Pertama sekali saya ingin memanjatkan kesyukuran Kehadrat Allah s.w.t
kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan Laporan Kerja Kursus Sains
Pertanian 2013 ini dengan jayanya.
Dalam
laporan kerja kursus ini, ia terbahagi kepada lapan bahagian iaitu :-
i.
Melakukan
Eksperimen Makmal
ii.
Melakukan Bedah
Siasat (Ayam)
iii.
Mengawal Organisme
Perosak (Kaedah Kimia)
iv.
Melakukan Pembiakan
Pokok (Markot)
v.
Memasang Pengairan
(Titisan dan Percikan)
vi.
Mengaplikasikan
Prinsip Bioteknologi (Tapai Ubi)
vii.
Amali Komputer
(Internet)
viii.
Rancangan operasi
ladang ms 104 buku tg5
Laporan kerja kursus sains pertanian ini adalah mengikut skema yang telah
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia(LPM). Dengan adanya laporan ini,
saya berharap agar semua pihak dapat mengetahui dan memahami serba sedikit
mengenai sains pertanian. Semoga para pembaca dapat memanfaatkan dan
mempraktikannya dengan jayanya.
Assalaamualaikum W.B..T
Alhamdulillah, shukur saya Kehadrat
Allah S.W.T kerana dengan limpah
kurnianya dengan ini saya telah dapat menyiapkan laporan Kerja Kursus Sains Pertanian 2013 ini
dengan jayanya.
Di
sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada En.Halidi Bin Hanafiah kerana telah banyak memberikan bimbingan
dan tunjuk ajar yang berguna untuk saya. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya,..........................................yang
telah menyediakan sumber kewangan untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna. Kepada rakan-rakan yang telah bekerjasama dengan saya, ucapan ribuan terima kasih saya ingin
ucapkan. Semoga hubungan persahabatan kita
semua akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Di kesempatan
ini juga, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn.Pengetua guru
Kaunselor dan semua guru-guru kerana banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar
kepada saya. Tanpa anda semua, mustahil saya dapat menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya. Semoga anda semua akan mendapat balasan dan ganjaran dari Allah
s.w.t. Insya-Allah...
Akhir
kata, semoga kerja kursus ini akan memberi serba sedikit maklumat kepada
pembaca. Dengan ini juga, semoga kerja kursus ini dapat dijadikan contoh dan
panduan kepada calon-calon SPM 2013 kelak. Wassalam...
T/tangan Calon,
..............
(..................................................)
1.1
MELAKUKAN
EKSPERIMEN MAKMAL
KESAN KALSIUM KARBIDA KE ATAS KEMASAKAN BUAH
Tujuan
Menentukan kesan kalsium karbida atas proses
kemasakan buah.
Bahan/Alatan/Radas
Spatula, kain pelacu, 4 bekas plastik bertudung,
kalsium karbida, pisang hijau (telah matang).
Langkah-Langkah
1.
Sediakan 2 bekas
bertudung yang bersih dan kering.
2.
Masukkan 2-3 biji
pisang hijau dalam setiap bekas dan labelkan A dan B
3.
Letakkan ¼ sudu
pepejal kalsium karbida yang dibungkus dengan kain belacu ke dalam bekas A dan
tutup dengan segera.
4.
Bekas B sebagai
radas kawalan.
5.
Lakukan pemerhatian
selepas 3-4 hari dengan mencatat perubahan ke atas buah pisang dalam bekas A
dan bekas B.
Langkah
Keselamatan
1.
Kalsium karbida
yang dilarutkan menghasilkan gas yang mudah terbakar atau meletup jika
termampat.
2.
jauhi punca api
daripada kawasan eksperimen.
3.
Gas sampingan yang
terhasil daripada kalsium karbida mengandungi gas arsenik dan fosforus yang
toksik.
BEKAS A
BEKAS B
Gambarajah :
Penyediaan amali untuk kemasakan buah
Pemerhatian
Bekas A
Rawatan dengan kalsium karbida
|
Bekas B
Tanpa Rawatan
|
|
Tempoh buah untuk masak
|
3 hari
|
7 hari
|
Kesimpulan
Buah yang mengandungi kalsium karbida lebih cepat
masak berbanding buah yang tidak mengandungi kalsium karbida.
Tindakbalas pengawal
atur pertumbuna asetelina.
