ANAKLAUT

Saturday 6 July 2013

PERANG SUNGAI MANIK - 02

Posted on March 4, 2012 by utuhlingkun
Sudah seminggu berlalu, mujurlah tidak ada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku di Bendang DO. Pun begitu, keluarga Banjar yang berada di situ masih curiga kerana maklum sajalah janji komunis tak boleh dipercaya. Dalam diam, kerabat PKM sudah membina sebuah markas kecil kira-kira satu kilometer dari Bendang DO dengan tujuan mengawasi dan  berkempen kononya tak siapa pun yang boleh memerdekakan Tanah Melayu selain dari PKM.
Ramai jugalah orang Melayu dan Banjar yang mula terpengaruh diresapi dakyah komunis hingga ada yang sanggup menyertai kumpulan bersenjata, manakala yang penakut atau berani-berani lalat pula memadailah sekadar menjadi mata dan telinga mereka.
Markas PKM di Bendang DO tak mendapat sambutan langsung. Perjuangan apa gerangan kalau caranya lebih teruk dari pemerintahan Jepun. Begitulah agaknya tanggapan warga Banjar seluruh Bendang DO – geram benar gamaknya.
Ketua komunis di markas besar Sungai Tungko mula gelisah kerana kempen merekadipahawai (dipandang sepi) oleh warga Banjar di Bendang DO yang masih keras hati. Akhirnya gerombolan PKM terpaksa membuat percaturan lain…menimbulkan masalah saban hari; tak cukup dengan makanan, harta benda orang kampung dirampas, tanamantakundangsai (musnah) diinjak dilenyek. Namun tidak juga membawa hasil yang diharapkan malah semakin menambah barau (marak) api kemarahan warga Banjar.
Ah Pau, Ah Boon dan Ah Jang orang kuat komunis mengeluarkan perintah dan amaran terakhir; kalau tak sanggup melihat Bendang DO menjadi padang halilintar, dalam masa seminggu warga Banjar diarah mengumpulkan kaum perempuan yang masih muda, tak kiralah anak dara atau isteri orang. Sudah lama benar gerangan si kulup ini menagih kaum perempuan, dan kalau itulah caranya, bagaimana gerangan dapat menentang British kelak!
Begitulah, satu perintah, satu tagihan, yang menyusahkan warga Banjar Bendang DO. Ke mana hendak mengadu kerana dalam keadaan darurat begini, Penghulu tak ada, Ketua Kampung pun tak ada. Bagaimana ye!
Haji Bakri, Banjar dari suku kaum Rantau baandah (berhijrah) dari Kalimantan ke Sapat, Sumatera. Dari Sapat berhijrah pula ke Batu Pahat, Johor, dan bertemu jodoh di sana.
Isteri tua bangaran (bernama) Patmah binti Hj Hassan dan dikurniakan dua orang anak – Zainab dan Abdul Majid. Isteri muda bernama Samiah binti Hj Abdul Jalil dan dikurniakan tiga orang anak – Abdul Kadir, Abdul Hamid dan Siti Sarah.

Hj Abdul Kadir anak lelaki Hj Bakri dengan isteri muda memakai menggayakan jubah peninggalan arwah bapanya
Haji Bakri lemah lembut orangnya, sentiasa merendah diri matan (hinggakan) tak ramai yang tahu tentang ketinggian ilmunya – dunia dan akhirat. Setelah mendengar khabar tentang warga Banjar ramai menetap di Sungai Manik, beliau berhijrah ke sini sebelum Jepun memerintah Malaya. Dialah yang banyak mengajar agama dan membetulkan akidah warga Banjar di Sungai Manik. Lantaran itu dia diberi gelaran Patuan Guru (Tuan Guru)
“Amun sawat batagihan ka bibinian pulang matan talalo-lalo banar am bubuhan si haram jadah nia,” ujar hidin hudah bamula pina garigitan.


“Kalau sampai menagih perempuan, itu sudah benar-benar melampau” ujar Tuan Guru yang sudah mula rasa garigitan (geram).
    “Cakada lain parang bungkol pang satronya si haram jadah ai”. Garunum hidin pina habang miar hudah muha tanda barau.
“Tak ada lain melainkan parang bungkol lawannya  si haram jadah ni,” bebel Tuan Guru yang sudah habang miar (merah padam) muka kerana marah.
Tuan Guru Haji Bakri membuat pakatan sulit dengan warga Banjar Bendang DO yang bersetuju untuk menentang komunis.
