ANAKLAUT

Monday, 23 April 2012

Karnival Usahawan Muda.SMK Bagan Terap Selangor.




Carta organisasi yang terlibat







                                                          Antara pelajar yang terlibat



                                                   Lepasni bolehlah buat bisnes sendiri      


Sunday, 22 April 2012

Kepentingan ekonomi organisma



Kesan manfaat dan berbahaya organisma

Organisma
Kesan manfaat
Kesan berbahaya

Virus
·    Agen pengawal perosak
·    Menyerang larva rama-rama,kupu-kupu, kumbang ,belalang dan hama
·       Agen penyebab penyakit
·       Contoh penyakit merah pada padi dan bintik cincin pada betik
·       Disebar kpd tumbuhan sihat oleh
o      Vektor spt afid, lelompat daun, nematod dan kulat
o      Biji benih yang dijangkiti virus
o      Peralatan ladang tercemar virus
o      Pekerja yang bekerja diladang


Bakteria
·    Penguraian bahan organik
·    Pengikatan nitrogen oleh bakteria yang hidup bebas sptAzotobacter dan Rhizobiumyang bersimbiotik dengan pokok kekacang
·    Penitratan oleh bakteriaNitrobacter danNitrosomonas
·    Bakteria Bacillus thuringiensis adalah agen pengawal biologi

·       Serang/memasuki tanaman melalui stoma, lentisel, bunga dan luka
·       Dibawa oleh serangga atau disebar oleh biji benih
·       Contoh penyakit
- Hawar daun(padi) oleh     
  Xanthomonas spp


Kulat
·    Agen pengurai bahan organik
·    Kulat mikoriza bersimbiotik dengan akar pokok ru, jagung dan bawang.bantu akar tumbuhan mengambil nutrien fosforus,  bantu biji benih orkid bercambah  dan hubungan kekal dengan akar udara orkid.
·    Memerangkap nematod dalam tanah
·    Mengawal serangga
·       Memasuki tumbuhan melalui luka,stoma,kutikel, dan epidermis.
·       Contoh penyakit – reput batang dan cendawan angin


Nematod







·    Membantu mengurai bahan organik
·    Mengawal serangga
·    Mengawal bakteria, kulat dan nematod lain
·       Rembesan air liur mencedera tisu akar
·       Interaksi nematod dengan organisma lain
·       Pembawa virus
·       Contoh penyakit bengkak akar

Serangga
·    Membantu proses pendebungaan
·    Memperbaiki keadaan tanah
·    Pemangsa kepada perosak
·       Merosak tanaman
·       Membawa pelbagai penyakit
·       Contoh perosak padi  - bena perang dan kelapa sawit – kumbang tanduk
·       Jenis mulut menggigit dan mengunyah seperti larva kupu-kupu kumbang,lalat, kumbang dewasa dan belalang
·       Mulut mencucuk dan menghisap seperti afid, bena hijau, teritip, pianggang dan lelompat daun.


Rumpai
·    Mencegah hakisan tanah
·    Membekalkan makanan dan tempat perlindungan musuh semulajadi perosak
·       Bersaing dengan tanaman untuk mendapatkan cahaya,air,ruang dan nutrien
·       Hasil yang bercampur dengan rumpai dan biji benih rumpai merendah mutu hasil
·       Tempat perlindungan perosak dan penyakit tanaman



Tanda umum penyakit dan serangan perosak


Organisma
Tanda
Virus
·Mozek, daun kuning, corak bercincin, pertumbuhan terencat dan daun berpilin
Bakteria
·Bintik, layu, reput dan mati rosak
Kulat
·Reput, melecur, bonggol, kulapuk dan karat
Nematod
·Akar – bonggol, tercedera, bercabang  dan reput
Serangga
·Daun berlubang dan buah rosak
Rumpai
·Hasil rendah dan pertumbuhan terbantut


BIOSIS

 Jenis organisma

Jenis organisma
Ciri

Virus
·Binaan ringkas
·Hidup dalam sel hidup sahaja
·Berbentuk polihedral, rod, spiral dan bebola
·Mengarahkan sel perumah membentuk virus baru

Bakteria
·Bersel tunggal
·Berbentuk rod
·Mempunyai flagelum (bebenang) untuk bergerak
·Hidup sebagai parasit atau saprofit



Kulat


·Tidak mempunyai klorofil
·Hifa – menghasilkan spora, cara utama menyerang tanaman
·Saprofit



Nematod




·Berbentuk selinder, licin tanpa segmen atau kaki
·Mencucuk dan menghisap cecair tumbuhan menggunakan spilet

             

Serangga





·Invertebrata
·Badan bersegmen – kepala, toraks dan abdomen
·Mempunyai tiga pasang kaki dan satu atau dua pasang sayap









Rumpai


·Persaingan mendapatkan cahaya, air , nutrien dan ruang



Takrif

Organisma
Takrif
Parasit
·Organisma yang mendapat faedah daripada perumah / mendapat makanan dari perumah.
Patogen
·Organisma penyebab penyakit seperti bakteria, kulat dan virus
Saprofit
·Organisma yang bergantung hidup pada perumah yang telah mati / mendapat makanan dari bahan yang reput
Vektor
·Organisma pembawa patogen / punca penyakit

Tuesday, 17 April 2012

Marak warna kemboja.






Kemboja cina bila berbunga sungguh cantik dengan -warna garangnya









Walau kita sayang macamana pun sampai masanya ia akan jatuh
                                   ke bumi jua.




posting terdahulu.

