ANAKLAUT

Saturday 6 July 2013

PERANG SUNGAI MANIK -03

Posted on March 4, 2012  by utuhlingkun

Sudah genap sebulan perang Sabil di Sungai Manik, tapi masih belum menampakkan tanda akan berakhir. Bertimbun, bergelimpangan mayat komunis namun mereka masih belum serik, malah semakin cekal. Kekuatan mereka bertambah saban hari, entah dari mana datangnya tak pula diketahui.
Dalam pada itu, gerombolan komunis di Seberang Sungai Perak makin mengganas, menyiksa dan membunuh orang Banjar dan Melayu di Kampung Gajah dan Balun Bidai. Orang Cina tidak pula diapa-apakan malah dijaga dengan baik. Begitu agaknya taktik kotor komunis untuk melemahkan semangat pejuang Sabilullah di Sungai Manik.
Tinjau bilang barucau batuhui kada sing rantian basanjaan di higa rumah Patuan Guru Hj. Bakri.
Sepanjang senja, di tepi rumah Tuan Guru Haji Bakri, riuh rendah murai (tinjau) berkicau tanpa henti.
“Kalau berita baik, bawalah kemari, kalau buruk jauhkanlah” begitulah selalunya kata-kata orang tua Banjar bila mendengar kicau murai diwaktu senja. Betapa ada kebenarannya. Selepas solat Isyak malam itu…
“Assalamualaikum!!!” kedengaran suara memberi salam di depan surau. Serentak jemaah menyambut salam. Setelah diamati  (dijanaki)…bergegas (badadas) Tuan Guru turun ke tanah lalu memeluk sambil menepuk belakang oramg yang memberi salam.
“Selamat datang adikku” kata-kata aluan Tuan Guru membuat warga Banjar lainnya terpinga-pinga (tarangakan) kerana tak seorang pun yang kenal (pinandu).
Masmuda, adik (ading) Tuan Guru Hj Bakri baru saja tiba dari Batu Pahat. Si Acil terus menerkam datuk saudara (paninian mamarina) yang tidak kurang hebatnya. Ialah, kalau sudah sedarah sedaging, ke mana lagi tumpahnya ilmu.
Perang Sungai Manik sedang rancak, keadaan di Balun Bidai dan Kampung Gajah semakin genting. Saban hari gerombolan komunis mencari pasal.
“Tak boleh dibiarkan, semakin menjadi-jadi benar keganasan mereka” rungut Tuan Guru Hj Bakri bercampur marah.
Para pejuang Sabilullah sepakat melantik Masmuda sebagai Khalifah perang mengganti Acil di Sungai Manik. Tuan Guru Hj Bakri dan Acil pula akan turun ke Balun Bidai secepat mungkin.
Wafak Selindang Merah dibuat khusus untuk warga di seberang Sungai Perak. Salah seorang tukang tulis kalimah Allahuakbar Selindang Merah bernama Asmuni.
Hj Asmuni, tukang tulis kalimah Allahuakbar di Selendang Merah sedang memegang tongkat peninggalan arwah Tuan Guru Haji Bakri
Pertama kali Masmuda memimpin pejuang Sabilullah di Sungai Manik, ketara benar kehebatannya. Musuh melepaskan tembakan ke atas, peluru berterbangan seperti air hujan menerjah angin kosong (puang). Pada pandangan mereka, para pejuang Sabilullah semuanya tinggi, setinggi pohon getah maka itulah mereka asyik menghalakan tembakan ke atas. Ketika itulah para pejuang Sabilullah menyerbu, menebas, menetak dan memancung musuh. Baru sekejap, bersih (lingai) medan pertempuran.
Namun, antara musuh yang gugur di hujung parang bungkol pejuang Banjar, terdapat ramai yang menyebut kalimah Allah. Setelah diamati ternyata mereka adalah orang Melayu dan Banjar yang sudah terpedaya menyertai perjuangan komunis. Dalam pertempuran sukar untuk mengasingkan antara Banjar, Melayu dan Cina kerana mereka semuanya menyarung pakaian seragam Bintang Tiga.
Para pejuang PKM masih lagi berdegil, tak mengerti makna putus asa. Sambil menanti bantuan dari Sungai Karang seberang Teluk Anson, mereka meneruskan(manyalajurakan) perjuangan.