Sebagai permulaan, lapan orang bibinian (perempuan) berjaya dikumpulkan, tapi kemudiannya hanya lima orang yang setuju, itu pun setelah jenuh memujuk. Memang benar pun, siapa yang rigi (sudi) dijadikan hulun (hamba) sex kepada pengganas komunis yang tak tau bahasa tu.
 “Cakada nang kami bungol manjulung budas kanu bubuhan ninto kakanakan barataan ai, agar umpan satumat banarai,” ujar Patuan Guru Hj Bakri manahapi.
“Bukan kami bodoh manjulung (menghulur) budas (bulat-bulat) warga yang masih sunti melainkan ada helah, untuk dibuat umpan sementara” Tuan Guru manahapi (memberi kepastian).
Tempoh yang diberikan PKM hanya tinggal tiga hari saja lagi. Warga Banjar papasingnya(masing-masing) sibuk mangilir (mengasah) parang bungkol yang beranika gelaran. Tajamnya si Kandal Larap boleh dijadikan pisau cukur untuk membotakkan kepala. Ketika itulah dapat dilihat pelbagai ilmu dan amalan orang Banjar. Ada yang berendam semalaman dalam perigi buruk, ada yang berwirid siang malam  tanpa henti, mandi buluh dan bermacam lagi petua. Betapa tidak, perjuangan antara hidup dan mati bukan boleh diambil mudah.
Rumah Tuan Guru Hj Bakri bersebelahan surau Parit 8, malaran (boleh tahan) jugaganalnya (besarnya). Diperbuat dari kayu harat (baik) zaman British – kukuh dan padu. Dalam rumah itulah warga Banjar mengatur strategi untuk berdepan dengan pengganas komunis. Carirapan (berkilau-kilauan) mata parang bungkol pesaka padatuan (moyang) yang dibawa dari kampung halaman di negeri Banjar, dan kebanyakannya sudah pernah dibasahi darah tentera Belanda. Memang sudah terbukti kehebatan parang-parang tersebut ketika digunakan memerangi penjajah di Kalimantan dulu. Pada masa itulahtaungkai (terkeluar) nama atau gelaran yang tak pernah didengar sebelumnya.
Ketika itu, Tuan Guru Haji Bakri tak ada anak lelaki dewasa di Sungai Manik, yang ada hanya seorang cucu lelaki yang masih remaja berusia awal 20an. Acil, nama cucu kesayangannya. Macalnya (nakalnya) boleh tahan juga, tak jauh bezanya dengan anak-anak hari ini. Marga  (disebabkan) kenakalan itulah, Tuan Guru Haji Bakri segera menurunkan ilmu kepada cucunya. Maka semakin bertambahlah kejaguhan si teruna ini.
“Nah, buat genggaman mu,” Tuan Guru Haji Bakri menghulur parang bungkol si “Mandam Layu” kepada cucunya. Fuh, cantik sungguh;  hulunya diukir dari akar haur (buluh) betung, rumbai perca kain merah di hujung menambah keampuhann bila dipandang. Apa lagi, lihum bapair (senyum meleret) si Utoh Acil menerimanya.
Ranai guraknyap (sunyi sepi) seluruh Bendang DO kerana setiap buah rumah telah dikosongkan, penghuninya berpindah ke ruamah Tuan Guru – markas warga Banjar di Parit 8.
“Mudahanai kita barataan dilindungi Allah ……..Allahuakbar,” ujar Patuan Guru Hj.Bakri wayah malapasakan bubuhan Banjar nang mamulae bagarak tangah malam cagar mamaraki markas PKM di muhara Bandang DO.
“Mudah-mudahan kita semua dilindungi Allah…Allahuakbar” ujar Tuan Guru Haji Bakri ketika melepaskan warga Banjar memulakan gerak menghampiri markas PKM  di muara Bendang DO tengah malam itu.
Mereka bergerak persis Ninja. Yang masih tinggal bersama Tuan Guru ialah Emoh, Acil, Sukri, Sabran, Ali dan Amat Tuban. Tak ikut serta bukan bererti penakut tapi ada rencana dan perkiraan tersendiri

Posted on March 4, 2012 by utuhlingkun

Pagi Sanayan (Isnin), dengan terbitnya matahari di ufuk timur, maka sampailah sudah saat dan ketikanya warga Banjar di Bendang DO membuat perhitungan dengan gerombolan haram jadah - tentera PKM.
