ANAKLAUT

Wednesday, 22 June 2011

KOMPUTER DALAM PERTANIAN Nota untuk pelajarku.

Komputer

5.1 KOMPUTER DALAM PERTANIAN
Kegunaan perisian
Jenis perisian Kegunaan kepada peladang
Pangkalan data • Simpan rekod pelanggan atau pembekal
• Simpan rekod ternakan, peralatan ladang dan pekerja
Atucara anti virus • Lindung maklumat dari diganggu/dirosakkan
Persembahan grafik • Persembahan pencapaian lading dalam bentuk carta/graf
• Untuk promosi produk
Hamparan elektronik • Sedia belanjawan
• Hitung anggaran pendapatan dan perbelanjaan
• Analisis kewangan projek
Pemprosesan perkataan • Menyediakan kertas kerja projek
• Menyediakan laporan ladang
Faedah penggunaan komputer
1. Menyimpan banyak maklumat
– disimpan dalam medium penyimpan data atau medium storan
- medium storan seperti cakera liut, cakera padat, cakera video dan cakera keras
2. Mengakses maklumat dengan segera
– boleh mendapat maklumat yang disimpan dalam medium storan dengan segera
- sumber dari dalam dan luar negeri melalui talian internet
3. Mempersembahkan maklumat dalam bentuk grafik
- bentuk grafik meliputi graf, gambar foto dan warna
- komputer menjadi alat promosi, rekreasi dan pendidikan yang berkesan dan digemari
- mempersembahkan imej maya reka bentuk lanskap
4. Memproses data / melakukan pengiraan dengan cepat dan tepat
- dapat menyempurnakan kerja dalam masa yang singkat
- banyak aktiviti dapat dilakukan dalam satu tempoh masa
- meningkatkan produktiviti ladang
Penggunaan komputer dalam pertanian
1. Menyimpan dan memproses maklumat / data ladang
- menggunakan perisian pemprosesan perkataan
- melakukan kerja menaip
- kerja cepat dan mudah disiapkan
- maklumat yang dimasukkan boleh diproses, disunting, dikemas kini, disimpan dan diperolehi semula dengan cepat
2. Menyediakan laporan ladang
– disediakan oleh pengurus untuk diteliti oleh pihak pengurusan dan pentadbiran
- untuk permohonan pembiayaan / pinjaman
- menggunakan perisian pemproses perkataan, pangkalan data, persembahan grafik dan hamparan elektronik
3. Menggunakan perisian tertentu untuk mereka bentuk
- mereka bentuk pelan kawasan ladang atau bangunan
- menggunakan perisian seperti LANDCADD atau AUTOCAD
- menyediakan fomulasi makanan ternakan menggunakan perisian pengatucaraan linear seperti Diary Champs
Peranan teknologi maklumat dan perhubungan
• mendapat dan menghantar maklumat
• komunikasi antara individu atau organisasi melalui rangkaian komputer
• melalui INTERNET kita boleh mendapat:
1. pelbagai maklumat di perpustakaan maya
2. berhubung dengan pantas melalui mel elektronik
3. membuat promosi dan pengiklanan barangan/produk dan perkhidmatan
Mengakses internet
1. Internet – satu jaringan yang menghubungkan komputer di seluruh dunia
2. Berhubung antara satu sama lain untuk bertukar maklumat
3. Internet juga menyediakan mel elektronik (e-mail), berita dan perkhidmatan maklumat pada kos yang rendah
4. Laman web – laman yang dibentuk oleh individu atau organisasi untuk memberi maklumat atau berurusniaga dengan pihak lain
5. Contoh laman web yang berkaitan dengan pertanian : www.geocite.com/Rainforest/2249
6. Ciri maklumat yang dipilih dari internet
a. Sahih b. Terkini c. Tiada bahan lucah