ANAKLAUT

Friday, 9 November 2012

TERNAKAN


EMPAT PEKARA YANG MEMPENGARUHI PENGELUARAN TERNAKAN-
 IKLIM,PEMAKANAN,KESIHATAN DAN GENETIK.



                    








IIKLIM

a.      Unsur iklim yang mempengaruhi ternakan
·         Suhu
·         Kelembapan
·         Cahaya

b.      Kesan iklim ke atas pengeluaran ternakan

·         Himpitan iklim adalah keadaan alam yang boleh menyebabkan gangguan keseimbangan fisiologi ternakan. 
·         Dua kesan iklim ke atas pengeluaran ternakan:
-          secara langsung
-          secara tidak langsung

·         Kesan iklim secara langsung

                                             i.      Perlakuan semasa meragut
-          Suhu tinggi dan pancaran matahari terik mengurangkan selera makan dan ketahanan badan
-          Ternakan berhenti makan dan mencari tempat teduh
-          Jangka masa meragut kurang

                                           ii.      Pengambilan makanan
-          Peningkatan suhu menyebabkan kadar pengambilan makanan  berkurangan sebaliknya air diambil berlebihan

                                          iii.      Tumbesaran
-          Suhu tinggi menyebabkan kurang selera makan dan  kadar tumbesaran akan menurun

                                          iv.      Pengeluaran hasil
-          Peningkatan suhu persekitaran akan menyebabkan gangguan kepada proses fisiologi
-          Suhu persekitaran yang tinggi mempengaruhi pengeluaran telur, susu dan daging

                                            v.      Pembiakan
-          Suhu tinggi akan menjejaskan kesuburan ovum dan sperma, kematian embrio dan merencatkan janin
-          Kadar penetasan telur menurun

·         Kesan iklim secara tidak langsung

                                             i.      Penghasilan bahan makanan ternakan
-          Taburan hujan yang tinggi menggalakkan pertumbuhan foraj dan akan menambahkan bahan makanan ternakan
-          Iklim lembap menggalakkan serangan kulatAspergillus flavus pada makanan ternakan dan ternakan mengalami keracunan aflatoksin
-          Iklim panas merosakkan kandungan vitamin dan mineral dalam bahan makanan ternakan


                                           ii.            Serangan parasit dan penyakit ternakan
-          Suhu dan kelembapan tinggi mengalakkan pembiakan patogen dan parasit
-          Suhu rendah mengganggu sistem pernafasan

                                          iii.            Pengendalian dan penyimpanan hasil ternakan
-          Suhu dan kelembapan tinggi merosakkan hasil ternakan seperti susu, daging dan telur
-          Mikroorganisma membiak dan menjalankan proses penapaian ke atas hasil ternakan apabila kelembapan tinggi.
-          Hasil cepat rosak dan busuk
-          Embrio mati dan telur tidak menetas jika suhu tinggi


c.      Cara mengurangkan kesan himpitan iklim

·         Mengadakan perumahan yang sempurna
-          Melindungi ternakan dari serangan musuh, mengawal penyakit dan parasit
                               serta iklim yang melampau
-          Ciri perumahan sempurna – ruang lantai mencukupi, aliran udara yang baik
      (pengudaraan), bekalan cahaya yang sesuai dan mudah dibersihkan
-          Arah binaan perumahan mengambil kira pancaran cahaya matahari dan arah
      tiupan angin


·         Menanam pokok naungan
-          Melindungi ternakan dari pancaran terik matahari, memberi oksigen dan
      menyediakan tempat ternakan berehat
·         Mengamalkan ragutan pada waktu malam
-          Waktu malam suhu sekitar turun
-          Mengurangan tekanan semasa haiwan meragut
-          Haiwan meragut rumput lebih banyak dan tumbesaran ternakan lebih baik
·         Memilih baka yang toleran terhadap haba
-          Baka yang toleran terhadap suhu dan kelembapan tinggi
-          Contoh baka yang toleran suhu tinggi ialah lembu Kedah-Kelantan, LID atau baka kacukan  KK dengan baka Freisien


·         Memberi makanan bernutrien tinggi
-          Menampung kekurangan zat makanan kerana kurang mengambil makanan
      ketika suhu tinggi
-          Makanan mesti mengandungi semua unsur pemakanan
-          Contoh:anak lembu diberi susu secukupnya dan ketika peringkat








      pembesaran, konsentrat ditambah dalam makanan

Monday, 22 October 2012

Kunjungan ke Banjar 2 dis 2011 ( bahagian 7)


http://www.youtube.com/user/hisamihalidi- video






Selepas balik dari Binjau saya dan Nazmi mula berkemas , ini adalah hari yang terakhir kami di Martapura. Risau juga saya melihat barang dan bermacam hadiah dari keluarga di Martapura, takut tak dapat nak bawa dalam penerbangan nanti. Rupanya Siti Salamah dan kakak Mardiah pakar dalam menyusun barangan jadi mereka membantu kami, membungkus, lipat dan susun. Sehinggakan semuanya tersusun rapi.


