ANAKLAUT

Saturday 21 September 2013

Tasik Kenyir


Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai KenyirTerengganu merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.







Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri. Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.



Pelbagai usaha di pertingkatkan dalam usaha memperkenalkan Tasik Kenyir di peringkat yang lebih tinggi.Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan. Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini. Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat menaikkan taraf sosial masing-masing.



Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal dengan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.


Pulau Herba merupakan salah satu pulau yang terdapat di Tasik Kenyir.Pulau Herba mempunyai kira-kira 26 ribu pokok herba. Manakala bagi penggemar fotografi Air Terjun Lasir merupakan tempat yang menjanjikan pelbagai landskap serta flora dan fauna yang indah untuk dirakam.Air terjun ini terdapat di sekitar Tasik Kenyir juga merupakan tarikan utama perlancongan.



Di sini kami bermula percutian di tasik Kenyir di Tasik Kenyir, Pengkalan Gawi.14.9.13 hingga 16.9.2013 



lihat juga klib ini





Kami berada di sini 3 hari 2 malam,.. terima kasih kawan-kawan yang turut serta dalam percutian ini, Kazri, Mubin, Sa, Azrina, Zarina , Anita, Zuraidah, Hazlini dan lainnya.. — di Tasik Kenyir, Pengkalan Gawi.








Menguji kedalaman tasik. jangan tiru aksi ini jika anda tiada pengalaman. nanti anda tak timbul-timbul lagi..

 



Lihat juga klib ini


 Air terjun Lasir yang dingin airnya





Foto

Foto

Foto




Antara aktiviti di sini yang paling bagus... memancing ikan.


Foto

Foto







Houseboat yang membawa kami putar-putar di Tasik Kenyir 3Hari 2Malam
 14.9.13 hingga 16.9.2013 — di Atas Houseboat, Tasik Kenyir.





Pemandangan indah di tasik Kenyir - Lukisan Alam.

http://www.youtube.com/watch?v=VGCyMHkYAOQ&feature=youtu.be
lihat juga klib ini

No comments:

Post a Comment