Mujurlah (madakannya) Allah tidak mengizinkan. Tongkang yang sarat membawa gerombolan PKM karam di tengah Sungai Perak, tak jauh dari Pulau Galagak dekat pelabuhan Teluk Anson.
Melambak gerombolan Cina komunis yang tak pandai berenang (bakunyung) tenggelam batu dan mati lemas. Manakala gerombolan komunis bangsa Melayu dan Banjar yang rata-ratanya pandai berenang terselamat dan sempat berenang ke Pulau Galagak. Kalau tidak, pastinya sesama Islam bakal bertempur di Sungai Manik. Sesungguhnya Allah lagi maha mengetahui.
Berita yang melemahkan perjuangan PKM – ranapnya pejuang mereka di Sungai Manik di tangan warga Banjar di bawah pimpinan Masmuda, panglima Selendang Merah Batu Pahat, Johor.
Dalam pada itu, ramai orang Melayu dan Banjar di Balun Bidai,  Kampung Gajah dan kampung-kampung berhampiran memilih untuk lari ke dalam hutan meninggalkan rumah masing-masing kerana komunis semakin mengganas, menembak rumah membabi buta. Mengamuk kononya. Untuk apa melepaskan geram terhadap mereka yang tak tahu menahu!
Lain pula ceritanya dengan kaum Cina yang menghuni kawasan sekitar. Hampir semuanya menyokong perjuangan PKM, dan kerana itulah mereka tidak di ganggu.
Tuan Guru Haji Bakri, Acil dan Emoh selamat menyeberang Sungai Kinta dan sampai di Kampung Changkat, Bayas, Balun Bidai. Sungguh tak disangka rupanya warga Banjar di situ tak juga kurang keberanian mereka.
Acil pula dilantik sebagai Khalifah surau Changkat Bayas, markas pejuang Sabilullah di Balun Bidai. Selendang dan tanjak merah yang dibawa dari Sungai Manik diagih-agihkan sehelai seorang. Pun begitu, sekiranya ada yang memiliki ‘wafak’ sendiri, mereka dibenarkan memakainya. Begitulah cara orang Banjar – walau setinggi mana pun ilmu sendiri, namun ilmu orang lain tetap dihormati. Mencerca (mawada) menghina (mahapak)kebolehan orang lain bukan Banjar namanya.
Siang malam kedengaran bunyi tembakan di pinggir Balun Bidai, entah apa yang mereka tembak tidak pula diketahui. Membunuh dan menyiksa orang, itu sajalah kerja mereka. Setengahnya bertujuan menakutkan – konon komunis masih lagi kuat walaupun sudah tewas di Sungai Manik. Hii, geram betul.
Pada mulanya hampir tujuh puluh orang warga Banjar yang sanggup turut serta sebagai pejuang Sabilullah. Yang penakut (pamburisit) dibenarkan tinggal mengawasi anak isteri mereka yang bakal pergi menyerang markas PKM di tebing Balun Bidai. Tuan Guru Haji Bakri tetap seperti biasa – bersendirian berzikir dan membaca ayat-ayat di surau. Sampai saat dan ketikanya, pergilah para pejuang menuju sarang komunis di tebing Balun Bidai.
Lailahaillallah…Allahuakbar!!!” maka bermulalah perang sabil di daerah Kampung Gajah, Perak.
Khalifah Acil yang masih muda sudah berbulan menentang musuh di Sungai Manik. Boleh dikatakan setiap kali pergi berjuang, darah musuh sampai kering di badan. Medan pertempuran dibuatnya seperti padang permainan. Degil, menari (baigal) menahan tembakan komunis membuat musuh semakin geram. Ditembak tak langsung memberi bekas.
Musuh semakin menghampiri para pejuang Sabilullah.
“Timpasss!!!” (tetak) ujar si Acil berteriak. Apa lagi, parang bungkol terus mandi darah.


3 Responses to Perang Sungai Manik (7)
1.       nabil says:
haji masmuda duduk dan meningal di kampung temeris kuala pilah diakhir hayatnya….
