ANAKLAUT

Wednesday 10 July 2019

HAKIKATNYA ANDA HANYA MENAMBAH PENDAPATAN BEBERAPA PERSEN SAHAJA JIKA BEKERJA PADA PENGHUJUNG 50AN Ramai yang mempersoalan kenapa saya pencen awal... Jawapan saya:- Seorang kawan yg dah capai umur 58 tahun bertanya pandangan saya, apakah dia patut bersara awal daripada penjawat awam? Saya kongsikan jawapan, moga anda yg tengah memikir, atau tak pernah fikir, menilai pandangan ini, khusus kpd penjawat awam,mungkin juga pekerja swasta yang istiqamah mencarum KWSP. Secara kasarnya, jika seseorang bersara dia akan dapat gratuities (jika berijazah) biasanya dalam lingkungan RM200K, dicampur ganjaran cuti rehat dan wang pencen bulanan lebih kurang 60 % daripada gaji akhir. Berbanding jika terus kerja dapat gaji lebih 40% lagi, contohnya jika gaji sekarang RM6000, jika pencen dapat RM3600.Tetapi jika terus kerja kena bayar cukai pendapatan hampir sebulan gaji, duit minyak berulang ke tempat kerja selain mentainen kenderaan dan belum lagi dikira duit belanja harian. Sedangkan jika dia pencen tiada cukai pendapatan lagi. Duit gratuities lingkungan RM200K boleh dibelanja untuk diri atau disimpan dlm pelaburan selamat seperti Tabung Haji, akan menjana pendapatan dan boleh ditambah kepada wang pencen setiap bulan. Jadi jika kerja pun, gaji kena tolak cukai, kena tolak duit minyak kereta, sedangkan jika pencen wang pencen boleh ditambah dengan keuntungan pelaburan wang gratuities, atau kerja sambilan, dan dengan itu perbezaan tidaklah banyak dengan jika terus bekerja . Bila pencen semuanya bebas, kurang tekanan hidup, berebut ke tempat kerja dah tiada, boleh bangun awal utk lebih beribadah, tekanan tempat kerja dan 1001 masalah lagi akan berkurangan. Berbaloikah dengan sedikit tambahan gaji, berbanding jika pencen. Hakikatnya, menerus tugas setelah umur melebehi 56, hanya menambah sedikit sahaja hasil, tetapi bebannya besar, sedangkan kita sudah ada hak untuk berehat dan dapat pendapatan tanpa kerja. Bila pencen pun rawatan ditanggung kerajaan, bahkan keperluan alatan perubatan juga ditanggung berbanding jika kita masih kerja. Pandangan ini mungkin nampak negatif, tetapi jom kita merenung pesan Nabi saw. Hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra daripada Rasulullah saw, baginda bersabda, “Umur umatku adalah antara 60 hingga 70 tahun. Sedikit daripada mereka yang melebihi itu”. Ini hadits yang shahih, dikeluarkan oleh Imam at-Tirmidzy (3550), Ibn Majah (4236), Ibn Hibban (II:96), al-Hakim (II:427). Memang benar hari ini rata-rata 60-an sudah mula sakit itu ini dan tak kurang yang berpindah alam.Jika kita bekerja sampai 60an,peratus berulang ke hospital dan mc akan neningkat berbanding hari kerja. Bila pula masa nak bersedia untuk bekal mati. Jika kita bekerja selama 30 tahun, umur kita lebih kurang 55 tahun, maka baki umur selanjutnya patut ditumpu kepada amal ibadat dan kerja kebajikan, cukuplah menghambat dunia 30 tahun dan menghambat akhirat mungkin beberapa tahun sahaja yang berbaki. Akhirnya, saya mengajak anda yang dipenghujung 50-an, lebih-lebih lagi jika wanita, untuk menilai berbaloikah berulang ke tempat kerja untuk menambah pendapatan yg sedikit sahaja berbanding kita boleh duduk di rumah, ada pencen, ada duit ratus ribu, boleh berziarah, boleh mengaji agama yang tertinggal masa muda-muda dulu serta masa yang kita sebuk dengan kerja, boleh menggerakkan kerja kebajikan dsbnya. Berhentilah menghambat dunia dengan sukarela setelah berpuluh tahun menghambakan diri, berbimbang Allah hentikan kita dengan penyakit atau terus dicabut nyawa. Jika anda rasa, anda perlu terus kerja, teruskanlah, pendapat anda lebih betul pada diri anda, saya mungkin hanya mengukur pendapat pada diri saya shj. Wallahua'lam dan selamat menempuh hari_hari tua yang lebih ceria dan santai dengan nikmat kesihatan masih lagi dapat dirasai. 😍😍😍😍 anaklaut2@yahoo.com.my

No comments:

Post a Comment