ANAKLAUT

Monday, 7 May 2012

Kaedah Pengawalan Perosak


 1.       Kaedah Fizikal
a)         Penggunaan alatan atau keadaan fizikal untuk mengawal perosak

Kaedah
Ciri-ciri
Sekatan mekanik
Penggunaan jaring kalis serangga
·Kos rendah
·Mengurang penggunaan racun – 30 hingga 70%
·Cahaya dapat dikurangkan sebanyak 12%
·Sesuai untuk sayuran berdaun  serta sayuran temperat
Sekatan tingkahlaku
Berdasarkan tingkahlaku perosak
·terangsang oleh bunyi,cahaya, atau bau bahan kimia
·perangkap menggunakan bahan kimia penarik perosak dan cahaya
Perubahan Persekitaran Perosak
·Suhu ,kelembapan, atau kandungan oksigen dipersekitaran perosak diubah
·Contoh amalan :
o         Memaksa perosak keluar dari lubang dengan mengguna air dan asap
o         Meningkatkan suhu antara 52°C hingga 54°C untuk membunuh serangga perosak barang simpanan
o         Menyimpan bijirin dalam bekas kedap udara


2.       Kaedah Kultur

·          Mengawal perosak tanpa menggunakan bahan kimia
·       Caranya menghalang perosak mendapat makanan atau dedahkan perosak kepada keadaan yang tidak sesuai

·          Amalan
                                     i.    Pemugaran tanah
·          Perosak terdedah cahaya matahari terik
·          Terdedah kepada pemangsa seperti burung
·          Perosak mati terkena alat pemugar

                                                        ii.         Menggilirkan tanaman
·          Menanam tanaman berlainan pada tapak yang sama pada musim berlainan secara bergilir-gilir
·          Sesuai untuk perosak yang mempunyai perumah khusus
·          Perosak mati bila punca makanan terputus

                                                      iii.         Varieti resisten
·          Tanam tanaman dari baka yang tahan serangan perosak dan penyakit
·          Mengurangkan penggunaan racun serangga

                                                       iv.         Penanaman campuran
·          Menghadkan bekalan perosak
·          Menanam tanaman penolak (repellant) seperti serai wangi
·          Mengwujudkan banyak pemangsa

                                                        v.         Amalan penanaman yang baik
·          Penggunaan biji benih bersih dan bebas dari penyakit
·          Jarak penanaman yang sesuai
·          Kebersihan ladang


3.       Kaedah Biologi

·          Penggunaan organisma lain seperti parasit, pemangsa dan patogen secara sengaja untuk mengurangkan populasi perosak.
·          Bermula dengan pengenalan musuh semulajadi perosak dan diikuti kajian tentang perumah musuh semulajadi


Agen Kawalan Biologi
Untuk mengawal
Tebuan Cortesia plutellaeuan 
Larva rama-rama Plutella xylostella di kebun sayur
Bakteria Bacillus thuringiensis
Larva dan rama-rama di kebun sayur
Burung hantu dan ular senduk
Tikus di ladang kelapa sawit dan sawah

Pokok bunga tahi ayam (Tagetes sp) dan rembesan asparagus
Beberapa jenis nematod
Semut hitam koko
Perosak lenggai koko(kepinding nyamuk)

·          Kebaikan dan kelemahan kawalan biologi

Kebaikan
Kelemahan
·          Mengurang masalah pencemaran alam sekitar
·          Selamat digunakan oleh petani
·          Mengurangkan kos pengurusan perosak untuk jangka panjang
·          Perosak tidak dapat dihapus kesemuanya
·          Pemangsa mungkin serang organisma bermanfaat
·          Pemangsa tidak dapat mengawal semua perosak
·          Bilangan perosak lain mungkin meningkat
·          Perlu pengetahuan teknik membiak musuh semulajadi, ekosistem, ekologi dan tabiat perosak atau pemangsa
·          Ekosistem, ekologi dan tabiat perosak dan pemangsa perlu diketahui
·          Kesan kawalan mengambil masa yang lama


4.       Kawalan Kimia

Kelebihan
Kelemahan
·            Mudah digunakan
·            Berkesan dengan cepat
·            Dapat digunakan bila-bila masa
·            Mudah didapati di pasaran
·            Banyak perosak dapat dikawal
·         Mencemar alam sekitar
·         Mencederakan tisu
·         Mungkin membunuh pemangsa
·         Mengwujudkan  perosak yang resistan
      terhadap racun
·         Meninggal kesan bau dan rasa



Bandingbeza kaedah kawalan kimia dan kaedah kawalan kimia

Aspek
Kawalan biologi
Kawalan kimia
Kesan kawalan
Lambat
Cepat
Sasaran
Organisma tertentu mengawal perosak tertentu
Boleh kawal banyak jenis perosak dengan satu jenis racun kimia
Kos pengurusan perosak
Kos tinggi untuk jangka pendek tetapi kos menjadi rendah untuk jangka panjang
Kos rendah bagi jangka pendek tetapi kos menjadi tinggi untuk jangka panjang
Pengetahuan/kemahiran petani
Petani perlu pengetahuan/kemahiran tinggi
Tidak perlu pengetahuan/kemahiran tinggi
Risiko kepada petani
Rendah/tidak membahayakan petani
Tinggi/berbahaya kepada kesihatan petani
Kedapatan di pasaran
Terhad/sukar diuruskan
Mudah didapati di pasaran/mudah di beli
Kesan pada tumbuhan/hasil tanaman
Tiada kesan
Ada kesan kimia/bau pada hasil tanaman
Kesan kepada alam sekitar
Tiada/tidak cemar alam sekitar
Mencemar alam sekitar (udara, air, tanah)