INDUSTRI ROSELLE DI MALAYSIA
Sehingga kini terdapat beberapa kilang memproses roselle di Malaysia. Antara syarikat yang mendapat khidmat nasihat dan perundingan MARDI ialah Gulf and Pacific Industries Sdn. Bhd. di Kuching, Sarawak. Syarikat ini mengeluarkan hasilan kordial, minuman berkarbonat, jem, halwa dan pati roselle. Bagi memastikan bekalan bahan mentah yang mencukupi untuk industri yang kian berkembang ini, penanaman roselle telah diusahakan oleh Gulf and Pacific Estates Sdn. Bhd. di tanah seluas hampir 2 499 ekar.
pokok roselle
pokok roselle
Di Terengganu perbincangan dan perundingan dari aspek pembangunan hasilan roselle telah diadakan dengan Malaysia Roselle Industries Sdn. Bhd., Kuala Terengganu. Sementara itu memorandum persefahaman telah ditandatangani oleh MARDI dengan Aquasis (M) Sdn. Bhd. Kuantan, Pahang dalam usaha penubuhan kilang serta pembangunan hasilan roselle.
mengutip buah roselle
mengutip buah roselle
Di negara ini, roselle ditanam secara komersial oleh pekebun kecil di Terengganu atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor. Roselle merupakan tanaman semusim dengan pokok bersaiz renik dan boleh tumbuh pada ketinggian 205 sentimeter (sm). Tempoh hayat ekonominya ialah enam hingga 10 bulan dan pada masa itu beberapa cabang akan keluar dari batang utama.
buah yang telah dipungut dari pokok
menanggalkan kelopak roselle
cuci hingga semua kotoran dikeluarkan
buah yang telah dipungut dari pokok
menanggalkan kelopak roselle
cuci hingga semua kotoran dikeluarkan
Batangnya berwarna merah gelap dan biasanya pokok akan lodge semasa matang kecuali pangkasan dibuat. Daunnya berwarna hijau dan dan semasa peringkat awal, daun berbentuk bujur dan bertukar ke bentuk tiga jari. Pokok mula berbunga pada pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan keluar pada setiap ketiak daun. Roselle hidup subur di tanah mineral dan tanah bris dan penanaman di tanah bris memerlukan pengairan dan pembajaan yang baik.
PENANAMAN
Tumbuhan roselle mudah tumbuh di negara yang beriklim tropika. Seperti pokok bunga raya lain, sehingga kini didapati pokok roselle sukar dijangkiti penyakit dan penjagaannya di ladang tidak sukar. Penanaman hanya menggunakan biji benih di mana biji disemai dalam bekas yang sesuai dan anak benih sedia untuk ditanam ketika berumur 10-15 hari.
Roselle ditanam di atas batas berukuran 60 sm di tanah bris dan 90 sm di tanah mineral. Ini akan memberikan kepadatan 7, 400 pokok sehektar pada tanah mineral dan 11, 100 pokok sehektar pada tanah bris. Penanaman roselle di tanah bris memerlukan penggunaan baja organik seperti tahi ayam dan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17:2.
buah roselle dari dekat
buah roselle dari dekat
PENGAIRAN
Sistem pengairan di peningkat ladang perlu dibina bagi menentukan paras air 60 sm dari permukaan. Bekalan air tambahan melalui sistem pengairan renjis perlu dibina.