1.2
MELAKUKAN BEDAH
SIASAT
Tujuan
Melakukan bedah siasat untuk mengenalpasti sistem
pencernaan ayam.
Bahan
/ Radas
Ayam, kepingan papan, benang, set pisau bedah,
dulang, sekateur, tukul dan paku 2 inci, pen marker, jarum peniti, kertas tisu,
sarung tangan, penutup mulut.
Langkah-Langkah
1.
Sediakan seekor
ayam yang telah disembelih dan dicabut bulunya.
2.
Letakkan ayam
terlentang di atas papan, pakukan kepaknya.
3.
Tekan kedua-dua
bahagian peha supaya kaki rata dan terbuka serta pakukan.
4.
Buang bahagian
kulit bertanda garisan bertitik-titik.
5.
Bedah bahagian
tengah dada hingga ke pangkal kedua-dua peha.
6.
Potong otot dada
bahagian yang bertanda 1 dan 2 sepanjang 3 sm sehingga tersentuh tulang dengan
pisau.
7.
Gunakan sekateur
untuk memotong tulang kepak.
8.
Keluarkan penutup
abdomen dengan menggunting sebahagian bertanda 3 dan 4.
9.
Perhatikan bahagian
organ.
10.
Keluarkan
organ-organ sistem pencernaan dengan berhati-hati.
11.
Rungkai organ dan
pamerkan di atas dulang.
12.
Lakar dan labelkan
organ berikut :
Paruh
Esofagus
Tembolok
Perut
Hempedal
Hati
Deodenum
Salur pundi pankreas
Proventikulus
Pundi hempedu
Usus
Sekum
Kloaka
Gambarajah : Sistem Pencernaan Ayam
Sistem Pencernaan Bukan Ruminan
Organ
|
Fungsi
|
Paruh
|
- Memecahkan makanan
- Merembeskan air
|
Esofagus
|
- Menyalurkan makanan ke tembolok
|
Tembolok
|
- Menyimpan makanan sementara
|
Proventikulus
|
- Merembeskan enzim
|
Hempedal
|
- Mengisar makanan, merembeskan enzim pencernaan, menyerap nutrien dan menyerap
air
|
Pankreas
|
- Merembeskan enzim penghadaman
|
Hati
|
- Menyerap toksin dan merembeskan hempedu
|
Pundi Hempedu
|
- Menyimpan cairan hempedu
|
Sekum
|
- Menapaikan bahan selulosa dan menyerap air
|
Kloaka
|
- Mengeluarkan tinja
|
Langkah
Keselamatan
1.
Guna alat yang
tajam.
2.
Lakukan pembedahan
dengan berhati-hati.
3.
Asingkan lemak yang
melekat pada organ-organ pencernaan dengan cermat.
1.3
MENGAWAL ORGANISMA
MENGGUNAKAN KEDAH KIMIA
Pengenalan
Kaedah ini
paling digemari oleh pengusaha-pengusaha pertanian kerana memberi kesan yang
cepat. Keberkesanan racun dapat dilihat apabila perosak-perosak dapat
dihapuskan. Masalah timbul apabila racun kimia digunakan secara keterlaluan
sehingga terdapat perosak yang menjadi kebal terhadap racun-racun tersebut.
Apabila
pengusaha pertanian mendapati bahan kimia itu tidak berkesan lagi, konsentrasi
racun yang lebih tinggi atau campuran bahan-bahan kimia yang lebih toksik
digunakan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pencemaran persekitaran.
Racun
perosak dapat dikelaskan mengikut cara tindakannya ke atas perosak.
Gambar : Contoh racun sistemik
JENIS RACUN
|
CIRI-CIRI
|
CONTOH
|
Racun
Perut
|
Racun yang berbentuk cecair, serbuk, bintil atau umpan ini membunuh
apabila dimakan oleh perosak.
Digunakan sebagai umpan / sembur.
|
Racun serangga seperti Malation.
Racun tikus seperti zink fosfida dan warfarin.
|
Racun
Sentuh
|
Racun ini membunuh apabila terkena perosak, memasuki sistem peredaran
darah, sistem pernafasan perosak atau mengganggu sistem saraf.
Digunakan dalam bentuk semburan kabus
|
Racun serangga seperti karbaril, heptaklor, dan BHC.
Racun kulat yang mengandungi kuprum dan raksa.
