Hubungan kekeluargaan kami tidak putus kerana orang tua kami dahulu sering berhubung dengan berutus surat dan saling menziarahi.Ada juga keluarga kami yang tinggal di Mekkah menjadi tempat bertemuan tiga negara. Malaysia, Arab Saudi dan Malaysia bagi keluarga yang lama terpisah. Biasanya ketika ada keluarga pergi umrah dan Haji.
H Syaifullah pernah mengaji di Arab Saudi dan pada awal tahun 90an pernah beberapa kali mengutus surat pada ayahanda H Hanafiah b Hj Masniah. Mungkin kerana masa itu beliau sudah tua jadi surat itu tidak terbalas. Saya telah terbaca surat itu setelah beberapa tahun ayahanda pulang kerahmatullah, Kebetulan masa itu Facebook mula terkenal jadi saya guna medium ini. Alhamdulilah kami diketemukan di alam maya.
Sejak itu hubungan kami menjadi akrab. Pada tahun 2010 H Syaifullah telah menjejakan kaki di Malaysia dan telah menziarahi keluarga di sini.
Dari situlah kami ingin sangat menjejakan kaki di bumi Brunei yang kaya raya itu, Pada 22 November 2012 perjalanan kami bermula pada pagi itu dari Sungai Besar menuju ke Bangi tempat Amirul belajar, kerana kami tinggalkan kereta di rumah sewanya. Kami meneruskan perjalanan ke LCCT Sepang dengan menaiki teksi,
Silsilah Haji Ahmad Alabio
(KH MUHAMAD HATTA B DAUD)
AHMAD THAHER
Mempunyai anak Mempunyai anak
I. H. SABERAN (INDONESIA) Datuk Syaifullah I.
II. H. SALMAN (MALAYSIA) II.
III. SITI RAHMAH (MALAYSIA) III. H. NURPIAH
IV. DAHLAN (INDONESIA) IV.
V. SITI MASNIAH (MALAYSIA) Nenek saya
VI. H. RASYIDI (MALAYSIA)
VII. SITI KHADIJAH (MALAYSIA)
Anak cucu dari nenek Hj Masniah bt Hj Ahmad
Hj.Hanafiah b.Hassan Hjh Aminah bt Hassan
1.Jahratanur 1. Roslan ( Pie)
2.Sulaiman 2. Faridah
3.M.Zaki 3. Helmi ( meninggal )
4.M.Razi 4. Fadzilah
5.Halidi -1965 5. Khairul Anwar
6.Abd.Razak 6. Mustaffa Kamal
7.Ibrahim 7. Fatimah
8.Abd.Rahman 8.Shamsul Ma’arif
9.Arbaiyah
Besama sepupu dan kenalan (Zainal dan Amir) di Brunei
H. SABRAN bin AHMAD
(Meninggal di Banjarmasin tgl 21 Oktober 1956)
Isteri (Kawin sepupu sakali)
H. NURPIAH binti THAHER
(Meninggal di Banjarmasin tgl )
Mempunyai anak
(1) AMAS (Saudara seibu) (9) H. BADARIAH (Ma.antin)
(2) H. NURAINI (H. Diang) (10) H. MUHDAR
(3) MAR’I (11) HUDARI
(4) JAMALI (12) H.M. ARSANI
(5) BARASMI (13) H.M. ARDANI
(6) H. SALABIAH (Magulu) (14) SITI RAMISAH
(7) (15) SITI KHADIJAH
(8) H. DARMAWI (bapa Syaifullah)
H. DARMAWI
Mempunyai anak
1) H. HALIMATUS SA’DIAH 5) M. ZULPADLI HADIE
2) H. A. SYAIRAZI HADIE 6) H. SYAMSIAH
3) H. SITI MARDIAH 7) M. FAHRURAZI HADIE
4) H.M. SAIFULLAH HADIE 8) M. RASYIDI HADIE
Kami sampai di LCCT agak awal kerana tidak mahu tergesa-gesa nanti, Kami daftar masuk dan daftar bagasi ia mengambil masa 45 minit,, setelah semuanya selesai kami terus masuk ke dewan mununggu untuk naik pesawat Airasia yang akan berlepas tengahari itu.
Pada jam 13.45 PM kami naik pesawat dan pada jam 14.00 PM pesawat berlepas menuju Bandar Sri Bangawan. Cuaca hari itu cerah jadi pernerbangan amat selesa tiada ganguan. Bagi anak-anak kecuali Ahmad Nazmi ini adalah pengalaman pertama mereka naik pesawat, sungguh teruja mereka. Kami di udara lebih kurang dua jam, menurut pramugari Airasia laluan kami dari Sepang menuju ke Pekan Pahang dan terus merentasi laut China Selatan menuju ke Brunei. Jam 18.00 PM pesawat mendarat dengan selamat di Brunei Darussalam.
Pintu Gerbang istana Sultan Brunei
Airport Brunei tidak sibuk seperti airport di Malaysia atau di Indonesia kerana Brunei hanya sebuah negara yang kecil dan penduduknya tidak ramai, Setelah masuk ke dewan ketibaan kami mengambil masa yang lama mengisi borang ke masukan kerana lupa berbuat demikian masa dalam pesawat.
Rupanya abang Syaifullah telah lama menunggu di ruang menunggu, kami orang yang terakhir keluar dari dewan ketibaan. kami bersalaman dan berpelukan dengan abang Syaifullah, dia terus membawa kami ke tempatnya yang terletak di pingiran bandar Sri Bangawan.
Bandar Sri Bangawan tidak sibuk sangat seperti bandar-bandar lain, ia masih membangun di jalan rayanya banyak juga kereta tapi motosikal jarang kelihatan.