Antara kulaan yang hadir di hari terakhir kami di Banjar

           Beg yang telah di susun kemas sedia untuk berangkat

Kakak Mardiah, kakak Umi Khalsum dan Kakak Maimunah

                                  Kakak Maimunah suami dan anak mereka

                                   Anak-anak kakak Maimunah

Keluarga besar kakak Umi Khalsum Bt Marei dari Tamban


Petang itu ramai juga keluarga yang berkumpul di rumah kakak Mardiah, kerana ada sepupu sebelum ini tidak berkesempatan bertemu. Antaranya Afar ( Jaafar), Maimunah Mohdar kakak kepada Syamsudin,  Mak Sarifudin yang berada di Balik Papan, Umi  Khalsum  Marie dari Tamban. Sungguh meriah petang itu dengan gelak tawa kulaan yang lama ingin bertemu dan tidak pernah bertemu sebelum ini. Kakak Maisarah sebenarnya tinggal di Jakarta  seorang usahawan yang berjaya, ia mejemput saya ke tempatnya, saya berjanji kalau ada rezkinya nanti kami akan sampai juga ke sana. Kakak Umi Khalsum pula seorang yang peramah hingga senak saya menjawab pelbagai pertanyaanya.





     Kain batik asli banjar ( Sasirangan) yang paling banyak hadiah dari kulaan Martapura Banjar

Kulaan yang menghantar kami di airport Syamsudin Nur Banjar Baru.Najmuddin suami isteri, KH Syairazi, Zulfadli dan Rasyidi

Tiket untuk penerbangan telah diuruskan oleh Najmuddin.  Pukul lima petang kami berangkat ke Bendara Syamsudin Nor Banjar Baru. Sebenarnya  rumah kakak Mardiah tidaklah  jauh sangat hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke airport. Bertemu dan berpisah ada lumrah manusia biasa, saat yang sedih untuk berpisah dengan kulaan yang baik hati di Banjar. Memang jasa kalian pada kami tidak dapat kami balas, muga Allah membalasnya  amin. Tepat jam 6.40 petang pesawat Sriwijaya air berlepas menuju Balik Papan.
Kami di udara tidak lama, jam 7.20 pesawat selamat mendarat di Balik Papan.
Di Sapingan Airpot telah menunggu Makiah dan suaminya  Amir . Makiah  cucu  H.  Ardani b H. Saberan. Kami di bawa pulang ke rumahnya di Batu Ampar dipinggiran kota Balik Papan. Kami sudah bertemu sebelum ini iaitu di rumah Syamsudin Di Sungai Ampal Balik Papan, hari ini Syamsudin tidak dapat bertemu kami kerana ia ada tugasan lain. Malam itu kami tidur di rumah Makiah.
            Penerbangan kami ke Malaysia  pada pukul 12.30.  Jadi pagi itu, kami di pinjamkan motosikal oleh suami makiah, kami pusing-pusing di Balik Papan. Amir Mahmud adalah seorang polis di bandar ini, jadi awal pagi ia masih onduty. Ia pulang jam 10 pagi. Setelah siap kemaskan beg-beg kami pun ke airport, tapi Amir kata masih awal lagi jadi ia membawa kami ke tempat-tempat penting di Balik Papan. Pukul 12 kami tiba di Airport, telah menunggu Saifudin anak Umi Khalsum yang di Tamban Banjar. Ia menolong kami membawa bagasi ke tempat pemeriksaan. Kami berpisah di situ. Terima kasih Syamsudin dan keluarga, Makiah dan Suami  serta Saifudin . Keluarga kami yang baikhati  berada di Balik Papan.
  Pukul 12.30 pesawat airasia meninggalkan bumi Kalimantan Timur menuju ke KLIA.
Kami selamat tiba  pada pukul 4 petang, Dalam cuaca yang baik pesawat airasia  terbang dengan kelajuan yang maksima  dari Balik Papan ke KLIA Cuma dua jam setengah sahaja.