Racun rumpai seperti parakuat.
|
Racun
Sistemik
|
Bahan kimia ini akan meresap melalui sistem vaskular tumbuhan ke arah
daun dan bahagian tumbuhan menyebabkan tanaman beracun kepada perosak.
|
Racun kulat seperti Benomil
Racun serangga seperti Dimetoat dan Furadan.
|
Racun
Pewasap
(Fumigan)
|
Racun dalam bentuk wasap ini membunuh perosak yang tersedut masuk ke
dalam sistem respirasinya.
|
Metil Bromide, Kloropikrin, Natrium Florida dan Vapam.
|
KELEBIHAN
DAN KEBURUKAN KAWALAN SECARA KIMIA
Kelebihan
Secara keseluruhannya kawalan kimia banyak memberi manfaat lebih-lebih
lagi jika digunakan dengan betul sepertimana arahan yang dilabelkan. Antara
kelebihan menggunakan kawalan ini adalah :-
1.
Mudah dijalankan
Penggunaan
racun ini adalah mudah kerana racun ini hanya perlu dicampurkan dengan air
sahaja, tanpa proses yang menyulitkan.
2.
Kesan segera yang diperolehi
Para petani
inginkan hasil dalam tempoh masa yang cepat. Dengan ini petani menggunakan
racun kimia kerana kesannya yang diperolehi dalam masa yang singkat.
3.
Pelbagai jenis racun
Pada masa
kini, pelbagai jenis racun kimia dipasaran, oleh itu para petani mudah untuk
mendapatkannya. Selain itu juga terdapat di sesetengah kedai runcit.
4.
Pelbagai kegunaan
Banyak jenis
perosak boleh dikawal kerana ada sesetengah racun yang bertindak ke atas
kebanyakan serangga perosak.
Keburukan
Kawalan secara kimia juga terdapat keburukan jika diguna secara
berlebihan. Antara keburukan menggunakan kawalan ini adalah :-
1.
Mencemarakan alam sekitar
Bahan kimia
ini jika diguna secara berlebihan atau tidak mengikut sukatan, ia boleh
mencemarkan alam sekitar.
2.
Mencederakan tisu
Bahan kimia
ini juga bolehmengakibatkan kecederaan tisu. Ini kerana terdapat sesetengah
racun kimia yang mampu mencederakan tisu.
3.
Mewujudkan perosak yang resistan terhadap
racun
Fenomena ini
berlaku apabila racun kimia digunakan secara keterlaluan sehingga terdapat
perosak yang menjadi kebal terhadap racun-racun tersebut.
4.
Meninggalkan kesan bau dan rasa pada hasil
tanaman
Apabila
pengusaha pertanian mendapati bahan kimia itu tidak berkesan lagi, pengusaha
tersebut akan membuang racun tersebut dan ini mengakibatkan pencemaran bau dan
rasa pada tanaman.
Inilah sedikit sebanyak tentang kebaikan dan keburukan menggunakan racun
kimia dalam aktivit pertanian. Diharap para pembaca akan mendapat sedikit
sebanyak info mengenai racun kimia ini.
LANGKAH-LANGKAH
KESELAMATAN APABILA MENGGUNAKAN RACUN KIMIA
Gunakan racun kimia yang paling sesuai jenis perosak.
Baca maklumat yang terdapat pada setiap bungkusan atau botol racun.
Sukat kadar racun yang hendak digunakan dengan tepat.
Periksa keadaan semua bahagian penyembur sebelum menggunakannya.
Jangan sentuh, hidu atau merasa racun kimia.
Gunakan kayu atau benda lain yang sesuai untuk membancuh racun
kimia(JANGAN GUNA TANGAN UNTUK MEMBANCUH).
Jangan makan atau minum semasa membancuh atau menyembur racun.
Pakai pakaian pelindung yang sesuai.
Bersihkan semua alat sebelum dan selepas menggunakannya.
Bersihkan bahagian muncung penyembur yang tersumbat.
Simpan racun kimia di tempat yang selamat dan berkunci.
Tanam semua bekas sisa racun atau letak ke dalam tong kitar semula yang
disediakan.
Dapatkan rawatan doktor dengan segera sekiranya berlaku kecemasan.
Sebelum meracun, perlulah membaca panduannya
terlebih dahulu.
Selepas meracun, pastikan botol-botol racun
dimasukkan ke dalam tong kitar semula yang disediakan.
Selepas meracun juga, pastikan alatan-alatan
disimpan di dalam setor simpanan dan dikunci.
Janganlah kita membuang sisa-sisa toksik ke dalam
sungai. Jagalah warisan kita, jangan biarkan ia tercemar.
