ANAKLAUT

Thursday, 21 February 2013

TERNAKAN - GENETIK


a.      Ciri ternakan yang dikehendaki

·         Cepat membesar
           -  cepat dipasarkan dan tempoh pusingan singkat
           -  kos makanan dan penjagaan dapat dikurangkan

·         Cepat mengeluarkan hasil
           -  cepat mengeluarkan hasil seperti susu, daging dan telur
           -  tempoh beranak yang cepat
      -  contoh: pengeluaran susu pertama lembu Freisian ialah 33 bulan dan lembu 
          Friesian – LID ialah 38 bulan
           -  lembu daging perlu ambil masa singkat untuk membesar dan menggemuk

·         Berupaya melahirkan banyak anak
-  kadar bunting tinggi, peratus kematian anak semasa dilahirkan rendah dan tempoh
   bunting semula cepat
·         Hasil tinggi
           - pengeluaran daging, susu atau telur tinggi
           -  tempoh laktasi lama, contohnya tempoh laktasi lembu Friesien ialah 200 hari

·         Hasil berkualiti
           -  hasil karkas yang tinggi bagi ternakan pedaging
           -  telur ayam :  saiz, bentuk, warna telur, mutu isi dan tebal cengkerang yang baik

·         Kecekapan penukaran makanan yang baik
           -  makanan ditukar kepada bentuk  daging, telur dan susu dengan cekap
           -  penukaran yang cekap menjimatkan kos pengeluaran ternakan

·         Resistan terhadap penyakit
           -  resistan terhadap serangan parasit dan penyakit tropika
           -  contoh : lembu Brahman dan LID resistan terhadap endoparasit
           -  lembu LID juga resistan terhadap penyakit tropika

·         Toleran terhadap persekitaran
           -  tahan pancaran cahaya matahari berlebihan/terik, tekanan haba dan kelembapan
               tinggi
-  contoh : lembu baka KK tahan suhu dan kelembapan tinggi manakala lembu 
          Brahman tahan tekanan haba

b.      Kaedah pembiakbakaan

·         Pembiakbakaan kacuk
- bermaksud pembiakan antara dua baka berlainan contohnya baka Bos indicus
  dengan baka Bos taurus
           -  kelebihan pembiakbakaan kacuk
o        Pencapaian anak lebih baik dari induk
o        Tahap kecergasan anak lebih tinggi daripada purata prestasi induk  
       (heterosis)
o        Ciri kemandirian yang tinggi

·         Pembiakbakaan seturunan
-  bermaksud pengawanan antara ternakan yang mempunyai hubungan   
   kekeluargaan yang rapat / atau antara ternakan yang mempunyai hubungan 
   genetik yang  rapat
         -  contoh pengawanan anak dengan ibu atau induk jantan dengan anak betina

         -  kelebihan :
o        Mengekalkan ciri dalaman baka
o        Mewujudkan satu kumpulan yang mempunyai ciri luaran yang seragam
             -  kekurangan :
o        Pengurangan kecegasan
o        Penurunan keupayaan membiak


c.      Sistem pembiakan ruminan : organ dan fungsi
·         Jantan

Organ
Fungsi
Testis
·         Mengeluarkan sperma melalui proses spermatogenesis
·         Mengeluarkan hormon testosteron
Skrotum
·         Pelindung, penahan dan pengawal suhu testis
Epididimis
·         Mematang, memekat dan menyimpan sperma
·         Sebagai saluran keluar sperma daripada testis
Vas deferens
·         Sebagai saluran keluar sperma daripada epididimis
Pundi sperma
·         Mengeluarkan bendalir yang melindungi dan memudahkan pergerakan sperma
Kelenjar prostat
·         Mengeluarkan bendalir yang mengandungi mineral
Kelenjar Cowper
·         Mengeluarkan bendalir untuk membersihkan uretra
Uretra
·         Saluran keluar semen
Zakar
·         Menyalurkan semen ke dalam organ pembiakan betina

      Betina
Organ
Fungsi
Ovari
·         Mengeluarkan ovum
·         Mengeluarkan hormon estrogen            dan progesteron
Oviduktus
·         Menghubungkan uterus dengan ovari
·         Menerima ovum
Tanduk rahim
·         Tempat ovum tersenyawa
Uterus / rahim
·         Menyalurkan sperma ke tempat persenyawaan
·         Menampung perkembangan zigot
·         Menyediakan nutrien untuk perkembangan zigot
·         Merembeskan hormon prostaglandin
Serviks
·         Menyalurkan sperma ke dalam uterus
·         Saluran kelahiran anak
·         Mengeluarkan lendir semasa estrus
·         Tempat pemancutan semen
·         Menghindari jangkitan kuman daripada faraj semasa bunting
Faraj
·         Menyalurkan semen
·         Saluran kelahiran
Vulva
·         Mengelilingi bukaan faraj dan uretra  
































  Piantang Biang  (  Estrus)

·         Membenar dirinya dipanjat
·         Vulva merah dan bengkak
·         Terdapat mukus di vulva
·         Selalu terkencing
·         Sentiasa menegakkan ekor
·         Mengasingkan diri
·         Kurang selera makan
·         Gelisah dan membising


d.      Teknik pembiakan

·         Pengawanan semulajadi (in-vivo)

       Maksud : pejantan dan betina dibiarkan bersama (mengawan)
                      semasa tempoh estrus untuk  menghasilkan kehamilan