2.      andin says:
masih adakah lagi waris haji masmuda di kg temeris, kuala pilah itu saudara nabil?…
dikisahkan zaman darurat dahulu… pejuang jihad melayu ada juga di kuala pilah yang diketuai oleh kiai selamat? dalam menentang keganasan dan kezaliman para komunis ini… tq
3.      angahnyak says:
Assalamualaikum…nk watpe kebal2… nk watpe ghaib2… klau berperang krn allah..bertawakal padaNya… mnang al-hamdulillah… klau mati…x ke syahid….ank2 palestin rmai yg syahid brprang pkai batu jalanan jer.. sila fahamkan ayat3 surah Az-Zumar, dan ayat 40-60 surah As-Saffat..

Posted on March 4, 2012 by utuhlingkun

Peperangan di Balun Bidai melahirkan seorang lagi wira Banjar bernama Mawi, pemilik parang bungkol bergelar si Kajang Rungkup. Kalau berhadapan musuh, dia tidak teragak-agak untuk menerkam (marungkup) dan menyembelih, seperti menyembelih leher lembu. Yang menghairankan, musuh yang sudah kena terkam langsung jadi lemah tak bermaya untuk melawan. Itulah keajaiban parang bungkol si Kajang Rungkup.
Setelah berakhir perang di Balun Bidai, Acil diberi gelaran “Acil Wani” (Acil Berani). Sebut saja nama Acil, seluruh warga Banjar kenal padanya.
Bela (haragu) bukan sebarang bela, bela ada muslihat (sipatan). Warga Cina yang ramai  bermastautin disetiap pelosok Kampung Gajah sudah mula mencebik (kulibian) bila bertemu orang Melayu.
“Wahai kaumku, perang sabil saja diolah (dipiulah) oleh orang Melayu yang banyak menjurus kepada perkauman. Mereka merancang untuk menghapuskan bangsa Cina seluruh Tanah Melayu, itulah tujuan sebenarnya. Tergamakkah (purunkah) tuan-tuan membiarkan bangsa sendiri hancur lebur dipijak-pijak (dilincai) orang Melayu? Tentunya kalian tak sanggup. Nah apa lagi yang ditunggu, jom kita bersatu, kita tentang sampai ketitisan darah terakhir!” begitulah bunyinya kempen PKM setiap kali bertemu orang Cina di Kampung Gajah. Mereka yang sudah rasa terhutang budi kerana selama ini dilindungi, dijaga sebaiknya oleh PKM akhirnya bersetuju berjuang demi bangsa dan agama mereka.
Orang Cina tak dapat melihat muslihat disebalik kemanisan kata-kata PKM – memperbodoh (mawalohi) orang Cina untuk kepentingan sendiri dengan melagakan (menyaung) Cina dan Melayu. Betapa tidak, sudah banyak pengganas komunis kecundang di tangan pejuang Banjar.
Orang Cina mula menghimpunkan serba serbi (sarabanya) keperluan – parang besar, parang bengkok, kayu pengandar tempinis seadanya dengan tujuan untuk berperang. Sekiranya terserempak dengan orang Melayu, tak kira kecil atau besar bakal habislah mereka kerjakan.
Pertemuan secara berdepan antara pejuang Sabilullah dengan orang Cina dan pengganas komunis di pinggir Kampung Sungai Galah tak kurang jua sengitnya dibandingkan dengan yang sebelumnya. Lenguh (katuran) tangan warga Banjar kerana terlalu pantas (ancap)mengayun (mailai) parang bungkol. Baju dan seluar basah kuyup (jimus) dengan darah. Mayat musuh bergelimpangan di sana sini, namun jumlah mereka masih belum berkurangan (rawak), malah semakin ramai (manjarau).
“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!!” jerit si Acil tiga kali sebagai isyarat supaya berundur seketika untuk menghilangkan penat dan membuat strategi lain. Melihat pejuang Sabilullah mula berundur, warga Cina riuh mangajuk (mauyati) zikir Lailahailallah.
“Lailahailalit…Malayu kasi habit!!!” mereka merasakan sudah beroleh kemenangan.
Mendengar zikir dipermainkan, Mawi si Kajang Rungkup hilang sabar. Serta merta dia berpatah balik mengejar musuh. Sayang, hajatnya untuk menerkam tak kesampaian. Bertalu-talu peluru Bren Gun komunis hinggap ke badan. Huyung hayang (tajumpipir)Mawi lalu rebah.
“Habislah Mawi!!!” semua warga Banjar yang melihat terasa  sedih.
Tak sampai 10 minit berselang, Mawi yang bergolek kesakitan (bapangsar) di atas tanah bingkas bangun.
