Dalam posting saya yang lalu telah menyentuh tentang tamaman tin di Malaysia, Dalam posting kali ini saya ingin membincangkan pula tentang cara pembiakan pokok ini.Dalam alam maya banyak kumpulan yang ditubuhkan berkaitan minat tanaman pokok tin ini dari pemerhatian saya banyak perkara yang dibincangkan berkaitan pokok tin, paling banyak diperkatakan ialah cara pembiakan dan penjagaan.
- POKOK BUAH TIN DI MALAYSIA posting terdahulu
Dalam pembiakan tumbuhan kita ada beberapa pilihan mengikut kesesuaian dan
kehendak penanam itu sendiri, Cara yang selalu di gunakan bagi pokok tin ialah biji benih dan
tampang iaitu selain dari biji benih, seperti keratan batang, tut dan cantuman.
Kaedah bijibenih
Melibatkan percantuman gamet jantan dan gamet betina melalui proses pendebungaan untuk membentuk embrio
Kebaikan menggunakan biji benih ialah mudah dilakukan, biji benih banyak dan kos rendah
Kaedah tampang
Keratan
Keratan
· Cepat dan mudah dilakukan
· Bahan penanaman seragam
· Menggunakan bahagian batang,
· Jenis keratan ; a. Kayu hijau/separa keras – dua hingga 6 buku
b. kayu keras – saiz lebih panjang
pembiakan melalui keratan batang pokok tin
2. Tut/markot
· Kaedah mengakar dahan pada pokok induk
· Dilakukan pada pokok tin, limau,ciku dll.
· Kelebihan tut : - bahan genetik sama dengan induk
· Kelemahan tut : - bilangan bahan tanaman terhad
- tidak sesuai dijalankan pada dahan tua
- pokok yang dibiak melalui tut mudah diserang kanker batang
- tiada akar tunjang
· Menyatukan tunas baka dengan pokok penanti membentuk pokok baru
· Kelebihan : - mempunyai akar tunjang
- hasilkan baka baru
- banyak mata tunas diperolehi
· Kelemahan : - perlu kemahiran
· Contoh pokok : tin, mangga, rambutan getah dll
yang lebih baik
Pokok tin yang dibiakan ini jika menggunakan biji benih mengambil masa satu
hingga dua tahun baru berbuah. Jika menggunakan tampang pokok tin akan
berbuah dalam masa beberapa bulan sahaja . Pokok tin boleh ditanam terus
ke tanah jika mempunyai kawasan yang luas. Untuk mereka yang tinggal di taman-
taman perumahan boleh menanamnya dalam pasu.
tuan..akar tunjang pokok tin elok di potong atau di biarkan?
ReplyDelete