Sasain (semakin) cariningan (bercahaya) wajah 8 orang perempuan Banjar yang sudahditatapi (disolek) dan dibingkingi (didandan). Fuh rasa tak dapat lagi mamadahakan(menceritakan), rambang mata sekiranya disuruh memilih tunggal ikungan (satu persatu).
Wajah perempuan yang mulanya takurisit katakutanan (kecut ketakutan) mula nampakhabang (merah), dan juga garang! Membara sungguh nampaknya kerana baru saja diminumkan air garangsang (jampi) Tuan Guru. Mudahlah nanti kalau tak ada yang lemah semangat atau lamah buluan (gementar) bila berdepan  musuh. Atau kalau ada yang tak tahan melihat darah mangarabuak (membuak-buak) di medan pertempuran.
Mak ooii, kabubungasan (cantik sungguh) tiga orang anak dara ni…milik siapalah gerangan!
Emoh, Acil dan Sabran baru saja didandan manyalumur (menyamar) jadi bibinian(perempuan). Hebat juga hasil tatapan (solekan) warga perempuan Banjar di Bendang DO, mungkin juga boleh mengalahkan  ‘mak nyah’ yang terkedek-kedek. Tapi mereka perlu berhati-hati jangan sampai terselak landau (betis), nanti kelihatan pula bulu kaki hirang(hitam) lebat…pecahlah tembelang.
Kira-kira jam 9.00 pagi, bajurut (berduyun-duyun) ‘perempuan’ Banjar tersebut berjalan sebaris meghala ke markas PKM di muara Bendang DO, didahului oleh Ali dan Amat Tuban sebagai wakil penyerahan. Mereka berdua ditangati (dilarang) membawa sebarang senjata. Tapi, orang Banjar tak kan sanggup meninggalkan senjata apatah lagi bila menghala ke medan juang. Lading balati (pisau belati) setajam pisau cukur sudah lama tersisip di pinggang masing-masing. Cuma baju saja yang membuatnya tak dapat dilihat dengan mata kasar.
Gerombolan komunis di markas Bendang DO terbahak-bahak ketawa, macam tak sabar lagi mahadangi (menanti) lebih-lebih lagi tiga orang kepala komunis bernama  Ah Boon, Ah Pau dan Ah Jang “Syok mau mali hooo….”
Asa lilihan (rasa gelihati) pun ada melihat tiga orang “anak dara” yang berjalan paling belakang kerana masing-masing bakalumbunan (berselubung) dengan tapih (kain). Umai(mak oi) panyupannya (pemalunya)…malu apa gerangan kalau tangan menggenggam erat hulu parang bungkol si “Kandal Larap”, si “Mandam Layu” dan si “Tungkih Kiwang”. Rasa kekok melangkah kerana tak biasa berjalan memakai kain bairitan (meleret labuh) begitu. Kesiannya…
Patuan Guru Hj.Bakri nang tatinggal manyaurangan matan kada sing bunyian lagi, tasbih bilang kada sing lapasan ditangan, aur bawirid pang kada sing mandakan di atas surau. Kakanakan nang halui-halui ginai cakada nang waninya mamaraki.
Tuan Guru Hj Bakri yang tinggal seorang diri tidak bersuara lagi, tasbih di tangan langsung tak dilepaskan, berwirid kada sing mandakan (tanpa henti) di dalam surau. Kanak-kanak yang masih kecil pun tak berani menghampiri.
Jam 10, deretan “perempuan” tiba di hadapan markas PKM di muara Bendang DO. Lantas si Amat Tuban dan Ali menyerahkan mereka kepada ketua komunis.
Semakin kuat gelak ketawa mereka, gembira tak terperi ibarat bulan jatuh kaasuhan (ke riba). Tak disangka warga Banjar seluruh Bendang DO yang kononnya berani  menentang Bintang Tiga hanya omong kosong. Riuh rendah markas dengan dialog Cina, mengumpat agaknya. Benar-benar celaka 13!
“Hei tepilah…lu sana” salah seorang kepala komunis mahingkau (menengking) sambil menolak kasar si Ali dan Amat Tuban. Tiga orang kepala komunis terus memeriksa dari depan ke belakang, menyelak salungkui (selubung) satu persatu. Rambang mata. Yang lainnya turut sama barumbung (berkerumun) tak ubah seperti macan (harimau) yang laparkan daging manusia. Akhirnya nyanyat (gian) hingga tak terjaga lagi markas taktikal.