“Mati aku, mati aku, mati aku!” ujar Mawi  yang berlari anak (bukah maanak) balik ke kumpulan, sambil mengibas (bakipuh) membuang peluru yang sudah leper yang melekat (marikit)  penuh (papak) seluruh badan.  Mawi yang disangka sudah mati rupanya masih (magunai) hidup.
“Bah rasa berbahang (mambarangat) Cil ai…hampir (manggisit) terbakar (mandah) aku abang  (kakak) Emoh ai!” ujar Mawi mengadu. Khalifah Acil ketawa terbahak-bahak, tak dapat menahan kelucuan teringat karenah Mawi.
Senyum meleret (lihum bapair) si Emoh sambil mengipas Mawi yang sedang kepanasan, tapi masih lagi boleh bergurau (bahuhulut). Begitulah karenah orang Banjar.
Mawi, kalau belum sampai ajal sememangnya kebal. Bukan sekali dua dia bakipuh begini.
Masa bertugas sebagai Home Guard mengiringi tuan lombong orang Inggeris Changkat Tin, dia pernah diserang hendap oleh Bintang Tiga ketika sedang menaiki Loko (keretapi kecil pengangkut bijih timah). Terpandang tuan orang Inggeris yang sudah mati terkena tembakan, Mawi melepaskan raifel di tangan lalu mengejar komunis dengan parang bungkol. 5 orang pengganas maut (jingkar) ditetak dengan Kajang Rungkup. Entahlah, adakah anak-anaknya yang mewarisi ilmu si bapa!
Hari semakin lewat (landung), para pejuang Sabilullah terpaksa meninggalkan medan perjuangan kerana masa dan ketika untuk berhenti sudah pun tiba. Musuh masih riuh berteriak (karahongan) mengajak berlawan tanda tak puas hati, tapi setelah tak dilayan, mereka pun senyap. Mawi yang masih sakit seluruh badan (ringkutan saawakan) ditandu balik.
Sementara itu, orang Melayu dari Kampung Gajah berduyun-duyun datang menemui Tuan Guru Haji Bakri di surau Changkat Bayas. Tak sampai sepuluh orang yang sempat (sawat) memperoleh selendang merah kerana itu sajalah baki yang ada. Walau bagaimana pun, semuanya diberi minum air perangsang (banyu garangsang) dan diberi amanat – kalau boleh, hapuskan saki baki dan zuriat komunis di Kampung Gajah.
Memang menjadi, tak sia-sia pemberian Tuan Guru. Tak sempat menunggu esok sudah riuh dan gempar orang Melayu menyerang orang Cina di Kampung Gajah. Di mana saja terdapat kediaman mereka, habis dimusnahkan.
Orang Melayu di Kampung Gajah sudah jadi berani setelah menuntut ilmu orang Banjar – angkara Ali Amin yang memperdagangkan ilmu kepada orang Melayu.
Ali Amin…..kerana tak mahu bekerja seperti orang lain, bila tak berduit, ilmu dijualnya. Hampir tercetus pergaduhan dimarahi Acil dan Emoh. Oleh kerana malu, akhirnya dia meninggalkan Balun Bidai, dan terus hilang tanpa berita.
Sudah tiga hari para pejuang Sabilullah merehatkan badan. Esok pagi bakal bermula perjuangan baru – menyerang musuh di pinggir Kampung Sungai Galah. Menurut firasat Tuan Guru Hj Bakri, peperangan esok mungkin yang terakhir. Para pejuang memujuk Mawi supaya jangan turut serta kerana masih belum sihat sepenuhnya. Tapi orang yang keras hati sepertinya tak makan pujuk.
“Napa garang pamburisit banar ah diaku nia tih?” ujarnya mamburangsing.
“Kenapa gerangan, penakut benarkah aku ni?” ujarnya dengan nada marah.
Sepetang suntuk Mawi bersilat memantapkan langkah 12 (seni silat orang Banjar), dengan tujuan untuk menerkam bersungguh-sungguh agaknya. Serba salah (saraba ngalih), kalau ditinggal, mau saja menonong (mangunyur) mengikuti dari belakang (manunti) seorang diri. Selepas dibenarkan (diinggihakan) barulah dia senyap (ranai).
Zikir Lailahaillallah tak berhenti-henti, musuh yang sudah bersedia menanti begitu ramai.