KAEDAH TANAMAN
1. Secara Semaian
2. Secara Tanam Terus Menggunakan Biji Benih
Kaedah Tanam Secara Semaian
Umur (hari lepas tuai)
|
Kerja/Aktiviti
|
Bahan Input
|
Standard Kualiti Indikator
|
Tindakan
| |
Jenis
|
Kadar
| ||||
-21
|
Kawalan rumpai
|
Glyphosaste 41% EC (contoh: roundup)
|
27 ml/ 4.5 lit.air
|
2-4 lit roundup / ha
| |
-21
|
Mengapur
|
GML (kapur)
|
Seperti di bawah
|
pH 5.5
|
Ambil sampel tanah & uji
|
-20
|
Bajak putar 1
|
Kedalam bajakan 25 cm
| |||
-7
|
Bajak putar 2 dan membuat batas
|
Lebar batas 1.5 m
Tinggi batas 25 cm |
Guna rotos ridger. Batas melintang arah matahari.
| ||
-6
|
Menabur dan menggaulkan baja organan di atas batas
|
Tahi ayam
|
Seperti ldi bawah
|
Tahi ayam kering & telah reput
|
Kaedah Tanam Terus Menggunakan Biji Benih
Umur (hari lepas tuai)
|
Kerja/Aktiviti
|
Bahan Input
|
Standard Kualiti Indikator
|
Tindakan
| |
Jenis
|
Kadar
| ||||
-40
|
Kawalan rumpai
|
Glyphosaste 41% EC (contoh: roundup)
|
27 ml/ 4.5 lit.air
|
2-4 lit roundup / ha
| |
-28
|
Bajak putar 1
| ||||
-27
|
Mengapur
|
Kapur
|
Seperti di bawah
|
pH 5.5
|
Ambil sampel tanah & uji
|
-7
|
Bajak putar 2 dan membuat batas
|
Lebar batas 1.5 m
| |||
-6
|
Tabur baja organan di atas batas dan gaulkan
|
Tahi ayam
|
Seperti di bawah
|
Tahi ayam kering & telah reput
|
Kaedah Pengapuran Dan baja Organan
Jenis Tanah
|
Kadar Pengapuran Tan/ha GAIL
|
Bahan Organan
Tan/Ha |
Tanah mineral & tanah lanar
Tanah bris & bekas lombong Tanah gambur / asid sulfat Tanah batu kapur (pH 6-8) |
2-5
2 5-10 - |
3-5
10-20 3-5 3-5 |
PENUAIAN HASIL
Buah Roselle cukup matang dan sedia untuk dipungut pada hingga 30 hari selepas bunga kembang. Pungutan buah roselle patut dilakukan pada selang tujuh hingga 10 hari untuk tempoh 50 hingga 60 hari. Pungutan dilakukan secara manual dengan memotong buah menggunakan gunting. Buah roselle perlu diproses dalam tempoh dua hari di mana buah dibuang kapsul untuk mendapatkan kaliks.
KAWALAN PEROSAK
1. Bena Lelompat Hijau
Guna Imidachloprid (contoh: Confidor 200 SL) bancuhan 1.25 nk/4.5 liter air atau Carbendazim (Contoh: Derosal) dengan bancuhan 5 gm/4.6 liter air lalu disembur bila bena dikesan.
Guna Imidachloprid (contoh: Confidor 200 SL) bancuhan 1.25 nk/4.5 liter air atau Carbendazim (Contoh: Derosal) dengan bancuhan 5 gm/4.6 liter air lalu disembur bila bena dikesan.
2. Kepinding (Kumbang Hijau)
Sembur dengan Deltamethrin 1.4% EC (Contoh: Decis) 2-5.5 ml/4.5 liter air atau Carbendazim (Contoh: Derosal) 5 gm/4.5 liter air.
Sembur dengan Deltamethrin 1.4% EC (Contoh: Decis) 2-5.5 ml/4.5 liter air atau Carbendazim (Contoh: Derosal) 5 gm/4.5 liter air.
3. Rumpai tumbuh di atas dan diantara batasSembur dengan Glufosinate 13.5% EC (Contoh: Basta 15) secara berhati-hati menggunakan fan nozzle dan pelindungan semburan.
4. Daun Kekuningan
Tabur NPK 15:15:15 (1gm/pokok) dan Urea (46% N - 5 gm/pokok) rata di atas batas dan ditimbus.
