ANAKLAUT

Wednesday, 11 January 2012

PERTANIAN DI MALAYSIA TINGKATAN 4 ( nota untuk pelajarku)



PERTANIAN DI MALAYSIA

BAB 1     PERTANIAN DI MALAYSIA
1.1 Kepentingan Pertanian di Malaysia
a. Pengeluaran bahan makanan




  • Memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk
  • Kurang kos import bahan makanan
  • Memenuhi keperluan keselamatan negara


           
b. Pengeluaran bahan mentah
  • Bahan mentah untuk keperluan industri
  • Contoh : getah – tayar ; kelapa sawit – minyak masak dll.
c. Pendapatan eksport
  • Jualan hasil pertanian seperti getah, kelapa sawit, koko dll.
  • Sumber aliran masuk wang asing
  • Meningkatkan KDNK Negara
d. Peluang pekerjaan
  • Melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar
  • Tiga kumpulan utama pekerjaan bidang pertanian ialah kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan
1.2    Tanaman dan Ternakan di Malaysia
TanamanKawasan utama
Kelapa sawit
  • Johor (Rancangan Johor Tenggara, Rancangan Johor Selatan, Segamat)
  • Pahang (Jengka, Pahang Tenggara)
  • Perak (Teluk Intan,Sungai Siput, Trolak)
  • Selangor (Klang, Kampar, Batang berjuntai)
  • Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Tawau)
Getah
  • Johor, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Sarawak, Sabah
Koko
  • Perak (Teluk Intan)
  • Selangor (Sabak Bernam)
  • Johor (Batu Pahat, Muar)
Kelapa
  • Selangor (Sabak Bernam)
  • Perak (Teluk Intan,Bagan Datoh)
  • Johor (Batu Pahat)
  • Sabah (Lahat Datu, Tawau, Kudat)
  • Sarawak (Mukah, Kucing)
Padi
  • MUDA (Kedah-Perlis)
  • Dataran Kelantan
  • Seberang Perak
  • Krian-Sungai Manik
  • Barat Laut Selangor
Sayuran
  • Cameron Highlands, Banting, Lembah Kinta, Wakaf Stan dan Kundasang
Buah-buahan
  • Durian – Batu Kurau, Bukit Gantang, Segamat
  • Rambutan – P. Pinang, Muar
  • Limau – Jerantut, Ulu Terangganu
  • Limau bali – Ipoh
Teh
  • Teh tanah tinggi – Cameron Highlands dan Kundasang
  • Teh tanah pamah – Banting dan Bukit Cheding
Tebu
  • Kedah (Padang Terap)
  • Perlis (Chuping)
Kopi
  • Kedah – Kopi Robusta
  • Cameron Highlands – Kopi Arabica
Florikultur
  • Cameron Highlands, Johor, Perak ,Selangor
Lembu dan Kerbau
  • Kedah, Kelantan, Sabah, Pahang
Kambing & biri-biri
  • Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan
Ayam
  • Pulau Pinang, Perak, Johor, Selangor, Prai
Khinzir
  • Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Sarawak
1.2.1 Faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan
a. Faktor Iklim
  • Kawasan tanah pamah/rendah – suhu tinggi sesuai untuk tanaman getah, padi dll.
  • Kawasan tanah tinggi – suhu rendah sesuai untuk tanaman kubis, tomato dll.
  • Ternakan baka tropika sesuai diternak di Malaysia.
b. Faktor Sejarah
  • Zaman sebelum penjajahan Inggeris – tanaman sara diri seperti padi, kelapa dll.
  • Zaman penjajahan Inggeris – getah dan kelapa sawit.
- Imigran Cina membawa masuk ayam dan khinzir
- Imigran India membawa masuk lembu LID
  • Selepas merdeka pelbagai tanaman diusahakan
c. Faktor Ekonomi
  • Pasaran dan infrastruktur mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan
  • Pasaran  perlu ada untuk memudahkan hasil  dipasarkan.
  • Infrastruktur ialah  kemudahan dan perkhidmatan asas (pengangkutan, bekalan elektrik, air  dll.) untuk membangunkan sektor pertanian.
d. Faktor Dasar Kerajaan
  • Kerajaan melancarkan DPN dan RRJP3
  • Peningkatan pengeluaran makanan dengan cara  pembukaan kawasan baru dan guna tanah secara intensif.
  • Peningkatan kecekapan dan produktiviti sektor pertanian
  • Memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum
  • Kerajaan telah memajukan semula sektor pertanian secara sistematik
1.3  Trend Pertanian Di Malaysia
a. Mempelbagaikan tanaman dan ternakan
