PERTANIAN DI MALAYSIA
BAB 1 PERTANIAN DI MALAYSIA
1.1 Kepentingan Pertanian di Malaysia
a. Pengeluaran bahan makanan
- Memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk
- Kurang kos import bahan makanan
- Memenuhi keperluan keselamatan negara
b. Pengeluaran bahan mentah
- Bahan mentah untuk keperluan industri
- Contoh : getah – tayar ; kelapa sawit – minyak masak dll.
c. Pendapatan eksport
- Jualan hasil pertanian seperti getah, kelapa sawit, koko dll.
- Sumber aliran masuk wang asing
- Meningkatkan KDNK Negara
d. Peluang pekerjaan
- Melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar
- Tiga kumpulan utama pekerjaan bidang pertanian ialah kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan
1.2 Tanaman dan Ternakan di Malaysia
Tanaman | Kawasan utama |
Kelapa sawit |
|
Getah |
|
Koko |
|
Kelapa |
|
Padi |
|
Sayuran |
|
Buah-buahan |
|
Teh |
|
Tebu |
|
Kopi |
|
Florikultur |
|
Lembu dan Kerbau |
|
Kambing & biri-biri |
|
Ayam |
|
Khinzir |
|
1.2.1 Faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan
a. Faktor Iklim
- Kawasan tanah pamah/rendah – suhu tinggi sesuai untuk tanaman getah, padi dll.
- Kawasan tanah tinggi – suhu rendah sesuai untuk tanaman kubis, tomato dll.
- Ternakan baka tropika sesuai diternak di Malaysia.
b. Faktor Sejarah
- Zaman sebelum penjajahan Inggeris – tanaman sara diri seperti padi, kelapa dll.
- Zaman penjajahan Inggeris – getah dan kelapa sawit.
- Imigran Cina membawa masuk ayam dan khinzir
- Imigran India membawa masuk lembu LID
- Selepas merdeka pelbagai tanaman diusahakan
c. Faktor Ekonomi
- Pasaran dan infrastruktur mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan
- Pasaran perlu ada untuk memudahkan hasil dipasarkan.
- Infrastruktur ialah kemudahan dan perkhidmatan asas (pengangkutan, bekalan elektrik, air dll.) untuk membangunkan sektor pertanian.
d. Faktor Dasar Kerajaan
- Kerajaan melancarkan DPN dan RRJP3
- Peningkatan pengeluaran makanan dengan cara pembukaan kawasan baru dan guna tanah secara intensif.
- Peningkatan kecekapan dan produktiviti sektor pertanian
- Memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum
- Kerajaan telah memajukan semula sektor pertanian secara sistematik
1.3 Trend Pertanian Di Malaysia
a. Mempelbagaikan tanaman dan ternakan
- Matlamat - untuk mengelakkan negara bergantung kepada satu jenis tanaman atau ternakan sebagai punca pendapatan.
- Faedah - menambah dan mempelbagaikan jenis tanaman dan ternakan
- menambah pendapatan petani
- mempelbagaikan ekonomi negara
- meluaskan pasaran hasil pertanian
- Bidang usaha yang berpotensi maju – lebah madu, daging rusa, burung unta, puyuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman herba.
b. Pertanian berorientasikan eksport dan komersial
- Matlamat - untuk mendapatkan pendapatan eksport
- untuk memperolehi tukaran wang asing
- Bidang usaha yang berpotensi untuk dieksport – belimbing, manggis, jambu batu, petola segi, keledek, serai, orkid, kekwa dan ros
- Masalah pemasaran:
- Cukai import lebih tinggi
- Persaingan dengan hasil serupa dengan keluaran negara pengimport
- Kos penghantaran yang tinggi
- Bentuk sekatan seperti peraturan kasihatan, keperluan sijil import dan keperluan
pembungkusan
c. Hubungkait pertanian dengan pelancongan
- Agrotourism merupakan program pelancongan berasaskan pertanian
- Contoh program agrotourism seperti homestay, farmstay, hutan rekreasi dan kolam memancing ikan.