“Fisabilullah Allahuakbar!!!” laung Khalifah Acil sambil berlari di hadapan menghampiri musuh. Kelentungan (kalintingan) senjata berlaga. Orang Cina pun apa kurangnya – bermacam kebolehan dan kemahiran dipamer dalam perjuangan penentuan antara hidup dan mati.
Sedang rancak bertarung, orang Cina terpinga-pinga kerana dengan tiba-tiba kelibat orang Banjar sudah tidak kelihatan. Pengganas komunis yang bijak bersembunyi di merata penjuru mula keluar dari tempat persembunyian untuk mengejar dan mencari pejuang-pejuang Banjar. Hilai ketawa mereka membayangkan seperti sudah mencapai kemenangan.
Namun, kegembiraan mereka cuma sementara. Sungguh tak disangka, tiba-tiba parang bungkol berterbangan sendirian macam air hujan menetak (manimpas), melibas (merawis) dan menikam (manyuduk) hingga tak dapat dielak. Banjir (baah)Kampung Sungai Galah dengan darah. Lintang pukang pengganas komunis lari menghala ke hutan Tambun. Tak boleh ditunggu (kada magan di hadang) lagi kerana lailahailait Cina sudah potong habit.
Bagaimana (dimapang) parang boleh terbang sendiri kalau tak ada kudrat dan iradat yang mengarahkan. Sebenarnya orang Banjar jua yang bersungguh-sungguh (bahimat) menetak(manimpasi), cumanya mereka tidak kelihatan kerana sudah berada di alimul (alam) ghaib.
Keberanian orang Banjar turut menaikkan semangat orang Melayu di merata tempat. Perkampungan Cina di sepanjang Sungai Perak dan Chenderong Balai ranap dibakar dik dendam orang Melayu yang sudah lama menderita ditindas komunis.   Selepas itu barulah tentera upahan British bangsa Punjab tiba untuk mengamankan Sungai Manik dan Kampung Gajah.
Sejak itu, tidak ada lagi orang Cina di Kampung Gajah. Saki baki pengganas komunis yang masih hidup lari ke dalam hutan.



Tuan Guru Haji Bakri, 57 tahun kembali ke Rahmatullah di Mekah tanggal 26 September 1950. Jasadnya disemadikan di Perkuburan Ma’ala, Mekah.
37 Responses to Perang Sungai Manik (8)
1.       banjar kota says:
saya anak banjar tp tak tau cakap banjar, t/kasih atas terjemahan cerita kepahlawanan banjar memerangi komunis.
2.      joyiman says:
Handak bertakun,sapa yg menahan org banjar dari tarus melibas org cina,ada carita yg berpadah Dato Harun bujur kah.?
o    admin says:
Ulun handak batakun jua…nang pian sambat Dato Harun tu pabila tajadinya, tahun 69 atawa 45?
Amun tahun 45, nang baia-ia bangat manangati Panglima Salih apatia Dato Onn, paninian Hishamuddin.
3.      waris pejuang says:
Menangis air mata membaca kisah ini…..
Sama hebat kisahnya dengan tempat saya….
Cuma tidak diketahui orang … cuma oleh tuan empunya diri….
Emak saya masih menyimpan ceritanya….
Untuk dibawa mati katanya….
ALLLAHUAKBAR….
ALLAHUAKBAR…..
ALLAHUAKBAR…..
o    admin says:
Sdr Waris Pejuang,
Kisah yang ibu saudara simpan terjadi di Muar atau Batu Pahat? Kenapa tidak kongsikan ceritanya untuk tatapan orang Melayu hari ini betapa satu masa dahulu kaum pendatang bergelar Banjar pernah menggegarkan bumi Malaya dengan keberanian mereka.
4.      msj says:
Assalamualaikum…
Generasi nang tarimbit awan kisah ni di kg ku Batu Pahat hudah maninggalan… Umak ku masihai hidup hidin bakisah masa tu musuh tu di giring urang ampah ka Pt Bandan, ada nang di tangah jalan tu jua di rawis urang… amun nang sampai di Pt Bandan ada kubur ganal manunggui di kumpulakan di situ di tabas… ranai, Ujar urang la bujur jua kah… bakas tampat kubur ganal tu kada tumbuh rumput… sasakali Tuan Admin ilangi la… Sri Lalang awan Pt Bandan kada jauh kada. Barelaaan
o    admin says:
Waalaikmsalam MSJ,
Napa habar, mudahan wagasan haja saparanakan.
Lawas hudah kada bulik ka Seri Lalang. Makacil (ading Uma) awan dangsanak tuha lawas jua hudah kada diilangi. Kaina amun bulik, insyaallah ulun bawai kamanakan mancari-i Parit Bandan. Handak batakun nih, amun ulun manamui uma andika, hakunlah hidin bacarita?
Wayah kakanakan bahari, (arwah) Pakacil Samlan suah manyambat kayaapa hidin maumpati Panglima Salih marawisi si sipit di Muar awan Batu Pahat. Tagal ham wayahitu kada tapikir handak malilipi. Hudah tuha kadamia hanyar kagangan.
Barilaan jua lah.
5.      Belia Mbm says:
assalammualaikum..saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tuan,dengan sajian cerita sejarah di Sg Manik serta usaha menterjemahkan ke bahasa melayu.Terima kasih Pahlawan Negara.
o    admin says:
Saudara Belia Mbm
Menterjemah tak lah sesukar mengkisahkan – mereka yang bersusah payah membuat ekspedisi ke lokasi menemui dan menemu-bual saki baki orang Banjar yang hidup pada masa kejadian, itu yang paling susah. Makanya dikesempatan ini saya mengucapkan setinggi-tinggi sanjungan kepada mereka yang terlibat menghasilkan versi original dalam Bahasa Banjar:
Tukang kisah : Nilasangkuta
Tukang gambar : Waw
Tukang edit : Busu Acil
Tukang edit akhir/web : Samprong
6.      BOB MALAU says:
asalamoalaikom,,,tiada sejarah tiada peristiwa….maka benihkan kembali peristiwa itu.
hidupkan kembali kamalat & yam syi,,
7.      Zain says:
Salam Kulaan.
Zain
o    admin says:
Walaikumsalam,
Bisaah basurah Banjar? Amun magun haja hajin makan mandai awan wadi, maka ramilah kita disia…bapandiran.
8.     msj says:
Hahaha… manambahi Tuan Admin ai… amun suah manuntum banyu di guri atau gumbang kah Dika manyambat maginya ai ramik bakacak pandir bahasa paninian hehe… Amun mandi kapala di kusau ujar… barelaan
o    h.udin says:
umpat bapanderan lawan bubuhan pian kawalah….
9.      admin says:
amun suah manuntum banyu di guri atau gumbang…..
Manuntum…lawas bangat kada tadangar. Nang magun haja rikit di kapala sambatan…mambantas, mahantup, mauntal…nang lainnya kalumpanan hudah.
Amun mandi kapala di kusau ujar…daal di awak digintas bahimat
o    msj says:
Hahaha…..
Sabalum manuntum dilinggir dahulu banyu ka cawan Dangsanakai
imbah di gintas asa mambarangat kulimbit… amun di igut nyamuk kaliatan babial bial… hahaha.. saja ramik bahasa banjar
10.  adam says:
hebat sungguh keturunan suku banjar. aku berbangga menjadi sebahgian darinya. aku berharap agar ilmunya kekal terjaga untuk kita mempersiapkan diri di masa akan datang..
salam dari kulaan batu pahat johor.
o    Msj says:
Saudara Adam…
Dimana di batu pahat tu Dika bagana…. mun Ako bulik kampong kawa batamuan… hahaha, babarang mangopian kita
wassalam
11.   ezak says:
Assalam.. sy ada baca 1, 2 artikel mengenai Perang Sabil di Sg Manik ni dan di sebut salah seorang nama yg terlibat iaitu Emoh. Kalau x keberatan atau ada berpengetahuan mengenai latarbelakang nama tersebut sila lah kongsi bersama. Utk pengetahuan atuk sy bernama Emoh @ Hj Mohamad yg tinggal di Sg Manik. Sy tidak pernah mengenali dan berjumpa dgn beliau kerana beliau telah meninggal dunia sebelum sy dilahirkan.
12.  jmn says:
Slm admin..
rasa bangga kerana suah mambasar dan sekulah d kg gajah..sek keb balun bidai..dan begana di pengkalan nibung, jua hari2 tulak kekabun di changkat bayas..wahini, paninian magunai begana di sana….