  • Matlamat   -   untuk mengelakkan negara bergantung kepada satu jenis tanaman atau ternakan sebagai punca pendapatan.
  • Faedah      -   menambah dan mempelbagaikan jenis tanaman dan ternakan
-   menambah pendapatan petani
-   mempelbagaikan ekonomi negara
-   meluaskan pasaran hasil pertanian
  • Bidang usaha yang berpotensi maju – lebah madu, daging rusa, burung unta, puyuh,  buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman herba.
b. Pertanian berorientasikan eksport dan komersial
  • Matlamat  -   untuk mendapatkan pendapatan eksport
-   untuk memperolehi tukaran wang asing
  • Bidang usaha yang berpotensi untuk dieksport – belimbing, manggis, jambu batu, petola segi, keledek, serai, orkid, kekwa dan ros
  • Masalah pemasaran:
-          Cukai import lebih tinggi
-          Persaingan dengan hasil serupa dengan keluaran negara pengimport
-          Kos penghantaran yang tinggi
-          Bentuk sekatan seperti peraturan kasihatan, keperluan sijil import dan keperluan
pembungkusan
c. Hubungkait pertanian dengan pelancongan
  • Agrotourism merupakan program pelancongan berasaskan pertanian
  • Contoh program agrotourism  seperti homestay, farmstay, hutan rekreasi dan kolam memancing ikan.
  • Kaedah untuk memajukan sektor agrotourism secara mengadakan ladang komersial, lebuhraya merentasi kawasan perladangan, muzium atau taman pertanian dan promosi melalui media massa.
d. Hubungkait pertanian dengan landskap
  • Landskap          -  pemandangan di atas daratan termasuk bentuk muka bumi, bangunan, jalanraya dan tumbuh-tumbuhan
  • Perlandskapan  -  kegiatan merancang, merekabentuk dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia
  • Tujuan  -  menghasilkan pemandangan yang menarik, nilai estetika dan mendapatkan hasil yang lumayan
  • Contoh -  getah dan kelapa sawit ditanam berdasarkan susunan dan corak tertentu.
e. Ladang kontrak
  • Perladangan yang melibatkan perjanjian secara rasmi di antara pengusaha pertanian dengan pembekal (pembeli/penyedia modah)
  • Tujuan -   mengurangkan risiko kerugian dan menyediakan pasaran hasil pertanian yang tetap
  • Faedah:
Pengusaha PertanianPembeli
-          Tidak bimbang pemasaran hasil
-          Tidak memerlukan modal yang banyak bagi memulakan perusahaan
-          Mendapat latihan, khidmat nasihat dan kemudahan lain dari pembeli
-          Mendapat bekalan pada masa  ditetapkan
-          Mendapat bekalan pada harga dipersetujui
-          Mendapat bekalan mengikut kuantiti dan  kualiti yang ditetapkan
  • Contoh ladang kontrak  - ayam pedaging untuk restoran KFC, ikan keli dan siakap untuk restoran dan bunga untuk hotel
f. Penggabungan ladang kecil
  • Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau ladang bersaiz besar seperti mini estet
  • Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi
  • Mempastikan keberkesanan  penggunaan sumber sedia ada
  • Agensi pertanian seperti LPP membekalkan input pertanian dan pemasaran
  • Ahli menjaga dan menguruskan ladang mereka
    • Tujuan -    meningkatkan produktiviti ladang dan pendapatan petani melaluipembangunan komoditi dalam jumlah yang besar dan tersusun.
g. Perhutani
  • Maksud
-           Kegiatan pertanian dan perhutanan dibangunkan bersama-sama
-           Beberapa jenis tanaman yang sesuai digabungkan dalam satu                                          kawasan
  • Tujuan         -           memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber                                       pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal
  • Contoh – tanaman rotan di dalam kebun getah, ladang pokok jati dan sentang
  • Manfaat integrasi pertanian dan perhutanan:
-          Mewujudkan ruang untuk gabungan perusahaan perhutanan dan pertanian.
