ANAKLAUT

Monday, 6 February 2012

Kunjungan ke Banjar 2 dis 2011 ( bahagian 3)


Kami selamat mendarat di bandara Syamsudin Nur Banjarbaru lebih kurang jam 8. Bila kami turun dari pesawat, di luar hujan agak lebat juga, tapi mujurlah di sini ada bas yang menunggu di tangga pesawat. Pesawat mendarat agak jauh dari terminal kalau berjalan kaki mungkin 15 minit baru tiba di terminal. Pertama kali kami menjejakan kaki ke tanah kelahiran moyang saya Kalimantan Selatan. Setelah melepasi pintu ketibaan mata saya liar memerhati kulaan yang telah sedia menunggu di pintu ketibaan.


                       Nazmi, Abang KH Syairazi dan saya

Ketibaan kami ke sini telah dikhabarkan oleh abang Syaifullah ke keluarga di banjar, begitu juga Syamsudin dari Balik papan telah menefon Najmudin minta ia menunggu saya di bandara. Mata saya tidak berkedip memerhatikan sesusuk tubuh yang photonya pernah saya lihat,dan dalam simpanan saya pemberian abang Syaifullah semasa kunjungnya ke Malaysia tempohari, di sebelahnya ada dua orang lagi tapi saya kurang pasti siapa kerana belum pernah melihat photonya. Saya penuh yakin orang itu adalah abang Kiyai Haji Syairazi sepupu kami yang selalu di ceritan oleh abang haji Che Din.  Saya dan Nazmi terus rmenerpa  dan memeluknya   dan keluarga yang lain.Terkejut juga kulaan itu melihat tubuh kami yang gempal. Kami terus di bawah masuk ke kereta, rupanya dua orang tadi Rasyidi (sepupu)  dan menantu abang KH Syairazi. Kami tidak terus dibawa pulang sebaliknya singgah di restoran untuk makan malam,sambil makan kami berbual dan saling bertanyakan khabar keluarga di Malaysia dan Banjar.




                          Di depan rumah Beliau ( Abang Jarkasi)

                      Kami dan keluarga kakak Mardiah


             Lebih kurana jam 10 kami meneruskan perjalanan ke rumah kakak Mardiah adik KH Syairazi di Sakumpul Martapura. Kebetulan rumah kakak Mardiah sangat dekat dengan kubah guru Sakumpul. Tiba di rumahnya kami disambut mesra oleh mereka, Kami saling berkenalan, suami kakak Mardiah, abang Jarkasi sungguh peramah orangnya. Rumah mereka memang besar dan cantik. Malah rumah di sekitaran kejirannya juga hebat-hebat. Rumah ini juga bersambung denga 4 pintu kedai milik mereka tapi di sewakan pada peniaga lain. Lewat malam abang Syairazi, menantunya dan  meminta diri pulang ke rumah masing-masing. Kami di tempatkan di kamar yang sungguh cantik dan bersih. Malam itu kami tidur dengan selesa kerana cuaca di banjar sungguh nyaman rasa suhunya lingkungan 26-28 Celsius  sahaja.
Hari ketiga 4 dis 2011
                                           Rumah-rumah di Sakumpul

Abang nenek saya H Masniah Binti Ahmad

                                     Alamat rumah kakak Mardiah di Sakumpul


            Waktu solat subuh di sini agak awal berbanding dengan di Malaysia iaitu, di Malaysia awal jam 6. Di banjar jam 6 penduduknya sudah berada di jalanraya, ke pasar,toko dan tempat kerja. Pagi itu kami di hidangkan dengan kuih muih banjar seperti lalapon,pelbagai untok, serta nasi pundut(bungkus), semua sungguh enak. Banyak perkara yang kami pandirkan(bercerita) dengan keluarga di sini. Kakak Mardiah adalah anak yang ketiga dari Hj Darmawi(sepupu ayah).Walaupun pertama kali kami berjumpa tapi kemesraan antara kami seperti kami sudah kenal lama.
Pagi itu kami dikunjungi oleh Siti Salamah anak kepada H.Ardani dan Aliah anak kakak Halimatus Sadiah ( anak sulung H Darmawi). H Ardani dan H Darmawi pernah berkunjung ke  Malaysia sekitar tahun 60an. Siti Salamah juga membawa makanan yang asli dari martapura  dan kami menjamu selera lagi.
Lebih kurang jam 9 kami mengambil kesempatan untuk melihat-lihat sekitar Sakumpul, waktu begini Sakumpul agak sebuk dengan pelbagai kegiatan, peniaga sebuk dengan dagangnya dan pengunjung yang ramai. Penduduk di sini menggunakan bahasa banjar untuk perhubungan saharian, malah seluruh Kalsel ini juga. Bahasa Indonesia hanya di gunakan di sekolah dan pejabat.  Di sini terdapat langgar guru sakumpul terletaknya kubah(makam) guru Ijai. Penduduk Kalimantan sangat menghormati guru-guru walaupun mereka telah wafat. Jadi orang yang menziarahi kubah ini bukan setakat dari banjar sahaja dari daerah-daerah yang jauh.Kebanyakan kenderaan di sini motosikal, Kereta  biasanya Kijang(inova), avanza, pacuan 4 roda. Kereta jenis seloon dan sejenis dengannya agak kurang. Teksi pula, van yang boleh membawa tujuh hingga 10 orang. Rumah-rumah di sini cantik-cantik, ini memberikan gambaran kebanyakan orang di sini hidup mewah.


Makam datu Kalampaian


                   Nazmi di Makam Datu H Muhamad Arsyad al banjari

Petang selepas asar abang KH Syairazi, Zulfadli, Aliah, Ali(adik Alia) telah menunggu kami untuk membawa kami ziarah makam guru Kalampaian dan makam guru-guru yang lain di sekitar Martapura. Kami bertolak dengan tiga buah motosikal Aliah sebagai juru pandu jalan. Perjalanan ke Kalampaian agak jauh juga, melalui kampung-kampung, suasana kampung di sini masih asli mengingatkan saya kehidupan saya masa kecil di kampung.  Kehidupan mereka kelihatan santai dan aman walaupun di sini sistem jalanrayanya kurang baik. Bila hampir sampai ke kubah guru Kalapaian di kiri kanan jalan agak ramai peminta sedekah.
Akhirnya kami tiba juga di makam Tuan guru H Muhamad Arsyad al Banjari,kami sempat membacakan surah yasin di makamnya. Rupanya di makam beliau terdapat lagi berapa makam keturunanya. Hari ini ramai juga pengunjung, peniaga-peniaga ada juga yang menjual pelbagai cendera hati,kitab-kitab dan sebagainya. Selepas ziarah makan guru Kelampaiaan kami terziarah keberapa makam di sekitar kalampaian.


                   Aliah, saya, Zulfadli , kakak Mardiah dan Nazmi.

            Malamnya suami kak Mardiah mengajak saya solat di langgar sakumpul betulan malam itu ada acara atau majlis agama di situ. Sungguh ramai orang yang solat di langar itu kebanyakannya berbaju putih al takwa baju khusus martapu dan berkopiah putih. Acara itu disiaran terus menerus melalui TV di banjar dapatlah orang yang tidak hadir mengikutnya.Sungguh menyentuh hati saya menghayati acara itu walaupaun ia dalam bahasa arab.(sambung bahagian 4)
http://hisamihalidi.blogspot.com/2012/04/kunjungan-ke-banjar-bahagian-4.html

posting lama. http://hisamihalidi.blogspot.com/2012/01/kunjungan-ke-banjar-2-dis-2011-bahagian_31.html

No comments:

Post a Comment