                            Di hadapan rumah Makiah di Batu Ampar Balik Papan. Kaltim

                                          Nazmi mengayakan Superbike Amir  
  
                        Amir membawa kami melihat-lihat sekitar pelabuhan BPN


                                      Kami pusing-pusing di BPN Kaltim


                                    Pemandangan di Pelabuhan Semayang

                                Buah kasturi banjar kiriman kulaan

                                   Hubi banjar yang banyak di tanam di halabiu

kopi jahi, buah srikaya dan kasturi dari martapura


            Di Terminal Munir telah siap menunggu, kami kembali ke Sungai Besar dengan selamatnya.

 posting lama.
http://hisamihalidi.blogspot.com/2012/09/kunjungan-ke-banjar-2-dis-2011-bahagian.html

Thursday, 6 September 2012

Kunjungan ke Banjar 2 dis 2011 ( bahagian 6)

http://www.youtube.com/user/hisamihalidi- video



Hari ke-6 (7.12.2011)
Hari ini Najmuddin dan Siti Salamah membawa kami ke pasar Martapura.Pasar ini sungguh sebuk dengan orang yang berdagang dan membeli, pelbagai jualan ada di sini dari kueh-mueh, barang keperluan harian, buah-buahan dan sebagainya. Kebetulan masa itu musim buah kasturi sejenis mangga kecil rasanya  seperti kuini. Pasar ini sangat sebuk dengan perniagaan batu permata, ada banyak kedai-kedai yang menawarkan anika macam permata. Pada mulanya saya ingin membeli juga, tapi Siti Salamah melarang kerana kata ada satu tempat yang bagus dan harganya berpatutan untuk saya beli.

http://www.youtube.com/watch?v=5OT4W0yjzuM&feature=youtu.be  Lihat video.

Kami ke kedai buku untuk membeli buku agama dan kitab dari Martapura,Siti Salamah berurusan dengan tuan punya kedai dapatlah harga yang istemewa. Juga saya sempat membeli beberapa cenderahati dari Martapura. Tidak jauh dari pasar kelihatan masjid besar martapura yang sungguh cantik, kami sempat solat di mesjid itu.
            Setelah penat membeli belah kami singgah di restoren , di sana kami memjamu selera dengan soto banjar yang lazat. istemewanya di sini  kelihatan ketupatnya bersaiz besar ,tiga kali ganda  berbanding yang biasa kita lihat di Malaysia.
            Seterusnya kami pergi ke toko besar batu permata, memang di sini permatanya hebat-hebat. Saya sempat membeli beberapa bentuk cincin permata untuk isteri dan anak dan juga hiasan lain




                                                             Di Plaza Zamrud

   Petangnya Najmuddin membawa kami ke Cindai Alus tempat pasentren abang KH Syarazi. Abang Kh Syairazi menunjuk persekitaran pasenterennya. Sempat juga kami berfoto di sana.


                                         Di Pasentren abang KH Syarazi

 Selepas itu kami ke rumah kakak Halimatus Sadiah di kampung Binjau.Ia adalah kakak sulung Kh Syairazi, rumahnya besar dan cantik tapi agak jauh dari rumah-rumah lain di hadapanya ada sebuah pasentren yang di uruskan oleh anak lelakinya.


                                         
                                              Kakak Halimatusadiah dan keluarganya

  Selepas itu kami ke rumah Zulfadli di Martapura juga rumahnya besar dan dia adalah seorang yang hebat, berkerja di Dinas Kaadilan. Lewat petang kami kambali ke Sakumpul ke rumah Kakak Mardiah


                                             Zulfadli dan keluarga berfoto dengan kami


                                          Rumahnya sungguh besar dan cantik

Malamnya abang Zarkasi mengajak kami ke rumah Rasyidi yang berhampiran kawasan itu juga, rumahnya besar dan cantik. Sebelum pulang ke rumah, kami sempat melihat ada acara di Martapura pada malam itu.