-          Mengoptimumkan penggunaan sumber terutama tanah.
-          Menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman industri pertanian.
-          Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan dari tanah yang sama.
-          Mengurangkan permintaan untuk tanah pertanian yang baru.
-          Meningkatkan pendapatan dari pelaburan.
1.4     Isu Pertanian Di Malaysia
a. Produktiviti
  • Kecekapan menggunakan input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang               maksimum.
  • Kekangan meningkatkan produktiviti sektor pertanian:
i.      Sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap
- input tidak digunakan dengan cekap seperti baja digunakan secara membazir
dan penggunaan tenaga buruh yang tinggi
ii.      Daya pengeluaran yang rendah
- permintaan kelapa tinggi tetapi pengeluaran rendah
- hasil rendah kerana menggunakan benih atau baka tidak bermutu
iii.      Saiz ladang terlalu kecil
- keluasan yang kecil menyukarkan penggunaan teknologi dan amalan yang
ekonomikal
- hasil rendah
iv.      Kurang penggunaan teknologi yang lebih berkesan
- petani kurang menggunakan teknologi moden
- cara meningkatkan produktiviti – pekebun kecil menggunakan klon-klon getah
baru, teknik penorehan ‘puncture tapping’ dan sistem pengairan moden dalam
penanaman sayur-sayuran.
v.      Perubahan cuaca dan iklim
- kesan cuaca seperti musim hujan dan panas menjejaskan produktiviti
  • Langkah mengatasi kekangan produktivit/produktiviti rendah:
i.      Ladang kelompok
-           ladang-ladang kecil digabungkan untuk memastikan keberkesanan            penggunaan sumber sedia ada.
-           Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau mini estet
-           Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi
ii.      Perladangan campuran
-           menanam lebih dari satu jenis tanaman dalam satu kawasan                                 penanaman.
-           dapat menambah pendapatan petani
contoh  :  menanam pisang dalam kebun kelapa atau kebun getah dan menanam koko dalam kebun kelapa sawit
iii.      Penggunaan teknologi
-           kaedah kultur tisu dapat menghasilkan lebih banyak bahan penanaman                  yang berkualiti  dan tahan penyakit dalam masa singkat.
-           guna jentera atau teknologi pengairan titisan dan percikan
iv.   Mengadakan program latihan dan bimbingan kepada petani.
b. Ketidakstabilan harga
-     Pengeluaran hasil sukar disesuaikan dengan permintaan pasaran.
-     Hasil pertanian cepat rosak dan teknik penyimpanan terhad menyebabkan hasil
pertanian tidak dapat disimpan sementara menunggu harga meningkat.
-     Kos pengeluaran semakin meningkat membebankan petani.
-     Bekalan yang berlebihan juga menyebabkan ketidakstabilan harga.
-     Langkah mengatasi ketidakstabilan harga:
-          Memproses hasil tanaman seperti cili dijadikan sos
-          Agensi kerajaan membeli hasil yang berlebihan
-          Menghapuskan penggunaan orang tengah
-          Memperkenalkan harga minimum terjamin / harga siling
-          Mencari bahan alternatif baru untuk makanan ternakan
c. Penyebaran Dan Pengamalan Teknologi Baru
  • Teknologi baru penggerak negara mengeksport lebih banyak bahan pertanian.
  • Amalan teknologi baru seperti pertanian persekitaran terkawal dan penanaman sayuran secara fertigasi
  • Cara mengatasi masalah penyebaran dan pengamalan teknologi baru :
-          mengadakan lawatan ke kebun
-          memberi penerangan, kursus dan bimbingan secara berterusan
-          penggunaan media massa secara meluas / kempen
d. Pendidikan Dan Latihan
  • Melahirkan petani dan penternak yang berdaya maju dan inovatif.