Di muzium Brunei
Kami bersama abang Syaifullah
Nazmi, Soffiya, Hisyam, Farhana dan Puziah
Mesjid Negara Brunei
Tiga negara bersaudara.
Halidi, Pengeran Abas dan Syaifullah
Rumah abang Syaifullah terletak di kampung Bengkurong, iaitu satu komplek yang bernama Sri Makmor (beberapa buah rumah )kepunyaan ayah angkatnya. Pengeran Abas iaitu kerabat pada Sultan Brunei. Kami di tempatkan di dua bilik yang agak selesa. Setelah makan malam kami berbual banyak perkara dan hari pertama kami di Brunei kami hanya duduk berihat di rumah dan esok abang Syaifullah telah aturkan program lawatan kami.
Setelah sarapan pagi kami di bawa menaiki van yang di pandu sendiri oleh abang Syaifulah, ia membawa kami melawat beberapa tempat seperti istana Sultan Brunei, Pasar, dan putar-putar di bandar Sri Bangawan. Kemudian ia memandu ke arah sempadan Malaysia dan Brunei tempat itu bernama Kuala Lurah sepanjang perjalanan kami dapat melihat suana desa di Brunei, rupanya Brunei tidak banyak kegiatan pertanian, tanah-tanah mereka masih banyak yang belum diusahakan cuma yang banyak kelihatan dusun-dusun dan kebun sayuran. Kami sampai ke sempadan dan tidak melintasinya cuma berhenti di pintu sempadan. Menurut abang Syaifullah laluan ini untuk ke Limbang dan Sabah. Dalam perjalanan pulang kami singgah di beberapa mesjid untuk solat dan ziarah, kebanyakan mesjid di sini mempunyai penyaman udara sepenuhnya mungkin kerana cuaca di Brunei agak panas
.Kunjungan ke Brunei - lihat juga klib ini
Petang itu kami melawat tempat yang sungguh istemewa dan hebat iaitu Jerudung Park, ia di sini ada hotel lima bintang, pantai, water world dan resort. kami sempat melihat-lihat kehebatan pantainya
Di Jerudong Park
Pagi itu setelah sarapan abang Syaifullah mengajak kami pergi melihat kawasan pengeluaran minyak di Brunei. Iaitu bandar Kuala Blait yang bersempadan dengan Malaysia (Miri). Sebelum itu ia menghantar anaknya ke sekolah kerana ada program hari itu walaupun waktu cuti. Anaknya Aliah ingin juga menyertai kami ke Kuala Blait, setelah mendapat kebenaran dari gurunya ia terus menyetai kami..
Bandar Kuala Belait
Dalam perjalanan ke Kuala Blait kami dapat melihat keadaan sebenar negara Brunei, kebanyakan kawasan masih hutan dan tiada pembangunan, ini kerana industri minyak tidak perlu membangunkan tanah seperti negara pertananian. Namun begitu sistem jalan rayanya nampak bagus dan hebat. Menurut abang Syaifullah negara Brunei tidak mempunyai ramai penduduk kerana syarat kewarganegaraan yang sangat ketat, tidak akan menerima warganegara lain untuk jadi rakyatnya kecuali ada pertalian keluarga dengan rakyat Brunei misalnya ikatan perkahwinan.
Dalam perjalanan kami ke Kuala Blait sepanjang jalan kami dapat melihat di kiri kanan jalan pam-pam minyak yang menyedut minyak dari bumi. Kalau di Malaysia tidak ada minyak di daratan, tetapi di Brunei ada itulah kelebihan bumi Brunei.
Pam menyedut minyak dari bumi Brunei tanpa hentinya sejak puluhan tahun
Minyak di dasar laut
Kami sampai di Kuala Balait sudah masuk waktu Zohor jadi kami terus ke mesjid Kuala Balait. setelah itu kami putar-putar di bandarnya dan makan tenghari di restoran mamak, Kami sempat juga kepantai Blait dari situ nampak pemandangan laut Brunei dan Pelantar-pelantar minyaknya memang hampir dengan pantai. Di sini membakar secara terbuka adalah dilarang keras kerana minyak dan api kalau bertemu akan menjadi bencana yang sukar di kawal.
Bandar Kuala Blait adalah bandar di sebelah barat yang bersempadan dengan Miri Sarawak. Petang itu kami pulang ke Sri Bengwan melalui jalan yang berlainan, jalan ini jalan lama yang hampir dengan pesisir pantai.
Mesjid di Kuala Blait
Bersama pengeran Abas
Kampung Air Brunei Darulsalam- lihat juga klib ini
Di kampung Ayer Brunei
Remang senja di kampung ayer Brunei
Di rumah kenalan di Brunei
Hari ini adalah hari terakhir di Brunei petangnya kami akan pulang ke Malaysia, abang Syaifullah masih lagi ingin membawa kami putar-putar ke pantai Serasa. Pagi itu kami sampai ke pantai Serasa agak awal, pemandangan di pantai ini sungguh indah dengan kebiruan laut China Selatan dan deruan ombaknya tapi sayang kami tidak berkesempatan untuk mandi dan bermain pasir di sini cuma kami abadikan beberapa foto untuk kenangan bersama keluarga di Brunei.
Pelabuhan Serasa Muara
lihat juga klib ini
Kalau ada duit banyakni dalam poket memang hebat
Brunei Ringgit 10,000 = Malaysia RM 25,000.
Keluarga abangSyaifullah yang menghantar kami di airport
Kami pulang ke Malaysia dengan harapan suatu hari nanti keluarga abang Syaifullah akan tiba ke Malaysia untuk kunjungan balas. Kami sentiasa menunggu beritanya.
No comments:
Post a Comment