- Kaedah untuk memajukan sektor agrotourism secara mengadakan ladang komersial, lebuhraya merentasi kawasan perladangan, muzium atau taman pertanian dan promosi melalui media massa.
d. Hubungkait pertanian dengan landskap
- Landskap - pemandangan di atas daratan termasuk bentuk muka bumi, bangunan, jalanraya dan tumbuh-tumbuhan
- Perlandskapan - kegiatan merancang, merekabentuk dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia
- Tujuan - menghasilkan pemandangan yang menarik, nilai estetika dan mendapatkan hasil yang lumayan
- Contoh - getah dan kelapa sawit ditanam berdasarkan susunan dan corak tertentu.
e. Ladang kontrak
- Perladangan yang melibatkan perjanjian secara rasmi di antara pengusaha pertanian dengan pembekal (pembeli/penyedia modah)
- Tujuan - mengurangkan risiko kerugian dan menyediakan pasaran hasil pertanian yang tetap
- Faedah:
Pengusaha Pertanian | Pembeli |
- Tidak bimbang pemasaran hasil
- Tidak memerlukan modal yang banyak bagi memulakan perusahaan
- Mendapat latihan, khidmat nasihat dan kemudahan lain dari pembeli
| - Mendapat bekalan pada masa ditetapkan
- Mendapat bekalan pada harga dipersetujui
- Mendapat bekalan mengikut kuantiti dan kualiti yang ditetapkan
|
- Contoh ladang kontrak - ayam pedaging untuk restoran KFC, ikan keli dan siakap untuk restoran dan bunga untuk hotel
f. Penggabungan ladang kecil
- Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau ladang bersaiz besar seperti mini estet
- Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi
- Mempastikan keberkesanan penggunaan sumber sedia ada
- Agensi pertanian seperti LPP membekalkan input pertanian dan pemasaran
- Ahli menjaga dan menguruskan ladang mereka
- Tujuan - meningkatkan produktiviti ladang dan pendapatan petani melaluipembangunan komoditi dalam jumlah yang besar dan tersusun.
g. Perhutani
- Maksud
- Kegiatan pertanian dan perhutanan dibangunkan bersama-sama
- Beberapa jenis tanaman yang sesuai digabungkan dalam satu kawasan
- Tujuan - memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal
- Contoh – tanaman rotan di dalam kebun getah, ladang pokok jati dan sentang
- Manfaat integrasi pertanian dan perhutanan:
- Mewujudkan ruang untuk gabungan perusahaan perhutanan dan pertanian.
- Mengoptimumkan penggunaan sumber terutama tanah.
- Menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman industri pertanian.
- Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan dari tanah yang sama.
- Mengurangkan permintaan untuk tanah pertanian yang baru.
- Meningkatkan pendapatan dari pelaburan.
1.4 Isu Pertanian Di Malaysia
a. Produktiviti
- Kecekapan menggunakan input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang maksimum.
- Kekangan meningkatkan produktiviti sektor pertanian:
i. Sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap
- input tidak digunakan dengan cekap seperti baja digunakan secara membazir
dan penggunaan tenaga buruh yang tinggi
ii. Daya pengeluaran yang rendah
- permintaan kelapa tinggi tetapi pengeluaran rendah
- hasil rendah kerana menggunakan benih atau baka tidak bermutu
iii. Saiz ladang terlalu kecil
- keluasan yang kecil menyukarkan penggunaan teknologi dan amalan yang
ekonomikal
- hasil rendah
iv. Kurang penggunaan teknologi yang lebih berkesan
- petani kurang menggunakan teknologi moden
- cara meningkatkan produktiviti – pekebun kecil menggunakan klon-klon getah
baru, teknik penorehan ‘puncture tapping’ dan sistem pengairan moden dalam
penanaman sayur-sayuran.
v. Perubahan cuaca dan iklim
- kesan cuaca seperti musim hujan dan panas menjejaskan produktiviti
- Langkah mengatasi kekangan produktivit/produktiviti rendah:
i. Ladang kelompok
- ladang-ladang kecil digabungkan untuk memastikan keberkesanan penggunaan sumber sedia ada.
- Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau mini estet
- Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi
ii. Perladangan campuran
- menanam lebih dari satu jenis tanaman dalam satu kawasan penanaman.
- dapat menambah pendapatan petani
contoh : menanam pisang dalam kebun kelapa atau kebun getah dan menanam koko dalam kebun kelapa sawit
iii. Penggunaan teknologi
- kaedah kultur tisu dapat menghasilkan lebih banyak bahan penanaman yang berkualiti dan tahan penyakit dalam masa singkat.
- guna jentera atau teknologi pengairan titisan dan percikan
iv. Mengadakan program latihan dan bimbingan kepada petani.
b. Ketidakstabilan harga
- Pengeluaran hasil sukar disesuaikan dengan permintaan pasaran.
- Hasil pertanian cepat rosak dan teknik penyimpanan terhad menyebabkan hasil
pertanian tidak dapat disimpan sementara menunggu harga meningkat.
- Kos pengeluaran semakin meningkat membebankan petani.
- Bekalan yang berlebihan juga menyebabkan ketidakstabilan harga.
- Langkah mengatasi ketidakstabilan harga:
- Memproses hasil tanaman seperti cili dijadikan sos
- Agensi kerajaan membeli hasil yang berlebihan
- Menghapuskan penggunaan orang tengah
- Memperkenalkan harga minimum terjamin / harga siling
- Mencari bahan alternatif baru untuk makanan ternakan
c. Penyebaran Dan Pengamalan Teknologi Baru
- Teknologi baru penggerak negara mengeksport lebih banyak bahan pertanian.
- Amalan teknologi baru seperti pertanian persekitaran terkawal dan penanaman sayuran secara fertigasi
- Cara mengatasi masalah penyebaran dan pengamalan teknologi baru :
- mengadakan lawatan ke kebun
- memberi penerangan, kursus dan bimbingan secara berterusan
- penggunaan media massa secara meluas / kempen
d. Pendidikan Dan Latihan
- Melahirkan petani dan penternak yang berdaya maju dan inovatif.
- Kementerian Pertanian menjalankan program latihan dan bimbingan, penyelidikan dalam teknologi makanan dan industri herba berasaskan pertanian.
- Cara mengatasi masalah kekurangan pendidikan dan latihan
- menggiatkan aktivti latihan untuk petani
- memperbanyakkan penyelidikan dan menggiatkan pengembangan
- memperbanyakkan pusat latihan/institusi latihan pertanian
e. Penghijrahan Penduduk
- Hijrah dari desa ke bandar
- Kerana faktor:
i. Sosial – gaya hidup di bandar, mobiliti sosial dan infrastruktur moden
ii. Ekonomi – pendapatan yang kurang lumayan / rendah di desa, pertanian banyak risiko
- Kesan penghijrahan – pertanian tidak dapat diusahakan secara efisien
- Langkah mengatasi penghijrahan penduduk
- membawa industri ke desa / buka kilang di desa
- menggalakkan belia berkelulusan pertanian mengusahakan pertanian secara professional dan komersial
f. Pencemaran Alam Sekitar
- Punca pencemaran:
- sisa bahan pertanian contohnya sisa getah dan kelapa sawit
- sisa toksik dari racun makhluk perosak
- asap dari pembakaran
- pembuangan najis yang tidak terkawal dari industri ternakan
- penghasilan gas metana melalui pereputan sisa pertanian
- hakisan kawasan penanaman
- Cara mengatasi pencemaran:
- guna semula sisa pertanian untuk makanan ternakan dan medium penanaman
- guna kaedah biologi untuk merawat air tercemar
- penguatkuasaan undang-undang
- mengurangkan penggunaan racun perosak – rumah jaring kalis serangga, kawalan perosak bersepadu, kawalan biologi dan menanam secara organik
g. Kekurangan Buruh
- Punca kekurangan buruh:
- penduduk tempatan tidak berminat bekerja di ladang menyebabkan buruh asing dibawa masuk
- golongan muda berhijrah ke bandar
- pendapatan kurang lumayan
- pulangan pertanian rendah
- perusahaan pertanian berisiko
- perbezaan taraf hidup penduduk desa dan bandar
- Langkah-langkah mengatasi kekurangan buruh :
- Penggunaan teknologi baru
- Penggunaan mekanisasi ladang
- Aplikasi bioteknologi
- Pertanian persis (tepat)
- Gunakan tenaga buruh asing
- Menyediakan suasana kerja yang menarik untuk menarik pekerja tempatan
1.5 Peranan institusi dalam pembangunan pertanian
a. Menyediakan infrastruktur
- Sistem pengairan dan saliran, sistem jalan raya, sistem komunikasi, bekalan elektrik dan air
- Institusi terlibat JPS, FELDA, RISDA, JKR, TNB
b. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
- Meliputi pengeluaran, lepas tuai dan aktiviti hiliran (pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan,pengangkutan)
- Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, MCB, Guthri, Sime Darby
c. Memberi khidmat nasihat dan latihan
- Lawatan dan latihan oleh agen pengembangan
- Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, LPP,RISDA dll
d. Menyediakan peluang pekerjaan
- Penyelidik, pegawai pengembangan, perunding, agen pemasaran dll
- Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, LPP, dll
e. Menyediakan bantuan kewangan
- Perkhidmatan memberi kredit
- Institusi terlibat seperti BPM, LPP, Jabatan Pertanian dll.
f. Membuat penyeliaan
- Menentukan prosedur dan undang-undang dipatuhi (penggunaan racun, pencegahan penyakit, pemeriksaan mutu hasil pertanian)
- Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, MPOB, BERNAS, dll
g. Membantu pemasaran hasil
- Mendapatkan pembeli, menyediakan kemudahan pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran.
- Institusi terlibat seperti FAMA, MARDEC, LTN, BERNAS dll.
No comments:
Post a Comment