ANAKLAUT

Sunday, 15 July 2012


PENGAWALATUR PERTUMBUHAN

Takrif : Pengawalatur pertumbuhan ialah bahan kimia semula jadi dan sintetik untuk mengawal pertumbuhan tumbesaran pada kepekatan rendah.


Kesan Pengawalatur Pertumbuhan

Jenis
Bahan pengawalatur
Kesan umum

Auksin


·asid indol asetik(IAA)-semulajadi.
·Asid naftalena asetik(NAA) dan asid indol-butirik (IBA)-sintetik.
·2,4-D
·2,4,5-T
·MCPA

·Fototropisme (pucuk bergerak kearah cahaya).
·Geotropisme (akar bergerak kearah graviti).
·Kedominanan apeks (pucuk utama lebih dominan daripada tunas sisi).
·Pembentukan bunga.
·Kejadian dan pembentukan buah.
·Pembentukan akar adventitus (akar sisi )



Sitokinin


·Benziladenina.


·Merangsang pembahagian sel.
·Digunakan dalam kultur tisu
·Mengawal proses tua


.



Giberelin.


·      Asid giberelik (GA)

·Menggalak pembahagian sel.
·Menggalak pemanjangan sel.
·Atasi kedormanan biji benih.
·Menggalak percambahan biji benih.





Etilena

.

·Ethephon.
·Ethrel.

·Merangsang pemasakan buah.
·Merangsang penuaan, dan kematangan tisu.
·Merangsang percambahan biji benih.
·Merangsang pengeluaran lateks




Perencat pertumbuhan


·Asid absisik(ABA)
·Alar
·B-9

·Menyebabkan kedormanan biji benih.
·Melambatkan keguguran daun, bunga dan buah.