http://www.youtube.com/user/hisamihalidi- video
Selepas
balik dari Binjau saya dan Nazmi mula berkemas , ini adalah hari yang terakhir
kami di Martapura. Risau juga saya melihat barang dan bermacam hadiah dari
keluarga di Martapura, takut tak dapat nak bawa dalam penerbangan nanti.
Rupanya Siti Salamah dan kakak Mardiah pakar dalam menyusun barangan jadi
mereka membantu kami, membungkus, lipat dan susun. Sehinggakan semuanya
tersusun rapi.
Beg yang telah di susun kemas sedia untuk berangkat
Kakak Maimunah suami dan anak mereka
Anak-anak kakak Maimunah
Antara kulaan yang hadir di hari terakhir kami di Banjar
Kakak Mardiah, kakak Umi Khalsum dan Kakak Maimunah
Kakak Maimunah suami dan anak mereka
Anak-anak kakak Maimunah
Keluarga besar kakak Umi Khalsum Bt Marei dari Tamban
Petang
itu ramai juga keluarga yang berkumpul di rumah kakak Mardiah, kerana ada
sepupu sebelum ini tidak berkesempatan bertemu. Antaranya Afar ( Jaafar),
Maimunah Mohdar kakak kepada Syamsudin,
Mak Sarifudin yang berada di Balik Papan, Umi Khalsum Marie dari Tamban. Sungguh meriah petang itu
dengan gelak tawa kulaan yang lama ingin bertemu dan tidak pernah bertemu
sebelum ini. Kakak Maisarah sebenarnya tinggal di Jakarta seorang usahawan yang berjaya, ia mejemput
saya ke tempatnya, saya berjanji kalau ada rezkinya nanti kami akan sampai juga
ke sana. Kakak Umi Khalsum pula seorang yang peramah hingga senak saya menjawab pelbagai pertanyaanya.
Kain batik asli banjar ( Sasirangan) yang paling banyak hadiah dari kulaan Martapura Banjar
Kulaan yang menghantar kami di airport Syamsudin Nur Banjar Baru.Najmuddin suami isteri, KH Syairazi, Zulfadli dan Rasyidi
Tiket
untuk penerbangan telah diuruskan oleh Najmuddin. Pukul lima petang kami berangkat ke Bendara
Syamsudin Nor Banjar Baru. Sebenarnya rumah kakak Mardiah tidaklah jauh sangat hanya mengambil masa lebih kurang
15 minit untuk sampai ke airport. Bertemu dan berpisah ada lumrah manusia
biasa, saat yang sedih untuk berpisah dengan kulaan yang baik hati di Banjar.
Memang jasa kalian pada kami tidak dapat kami balas, muga Allah
membalasnya amin. Tepat jam 6.40 petang
pesawat Sriwijaya air berlepas menuju Balik Papan.
Kami
di udara tidak lama, jam 7.20 pesawat selamat mendarat di Balik Papan.
Di Sapingan Airpot telah
menunggu Makiah dan suaminya Amir .
Makiah cucu H. Ardani b H. Saberan. Kami di bawa pulang ke
rumahnya di Batu Ampar dipinggiran kota Balik Papan. Kami sudah bertemu sebelum
ini iaitu di rumah Syamsudin Di Sungai Ampal Balik Papan, hari ini Syamsudin
tidak dapat bertemu kami kerana ia ada tugasan lain. Malam itu kami tidur di
rumah Makiah.
Penerbangan kami ke Malaysia pada pukul 12.30. Jadi pagi itu, kami di
pinjamkan motosikal oleh suami makiah, kami pusing-pusing di Balik Papan. Amir
Mahmud adalah seorang polis di bandar ini, jadi awal pagi ia masih onduty. Ia
pulang jam 10 pagi. Setelah siap kemaskan beg-beg kami pun ke airport, tapi
Amir kata masih awal lagi jadi ia membawa kami ke tempat-tempat penting di
Balik Papan. Pukul 12 kami tiba di Airport, telah menunggu Saifudin anak Umi
Khalsum yang di Tamban Banjar. Ia menolong kami membawa bagasi ke tempat
pemeriksaan. Kami berpisah di situ. Terima kasih Syamsudin dan keluarga, Makiah
dan Suami serta Saifudin . Keluarga kami
yang baikhati berada di Balik Papan.
Pukul 12.30 pesawat airasia meninggalkan bumi
Kalimantan Timur menuju ke KLIA.
Kami selamat tiba pada pukul 4 petang, Dalam cuaca yang baik
pesawat airasia terbang dengan kelajuan
yang maksima dari Balik Papan ke KLIA Cuma
dua jam setengah sahaja.
Di hadapan rumah Makiah di Batu Ampar Balik Papan. Kaltim
Nazmi mengayakan Superbike Amir
Amir membawa kami melihat-lihat sekitar pelabuhan BPN
Kami pusing-pusing di BPN Kaltim
Buah kasturi banjar kiriman kulaan
Hubi banjar yang banyak di tanam di halabiu
kopi jahi, buah srikaya dan kasturi dari martapura
posting lama.
http://hisamihalidi.blogspot.com/2012/09/kunjungan-ke-banjar-2-dis-2011-bahagian.html
No comments:
Post a Comment