Sampai kegiliran diyang (gelaran anak dara Banjar) bungas (cantik) yang kelima, si Ah Boon kepala komunis…
“Ai yaaa…manyak cantik lo ha…” Jarigi bamula pina marayap kapingin manjapaie pangawak urang. Babaya maragap handak mancium…
“Ai yaaa, manyak cantik lo ha…” jarigi (jari) mula hendak merayap kerana kapingin(teringin) benar manjapaie (menyentuh). Babaya (baru) hendak maragap (memeluk) untuk mencium…
“Bangsat, seteru babi haram jadahhh…Allahuakbarrr!!!” hingkau (tengking) si Emoh sing hangkuian (dengan kuat).
“Nah ambil habuan engkau sangkala.”
Labukkk….si Kandal Larap hinggap ke sasaran tanda patuh kepada tuannya. Mandabuk kepala si haram jadah jatuh ke tanah bercerai dengan badan, manggalaguak (membuak) darah dalam jantung membasahi bumi Sungai Manik. Acil menerkam si Ah Jang yang sedang tergamam.
Labukkk…mata parang si Mandam Layu hinggap, layu dan longlai leher si Ah Jang terkena libasan parang bungkol si Mandam Layu. Sebiji lagi kepala ketua komunis gugur ke bumi.
Bukkk…timpasan (tetakan) diayun oleh Sabran. Ternyata benar si Tungkih Kiwang tak pernah ingkar kepada tuannya – putus dua badan si Ah Pau. Tungkih Kiwang magun(masih)  belum puas – memenggal puluhan gulo (leher) musuh. Pagat basadinan (putus serta merta), humbalingan (bergelimpangan) kepala komunis di halaman markas PKM Bintang Tiga.
Bubuhan (warga) Banjar Bendang DO yang sudah setengah malam basungkup(bersembunyi) dalam parit tak berair bingkas bak cendawan busut, manyasah (mengejar) anak buah Bintang Tiga yang sedang dalam kapipiyangan (kebingungan).
“Allahuakbarrr!!!” babaya (sebaik saja) taparak (menghampiri) musuh yang rahat(sedang) bakatumbahan (lintang pukang), mereka terus melibaskan parang. Belum sempat mengangkat senapang, tubuh mereka sudah dihinggapi parang bungkol. Fuh, macam menebang gadang (batang) pisang.
34 orang orang anggota PKM taampar (terdampar) di tangan Banjar Bendang DO. Darah merah membasahi bumi, mayat galing-galingan (bergelimpangan), senjata musuhhumbalingan (bertaburan). Mandakannya (mujurlah) tak seorang pun warga Banjar yang terkorban atau tercedera, cuma baju dan seluar mereka saja yang merah kacuratan(terkena percikan) darah musuh.
Bangsal komunis diselongkar. Ceh, yang ada cuma seguni beras dan perkakas memasak. Tanpa banyak bicara, Acil memikul guni beras untuk dibawa balik.
Namun, tak sepucuk pun senjata raifel MK5 yang hambur tauran (bertaburan) diambil. Tak teringin langsung, tak berkenan atau tak tau menggunakan makanya dibiarkan begitu saja. Mangararau (merah menyala) mandah (terbakar) markas kecil PKM di muara Bendang DO disalukut (dibakar). Dengan itu berbalaslah sudah kematian arwah si Utoh Putih.
Berkubang sakan warga Banjar membersihkan awak (badan) dalam parit besar di hadapan rumah Tuan Guru Hj Bakri. “Sudahlah” hahalulung (terpekik terlolong) pakcik Sukri – yang tak turut serta dalam pertarungan – memanggil mereka naik.
Azan di surau menandakan masuknya waktu Zohor. Selepas meunaikan solat dan makan tengahari, para pejuang Banjar merebahkan badan kepenatan, memenuhi anjung, pelantar, serambi dan surau kecuali Acil, Emoh dan Sabran. Mereka bertiga menceritakan perlaksanaan rancangan  yang sarabanya (serba serbinya) berjalan lancar.
Lihum bapair (meleret senyuman) Tuan Guru Haji Bakri mendengarnya.