  • Kementerian Pertanian menjalankan program latihan dan bimbingan, penyelidikan dalam teknologi makanan dan industri herba berasaskan pertanian.
  • Cara mengatasi masalah kekurangan pendidikan dan latihan
-          menggiatkan aktivti latihan untuk petani
-          memperbanyakkan penyelidikan dan menggiatkan pengembangan
-          memperbanyakkan pusat latihan/institusi latihan pertanian
e. Penghijrahan Penduduk
  • Hijrah dari desa ke bandar
  • Kerana faktor:
i.      Sosial – gaya hidup di bandar, mobiliti sosial dan infrastruktur moden
ii.      Ekonomi – pendapatan yang kurang lumayan / rendah di desa, pertanian banyak risiko
  • Kesan penghijrahan – pertanian tidak dapat diusahakan secara efisien
  • Langkah mengatasi penghijrahan penduduk
-          membawa industri ke desa / buka kilang di desa
-          menggalakkan belia berkelulusan pertanian mengusahakan pertanian secara professional dan komersial
f. Pencemaran Alam Sekitar
  • Punca pencemaran:
-          sisa bahan pertanian contohnya sisa getah dan kelapa sawit
-          sisa toksik dari racun makhluk perosak
-          asap dari pembakaran
-          pembuangan najis yang tidak terkawal dari industri ternakan
-          penghasilan gas metana melalui pereputan sisa pertanian
-          hakisan kawasan penanaman
  • Cara mengatasi pencemaran:
-          guna semula sisa pertanian untuk makanan ternakan dan medium penanaman
-          guna kaedah biologi untuk merawat air tercemar
-          penguatkuasaan undang-undang
-          mengurangkan penggunaan racun perosak – rumah jaring kalis serangga, kawalan perosak bersepadu, kawalan biologi dan menanam secara organik
g. Kekurangan Buruh
  • Punca kekurangan buruh:
-          penduduk tempatan tidak berminat bekerja di ladang menyebabkan buruh asing dibawa masuk
-          golongan muda berhijrah ke bandar
-          pendapatan kurang lumayan
-          pulangan pertanian rendah
-          perusahaan pertanian berisiko
-          perbezaan taraf hidup penduduk desa dan bandar
  • Langkah-langkah mengatasi kekurangan buruh :
-          Penggunaan teknologi baru
-          Penggunaan mekanisasi ladang
-          Aplikasi  bioteknologi
-          Pertanian persis (tepat)
-          Gunakan tenaga buruh asing
-          Menyediakan suasana kerja yang menarik untuk menarik pekerja tempatan
1.5   Peranan institusi dalam pembangunan pertanian
a.       Menyediakan infrastruktur
  • Sistem pengairan dan saliran, sistem jalan raya, sistem komunikasi, bekalan elektrik dan air
  • Institusi terlibat JPS, FELDA, RISDA, JKR, TNB
b.   Menjalankan penyelidikan dan pembangunan
  • Meliputi pengeluaran, lepas tuai  dan aktiviti hiliran (pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan,pengangkutan)
  • Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, MCB, Guthri, Sime Darby
c.   Memberi khidmat nasihat dan latihan
  • Lawatan dan latihan oleh agen pengembangan
  • Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, LPP,RISDA dll
d.    Menyediakan peluang pekerjaan
  • Penyelidik, pegawai pengembangan, perunding, agen pemasaran dll
  • Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, LPP, dll
e.   Menyediakan bantuan kewangan
  • Perkhidmatan memberi kredit
  • Institusi terlibat seperti BPM, LPP, Jabatan Pertanian dll.
f.   Membuat penyeliaan
  • Menentukan prosedur dan undang-undang dipatuhi (penggunaan racun, pencegahan penyakit, pemeriksaan mutu hasil pertanian)
  • Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, MPOB, BERNAS, dll
g.   Membantu pemasaran hasil
  • Mendapatkan pembeli, menyediakan kemudahan pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran.
  • Institusi terlibat seperti FAMA, MARDEC, LTN, BERNAS dll.

No comments:

Post a Comment