ANAKLAUT

Tuesday, 31 January 2012

Kunjungan ke Banjar 2 dis 2011 ( bahagian 2)

Kami berada dalam pesawat lebih kurang 3 jam sebelum tiba ke Balik Papan. Ini kerana keadaan cuaca kurang baik menyebabkan pesawat bergoyang-goyang seperti perahu dilambung ombak, menurut pramugari airasia pesawat terbang pada ketinggian 7000 meter dari aras laut. Bila pesawat berada di atas pulau Borneo baru cuaca tenang kembali, dari tingkap pesawat kelihatan pemandangan yang sangat menakjubkan bumi Kalimantan dari udara, hutan-hutannya,liku-liku sungai seperti lingkaran ular gergasi. Bila pesawat semakin rendah untuk mendarat di Sepinggan airport, Bandar Balik Papan sunguh cantik dengan pantainya dan kebiruan air laut, rupanya Balik Papan bandar tepian pantai dan pelabuhan kerana kelihatan banyak kapal-kapal besar di perairanya. Kelihatan juga banyak tangki-tangki simpanan petroleum di situ. Marak api dari kilang penapis jelas kelihatan.

                                Balik Papan dari udara

                                 Biru lautnya

                                       Balik Papan yang maju


            Kami selamat tiba di Balik Papan pada pukul 12.30 hari. Pertama kali kami menjejakan kaki di bumi Indonesia. Wilayah Kalimantan Timur adalah sebuah Propensi (negeri) yang terluas di Indonesia malah mungkin yang paling kaya kerana di buminya terdapat minyak dan lain-lain hasil bumi. Kami terus ke hotel yang kami tempah secara online semasa di Kuala Lumpur. Nama hotel   Sapinggan Hotel.  Sapupu  saya Syamsudin tidak dapat menjemput kami waktu itu kerana waktu kerjanya hari itu belum habis. Ia seorang guru sekolah. Lingkungan pukul 4.30 petang Syamsudin tiba dengan bapa mertuanya di lobi hotel. Memang kami belum pernah bertemu sebelum ini,hanya berhubungan melalui telefon saja. Kami pun bertanyakan khabar masing-masing dengan penuh kegembiraan kerana dapat bertemu muka.
            Syamsudin mempelawa kami tidur di rumahnya, kami menerima dengan senang hati. Sempat juga kami berphoto di hotel sebelum keluar. Rumah Syamsudin terletak di Kampung Sungai Ampal di pingir Bandar Balik Papan .Malam itu kami tidur dengan nyenyak mengkin kerana kelitihan kerana perjalanan jauh.

                          Kenangan di BPN Super block

                 Di rumah Syamsudin bersama Makiah dan Sarifudin


                           Masjid Istqakamah BPN



                         Syamsudin dengan anak-anaknya

            Keesok pagi adalah hari kerja bagi Syamsudin, jadi kami dipinjamkan motosikalnya untuk pusing-pusing di Bandar Balik Papan. Saya dan Nazmi memberanikan diri menungang motosikal di sini, kerana agak kekok kerana mungkin suasana asing bagi kami. Banyak tempat juga yang sempat kami lihat.Tengahari kami pulang ke rumah Syamsudin mujur tak sesat jalan.
               Pertemuan kami yang pertama di Hotel sapinggan BPN

                           Keluarga Syamsudin bin Mohdar



            Petang itu sekali lagi Syamsudin mengajak kami pusing-pusing di balik papan seperti Semayang, Rumah walikota. Pantai, Mesjid dan lain-lain. Ia juga membantu kami membeli teket penerbangan ke Banjarmasin malam ini. Petang itu juga kami di kunjungi 2 orang anaksaudara, Makiah dan Sarifudin, maksudnya dengan Nazmi sepupu 3kali.
            Malam 3 dis 2012 kami berlepas dari Sapinggan Airport jam 7.30 malam dengan pesawat Srivijaya. Syamsudin dan Sarifudin menghantar kami hingga pintu berlepas. “Terimakasih kulaan di Balik Papan”. Penerbangan dari Balik Papan ke Banjarmasin Cuma mengambil masa setengah jam sahaja. (Sambung bahagian 3)
http://hisamihalidi.blogspot.com/2012/02/kunjungan-ke-banjar-2-dis-2011-bahagian.html

posting lama . http://hisamihalidi.blogspot.com/2012/01/kunjungan-ke-banjar-2-dis-201.html

No comments:

Post a Comment