Posted on March 4, 2012 by utuhlingkun

Markas besar PKM di Sungai Tungko gempar (gigir) seperti  (ilah)  anak ayam kehilangan ibu. Kekalahan yang tidak diduga – tiga orang pegawai mereka terkorban – bak tikaman duri berbisa dalam sejarah perjuangan PKM di Hilir Perak. Sementara menanti(pahadangan) ketibaan pegawai lain, tak seorang pun anggota komunis yang berani menunjukkan muka di Bendang DO.
Lain pula kisahnya dengan warga Banjar yang berhimpun di rumah Tuan Guru. Lelaki dan perempuan  sibuk (auran)  menggunting kain bakal dibuat wafak Selindang Merah.
Tuan Guru Hj Bakri sudah mendapat firasat: pertumpahan darah di muara Bendang DO tak kan berakhir (tuntung)  begitu saja.
Warga Banjara seluruh Sungai Manik harus membuat persediaan awal untuk menghadapai peperangan terbuka, dan mungkin berpanjangan. Peperangan seterusnya bukan saja tertumpu kepada penentangan terhadap PKM, tapi melibatkan sengketa kaum dan agama. Kalau sudah begitu kehendaknya, terpaksalah diteruskan juga. Alang-alang bermandi darah biarlah sampai ketitisan terakhir.
Mentang-mentang (mantangan)  sudah dapat  (taulihi) ketua baru yang datang dari pangkalan PKM di Sungai Galah, Tanjung Tualang, pengganas komunis di Sungai Tungko makin mengganas (mambala-bala)  membalas dendam gamaknya. Setiap kampung berhampiran  (bapaparakan)  Sungai Tungko habis diganggu  (diudaki), harta benda di ambil, anak dara dan isteri orang sudah tak berkira lagi. Siapa yang berani melawan alamat tersungkur (tajalungkup)  jadi sasaran peluru raifel MK5. Anak kecil yang masih dalam buaian  (dipukongan)  pun  turut jadi korban, tanpa rasa belas kasihan. Tak cukup dengan perlakuan begitu, surau pula hangus dibakar.
Pejuang kemerdekaan tahi palat lah kalau begini!
“Hampai am hudah saat wan kutikanya warga ku barataan ai…… Karana Allah wan Rasulnya…….diaku istiharakan Fisabilullah…… Allahuakbarrr!” Siwara Patuan Guru Hj Bakri batakbir saling hangkuian. 
“Sampailah sudah saat dan ketikanya wahai wargaku semua, demi Allah dan Rasulnya, aku isytiharkan Fisabilullah…Allahuakbar!” suara Tuan Guru Haji Bakri bertakbir dengan lantang.
“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!!” warga Banjar menyahut seruan.
Setelah mendengar berita tentang tertewasnya gerombolan komunis di muara Bendang DO, keluarga Melayu yang menghuni perkampungan di pinggir Sungai Perak pula yang dijadikan mangsa PKM. Puluhan warga Melayu datang menemui Tuan Guru Hj Bakri meminta ilmu peperangan. Walaupun hanya diberi minum air jampi, itupun sudah cukup untuk meyakinkan orang Melayu yang berjanji untuk sama-sama menyerang PKM di Sungai Tungko.
Sementara itu, warga Banjar pula sebulat suara melantik Acil, cucu Tuan Guru sebagai Khalifah Fisabilullah – walaupun masih muda tapi ilmu sudah penuh di dada.
“Dangar, dangar barataan……….isuk imbah subuh kita bagarak manyarang markas si haram jadah di Sungai Tungko…….Allahuakbar!!!,” ujar si Acil mahabarakan.
“Dengar, dengar semuanya, esok selepas Subuh kita bergerak menyerang markas si haram jadah di Sungai Tungko…Allahuakbar!!!” ujar si Acil memberi taklimat.
Hari masih lagi (magunai) kelam  (tatarauan), selepas solat Subuh dan bersarapan (makanpupuluran) seadanya, warga Banjar yang bakal pergi menyerang markas PKM masing-masing menyarung pakaian serba putih, selindang merah melilit badan, tanjak (laung) di kepala juga berwarna merah, parang bungkol bergemerlapan. Waduh, melihat pakain begitu pun sudah boleh menimbulkan kegerunan, itu belum lagi berhadapan – meremang (mamburinjing) bulu roma. Sebaik saja selesai bacaan doa oleh Tuan Guru, mereka terus menuju Sungai Tungko.
Tak siapa dapat menduga, rupanya gerombolan PKM sudah sedia menanti ketibaan warga Banjar – seperti sudah dijanjikan. Laras raifel MK5 sedia tertatang, jari melekat di pemetik senapang, dan sebentar lagi bakal berterbanganlah peluru.
