ANAKLAUT

Monday, 27 February 2012

Bahan Mineral



i.        Bahan mineral tanah (inorganik)
1.       Terdiri dari kumin mineral - pasir (kuarza), kelodak dan liat hasil proses luluhawa.
2.       Kuarza mengandungi silika dioksida.
3.       Kumin pasir dan kelodak mempunyai silika dioksida tinggi – tidak terlibat dalam tindakbalas kimia dalam 
          tanah.
4.       Kumin liat terdiri dari silika oksida, oksida ferum dan aluminium.




ii.       Bahan Organik
1.       Humus ialah hasil akhir pereputan bahan organik.
2.       Ciri Humus 
·          stabil
·          berwarna gelap
·          tidak larut dalam air
·          menyimpan air
·          menyimpan kation
3.   Sumber bahan organik  - sisa tumbuhan dan haiwan, najis, tumbuhan dan haiwan           
      mati
4.   Bakteria dan kulat merupakan agen penguraian yang mengurai bahan organik di
      dalam tanah.


Kesan baik bahan organik

1.       Membekal nutrien kepada tumbuhan
·          Mengandungi N,P,K,Ca dan Mg.
2.       Membaiki struktur tanah. 
·          humus sebagai bahan pelekat – melekatkan kumin tanah membentuk agregat tanah.
·          susunan agregat ini dipanggil butirapuh. Susunan agregat butirapuh memberi pengudaraan dan saliran yang baik.
3.       Menambahkan daya penampungan air tanah.
·          bahan organik dicampur dengan tanah pasir menambah daya penampungan air.
              4.   Menghalang kehilangan nutrien dalam tanah.
·          pereputan bahan organik menghasilkan bahan-bahan bercas yang berupaya menarik ion Ca, K, Mg, Fe, Zn, Bo.
·          Ion ini diikat  pada bahan organik kerana bahan organik bercas negatif  dan tidak mudah hilang melalui larutresapan.

iii.      Udara
                1.    Rongga tanah yang tidak diisi dengan air akan diisi oleh udara.
2      Gas tanah mengandungi banyak karbon dioksida dan kelembapan tinggi berbanding di amosfera.
3.   CO2 lebih banyak kerana respirasi akar dan organisma tanah dan pereputan  bahan       
      organik di dalam tanah.  COterperangkap di dalam tanah.
4.   Gas oksigen tanah penting untuk respirasi akar dan organisma tanah







iv.      Air
1.       Rongga tanah halus dipenuhi cecair dan rongga lebih besar terisi gas.
2.       Kandungan air tanah pada paras muatan medan memastikan bekalan oksigen mencukupi.
3.       Ciri-ciri muatan air tanah :
a.     muatan medan (had basah tanah) –  keadaan di mana rongga tanah dipenuhi oleh air dan masih terdapat ruang udara
b.     tanah tepu air – semua rongga tanah dipenuhi air, tiada udara. Air berlebihan 
      dan akar tumbuhan terendam di dalam air
c.     had layu(titik layu) – terdapat terlalu sedikit air dalam tanah dan tidak dapat diambil oleh akar. Kesannya pokok akan layu.

TANAH - Nota untuk pelajarku

Pengenalan

1.       Tanah ialah lapisan atas permukaan bumi.
2.       Tanah mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa.

LAPISAN TANAH LAZIM
CIRI-CIRI
Tanah atas
·terdapat sisa tumbuhan dan haiwan
·ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur
·pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi
- akar tumbuh dengan baik.
·Tempat tinggal hidupan tanah.

Tanah bawah
·berada di bawah tanah atas
·lebih padat
·mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap.
·Lapisan keras – halang akar tumbuh dan pengaliran air.
·Sedikit organisma hidup
Batuan
·Bahan induk tanah.
·Alami proses luluhawa.

Susunan profil tanah :  

Sisa tumbuhan dan haiwan
Sisa tumbuhan dan haiwan
Tanah bawah
Batuan


Kepentingan Tanah


1.                   Memberi sokongan mekanik kepada akar
·          cengkaman akar menyebabkan tumbuhan tumbuh tegak
·          dapat terima cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis
2.                   Membekal nutrien kepada tumbuhan.
·          tanah simpan nutrien
·          sebahagian berbentuk bahan organik yang dibebas apabila reput.
·          baja yang diberi bertindakbalas dengan kumin tanah dan disimpan dalam tanah.
3.                   Membekal oksigen dan air kepada tumbuhan
a.     Udara tanah mengandungi gas CO2 , Odll
·          CO2 lebih banyak kerana terhasil dari respirasi akar, respirasi organisma tanah dan pereputan bahan organik.

b. Air tanah
·          wujud dalam bentuk :         - filem yang meliputi kumin tanah.
                                                        - wap dalam rongga tanah
                                                        - cecair (mengalir dalam rongga tanah)



Komponen Tanah


1. Bahan mineral    -   45 %
2. Air                     -   25 %
3. Gas                   -   25%
4.Bahan organik     -   5 %

Monday, 13 February 2012

Kesan suhu- nota untuk pelajarku


1.       Percambahan biji benih
  • suhu yang terlalu rendah atau tinggi akan mengganggu percambahan biji benih.
  • suhu 21oC – 43oC meningkatkan respirasi biji benih dan menggalakkan percambahan biji benih\

alatan dan bahan untuk ujikaji percambahan

                                                                            
                                                                                   Benih yang telah bercambah
2.       Transpirasi
  • Suhu meningkat kadar transpirasi akan meningkat.
3.       Kualiti hasil
  • hasil pertanian tahan lama jika disimpan pada suhu rendah
  • suhu rendah mengurangkan respirasi dan aktiviti enzim – hasil dapat disimpan lama



4.       Fizikal tumbuhan
  • ·suhu yang terlalu tinggi atau rendah akan membantutkan pertumbuhan/kecederaan  tanaman
Kaedah untuk mendapatkan suhu yang sesuai
1.       Memilih tapak yang sesuai
  • tanah tinggi suhu rendah seperti Cameron Highlands sesuai untuk teh dan kubis
  • tanah rendah, suhunya  tinggi, sesuai untuk tanaman tropika seperti kelapa sawit dan getah
2.       Menyediakan naungan
  • untuk mengurangkan kesan peningkatan suhu
  • untuk tumbuhan yang mempunyai tisu yang lembut/anakbenih yang baru ditanam
  • bahan untuk membuat naungan seperti jaring hitam, daun kelapa, lalang kering dll


3.       Menyediakan sungkupan
  • melindungi permukaan tanah dari pancaran cahaya matahari
  • mengurangkan kesan pemanasan permukaan tanah
  • suhu tanah menjadi rendah

Menutup batas dengan sungkupan plastik hitam


Tanaman rockmelon batas ditutup dengan sungkupan plastik



Hujan (air)
Kesan air
1.       Fotosintesis
  • air kurang – liang stoma daun akan tertutup dan menyebabkan gas CO2 tidak boleh memasuki daun
  • kekurangan air dan gas CO2 menyebabkan kadar fotosintesis rendah


2.       Penyerapan dan translokasi nutrien
  • air sebagai pelarut utama nutrien
  • air sebagai medium untuk tindak balas biokimia
  • pengangkutan air dan bahan terlarut – dari akar ke bahagian lain melalui xilem
  • bahan tersintesis di daun diangkut  dari daun ke bahagian lain melalui floem
  • kekurangan air/tiada air menyebabkan proses di atas tidak berlaku
3.       Transpirasi
  • proses sejatan air melalui stoma  dapat menghilangkan haba dan menyejukkan daun
  • ketiadaan air menyebabkan proses transpirasi tidak berlaku/kurang


4.       Kesegahan sel
  • air cukup, sel akan segah dan daun berkembang sempurna untuk terima cahaya
  • kadar fotosintesis meningkat sebab daun mendapat cahaya yang cukup/optimum

