ANAKLAUT

Friday, 28 December 2012

Ternakan 3


KESIHATAN

a.      Kepentingan kesihatan ternakan
·         Mengurangkan kadar kematian
-     Kelembapan tinggi menyebabkan kematian ternakan kerana serangan penyakit    sistem pernafasan
                  -    Kadar kematian anak tinggi kerana kurang keupayaan
      antibodi  melawan patogen,parasit dan gangguan persekitaran

·         Mencapai tumbesar dan pengeluaran maksimum
-          Kecekapan penukaran makanan kepada tenaga, lemak dan susu
-          NPM yang rendah

·         Mengelak jangkitan penyakit dari ternakan lain
-          Ternakan akan sihat jika sistem perkumuhan, sistem limfa dan antibodi berfungsi         dengan baik

·         Mendapatkan penukaran makanan yang optimum
-     Jika ternakan sihat pencernaan dan penyerapan makanan adalah sempurna


a.       Simptom ternakan sakit 
·               Tiada selera makan
·               Cirit birit
·               Suhu badan tinggi
·               Mata kuyu / berair
·               Tidak aktif
·                Pengeluaran hasil berkurangan
·               Bulu kasar dan kusut
·               Penurunan berat badan

c.  Punca penyakit ternakan

·         Serangan patogen dan parasit
            
-   contoh patogen dan parasit adalah seperti di bawah

                                                                  Patogen

Patogen
Penyakit
Ternakan
Virus
Penyakit kuku dan mulut
Newcastle/Ranikhet/Sampar
Bronkitis
Puru
Lembu/kerbau
Ayam
Ayam
Ayam
Bakteria
Koriza
Pullorum
Brucellosis
Ayam
Ayam
Ayam
Protozoa
Koksidosis
Ayam
Kulat
Aspergillosis
Candidiasis
Kambing
Kambing

      
                                                       Parasit

Endoparasit
Penyakit
Cacing pita
Cacing pipih
Cacing gelang
Anemia, adema dan cirit
Ektoparasit
Penyakit
Cengkenit
Kutu
Hama
Lalat rumah
Lalat kerbau
Keracunan, lumpuh dan anemia
Gatal, anemia dan kurus
Gatal dan kurap
Kurang selesa
Pengeluaran susu kurang, luka


·         Kekurangan nutrien

                   -  menyebabkan kurang daya tahan penyakit
                   -  ternakan perlu makronutrien dan mikronutrien
      
Makronutrien
Mikronutrien
Kalsium
Fosforus
Magnesium
Natrium
Kalium
Klorin
Kuprum
Kobalt
Ferum
Mangan
Selenium
Zink


·         Kecederaan fizikal

-          sebab pemangsaan sejenis, serangan binatang liar, terjatuh atau tertusuk benda    tajam
-          luka pada kulit luar  menyebabkan terdedah kepada serangan patogen

·         Kecacatan kongenital

-          kecacatan sejak lahir seperti buta atau bilangan anggota tidak normal
-          sebab kekurangan vitamin, mineral dan mutasi kromosom pada peringkat janin

·         Pencemaran makanan dan minuman

-          terjadi pada ternakan yang meragut bebas atau yang diberi makan konsentrat                        
      yang kaya lemak
-          termakan bahan beracun seperti mimosin, hidrogen sianida dan oksalat



d.  Cara pencegahan dan pengawalan penyakit

·         Kuarantin
-        menahan sementara atau asing ternakan dari negera asing
-        mencegah kemasukan penyakit eksotik seperti kuku dan mulut, antraks, rabies,
     rinderpest dan selsema burung
-        mencegah penyakit berjangkit kepada haiwan tempatan dan orang awam

·         Penghapusan
-        jika  serangan kronik/teruk, ternakan yang dijangkiti penyakit perlu dihapuskan
-        ternakan dibunuh dan bangkainya ditanam atau dibakar
-        untuk elak patogen merebak kepada ternakan lain

·         Pemvaksinan
-        vaksin ialah antigen untuk meransang perkembangan antibodi ternakan
-        antibodi akan menyerang patogen yang masuk ke dalam badan
-        dihasilkan dari kultur bakteria atau virus
-        diberi secara suntikan subkuteneus, calaran pada otot atau dicampur dalam
makanan



Ternakan
Penyakit
Jenis vaksin
Cara beri
Ayam
Sampar/Ranikhet
Ranikhet F
Titis dalam mata atau hidung
Puru
Fowl Pox
Cucuk pada sayap
Lembu
Kuku dan mulut
Bivalent O dan Asia-1
Suntikan di bawah kulit
Brucellosis
S19
Suntikan bawah kulit anak betina

·         Penggunaan baka yang resistan
-          gunakan baka tempatan seperti lembu KK atau baka kacukan KK dengan lembu     
                  temperat seperti Friesien
-          baka ini tahan terhadap himpitan iklim, patogen dan parasit

·         Pengawalan vektor
-          vektor seperti lalat, tikus, lipas dan burung
-          vektor ini membawa patogen seperti virus, bakteria dan kulat
-          kawalan secara amalan sanitasi, reban yang tertutup dan semburan ubat     
                                                                 pencegah

·         Amalan sanitasi
-          jaga kebersihan reban dan  alatan
-          lakukan program pembasmian kuman
-          bersih tinja, air kencing atau sisa makanan
-          jaga kebersihan persekiran reban/kandang

·         Penakaian
-          asing ternakan berpenyakit dari kumpulanya
-          elak penyakit berjangkit
-          setelah sihat, masukkan semula ke dalam kumpulannya

·         Pemberian makanan seimbang
-          makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan
-          mengandungi semua kelas makanan
-          tubuh yang sihat dapat menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit
      

e.  Bahan untuk merawat penyakit

·         Antiseptik
-          antiseptik ialah bahan kimia yang memusnah atau merencatkan pertumbuhan  
            bakteria penyebab penyakit
-          antiseptik luaran – untuk merawat luka atau kudis
-          antiseptik dalaman – untuk merawat infeksi (jangkitan) usus dan urinari

·         Antibiotik
-          antibiotik ialah hasil fermentasi mikrob seperti kulat dan bakteria
-          digunakan untuk mengawal atau merendahkan jangkitan penyakit yang teruk
-          diberi secara suntikan atau  sebagai aditif dalam makanan
-          contoh :  tetramisin, galimisin dan aureomisin

·         Racun cacing
-          contoh racun cacing :  albendazol, fenbendazol dan ivermektin
-          cara pemberian:  pemberian secara mulut, suntikan melalui kulit atau otot, aditif      
      dalam makanan, genut dan kapsul lepas lambat

·         Racun parasit luar
-          bahan kimia untuk mengawal dan membunuh ektoparasit
-          cara racun digunakan :  semburan, celupan, sapuan, suntikan dan mandian
-          contoh racun :  BHC, Asuntol dan Retenone






No comments:

Post a Comment