1.4
PEMBIAKAN SECARA
ASEKS (MARKOT)
Pengenalan
Pembiakan aseks
merupakan yang hanya memerlukan satu induk bagi menghasilkan baka baru.
Pembiakan secara vegatif merupakan pembiakan aseks yang sering digunakan dalam
pertanian. Pembiakan vegatif terbahagi kepada beberapa kaedah seperti :-
v Keratan batang
v Markot
v Cantuman
v Umbisi
v Belahan dedua
Markot
adalah satu kaedah yang dijalankan ke atas tanaman yang sukar dibiakkan melalui
keratan atau cantuman. Markot atau tut adalah satu kaedah pembiakan secara
aseks. Tujuan merkot adalh untuk menghasilkan bahan tanaman dan juga
memendekkan tempoh kematangan pokok. Tumbuhan yang lebih besar boleh dihasilkan
dan pencapaian yang optimum dalam jangka masa yang pendek.
Dalam
menjalankan kaedah pembiakan ini, faktor-faktor utama yang harus
dititikberatkan semasa memilih tumbuhan ialah mudah didapati, daunnya rendah
dan senang dikerjakan. Melalui kaedah ini hormon pengakaran turut digunakan.
Hormon pengakaran ini merupakan jenis bahan serbuk yang berfungsi sebagai
mempercepat
pengeluaran akar pada dahan yang ditut.
Objektif
Kajian
Kajian pembiakan secara markot digunakan bertujuan
untuk :-
1.
Mendapatkan anak pokok yang baru.
- Dengan
adanya pembiakan secara markot petani boleh menghasilkan pokok yang baru untuk
ditanam atau digantikan dengan pokok induk.
2.
Memendekkan tempoh kematangan.
- Melalui
kaedah ini petani bukan sahaja boleh menghasilkan tumbuhan baru dengan banyak
malahan dapat mempercepatkan kematangan dan pengeluaran.
3.
Mengkaji kesan hormon pengakaran.
- Melalui
kaedah ini petani juga dapat mengkaji
kesan penggunaan hormon pengakaran sama adaa dapat mengeluarkan akar dalam masa
yang singkat atau lambat.
4.
Mengkaji tempoh kematangan.
- Dengan adanya kaedah ini petani dapat menghasilkan tanaman dengan lebih
cepat dan boleh mencapai pertumbuhan dalam masa yang singkat.
5.
Mendapatkan sifat pokok yang sama.
- Melalui
kaedah ini, sifat baka yang akan terhasil sama dengan sifat pokok induk.
TEKNIK MENJALANKAN KAEDAH MARKOT
Bahan
dan Alatan
Bahan dan alatan yang selengkapnya perlu disediakan
sebelum memulakan kaedah memarkot. Bahan yang diperlukan ialah :-
Pisau yang tajam.
Helaian politena lutsinar.
Hormone pengakaran (SERADIK).
Tali Rafia.
Medium Memarkot.
Sekateur.
Dahan pokok hiasan yang telah dipilih.
Penyediaan Medium
i.
Tanah loam, bahan
organik dan pasir sungai ditapis secara berasingan.
ii.
Bahan disediakan
mengikut nisbah yang sesuai.
iii.
Bahan loam, bahan
organik dan pasir sungai dicampurkan.
iv.
Bahan campuran
digaul dengan menggunakan sudip sehingga sebati.
v.
Bahagikan medium
kepada 5 atau 6 bahagian.
vi.
Gumpalkan medium
yang telah dibahagikan tadi.
Pemilihan Dahan
i.
Dahan yang dipilih
mestilah sihat dan tidak berpenyakit.
ii.
Dahan mestilah
berdiameter 1-5 cm dan sederhana keras.
iii.
Dahan mestilah
bercabang lurus.
iv.
Dahan yang dipilih
tidak cacat.
Membuat
Kelaran
i.
4 cm kelaran dibuat
pada dahan dengan menggunakan pisau yang tajam.
ii.
Satu potongan
memanjang yang menghubungkan kedua-dua kelaran dibuat.
iii.
Kulit kayu dikopak
perlahan-lahan untuk mengelakkan dahan daripada terluka.
Mengikis Tisu Karbon
i.
Seluruh permukaan
yang telah ditentukan akan dikikis.
ii.
Tisu karbium
hendaklah dikikis dengan menggunakan pisau yang kecil dan tajam.
iii.