Perbandingan kelebihan dan kekurangan pengawanan semulajadi
dengan permanian beradas

Teknik pembiakan
Kelebihan
Kekurangan

Pengawanan semulajadi
·         Tidak memerlukan kepakaran manusia
-          pengawanan berlaku dengan sendirinya apabila betina estrus
-          lembu jantan dapat mengenal pasti lembu betina yang estrus

·         Penternak tidak perlu mengesan estrus

-          lembu jantan dapat   mengenal pasti lembu betina yang estrus dan melakukan pengawanan
-          kerja mengesan lembu estrus adalah sukar jika bilangan ternakan banyak


·         Baka pejantan terpilih sukar ditentukan
-          pengawanan berlaku tanpa pengawasan penternak
-          penternak tidak tahu dengan lembu jantan mana betina telah mengawan

·         Kadar pejantan dengan betina terhad

-          pejantan tidak mampu mengawan dengan banyak lembu betina yang estrus dalam satu-satu masa
-          banyak lembu penjantan diperlukan jika lembu bertina banyak

·         Pejantan rakus menyebabkan lembu betina cedera

-          penjantan akan terus mengawan dengan lembu betina yang sedang estrus
-          kerakusan penjantan menyebabkan betina cedera seperti cedera atau luka pada bahagian belakang dan faraj

·         Seekor penjantan dapat melakukan permanian hanya pada seekor betina dalam satu masa

-          kemampuan penjantan adalah terhad
-          penjantan dapat mengawan dengan seekor betina sahaja pada satu masa

·         Data pembiakan sukar ditentukan

-          kerana penjantan bergaul dengan lembu betina, pengawanan berlaku dengan bebas
-          petani tidak dapat mengesan penjantan yang telah mengawan dengan lembu betina

·         Perlu kos tinggi untuk mendapatkan baka luar negeri

-          untuk hasil baka baru perlu import baka dari luar negeri
-          mengimport baka pejantan dari luar negeri memerlukan kos yang tinggi
-          penternak perlu menampung kos membeli, membawa dan menyelenggara baka penjantan yang diimport


Permanian beradas

·         Data pembiakan dapat dikumpul dengan berkesan

-          anak yang dilahirkan dikenal pasti keturunannya
-          sumber semen telah dikenal pasti bakanya

·         Mudah menghasilkan baka baru

-          boleh import semen beku baka baik dari luar negeri
-          kos import semen lebih murah
-          boleh mendapat semen dari baka jantan terpilih

·         Betina tidak cedera kerana kerakusan baka penjantan

-          baka penjantan tidak digunakan
-          hanya perlu menyuntik semen pada lembu betina
·         Kos pengendalian murah

-          tidak perlu simpan baka pejantan, hanya simpan semen beku
-          baka pejantan tidak perlu dipelihara
-          semen boleh diimport

·         Penggandaan pembiakan cepat berlaku

-          semen beku boleh disuntik kepada beberapa betina yang estrus serentak
-          banyak kelahiran serentak atau hasil banyak anak lembu yang sebaya

·         Perlu kemahiran suntik semen

-          kemahiran menyuntik semen menentukan kejayaan permanian beradas
-          penternak tidak mahir melakukan suntikan semen
-          masih memerlukan bantuan pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan

·         Perlu kemahiran memerhati/mengesan estrus
    
-          estrus berlaku dalam masa yang singkat sahaja iaitu 8 – 12 jam
-          kegagalan mengesan estrus menyebabkan permanian beradas tidak boleh dilakukan
-          perlu menunggu pusingan estrus seterusnya

·         Tidak dapat mengesan kecacatan penjantan

-          kecacatan baka penjantan hanya dapat dilihat bila anak lembu dilahirkan
-          jika semen tersebut telah digunakan pada banyak lembu, lembu-lembu lain pun akan turut cacat


      
                                                                       
e.      Permanian beradas (in-vitro)

 Maksudmenyuntik semen daripada pejantan terpilih ke dalam uterus induk   
           betina terpilih dengan menggunakan alat khas seperti pistolette 
           (French Gun)
·     
    Langkah permanian beradas

                                i.            Penyediaan semen

o        Mengumpul semen
-  dua cara
mengurut kelenjar vaskular bagi ternakan kecil seperti ayam dan  itik
-  menggunakan faraj palsu bagi ternakan seperti lembu dan kambing

o        Mencair semen
-  untuk mendapat isipadu semen lebih banyak
-  boleh disuntik pada banyak induk betina
-  bahan pencair seperti sitrat kuning telur, posfat kuning telur, susu segar    
   dan santan kelapa

o        Menyimpan semen
-  mengisi dalam straw , dengan isipadu 0.25 ml atau 0.5 ml yang
   mengandungi 23 juta sperma
-  dicetak pengenalannya

                              ii.            Penyuntikan semen

·         Pemilihan induk betina

-          pilih induk betina yang estrus
-          pasung

·         Mengenyah beku semen

-          rendam dalam air suam bersuhu 35 oC
-          masukkan straw ke dalam pistolette

·         Menyuntik semen ke dalam serviks

-          pasung lembu
-          Masukkan tangan melalui dubur untuk mengesan serviks
-          kesan kedudukan uterus dan tanduk uterus
-          bersih bibir faraj
-          masukkan pistolette ke dalam faraj
-          suntik semen ke uterus dan tengah serviks
-          bersih alatan
-          lepas lembu dan beri makan

No comments:

Post a Comment