|
HALIDI HANAFIAH
GURU SAINS
PERTANIAN
PERCUBAAN SPM
TAHUN 2013
SAINS PERTANIAN
Kertas 2
Dua jam
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU
Jawab semua soalan daripada Bahagian A, satu soalan daripada Bahagian B dan satu soalan daripada Bahagian C.
Setiap soalan
diperuntukkan 15 markah.
Tuliskan nama dan tingkatan pada semua kertas jawapan yang anda serahkan
BAHAGIAN A
(Jawab semua soalan)
1.
Seorang penternak lembu tenusu menternak lembu secara komersial di satu
kawasan padang ragut.
(a)
Terangkan dua cara penternak
mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh.
[4 markah]
(b)
Penternak mendapati sebahagian lembunya diserang oleh sejenis penyakit,
terangkan tiga cara penternak
mengawal penyakit tersebut.
[6 markah]
(c)
Terangkan dua cara penternak
mengatasi masalah himpitan iklim pada ternakannya.
[4 markah]
(d)
Nyatakan satu bahan untuk merawat penyakit.
[1 markah]
2. (a) Rajah 1
menunjukkan kaedah pembiakan ternakan ruminan.
|
Rajah 1
(i) Nyatakan kaedah pembiakan itu?
(ii) Terangkan tiga
kebaikan pembiakan itu berbanding kaedah semulajadi.
[ 7 markah]
(b)
Jadual 1 menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan bagi bidang usaha P,Q
dan R
Bidang usaha
|
Pendapatan (RM)
|
Perbelanjaan (RM)
|
P
|
8500
|
6200
|
Q
|
9250
|
9300
|
R
|
5350
|
2550
|
Jadual 1
i. Berdasarkan pulangan setiap ringgit dilabur (PSRL),
bidang usaha manakah yang anda pilih dan berikan alasan.
[2 markah]
ii. Terangkan satu keputusan masa depan bidang usaha P
[2 markah]
iii. Terangkan dua faktor yang mempengaruhi keuntungan bidang
usaha.
[4 markah]
BAHAGIAN B
(Jawab satu soalan sahaja)
3. Jadual 2 menunjukkan maklumat tentang baja yang digunakan
dalam satu program pembajaan.
Baja
|
Gred Baja
|
Harga/50 kg (satu beg)
|
Ammonium Sulfat
|
21% N
|
RM 65.00
|
Fosfat Asli
|
30% P2O5
|
RM 52.00
|
Muriat potasy
|
60% K2O
|
RM 84.00
|
Nitrofoska
|
15:14:18
|
RM 95.00
|
Jadual 2
Berdasarkan Jadual 2,
hitungkan:
(a) (i) Kuantiti N dalam satu beg baja Ammonium Sulfat
(ii) Kuantiti P2O5 dalam satu
beg baja Fosfat Asli
(iii) Kuantiti K2O dalam satu beg baja
Muriat Potasy
(iv) Kuantiti K2O dalam satu beg baja
Nirofoska
[6 markah]
(b) Kuantiti baja berikut jika kawasan seluas sehektar
memerlukan 120kg N, 80kg P2O5 dan 175 kg K2O.
(i) Ammonium Sulfat
(ii) Fosfat Asli
(iii) Muriat potasy
[4 markah]
(c) Berdasarkan jawapan di (b), hitungkan kos membeli:
(i) Ammonium Sulfat
(ii) Muriat potasy
[3 markah]
(d) Kos membeli Ammonium Sulfat bagi kawasan seluas 50 hektar
[2 markah]
4. Jadual 3 menunjukkan anggaran perbelanjaan dan pendapatan
penanaman sawi di kawasan seluas satu hektar.
Butiran
|
Amaun
|
Jumlah hasil
|
8 200 kg
|
Harga hasil
|
RM 0.80/kg
|
Membersih kawasan
|
RM 550.00
|
Penyediaan tanah
|
RM 400.00
|
Bijibenih
|
RM 80.00
|
Menanam
|
RM 400.00
|
Menjarang
|
RM 200.00
|
Baja
|
RM 240.00
|
Racun
|
RM 150.00
|
Merumput
|
RM 250.00
|
Membaja
|
RM 300.00
|
Meracun
|
RM 200.00
|
Bakul
|
RM 100.00
|
Memungut hasil
|
RM 550.00
|
Jadual 3
(a) Sediakan
belanjawan bagi bidang usaha itu dengan kos luar jangka 10%
[9 markah]
(b) Hitungkan pulangan
setiap ringgit dilabur
[2 markah]
(c) Berdasarkan jawapan di (b), hitungkan keuntungan jika seorang petani mempunyai
modal RM25,000.00 dan kawasan seluas 25 hektar.
[4 markah]
BAHAGIAN C
(Jawab satu soalan sahaja)
5. Rajah 2 menunjukkan hasil amali kaedah pembiakan tanaman
secara aseks.
|
Rajah 2
(a) Nyatakan kaedah pembiakan aseks itu.
[1 markah]
(b) Nyatakan dua
perkara yang perlu dipatuhi semasa melakukan amali itu.
[2 markah]
(c) Huraikan langkah melakukan amali kaedah pembiakan itu.
[12 markah]
6. Rajah 3 menunjukkan kaedah menentukan pH tanah
menggunakan kaedah larutan penunjuk.
|
Rajah 3
(a) Nyatakan bahan X
[1 markah]
(b) Nyatakan tiga perkara yang perlu dipatuhi semasa anda
melakukan eksperimen itu.
[3 markah]
(c) Huraikan langkah anda melakukan eksperimen itu.
[11 markah]
SOALAN TAMAT
SKIMA KERTAS 2
1 (a) Mengatasi masalah Kekurangan tenaga buruh
i.
Menggunakan alat mekanisasi
ladang/teknologi baru
-
Menggunakan alatan moden/mesin-mesin
-
Contoh: alat membaja/menyiram/mengawal
perosak/mesin pemerah susu/ mesin memberi makan dan minum
-
Mesin dikendali seorang sahaja/tidak
perlu ramai pekerja
ii.
Menggunakan tenaga buruh asing
-
Mengambil pekerja asing dari luar/
pekerja Indonesia/ Bangladesh dll
-
Upah yang murah
iii.
Tenaga kerja ahli keluarga/ derauan
-
Anak-anak/ saudara mara/ orang kampong
secara bergotong royong
iv.
Kerja kontrak
-
Mengupahkan kepada kontraktor dengan
menetapkan bayaran dan tempoh masa yang ditetapkan
Mana-mana 2F
2F+2H=4 markah
(b) Cara mengawal
penyakit ternakan
1.
Pengawalan vektor
-
Kawalan
organisma pembawa penyakit/ pathogen/ virus/ bakteria/ kulat
-
Vektor
seperti lalat/ lipas/ burung
-
Dengan
menutup reban/ amalan sanitasi/ sembur racun
2.
Amalan sanitasi
-
Kawasan
sentiasa bersih/ basmi kuman sebelum masukkan ternakan
-
Bersihkan
tinja/ sampah/ rumpai yang panjang/ bersihkan persekitaran
-
Dapat mengelak tempat pembiakan/ perumah parasit
-
Air minuman yang bersih
3.
Penghapusan
-
Serangan kronik/ penyakit tiada ubat/vaksin/
penyakit merbahaya
-
Secara membunuh/ ditanam/ dibakar
-
Untuk mengelak penyakit merebak kepada ternakan
lain/manusia
4.
Pemvaksinan
-
Bahan antigen
-
Merangsang penghasilan antibodi
-
Memberi keimunan terhadap penyakit
-
Kaedah pengawalan (suntikan/ campur dalam
makanan)
-
Contoh vaksin (Ranikhet F/Fowl pox/ H120)
5.
