ANAKLAUT

Sunday 25 March 2012

Sifat kimia tanah

 
pH Tanah

1.       pH tanah ialah keassidan atau kealkalian sesuatu tanah.
2.       Tanah tropika bersifat asid – kerana larut resapan .
3.      
Keasidan wujud kerana kehadiran ion hidrogen (H+)
nilai pH tanah ditentukan oleh kepekatan ion hidrogen (H+).
4.       pH tanah ditentukan dengan :         
·Kaedah Kuhn
· meter pH




pH tanah         Faktor yang menyebabkan keasidan tanah

1.       Kandungan bahan induk
· batu granit mengandungi aluminium. Aluminium alami tindakbalas hidrolisis keluarkan ion hidrogen
· oleh itu tanah yang berasal dari bahan induk batu granit adalah berasid

2.       Larutresapan
· Kehilangan bahan berbes
· kehilangan ion Ca, Mg dan K melalui larutresapan digantikan oleh ion hidrogen. Kehadiran ion hidrogen menyebabkan tanah berasid

3.       Penggunaan baja kimia
· seperti baja  Amonium sulfat yang akan hasilkan ion NH+
· NH+            NO3-  +  H+
· H+ turunkan pH tanah.

4.       Pereputan bahan organik
· pereputan bahan organik menghasilkan asid organik yang akan merendahkan pH tanah.

5.       Penambahan asid karbonik dan asid nitrik
·gas CO2,  nitrogen oksida dan nitrogen dioksida  di atmosfera larut dalam air hujan dan membentuk asid lemah
· asid tersebut ialah asid karbonik dan asid nitrik

6.       Respirasi akar dan organisma tanah
· CO2 yang dihasilkan semasa respirasi akar dan organisma tanah bertindakbalas dengan air menghasilkan asid karbonik.

7.       Penghasilan gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida
·Tindakan kilat menggabungkan gas nitrogen dioksida dan oksigen di atmosfera yang kemudiannnya bertindakbalas dengan air untuk menghasilkan asid nitrik. Asid nitrik turun bersama hujan, masuk ke dalam tanah dan menyebabkan tanah berasid


Kesan pH tanah kepada tanaman.

1.     Ketersediaan nutrien

·Nutrien mudah larut dalam larutan tanah pada pH tertentu.
· pH rendah – pembebasan ion ferum dan magnesium
·pH tinggi – pembebasan ion Kalsium dan Magnesium
· Keempat ion itu bertindakbalas dengan fosfat membentuk fosfat tidak larut.
· Fosfat kurang tersedia jika pH terlalu tinggi atau rendah

2.     Aktiviti mikrob

· mikroorganisma bermanfaat hidup pada pH 5.5 – pH 7.8.
· mikroorganisma yang jalankan proses penitratan terjejas bila pH kurang 5.5.
· pH rendah merencatkan aktiviti cacing tanah.

3.     Penyakit tumbuhan

· pH rendah menyebabkan kulat mudah membiak, tumbuhan sukar memperoleh nutrien dan pertumbuhan akar terjejas apabila pH tanah terlalu tinggi atau rendah.

No comments:

Post a Comment