjadikan proses fotosintisis menghasilkan bekalan makanan yang mencukupi untuk pokok membesar dan berbuah.

                                                                                 



                                   Peralatan pengairan yang di pasang untuk tanaman pokok tin



Untuk memdapatkan bekalan air yang mencukupi sistem pengairan yang terbaik perlu dipasang. Murid-murid telah diajar cara pemasangan sistem ini. Pemasa di pasang untuk jangka masa yang di peruntukan penyiraman pagi dan petang.

                                                                     
                                              Pokok dipindah ke lubang yang disediakan  

Amali cantuman cara kami. cantuman baji pokok tin
                                                                   




                       Pokok dari biji benih dicantum dengan vareiti BTM6 dan Wuhan


                Selepas dua minggu camtuman mula bertunas dan membesar





Pembajaan dan kawalan perosak



Baja yang digunakan adalah baja organik yang mempunyai nisbah NPK 5:5:5. membaja mengikut peringkat umur pokok kecil satu sudu kecil 2 minggu sekali dan pokok besar dua sudu besar dua minggu sekali. Perosak biasanya ulat dan belalang dikawalan dengan semburan racun serangga berkala cuma racun kelas 111 digunakan kerana tahap bahayanya yang rendah pada manusia. Karat daun pula dikawal cara fizikal iaitu membuang daun yang berpenyakit. semburan racun kulat hanya diguna jika tahap serangan begitu teruk.


Pokok membesar dengan sempurna dengan pembajaan dua minggu sekali mengunakan baja organik







                        Lima bulan selepas ditanam pokok tin mula berbuah dengan lebatnya




Murid-murid teruja melihat pokok dan buah tin yang mereka tanam mula berbuah



                                       Inilah buah tin yang  masak dari vareiti IBG

                                                                         





Guru lain juga berminat dan
  pekerja sekolah pun teringin nak merasa buat tin yang ditanam


                                              Buah tin vareiti Brown Turkey sedia dijamah

Penutup

Mungkin pengalaman kami ini boleh menjadi contoh untuk sekolah-sekolah yang mengambil subjek sains Pertanian. Walaupun bukan yang terbaik tapi kami gembira keraana persatuan Sains Pertanian SMK Bagan Terap berani kedepan mencuba walau satu projek yang mahal tapi berbaloi.