Hari ke 7. (8.12.2011)
Hari ini kami akan berkunjung ke Alabio HSU, dari Martapura ke sana agak jauh juga lebih kurang 170 km. Najmuddin telah sedia jadi pemandu, turut serta abang KH Syairazi,isteri dan anaknya Syariah. Kak Mardiah, Siti Salamah, saya dan Nazmi. Kami bertolak agak lewat pagi . Kenderaan yang digunakan ialah MPV avanza. Jalan yang kami lalui agak elok kerana ia adalah jalan utama untuk ke Hulu Sungai , Kaltim dan Kalteng, Pemandangnya agak berbeza dari Martapura, kerana sepanjang laluan kelihatan sawah-sawah yang luas,tapi masa ini tidak kelihat orang mengerjakannya kerana sudah habis musim menuainya. Di sini kenderaan tidak selaju di Malaysia (110kmj). Rasanya lingkungan 50 hingga 70kmj sahaja. Perjalanannya agak santai sambil menikmati pemandangan di luar kenderaan.

1.http://www.youtube.com/watch?v=8olSwUAYW7E&feature=plcp  Lihat video

            

                                             Pekan Sungai Pandan Alabio

Kami tiba di Sungai Pandan Alabio  sudah masuk waktu zhohor jadi kami singgah di Masjid untuk solat , selepas itu kami meneruskan perjalan ke Kampung Taluk Batung, tempat kelahiran moyang kami. Di pekan itu ada sesuatu yang menarik untuk saya kunjungi iaitu pasar itik alabio yang terkenal, saya ambil masa beberapa minit untuk merakam dan mengambil fofo suasana di pasar tersebut.
Sebenar tujuan saya ke Alabio ini adalah untuk menjejaki asal keturunan saya dan melihat sendiri tinggalan sejarah moyang saya di sini. Di sini lahirnya  Hj Ahmad b. Adam moyang saya itu. Kampung Taluk Batung suasana sama seperti kampung saya di Sungai Besar awal 70an, sawah padi( pahumaan) batas-batas sawah, jalan yang beselut, parit dan tanaman di batas sawah.

            


                                               Di kota Amuntai
2.http://www.youtube.com/watch?v=DQ83BDHBTGs&feature=plcp Lihat Video

                                    
                                     









Pertemuan saya denga Sarwani

                                               
 Abang Yusuf yang di cari juga sudah ALM.(meninggal dunia)

                                   










Foto yang ditunjukan pada saya, semuanya dah ALM. Rokiah, Hjh Madiah dan Hjh Rabiah

Di hadapan(muka) kampung telah menunggu Hj Elmi ada pertalian keluarga juga. Ia menunjukan laluan ke pusara Hj Ahmad, sampai satu persimpangan Najmuddin tak berani lagi meneruskan, bimbang tayar kereta terbenam dalam selut, setelah mengambil keputusan hanya saya dan Hj Elmi saja yang meneruskan perjalan ke pusara itu, kerana ia jauh di hujang jalan yang becak. Hj Elmi membawa saya dengan motosikalnya. Najmuddin dan yang lainnya berpatah balik untuk terus ke rumah Hj Elmi di kampung sebelah di tepian Sungai alabio.
Akhirnya sampai juga saya ke pusara moyang saya itu. Banyak juga pusara lama di sini, biasanya  ada pertalian keluarga antara satu sama-lain. Pusara Hj Ahmad telah didirikan kubah di dalam ada dua pusara. Walaupun tempat ini jauh terpencil namun dua pusara ini masih kelihatan  dijaga dengan rapi,selepas saya memberi salam pada ahlil kubur, bulu roma saya meremang seakan almarhum tahu cicitnya dari jauh datang menziarahinya. setelah bersedekah Alfatihah dan doa saya dan Hj Elmi beredar meninggalkan pusara. Semoga roh almarhum dicucuri rahmat berada dalam aman dan damai dipersemadiannya. Amin...
Hj. Elmi membawa saya ke rumahnya mengikut jalan pintas, jadi kami tiba lebih awal dari Najmuddin yang berpatah balik agak jauh.Sementara menunggu yang lain sampai kami duduk di tepian Sungai Alabio yang agak keruh, mungkin kerana baru hujan. Suasana kampung di sini sungguh nyaman dan permai. Sempat juga saya berbual dengan tetangga Hj Elmi.
Najmuddin dan yang lain tiba lebih kurang 20 minit kemudian dari kami, dan terus ke rumah Hj. Elmi, rumah di sini bagus-bagus walaupun dibuat dari kayu tapi kayu ulin yang hebat itu. Lantainya hitam berkilat terserlah kehebatan kayu ini. Kami besembang macam-macam perkara. Rupanya Hj Elmi orang yang hebat tahu banyak perkara, hal agama, politik dan lain-lain.Rasanya banyak perkara lagi saya ingin tanyakan dan belajar dari dia. Jika ada keluarga dari Malaysia yang ingin tahu hal keturunan kita di Alabio ini, dialah orang pertama yang patut kita tanyakan.
            Kami dijamu dengan ubi banjar rebus, sungguh enak rasanya bila dicicah dengan gula. Setelah agak lama juga kami di rumah Hj. Elmi kami pun minta diri untuk pulang ke Martapura.Sebelum pulang ke Martapura ada beberapa rumah yang kami singah,kerana ada kaitan keluarga juga. Sebelum pulang kami melihat-lihat dahulu kota Amuntai dengan replika itik alabionya. Kami juga singah di warung untuk menikmati kelazatan itik alabio pangang.  Nazmi sampai menjilat jari, habis licin tidak bersisa, kerana itik panggang di sini tulang telah di tanggalkan sebelum dipanggang.