Kaedah mendapatkan air yang mencukupi:
1.       Melakukan pengairan yang sesuai
  • membekalkan air yang mencukupi kepada tanaman
  • contoh pengairan seperti  sistem pengairan titisan dan percikan
2.       Melakukan penyaliran yang sesuai
  • mengeluarkan air yang berlebihan dari kawasan penanaman
  • untuk mempastikan oksigen dalam tanah cukup
  • contoh perparitan seperti parit tulang hering, parit rawak dan parit selari
3.       Menanam pada masa yang sesuai
  • elak kemarau atau banjir
  • tanam pada permulaan musim hujan

IKLIM – Unsur iklim -nota untuk pelajarku

  Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan
                                                 ialah
 iklim, tanah, biosis, genetik dan pengawalatur pertumbuhan
 IKLIM –  Unsur iklim   
ialah                  cahaya
                           suhu
                           hujan
                           angin

Fotisintisis

    6CO2    +     12H2O          à          C6H12O6  +  6H2O  +  6O2
 (dari udara)  (diserap oleh akar)        (kanji

 Kefotokalaan




 
· Reaksi tumbuhan terhadap perbezaan tempoh siang dan
   malam
· Reaksi samada tampang atau berbunga.
· Dipengaruhi oleh tempoh siang dan malam.
· Tanaman tempoh siang pendek seperti orkid Phaleonopsis,
   kacang soya,nanas dan ubi keledek, padi
· Tanaman tempoh siang panjang seperti gandum, pokok jarak
   dan ubi kentang.
· Tanaman tropika seperti kelapa, padi dan mangga neutral
  terhadap tempoh siang.

Faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya   oleh tumbuhan
 
1.       Keluasan permukaan daun
· lebih luas permukaan daun didedahkan kepada
  cahaya matahari maka lebih banyak sel daun dapat
  menjalankan fotosintesis.

  
2.   Susunan daun

· tegak lebih banyak daun terdedah kepada cahaya
·susunan berlapis-lapis  – cahaya tertumpu kepada bahagian
   atas tumbuhan, daun di bawah kurang menerima cahaya


3.       Topografi
· merujuk kepada keadaan bentuk muka bumi yang tidak rata atau tinggi rendah.
· permukaan bumi yang bersudut tepat dengan pancaran cahaya matahari akan menerima lebih banyak cahaya    matahari
·bahagian bukit terdedah cahaya menerima lebih banyak cahaya.



4.   Naungan
· mengurangkan penerimaan cahaya oleh tumbuhan.
· untuk melindungi pokok yang sensitif terhadap cahaya matahari seperti anak pokok yang baru ditanam
· naungan gunakan jaring hitam, daun kelapa, lalang dll.

1.Sokongan kayu tunggal
· lada hitam
2.Sokongan kayu junjung
· kacang panjang
3.Sokongan berpara
· peria
· petola
4.Sokongan berpagar
· tomato








Kaedah untuk menggalakkan penggunaan  / mendapat cahaya yang optimum
 
1.  Memilih tapak yang sesuai.
·kawasan rata, lapang dan tidak terlindung oleh bangunan    atau pokok besar
2.       Menanam pada jarak yang sesuai.




· mengurangkan persaingan untuk mendapat cahaya
· penggunaan tanah secara maksimum.
· Corak penanaman sistem segi empat, sistem segi tiga dan
   sistem siku keluang
3.       Menyediakan sokongan.
· supaya tumbuhan memanjat mendapat cahaya yang
  optimum
· sokongan juga perlu untuk pokok jenis memanjat, berbatang lembu dan anak     
  pokok baru ditanam
4.       Mengawal rumpai.
· mengelak persaingan mendapatkan cahaya, nutrien, air dan ruang
5.       Membekalkan cahaya tiruan.
· Lampu pijar
-       bekal cahaya warna biru hingga inframerah.
-       penggunaan tenaga elektrik tidak cekap
6.   Menanam tanaman gunakan ruang antara tanaman kekal dengan menanam
       tanaman jangka pendek
· dapat mengoptimumkan penggunaan cahaya matahari
· tidak bazir cahaya matahari dan rumpai tidak tumbuh
7.   Mencantas.
· membuang bahagian tumbuhan yang tidak diperlukan.
· tujuan untuk membenarkan lebih banyak cahaya diterima
              oleh daun di bahagian dalam