Di surau Parit 8, Tuan Guru Haji Bakri terus berzikir tanpa henti. Hanya Pakcik Sukri yang ulang alik ke rumah mengawasi anak isteri warga Banjar yang ditinggalkan demi Fisabilullah.
“Fisabilullah…Lailahaillallah…Allahuakbar!!!” jerit si Acil sebagai Khalifah perang memberi isyarat bermulanya peperangan.
“Lailahaillallah…” bergema suara warga Banjar berkalimah tanpa henti.
Selepas itu, kalingungan (bunyi peluru berterbangan), macam air hujan rancaknya peluru meninggalkan muncung  (palumpong) senapang. Gerombolan PKM tercengang kahairanan kerana tak seorang pun warga Banjar yang dihinggapi  peluru. Tanpa disedari, pejuang Banjar hanya sedepa (sajangkauan) di depan mata. Galabukan (ekspresi bunyi) mata parang bungkol menetak (manimpas) pantas (ancap), menghayun sekehendak hati. Senjata api yang dimegahkan (diungahakan) oleh komunis nyata tidak bermakna lagi. Akhirnya dibuat penangkis tetakan pejuang Banjar.
Si Kandal Larap dan adik beradik parang bungkol lainnya ketawa riang bermandikan darah. Cair (lanah) markas besar PKM Sungai Tungko dihancurkan  (diaburakan) warga Banjar Bendang DO. Baju dan seluar masing-masing basah kuyup, hinggakan boleh diperah kerana dibasahi darah pengganas komunis.
“Allahuakbarrrr…” takbir si Acil khalifah parang bungkol meminta warga Banjar berhenti  (bamandak). Bergelimpangan mayat, merah bumi Sungai Tungko dibasahi darah. Namun, lima orang ketua PKM terlepas lari (talapas bukahan) meninggalkan medan peperanagan.
Lari (bukah) bukan sebarang lari. PKM yang pendendam dan kental  (kandal) dalam perjuangan tak akan membiarkan begitu saja.
Belum sampai seminggu selepas pertempuran di Sungai Tungko, berduyun-duyun(barara) ahli PKM datang dari setiap penjuru (pinjung) pos PKM di daerah Hilir Perak menghala ke Sungai Manik.
Pertemuan kali kedua lebih hebat lagi. Bukan setakat raifel MK5 saja yang mereka gunakan, bertimbun (batuyuk) Bren Gun dan berpeti-peti banyaknya bom tangan yang seperti buah jambu batu (karatukul). Namun, tak sedikit pun dapat melunturkan (manuhurakan) semangat juang warga Banjar Sungai Manik. Selain parang bungkol, kalimah “Lailahaillallah…Allahuakbar” itulah yang dipegang (dipingkuti) sebagai senjata utama warga kita.
Peperangan seterusnya tak dapat ditamatkan (dituntungakan) dalam sehari seperti sebelumnya. Sudah jadi syarat ilmu Tuan Guru Haji Bakri, walau musuh sedang mengamuk sekalipun, bila sampai masanya untuk berhenti, maka terpaksalah dihentikan…siapa yang berani melanggar syarat akan menerima padah.
Acil, khalifah parang bungkol Sungai Manik baru saja melaungkan kalimah “Allahuakbar” sebagai isyarat menghentikan peperangan untuk hari itu. Seperti biasa, para pejuang Sabilullah berkumpul untuk mengira dan mengenal-pasti setiap orang, manalah tahu kalau-kalau ada yang gugur, atau ada lagi yang masih meneruskan pertempuran.
Pernah terjadi seorang warga Banjar tak ada dalam perhimpunan. Melihat ketiadaan adiknya, si abang melanggar pantang larang dengan berpatah balik mengejar musuh dengan geram. Akhirnya abang dan adik hilang dan tak muncul lagi.

13 Responses to Perang Sungai Manik (6)
1.       katon says:
salam… agak2 peristiwa ni berlaku sekitar tahun berapa ?
2.      admin says:
Selepas Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, dan sebelum ketibaan tentera British beberapa minggu kemudian, tentera Bintang Tiga mengambil kesempatan mengisi kekosongan.