Monday, 16 April 2012

Cara Membaja








1.       Taburan
·          ditabur sekata di atas permukaan tanah, digaul dengan tanah, diletak sekeliling pokok (umur 3-4 minggu).
·          baja sesuai – baja butiran halus/granul.
2.       Alur
·          baja pepejal diletak di dalam alur di kiri dan kanan biji benih.
·          baja juga boleh diletak dalam jalur 4 – 5 cm dalam sisi barisan pokok. 

3.       Poket
·          lubang poket digali di hujung kanopi pokok buah-buahan. Baja diletak dalam poket dan ditutup semula.

4.       Semburan daun
·          larutan baja disembur pada pokok

ii.       Pengapuran

Tujuan pengapuran :

1.       Mengurang keasidan tanah – tanah berasid dirawat dengan menggaul atau menabur bahan kapur.
2.       Membekal nutrien tumbuhan – kapur bekal Ca dan Mg.
3.       Membaiki agregat tanah – kapur meneutralkan cas negatif pada kumin tanah menjadikannya bercantum. Kumin tanah dilekatkan oleh pelekat hasil pereputan bahan organik.

Contoh bahan kapur.
1.       Batu kapur    -      kalsium karbonat / CaCO3           
2.       Kapur tohor   -      kalsium oksida  / CaO
3.       Kapur mati    -      kalsium hidroksida / Ca(OH)2
4.       Kapur dolomit  -   CaMg CO3
           

      Faktor yang perlu dipertimbangkan  sebelum melakukan pengapuran.

1.       Jenis tanaman
-          kapur diberi dengan merujuk julat pH yang sesuai bagi tanaman tertentu.
2.       Jenis bahan kapur
-          kapur dolomit bekal Ca dan Mg sesuai tanaman kelapa sawit,koko, jagung dan sekoi.
-          kapur tohor kandungan Ca tinggi, kurang kaustik tetapi sukar diguna.
3.       Jenis tanah
-          tanah asid sulfat dan tanah gambut boleh dirawat dengan bahan kapur.
-          pengapuran berlebihan sebabkan ketoksikan Fe, Mn, Zn, Cu dan Bo.
4.       Kandungan bahan organik
-     tanah tinggi kandungan bahan organik perlukan banyak kapur
-          bahan organik menyerap kation H+ dan kapur sukar mengubah pH.


iii.      Pemugaran

1.       Pemugaran ialah kerja memecah, menggembur dan menghapus rumpai.
2.       Pemugaran primer – kerja mula dilakukan.
3.       Contoh alat pemugaran primer – bajak sepak, bajak piring, bajak putar dan bajak pahat.
4.       Tujuan pemugaran primer :
-          potong dan balikkan tanah.
-          pecah dan longgar tanah keras
-          sedia permukaan sesuai untuk pemugaran sekunder
5.       Pemugaran sekunder – dilakukan selepas pemugaran primer
6.       Tujuan pemugaran sekunder :
-          musnah rumpai
-          mencampur baja dan kimia pengawal perosak
-          timbus dan gaul sisa tumbuhan
-          musnah atau kawal perosak
-          sedia batas tanaman
-          hasil permukaan tanah halus untuk menyemai atau menanam.
          7.  Contoh alat pemugaran sekunder -  bajak sikat, penggembur dan alat pembatas.





iv.      Pencegahan dan pengawalan hakisan

          Jenis hakisan tanah

          1.  Hakisan permukaan
·          Hakisan peringkat permulaan
·          Lapisan nipis permukaan tanah hilang

          2.  Hakisan alur
·          Hakisan peringkat kedua
·          Tanah dihakis lebih dalam membentuk alur

          3.   Hakisan lurah
·          Hakisan alur dibiar berterusan membentuk lurah
·          Sukar dipulihkan


Prinsip pencegahan dan kawalan hakisan

1. Melindungi permukaan tanah – daripada timpaan hujan.
2. Mengelak pengaliran air
3. Mengurang kelajuan larian air.

Kaedah mencegah dan mengawal hakisan tanah oleh air

1.       Menanam penutup bumi
-                       tanam kekacang – centro, peuro, calapo, keledek hiasan.
-                       menutup pemukaan tanah bagi mengurangkan kelajuan larian air dan mengurangkan daya timpaan hujan
-     akar mencengkam/memegang  butir tanah untuk mengelakkan dari dilarikan air
2.       Membuat teres
-                       mengelak air hujan mengalir menerusi lereng bukit.
-                       memperlahan larian air



3.       Menanam mengikut kontor
-                       kawasan curam ditanam getah dan kelapa sawit mengikut kontor menghalang air mengalir turun sepanjang lereng bukit.
4.       Membuat sungkupan
-                       bahan diletak di permukaan tanah melindung permukaan tanah dari ditimpa hujan.
-                       bahan digunakan seperti rumput kering, daun kelapa, plastik dll
-                       kebaikan sungkupan
a.       Elak hakisan tanah.
b.       Elak tanah padat
c.        Menurunkan suhu tanah
d.       Memulihara kelembapan tanah
e.       Mengelakkan pertumbuhan rumpai
5.       Menanam secara jalur
-      menanam merentasi lereng atau kawasan curam
-                       halang air dari mengalir terus sepanjang kawasan curam.
6.       Membina sistem peparitan
-                       air berlebihan dikumpul dan dipindah keluar melalui parit