                                                 Di rumah keluarga di Amuntai.

Dalam perjalan pulang kami singah di gerai kueh, sempat juga saya membeli dodol kandangan yang terkenal, gerai di persimpangan jalan ke kota Kandangan.
Rencana asalnya kami hendak ke Nagara, untuk bertemu dengan  Sarwani bin Mohdar abang pada Syamsudin yang ada di Balik Papan, tapi masa agak suntuk jadi kami menelefonnya ,supaya boleh menunggu kami di persimpangan jalan.Bila kami sampai ke tempat dijanjikan rupanya  ia telah sedia menunggu . Saya berpelukan dengannya , saya berjanji kalau saya ke banjar lagi saya akan ke tempatnya dahulu.Kami bercerita, ia memberitahu pernah berjumpa keluarga dari Malaysia masa ia belajar di Mekah pada tahun 80an, ia menunjukan gambar-gambar masa di sana. Sedih sekali rupa keluarga yang pernah ia jumpa itu semua telah meninggal dunia, iaitu Hjh Rabiah bt Hadijah bt Hj Ahmad Alabio, anaknya Yusuf bin Arifin adik abang Che Din dan isteri Yusuf Rokiah.
            Kami meneruskan perjalaan ke Matapura dan tiba di sana agak lewat malam

Hari ke 8. (9.12.2011)
Hari ini adalah hari terakhir saya dan Nazmi di Martapura, rupanya kakak Mardiah telah membuat rancangan untuk pergi ke Binjau untuk menikmati ikan bakar di tepian Irigasi dan kolam ternakan ikan.
            Hari itu juga Fahrulrazi suami Siti Salamah sudah pulang dari kerja di luar kawasan. Jadi kami pergi mengunakan motosikal, saya dengan Zufadli,Nazmi dengan Aliah, Fahrul dengan isterinya kakak mardiah dengan Umi Khalsum. Rupa cara di sini kami pilih ikan segar kemudian di panggang dan dihidangkan. Makannya bersila di pondok-pondok yang di sediakan. Di tengah-tengah kolam ikan, beribu-ribu ikan kelihatan bermain di permukaan kolam. Ada yang besar dan kecil. Paling banyak jenis tilapia (nila) Gromi (kalui) dan tilapia merah (emas)


                                          Fahrurazi suami Siti Salamah

Aliah, saya ,Zulfadli, Mardiah dan Nazmi

                                   Kami tengah menjamu selera . Restoren ikan bakar Binjau

 Uniknya di sini sisa-sisa makanan itu boleh terus di buang ke kolam kerana ikan yang ada di kolam itu akan memakan apa saja diberi padanya. Di sini waktu hari minggu sungguh meriah ramai orang yang berkunjung, kebetulan kami datang hari khamis dan sebelah pagi pula jadi masa itu pengunjung tidak ramai. Pemandang di sini sunguh cantik ada banyak kolam ternakan ikan seperti yang kami kunjungi ini, semua ada restoren ikan bakarnya, ada juga taman tema dan kolamnya ada permainan, mendayung sampan dan sebagainya. Kami pulang ke rumah kakak Mardiah agak tenghari juga.  Petang itu kami hanya berihat di rumah sahaja.

Bersambung siri akhir tidak lama lagi.

[PETA+KALSEL.jpg]

[PETA+KALSEL+B.jpg]

[PETA+KALSEL+C.jpg]

[PETA+KALSEL+A.jpg]

Siri akhir pengalaman saya di Banjar