ANAKLAUT

Tuesday, 24 January 2012

Amali Fotosintisis


1. Pilih sepohon pokok dan lindungkan daripada cahaya matahari selama 48 jam.
2. Pilih sehelai daun hijau yang segar dari pokok tersebut .
3. Tutup sebahagian permukaan daun itu (atas dan bawah) dengan kad (telah digunting) menggunakan klip kertas.
4. Dedahkan kepada cahaya matahari yang terang lebih kurang 2 - 3 jam.
5. Petik daun itu dan tanggalkan kad penutupnya.
6. Didihkan air menggunakan bikar 250 ml
7. Masukkan daun itu ke dalam air yang sedang mendidih (dalam bikar 250ml) selama 10 minit.
8. Keluarkan daun dan rendamkan ke dalam larutan alkohol (etil alkohol) yang dipanaskan dalam sebuah bikar berair.
9. Keluarkan daun dan bilas dengan air biasa.
10. Letakkan daun dalam piring petri dan titiskan larutan iodin ke atas daun sehingga menutupi daun.
11. Biarkan selama 5 minit kemudian keluarkan daun dan basuh dengan air biasa.
12. Perhatikan warna yang dihasilkan pada daun.