Hari ke 4. (5.12.2011)
Pagi hari kami hanya pusing-pusing sekitar Sakumpul, melihat toko-toko di sini,sambil membeli beberapa cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia. Tidak lupa juga saya membeli buku-buku tentang pertanian dan penternakan. Setelah penat kami pulang ke rumah kak Mardiah lebih kurang jam 11 pagi. Rupanya di rumahnya sudah ada orang menunggu kami iaitu Hamidah anak kakak Mardiah dan sepupu saya Shamsiah ( adik kak Mardiah) Kami berkenalan dan berbual-bual.
Hamidah dan temannya
Saya , Nazmi dan Siti Salamah serta anak-anaknya
Petangnya Siti Salamah berkunjung dan memberitahu malam nanti kami akan pergi ke rumahnya di Banjarmasin. Kebetulan masa itu adiknya Najmuddin ada hal yang perlu diuruskan tidak dapat menjemput kami. Malam itu jam lapan dia datang menjemput kami dengan motosikal untuk dihantar ke jalan besar. Di sana kami naik teksi untuk ke Banjarmasin, Siti Salamah bersama menemankan kami.
Tiba di Banjarmasin, bila kami turun dari teksi, Najmuddin telah menunggu kami. Itulah pertemuan pertama kami, walaupun kami selalu berhubung melalui internet dan telefon. Kami berpelukan antara satu samalain. Kami dibawa ke rumah ibunya di pinggiran bandar Banjarmasin. Kebetulan malam itu juga ibunya baru pulang dari Halabiu kerana ada kenduri perkahwinan saudaranya di sana.Malam itu kami tidur awal kerana esok awal-awal pagi lagi kami akan pergi pasar terapung Kuala Kuin.
Hari ke 5. (6.12.2011)
Subuh masih muda kami dua beranak dan Siti Salamah dua beradik telah siap sedia untuk bertolak ke pasar terapung di Kuala Kuin Banjaramasin. Sebelum subuh kami sudah tiba di jeti untuk pergi ke pasar terapung. Jeti ini bertentangan dengan mesjid yang bersejarah iaitu mesjid Suriansyah. Najmuddin parking kereta di kawasan mesjid ini. Setelah selesai solat subuh di mesjid ini kami terus ke jeti, rupanya di sana telah menunggu isteri, anak Najmuddin serta mertuanya dan adik-adik iparnya.Kami bersalaman dan saling berkenalan.
Jeti bersebelah dengan mesjid bersejarah |
Dalam keadaan yang masih gelap kami naik bot yang telah menunggu kami untuk ke pasar terapung, perjalanan ke pasar terapung mengambil masa lebih kurang 15 minit dari jeti. Sampai di muara Kuin saya sungguh kagum melihat pasar terapung yang di penuhi dengan pedagang yang menggunakan perahu untuk berniaga. Mereka akan menghampiri bot
masih gelap dan berniaga di pasar terapung
pengunjung dan menawarkan dagangan mereka, pelbagai hasilan pertanian, buahan, kuih- muih dan bermacam lagi didagangan di sini. Pasar ini rupanya sudah bermula di sini sejak ratusan tahun dahulu kerana perhubungan yang paling mudah pada masa itu adalah jalan air dan terusan. Hingga Banjarmasin mendapat nama jolokan bandar seribu sungai. Muara Kuin ini bersambung ke sungai Barito yang sangat besar dan dalam hinggakan kapal-kapal besar dari lautan boleh memudikinya jauh ke pedalaman Kalimantan Selatan.
Agak lama juga kami di pasar terapung ini, setelah membeli beberapa barang bot kami mudik ke tengah sungai Barito, rupanya di sini ada restoran terapung yang menjual makanan asli banjar, soto banjar, ketupat kandangan, nasi pundut kuning dan lain-lain lagi. Kami sarapan di sini, sungguh nyaman dan indah pemandangan dari tengah sungai. Kelihatan di kanan Kota Banjarmasin dan di kiri kawasan industri kayu dan di selatan Tamban. Di tengah sungai terdapat satu pulau iaitu Pulau Kambang.
Restoran dalam bot
Kami di tengah sungai Barito
Najmuddin dan Nazmi
Setelah selesai sarapan dan menikmati keindahan alam sekitar kami meneruskan perjalanan ke Pulau Kambang. Tiba di jeti pulau itu kami di sambut ratusan monyet yang menghuni pulau ini. Kami menyusuri pulau ini dengan mengikut jembatan yang di bena merentasi pulau dan berpatah balik ke jeti. Di pulau ini terdapat candi monyet. Kami berada di pulau ini lebih kurang satu jam kerana asik dengan telatah monyet di sini.
Monyet di pulau kambang
Monyetni rajin sangat kopek kelapa..
Pemandangan dari pulau kambang
Seterusnya bot kami meneruskan perjalan kembali ke jeti, sepanjang perjalan kami dapat melihat keunikan kehidupan warga ditepian sungai, banyak sampan, dan bot di di sini malah mereka menggunakan sungai untuk mandi, nampaknya sungai di sini tidak tercemar masih boleh mandi dan membasuh pakaian. Di Semenanjung Malaysia mungkin suasana ini agak luar biasa.
Kehidupan di tepian sungai di Banjarmasin
Tengahari itu kami tiba di jeti mesjid Suriansyah, kami berpisah dengan keluarga Najmuddin di sini. Kerana adalagi tempat yang hendak kami kunjungi .
( sambung bahagian 5)
http://hisamihalidi.blogspot.com/2012/06/kunjungan-ke-banjar-2-dis-2011-bahagian.html
balik ke bahagian 3.http://hisamihalidi.blogspot.com/2012/02/kunjungan-ke-banjar-2-dis-2011-bahagian.html
http://hisamihalidi.blogspot.com/2012/06/kunjungan-ke-banjar-2-dis-2011-bahagian.html
balik ke bahagian 3.http://hisamihalidi.blogspot.com/2012/02/kunjungan-ke-banjar-2-dis-2011-bahagian.html
No comments:
Post a Comment