Tisu karbium
hendaklah dikikis dengan berhati-hati dan kemas.
iv.
Tujuan tisu karbium
dikikis adalah untuk mengelakkan kulit kayu tumbuhan akan tumbuh semula.
Menyapu Hormon
Pengakaran
i.
Hormon pengakaran
mestilah disapu disekeliling permukaan tisu.
ii.
Penyapuan hormon
pengakaran adalh bertujuan untuk menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan
akar.
iii.
Hormon mestilah
disapu dengan cermat dan kemas.
Saiz Gumpalan
i.
Saiz gumpalan yang
dibuat haruslah bersesuaian dengan keadaan dahan yang tidak terlalu besar atau
terlalu kecil.
ii.
Bahan gumpalan
hendaklah terdiri daripada campuran yang bvetul dan melekup antara satu sama
lain.
iii.
Gumpalan juga
hendaklah tidak terlalu keras atau terlalu melekit.
Melekapkan Medium
i.
Saiz gumpalan yang
sesuai dilekapakan pada dahan atau ranting kayu yang dikelar.
ii.
Lekapan medium
hendaklah mengelilingi kelaran bagi tujuan mengangkut nutrien dari medium
tersebut.
iii.
Medium yang
dilekapkan hendaklah seimbang dan tidak berat sebelah.
iv.
Medium haruslah
dilekapkan dengan kemas.
Membalut Medium
i.
Setelah medium
dilekapkan, dahan perlulah dibalut dengan plastik lutsinar untuk melambatkan
proses penyejatan air.
ii.
Balutan yang dibuat
haruslah diikat dengan kemas dengan menggunakan tali rafia.
iii.
Saiz plastik yang
digunakan untuk membalut gumpalan hendaklah bersesuaian dengan saiz gumpalan
yang telah dibuat.
Ramalan
Keputusan
Secara
ramalannya, keputusan pemarkotan dengan menggunakan hormon pengakaran lebih
berjaya daripada pemarkotan tanpa menggunakan hormon pengakaran dan dapat
memendekkan tempoh kematangan pokok. Ini kerana hormon pengakaran merangsang
pertumbuhan akar pada dahan yang dimarkot. Pemarkotan yang dijalankan tanpa
menggunakan hormon pengakaran akan melambatkan pertumbuhan akarnya.
Kesimpulannya,
kaedah pemarkotan lebih sesuai dilakukan pada tumbuhan yang sukar dibiakkan
dengan pelbagai kaedah lain. Hormon pengakar penting untuk pertumbuhan akar dan
merupakan faktor penting untuk memastikan sesuatu pemarkotan yang dilakukan itu
berjaya.
PENJAGAAN MARKOT
Antara perkara yang perlu dilakukan selepas
kerja-kerja memarkot selesai sehingga berakar ialah :-
1.
Melabel.
§ Markot yang telah dibalut dan diikat hendaklah dilabel supaya kerja-kerja
pemerhatian mudah dilakukan bagi membezakan markot yang berhormon dengan tidak
berhormon. Bahan untuk melabel hendaklah tahan lasak dan tidak mudah hilang
seperti cat dan sebagainya.
2.
Mengekalkan kelembapan tanah.
§ Kelembapan tanah perlu sentiasa dijaga. Ini kerana pertumbuhan akar
bergantung kepada kelembapan. Jika akar kering, ia akan menyukarkan pertumbuhan
akar dan boleh menyebabkan akar itu mati.
3.
Mengawal serangga perosak dan mencegah
penyakit.
§ Pengawalan serangga perosak perlu bagi mengelakkan penyakit yang boleh
mengakibatkan poko mati. Perosak seperti siput babi dan serangga boleh
menyerang markot dan menybabkan perkembangan markot terjejas. Oleh itu, kawalan
kimia seperti racun mesti digunakan dengan sukatan yangbetul untuk mengelakkan
markot rosak atau mati.
4.
Menyiram.
§ Dahan atau ranting markot hendaklah disiram setiap hari untuk memberi
kelembapan dan mempercepat proses pertumbuhan akar. Sekiranya medium kering,
kemungkinann besar dahan akan mati kerana tidak dapat air yang secukupnya.
Medium markot boleh disiram dengan melubangkan sedikit plastik yang
membalutinya.
MEMINDAHKAN MARKOT KE DALAM BEG POLITENA
Setelah markot yang dibuat
No comments:
Post a Comment