Perang di Sungai Manik, sama juga dengan di Muar dan Batu Pahat dipimpin oleh suku kaum Banjar. Kalau dikaji, nescaya ada persamaan ‘ilmu’ dan senjata mereka – zahir dan batin.
o    Joewings says:
Salam Tuan Admin,
Berselang seli bahasa Melayu dan basurahan banjar…bolehlah belajar…hehehehhehe
§  admin says:
Joe,
Itulah tujuannya supaya orang Banjar yang sudah tak pandai Bahasa Banjar dapat belajar sepatah dua bahasa yang semakin pupus.
Perkataan Banjar yang saya selitkan adalah dari artikel asal.
3.      wafieot says:
tak pernah baca pun dalam buku sejarah… patut ada ni
o    admin says:
Berapa kerat orang Melayu yang tau menghargai sejarah? Tambahan pula cerita Perang Sungai Manik, Muar dan Batu Pahat adalah kisah kepahlawanan kaum (Banjar) yang pada masa itu masih dianggap sebagai pendatang.
Kalau saudara baca tulisan seorang ahli sejarah (wanita Melayu), beliau seolah tidak percaya keampuhan “air jampi penaik semangat” dan “selendang merah” Tuan Guru Hj Bakri (Sungai Manik) dan Panglima Salih (Muar/Batu Pahat). Menurut beliau, keberanian yang ditunjukkan oleh pemakai “selendang merah” hanyalah kesan psikologi.
Habis tu macamana nak tulis sejarah dengan betul kalau orang Melayu sendiri yang ada kelulusan PHD mempertikainya?
§  wafieot says:
Tuan Admin yang dihormati.
Saya ini anak Kelantan. Walaubagaimanapun saya amat menghormati bangsa serumpun melayu yang sama-sama mengalirkan darah dan peluh untuk tanah ini. Andaikata pahlawan Banjar tidak menjalankan peperangan jihad terhadap komunis, bagaimana gamaknya akan keadaan kita pada hari ini.
Terima kasih sekalung budi dan Al-fatihah buat para pahlawan yang bangun mempertahankan maruah, kehormatan dan tanahair. Dimana tanah di pijak, di situ langit dijunjung.
Adapun arakian ahli sejarah (Wanita Melayu), boleh jadi beliau Melayu Bukit Tun’ku.. Tadikanya di Montesori, Sekolah rendah dan menengah di International School, belajar sejarah di UK nuuuunnn… Mana mungkin dia pernah melihat rencah kehidupan sebenar rakyat terbanyak… Biarkanlah dia Tuan Admin….
Kalau lah saya mampu, akan saya bukukan sejarah ini, agar anak-anak saya tahu betapa warga dahulu bersusah payah untuk membina negara bangsa… Untuk kita semua..
4.      Marshila Arbain says:
Arwah datuk pernah bercerita kesah ini kerana arwah sendiri telah terlibat dlm peperangan tersebut malah nama arwah juga tertulis dlm cerita di atas…saya mmg berbangga jadi anak banjar…esp sebagai anak banjar sg manik…juga sebagai cucu pejuang bangsa banjar…
o    admin says:
Salam Marshila,
Teringin saya nak tau siapalah nama arwah datuk…Emoh, Mawi, Acil? Syabas kerana datuk sdr/sdri merupakan salah seorang pejuang tulen di Sungai Manik.
Arbain…memang nama Banjar yang kalau tak silap dilahirkan pada hari Rabu. Kalau orang perempuan Banjar yang dilahirkan pada hari Rabu diberi nama Arbaiah. Bila jadi artis tukar nama kepada Abby Abadi.
5.      muhamad lutfi says:
boleh lg ka anak muda banjar mewarisi ilmu nenerk moyang kami,di mnakah guru kmi perlu cariiii
6.      galoh says:
Tuan guru haji bakri rumahnya dekat parit 8A,8B atau di parit 8C?sebab surau di parit 8 sungai manik ada tiga..
7.      shahril says:
Al Fatihah kpd pejuang bangsa walaupun tidak ditulis di buku teks Malaysia tercinta ini. Namun apalah yg ada pada anak Banjar wayahinik jika kisah ini cuma utk kemegahan tanpa meneruskan keberanian legasi kita dlm menempuh dunia moden ini.
o    Man Hateeternal says:
btol aku sokong 100% …
melayu terus bangkit jangan biar kan dunia yang serba moden pudar kan semangat melayu kabur kan pandangan kita ,,, pertahankan bumi melayu ,,, ALLAHHuakbhar ,,,


No comments:

Post a Comment