ANAKLAUT

Sunday, 6 May 2012

Markisa MTAZ

Masih lagi dalam mood Aidil Fitri. Dalam aktiviti ziarah sempena aidil fitri, saya sempat meninjau lokasi dan kediaman rakan-rakan yang menjadikan tanaman pertanian sebagai tanaman hiasan atau teduhan di perkarangan rumah mereka.Berikut saya paparkan sejenis tumbuhan menjalar iaitu markisa.Gambar ini dirakamkan di perkarangan Maahad Tahfiz Azzahrah, Ulu Langat, Selangor.Sangat menarik perhatian dan menyejukkan pandangan. Buah-buah yang hampir matang, menanti saat untuk dipetik.

Markisa tergolong dalam kumpulan tumbuhan menjalar dan dan memanjat.Dikenali juga dengan nama buah susu.Buahnya boleh dimakan mentah atau dibuat jus.Pengalaman saya, pokok markisa adalah tumbuhan lasak dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.Saya kira proses penanaman pokok ini tidaklah sukar.
Buah yang sesuai dijadikan jus dan minuman yang yang enak.Boleh juga dimakan mentah dengan cara menyedut isinya dari bahagian kulit yang telah dibelah.Rasanya masam-masam manis.Jika kena cara menyedutnya akan menerbitkan rasa dan aroma yang mengasyikkan.
Pohon markisa boleh hidup lama.Jika anda mempunyai sedikit modal, bolehlah membuat pergola kekal (kayu cengal atau merbau) sebagai tempat tumbuhan ini memanjat. Pastinya menarik. Contoh pergola di sinihttp://agrohias.blogspot.com/2010/05/pergola-golokkraf.html







Gambar:Abu Afaf MTAZ sekutu puakajoran.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment