ANAKLAUT

Sunday, 25 March 2012

Tekstur tanah

Tekstur tanah

      1.       Tekstur tanah ialah  peratus kandungan kumin-kumin pasir, kelodak dan liat atau sifat kasar dan halusnya sesuatu tanah.
2.     Tekstur tanah ditentukan  dengan cara merasa (cara medan) dengan tangan atau kaedah mendapan.
3.     Pisahan tanah ialah lapisan kumin yang saiznya ditetapkan mengikut sistem pengelasan Atterberg atau sistem USDA.
      4.       Kepentingan tekstur tanah – tekstur tanah dapat menentukan;
· Penyaliran -  tanah bertekstur kasar mempunyai saliran yang baik
· Pengudaraan – tanah bertekstur kasar mempunyai liang lebih besar yang dapat memudahkan pertukaran gas
· Penjerapan nutrien – tanah bertekstur halus seperti kumin liat bercas negatif dan dapat menjerap nutrien bercas positif. Tanah bertekstur halus dapat menakung air


Struktur tanah

       1.      Struktur tanah ialah susunan kumin-kumin tanah (pasir,kelodak dan liat) dalam                                bentuk tertentu.
 2.  Tanah pasir  tidak berstruktur.
 3.    Struktur butir rapuh – terbaik kerana berongga.

 4.  Kepentingan struktur tanah : struktur tanah yang baik

· Pengudaraan tanah – rongga antara agregat membenarkan udara dan air meresap dengan baik. Air tidak bertakung dan akar mendapat oksigen cukup

· Daya tahan tanah – kumin-kumin tanah  bergabung menjadi binaan yang lebih besar dan dapat mengelakkan tanah dari hakisan


· Mengurangkan kesan ketoksikan CO2  -  struktur yang baik dapat  mengurangkan kesan ketoksikan CO2  kerana gas ini mudah meresap ke udara


          5.  Jenis struktur tanah
· Butir rapuh
· Berlapis
· Berblok
· Prismatik
· Kolumnar
· Tanah tidak berstruktur – berbutir tunggal
 - berbongkah (massive)

No comments:

Post a Comment