Penakaian
-
Pengasingan ternakan berpenyakit daripada
ternakan lain
-
Mengelak penyakit berjangkit
-
Mengelakkan sentuhan/ hembusan nafas/ cecair
badan mengenai ternakan lain
6.
Pemberian makanan seimbang
-
Mengandungi semua nutrien yang diperlukan
-
Mengandungi semua kelas makanan
-
Kuantiti yang betul dan cukup
Mana-mana 3 fakta
3F+3H=6 markah
(c) Cara mengurangkan cuaca panas
(Himpitan Iklim)
1.
Perumahan
yang sesuai/sempurna
-
Menyediakan
bangunan/kandang/reban
-
Ruang mencukupi/
lantai luas
-
Pengudaraan yang baik
-
Cahaya yang
cukup/bangunan memanjang arah utara selatan
-
Meletakkan lindungan
seperti jaring hitam untuk mengelak cahaya matahari yang terik
2.
Menyediakan naungan/lindungan
-
Tempat ternakan
berteduh/ mengelakkan pancaran matahari yang terik
-
Menanam pokok
naungan/ menyediakan bangsal di kawasan ragutan
-
Pokok yang
rendang/tidak toksid@beracun/tidak berduri/ bangsal yang tinggi 3-4 meter.
3.
Ragutan waktu malam
-
Waktu malam suhu
rendah/ sejuk
-
Ternakan lebih banyak
mengambil makanan daripada minum
-
Dapat mengelakkan
ternakan mengalami kekurangan nutrien yang boleh menganggu tumbesaran
4.
Memberi makanan yang bernutrien tinggi
-
Akan meningkatkan
lagi tumbesaran/ menampung aktiviti ternakan
-
Pemberian makanan
pembuka selera dapat meningkatkan ragutan dan tumbesaran ternakan/ pemberian air sejuk dapat menambahkan
pengambilan makanan
-
Makanan yang
mempunyai kandungan protein kasar yang tinggi
-
Contoh makanan
bernutrien tinggi seperti konsentrat/ PKC (Palm
Kernel Cake=hampas isirong kelapa sawit)
Mana-mana
2 fakta
(2F
+ 2H = 4 markah)
(d) Racun cacing/ Racun parasit luar/ antiseptik/
antibiotik/vaksin/ nama-nama vaksin
Mana-mana 1 : [1 markah]
2. (a) (i)
Permanian beradas [1M]
(ii)
Kebaikan pembiakan
permanian berbanding kaedah semulajadi.
1.
Data/Maklumat dikenalpasti (F)
- Anak yang dilahirkan dikenalpasti
keturunannya
- Sifat yang dikehendaki dapat ditentukan
- Waktu pembuntingan dan kelahiran dapat
ditentukan/diketahui
- Generasi baka diketahui
2. Semen Berkualiti (F)
* Semen pejantan baka baik serata
dunia boleh diperolehi
* Dapat kawal
merebaknya penyakit kelamin berjangkit seperti vibriosis, brucellosis,
leptospirosis
* Kualiti semen diketahui dan Dapat mengelak
penggunaan pejantan yang tercedera/ sakit atau terlalu tua
* Semen baka jantan yang baik boleh disimpan
walaupun pejantan telah mati
* Peratus
sperma hidup tinggi
3. Kos Mengurus Rendah (F)
-
Tanpa membawa pejantan
-
Tiada kos menjaga dan makanan pejantan
-
Peralatan boleh digunakan dalam jangkamasa yang lama
(tidak perlu membeli alatan selalu)
-
Banyak induk betina yang dapat disuntik dengan semen yang sama
- Semen boleh dicairkan
4.
Mengelak kecederaan (F)
* Dapat mengelak kerakusan pejantan
* Ternakan betina dipasung
* Ternakan betina tidak dikejar/berlari,
tidak terjatuh/ masuk parit
atau longkang
5. Peratus (%)
kebuntingan tinggi (F)
- Induk betina dalam keadaan galak/estrus
- Waktu estrus dikenalpasti dengan
tepat/betul
- Peratus sperma hidup tinggi
- Sperma tepat dilepaskan ke uterus
6. Anak sebaya dapat
dihasilkan (F)
*
Lebih banyak anak sebaya dapat dihasilkan
* Lebih banyak
induk betina boleh disuntik semen berkualiti yang
sama.
*
Semen boleh dicairkan
*
Proses permanian beradas memakan masa yang singkat.
* Boleh banyak
suntik semen pada induk betina
Mana-mana
3 fakta:[3F+3H = 6 Markah]
(b) (i)
¨
Bidang usaha R [1m]
¨
- PSRL bidangusaha R paling tinggi berbanding bidangusaha P dan Q atau
- PSRL bidangusaha R=2.10 berbanding P=1.37 dan 0.99 atau
- Bidangusaha R setiap ringgit yang
dilabur untung RM1.10 berbanding P untung RM0.37 dan Q rugi 0.01
[1 m]
(ii)
Ø Meneruskan bidang usaha
·
Bidangusaha
menguntungkan walaupun sedikit/kecil
·
Minimumkan penggunaan
input
·
Pulangan setiap
ringgit yang dilabur lebih daripada 1
Ø Mengubahsuai pengurusan bidang usaha
·
Mengatasi/ membaiki
kelemahan
·
Bidangusaha masih
menguntungkan
·
Supaya Pulangan setiap
ringgit yang dilabur lebih tinggi
Ø Menggantikan bidang usaha
·
dengan bidangusaha
lain yang lebih menguntungkan
·
kerana bidangusaha
itu untungnya kecil
·
Pulangan setiap
ringgit yang dilabur rendah
Mana-mana
1 fakta ; [1F+1H=2 markah]
(iii)
ü Pendapatan Tinggi/
meningkat
·
Tingkatkan kuantiti
hasil/ kuantiti hasil tinggi /pengurusan bidang usaha yang baik membaja,mengawal
perosak dan penyakit/ hasil tidak rosak/tidak berpenyakit
·
Dapatkan harga jualan
yang tinggi (hasil berkualiti, tempat jualan yang strategik, masa jualan yang sesuai seperti musim perayaan
·
Permintaan meningkat/
dijual ditempat strategik/ musim perayaan
ü Perbelanjaan rendah/kurang
·
Alat/bahan dibeli
secara pukal/ banyak
·
Harga alat/bahan rendah
·
Menggunakan pekerja
asing/ ahli keluarga/upah kurang
·
Kos luar jangka/kos
sampingan kurang
[2F+2H = 4 markah]
BAHAGIAN B
(Jawab satu soalan sahaja)
3.
(a)
(i)
50 x 21 (1m) (ii) 50
x 30
100 100
= 10.5 kg Nitrogen
(N) (1m) = 15
kg P2O5 (Fosforus)
(1m)
(iii)
50 x 60
(iv) 50 x 18 (1m)
100
100
= 30 kg K2O
(Kalium) (1m) = 9 kg K2O
(Kalium) (1m)
(b)
(i)
120 x 100 (1m)
21
= 571.43 kg Ammonium
Sulfat (1m)
(ii)
80 x 100
30
=266.67 kg Fosfat
Asli (1m)
(iii)
175 x 100
60
=291.67 kg Muriat
potasy (1m)
(c)
(i)
65 X 571.43
(1m)
50
=RM 742.86 (1m)
(ii)
84 X 291.67
50
=RM 490.00 @
490.01 (1m)
(d)
RM 742.86 x 50
(1m)
= RM 37,143.00 (1m)
4. (a)
Perkara
|
Amaun (RM)
|
Pendapatan
(8200 x RM0.80)
(1m)
|
RM 6,560.00 (1m)
|
Perbelanjaan
Membersih
kawasan
Penyediaan
tanah
Bijibenih
Menanam
Menjarang
Baja
Racun
Merumput
Membaja
Meracun
Bakul
Memungut hasil
Jumlah Kos
Kos luar jangka
10 x RM 3,420.00 (1m)
100
Jumlah Perbelanjaan
(RM3,420.00 + RM342.00) (1m)
Keuntungan
(RM6,560.00 – RM3,762.00) (1m)
|
RM 550.00
RM 400.00
RM 80.00
RM 400.00
RM 200.00
RM 240.00
RM 150.00
RM 250.00
RM 300.00
RM 200.00
RM 100.00
RM 550.00
RM 3,420.00 (1m)
RM 342.00 (1m)
RM 3,762.00
(1m)
RM 2,798.00
(1m)
|
(b) Pulangan setiap ringgit dilabur = RM6560 (1M)
RM3762
= 1.74
(1M)
(c) Pendapatan = RM25,000
x 1.74
= RM 43,500. (1M)
Keuntungan = RM 43,500 – RM 25,000
=
RM18,500 (1M)
Keuntungan 25 hektar = RM18,500 x 25 (1M)
=RM462,500 (1M)
BAHAGIAN C
(Jawab satu soalan sahaja)
5.
(a) Tut/Markot (1
markah)
(b)
1.
Gunakan pisau yang tajam dan bersih
2.
Kikis lapisan kambium sehingga habis/bersih.
3.
Lekap medium dengan kemas
4.
Balut dengan ketat mana-mana
2 : 2 markah
|
|
(c) Langkah amali:
1.
Sediakan medium tut/ lembabkan medium
dengan air sehingga melekit/ bentukkan menjadi satu bebola sebesar genggam
tanga/ Rendam Giffy-7
2.
Pilih dahan/ranting yang sesuai
berdiameter 1-2 cm.
3.
Potong ranting kecil atau daun pada
tempat yang hendak dilakukan tut.
4.
Buat 2 kelaran mengikut lilitan
ranting berjarak 3-4 cm.
5.
Buat 1 potongan memanjang yang
menyambungkan kedua-dua kelaran itu.
6.
Kopek/kupas/buang kulit kayu
7.
Kikis tisu/lapisan kambium
8.
Sapu hormon pengakaran pada kelaran
atas.
9.
Bahagikan bebola kepada dua dan
lekapkan medium disekeliling kelaran.
10.
Padatkan medium
11.
Balut dengan plastik lutsinar.
12.
Ikat plastik lursinar dengan tali rafia pada
kedua-dua hujung gumpalan medium.
12
langkah=12 markah
6.
(a) Barium Sulfat (1m)
[1 markah]
(b) Tiga perkara yang perlu dipatuhi semasa anda melakukan
eksperimen itu:
i.
Kuantiti barium sulfat dan sampel
tanah sama banyak
ii.
Jangan gunakan ibu jari menutup tabung
uji semasa mengoncang
iii.
Goncang sehingga sebati
iv.
Letakkan kertas putih di belakang
tabung uji semasa membuat pemerhatian
Mana-mana 3: [3 markah]
(c) Langkah eksperimen:
1. Masukkan Barium Sulfat ke dalam tabung uji sebanyak 2.5sm (tinggi tabung uji)
2. Masukkan sampel tanah sebanyak 2.5sm (tinggi tabung
uji)
3. Masukkan air suling sehingga ¾ penuh tabung uji
4. Titiskan 4-5 titisan larutan penunjuk universal
5. Tutup tabung uji dengan penyumbat getah
6. Goncang tabung uji
7. Letakkan tabung uji pada rak tabung uji
8. Biarkan tanpa gangguan selama sekurangnya 20 minit
9. Perhatikan warna yang terhasil.
10. Bandingkan warna yang terhasil dengan carta pH
11. Tentukan pH tanah tersebut [11 markah]
|
|
JAWAPAN TAMAT
No comments:
Post a Comment