13.  tunneeyok says:
marinding awak maingat pahlawan kita bajuang balimbui awan darah
buhannya ai!!! Kada babual Ulun.
14.  Nidurhasi Isahrudin says:
salam kulaan serataan…
sebelom ni sya hanya mandangar cerita dr ayahku…tapi tidak kesemua cerita…mmg banar ayah ku bertakun dn ak plak ramik mandagar iyanya bersurah..lepas bace cerita ni rasa mengalir darah kesumat banjar dlm tubuh ku..harap kulaan ku seberataan ada sesiapa tahu cerita simpang renggam harap dipertontonkan bagi generasi anak belia banjar wayahinik.
15.   mas dahlan says:
hebat cerita ini
16.  ridzuan bin m nor says:
Aku anak banjar (D:
17.   ab says:
aku banjar selinsing,semanggol..badiam d raub, phg…banaran…amun di padahkan banjar…samuaan takutan karana ilmu nya banyak..samada agama mau pun kewaniannyak..
18.  shahmin says:
mak abah aku banjar tapi kau x boleh cakap banjar
o    shahmin says:
silap mak abah aku banjar tapi aku x boleh cakap banjar
19.  kotal says:
semangat!!
o    fuad says:
taganang arwah nenek laki baharii suah bapadah taumpat dalam perang sungai manik ni baharii….tp kada suah bacarita panuh, yg ulun ingat inya wan panenenan saurang lagi umpat jua manyarang komunis d pinggir sungai perakk depa timbai senapang komunis dalam sungai tuh kah arwah nenek
20. khail says:
hanyar tahu kisah ni, sebelum ni, kada tapi tahu banar… dgr cerita kaitu haja, kda secara detail.. terima kasih banar… aku banjar parit perak.
21.  Ayna Halim says:
Salam sabarataan kulaan..
Ulun Banjar Bagan Serai, bagana di Sungkai…ulun waris ke-3 Banjar Malaysia..hanyar ja tahu perang manik ni sejak ulun mencari di google tentang sejarah banjar…ulun ni kada pati bisa basurah banjar..hehehe..barilaan..
22. Norzie says:
Assalamualaikum.
Macam mana saya nak berhubung dengan tuan untuk mendapatkan sedikit maklumat mengenai individu yang boleh membantu memberi saya testimoni mengenai kebangkitan Melayu di Sungai Manik, Perak? Untuk makluman saya seorang wartawan. Harap dapat maklumbalas segera. Terima kasih.
23. Kakanak Macal says:
Assalamualaikum angahnya,
Tahniah diucapaakan kapada angahnya atas tarjamahan matan kisah nangini basa Banjar ka basa Malayu gasan kulaan sabarataan. Asanya, angah urang Pertubuhan Banjar Malaysia hangku lih? Bahara adat budaya wan warisan Banjar tarus sigar di bumi Malaysia, walaugin wayahini samakin tapajal di dalam bulanak era jaman muden. Mapa pang lagi, bubuhan paanumnya – kakanakan Banjar wayahini kada sing bisaan basurah Banjar hudah. Asa handak jua bahaga awan angahnya, bapandiran bapinanduan. Salam barilaan.
Mohd Akmal Mokhtar
0125755389
Anak Banjar Kalua, Parit Buntar, Perak
24. ayahchor toto says:
Bangga akuk dilahirkan di balun bidai…tampat pejuang agung….ALLAHUAKBAR….
25.  Badrul says:
Dalam tahun 90an dulu DBP ada terbitkan buku “Panglima Salleh Selimpang Merah”. Saya baca masa sekolah dulu…
26. anoh.54 says:
SLAM ako suah mandangar hj samad brlindung sahalai lalang brtelanjng bulat bulik k rumh imbah dtangkp kominis hndk dpancung waktu ssubuhan brlku skitr d simpang rengam kluang
27.  bang gusti says:
sekali waktu datangakan urang ahli nang pintar basurah banjar didatangan ke Malaysia, supaya anak cucu kita faham dan bisa basurah banjar, bisa jua diundang bubuhan pamandaan, pamadihinan, wan guru kuntau wan jua gru mangaji jadi adat budaya Banjar tetap terjaga dengan baik……….amin……… minta ampun maaf wan minta rela lah …………….

No comments:

Post a Comment