Penyakit kulat biasa menyerang ialah reput daun (Coniella rnusaiaensis var.Hibisci) dan reput batang (Phoina spp). Kejadian ini mudah berlaku sewaktu musim hujan. Kawalan menggunakan racun kimia seperti Carbendazim pada 0.05 peratus adalah disyorkan. Serangga perosak yang biasa menyerang Roselle adalah bena hijau, kumbang dan kutu (Podogrica gemelle, Phylloretaspp.). Pengawalan boleh dilakukan dengan menggunakan Deltamethrin, Fenvalerate atau Carbaryl.
Tabur NPK 15:15:15 (1gm/pokok) dan Urea (46% N - 5 gm/pokok) rata di atas batas dan ditimbus.
Penyakit kulat biasa menyerang ialah reput daun (Coniella rnusaiaensis var.Hibisci) dan reput batang (Phoina spp). Kejadian ini mudah berlaku sewaktu musim hujan. Kawalan menggunakan racun kimia seperti Carbendazim pada 0.05 peratus adalah disyorkan. Serangga perosak yang biasa menyerang Roselle adalah bena hijau, kumbang dan kutu (Podogrica gemelle, Phylloretaspp.). Pengawalan boleh dilakukan dengan menggunakan Deltamethrin, Fenvalerate atau Carbaryl.
merebus kelopak roselle
rebus beberapa minit sampai air rebusan berwarna merah tua
setelah empok air dan kelopak di tapis
kelopak dikisar untuk dijadikan jem
tambah gula pada air syirap
airnya dijadikan syirap roselle
- Ekstrak roselle dan khasiatnya Ekstrak roselle diperoleh dengan melakukan proses pengekstrakan terhadap salut bunga segar atau salut bunga kering yang direndam di dalam air panas pada suhu >60°C selama 30 minit hingga semalaman dan seterusnya ekstrak ini bewarna merah gelap yang amat masam diperoleh melalui proses penurasan. Daripada ekstrak ini berbagai-bagai hasilan roselle dapat dikeluarkan. Ekstrak roselle juga boleh dijadikan serbuk melalui proses pengeringan sembur. Ekstrak roselle didapati kaya dengan pigmen anthosianin, asid askorbik dan asid buah yang lain. Hasil analisis mendapati kandungan pewarna anthosianin sebanyak 1.48 g/100 g salut bunga kering. Sementara itu sirap roselle mempunyai kandungan vitamin yang agak tinggi iaitu 200 mg/100 ml.
- Minuman roselle Minuman jus atau kordial roselle boleh disediakan dengan mencampurkan ekstrak roselle dengan gula dan bahan tambah yang lain seperti bahan awet. Campuran ini dibancuh menggunakan mesin pembancuh.
- Halwa roselle Salut bunga roselle hasil penurasan ekstraknya, dimasak dalam larutan gula sehingga mencapai kepekatan yang dikehendaki. Seterusnya salut bunga dikeringkan, maka terhasillah halwa roselle
- Serbuk roselle Serbuk roselle atau teh berperisa roselle boleh dihasilkan daripada salut bunga segar yang dikeringkan pada suhu 65–80°C selama 6–8 jam atau sehingga kandungan lembapan 2%. Seterusnya salut bunga yang telah kering dikisar, ditambah bahan anti ketul dan dibungkus. Untuk teh berperisa roselle, salut bunga kering yang telah dikisar dan ditambah bahan anti ketul dicampur bersama daun teh sebelum dibungkus.
- Jem dan jeli roselle Salut bunga segar atau salut bunga terpakai selepas proses pengekstrakan, dikisar dan hasilnya disebut pulpa (pulp). Untuk membuat jem roselle, pulpa ini dimasak bersama gula, pektin dan air sehingga mencapai kepekatan 65 °Brix. Jeli roselle juga diproses dengan kaedah yang sama tetapi menggunakan ekstraknya
- Dari portal Jabatan Pertanian Negeri Perak. - anaklaut
No comments:
Post a Comment