ANAKLAUT

Thursday, 15 March 2012

Nota untuk pelajarku. - TANAH (Komponen Tanah)

 Organisma Tanah    

1.     Dua kumpulan iaitu mikroorganisma dan makroorganisma tanah.
·  Tertumpu di kawasan dekat akar.
 
     Jenis organisma
          Ciri dan peranan organisma kepada tanah
        Bakteria
·   Terlibat dalam proses pereputan sisa organik
·   Penting dalam peredaran C,N,P dan S dalam tanah.




        Aktinomisit
·   Ciri antara bakteria dan kulat
·   Keluarkan hifa
·   Penting dalam proses pereputan Sisa Organik.


          Kulat

·   Peranan penting dalam pereputan bahan organik.
·   Bersimbiosis dengan akar tumbuhan


     Nematod

·   Membantu pereputan bahan organik
·   menggunakan bahan pereputan bahan organik


       Alga
·   menggunakan cahaya untuk jalankan fotosintesis
·   menukar CO2 kepada O2 di sawah padi.
·   Setengah alga menyerap N daripada udara dan sampaikan
      kepada pokok padi..

                 

        CacingTanah

·   Gaul hasil reputan daun di atas tanah.
·   Bawa tanah dari satulapisan ke lapisan lain.
·   Membaiki pengudaraan dan saliran tanah- lubang digalinya.
·   Tinja mengandungi kalsium- menyubur tanah.






Sifat fizik tanah


Warna tanah

1.       Warna menggambarkan keadaan fizikal tanah, kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan kesuburan tanah.
2.       Tanah berwarna gelap (hitam keperangan) lebih subur.
3.       Tanah pudar (kekuningan) – paling tak subur.
4.       Tanah sederhana gelap (perang kekuningan) – sederhana subur
5.       Warna tanah dikenalpasti dengan membandingkan warna tanah dengan carta warna Munsell.

Warna tanah
Ciri-ciri tanah berdasarkan  warna
Merah
·kandungan oksida ferum
·saliran dan pengudaraan baik
·terdapat di lereng bukit
·sesuai tanaman getah dan kelapa sawit


Perang
·Kandungan oksida ferum dan bahan organik
·Saliran baik
·Subur

Kelabu
·Oksida ferum dan oksigen kurang
·Saliran kurang baik dan menakung air
·Kurang beroksida
·Pengudaraan kurang baik
·Sesuai tanaman padi

Kehitam-hitaman
·kandungan mangan oksida atau bahan organik tinggi
·menakung air dan pH rendah
·bahan organik lambat reput kerana kurang oksigen
·tidak mampu memberi sokongan kepada tumbuhan besar.
·Tanaman sesuai – nanas dan sayuran

Putih
·Banyak kandungan liat dikenali sebagai koalinit.

Kuning
·Oksida ferum berpadu dengan air.
·Saliran baik
·Lebih lembap berbanding tanah merah





2 comments: