ANAKLAUT

Monday, 25 June 2012

GENETIK

Pengenalan
1.       Genetik – kandungan kromosom yang membawa sifat-sifat warisan organisma yang dikenali sebagai gen.
2.       Pembiakbakaan – proses mengubah dan memperbaiki kandungan genetik tanaman supaya ciri-ciri tumbuhan yang dikehendaki diperolehi.
3.       Klon – sekumpulan tumbuhan dibiak secara aseks daripada pokok induk yang sama


Ciri tumbuhan yang dikehendaki

1.       Cepat mengeluarkan hasil
·          tempoh matang yang singkat.
·          cepat dapat hasil dan cepat memasarkan hasil
·          membolehkan tanaman pulangan berganda
·          contoh durian D 99 mempunyai tempoh matang 90 hari
2.       Hasil yang tinggi
·          memenuhi keperluan makanan penduduk
3.       Hasil berkualiti
·          kualiti dari segi kelazatan, kandungan gula, kandungan nutrien, warna dan bentuk yang seragam.
·          mendapatkan pasaran yang baik
4.       Resistan (tahan) terhadap penyakit dan perosak
·          tanaman mampu menghalang perkembangan patogen dan serangan perosak.
·          tanaman mempunyai ciri tertentu seperti duri dan bulu atau bahan kimia yang tidak disukai oleh perosak
·          jimat kos kawalan penyakit dan perosak
5.       Bernilai estetik
·          nilai estetik seperti warna, bentuk, atau aroma.
·          hasil menarik perhatian pembeli
·          contoh warna rambutan merah digemari

Kaedah menghasilkan varieti baru

1.       Mengenalpasti baka yang berpotensi
·          Menyediakan populasi tumbuhan berbagai sifat
·          Jenis tumbuhan dikenalpasti – varieti yang sedang ditanam, tumbuhan dari jenis yang sama dan tumbuhan liar di tempat asal
2.       Melakukan pemilihan
·          Pokok induk daripada populasi tumbuhan yang diperkenalkan
·          Ada sifat varieti asal
·          Pemilihan dilakukan setelah : –  Kesan sifat yang dikendaki
   -  Banding prestasi pokok dengan pokok lain
·          Pemilihan mudah untuk tumbuhan terdebunga sendiri kerana bahan genetik tulin dan ciri seragam
3.       Melakukan pengacukan
·          Gabungkan bahan genetik daripada dua pokok induk
·          Hasil kacukan pokok induk dikenali sebagai hybrid
4.       Menguji generasi F 1
·          Anak pokok generasi pertama hasil kacukan kedua pokok induk yang sama bahan genetik
·          Generasi F 1 – prestasi lebih baik daripada kedua induk dijadikan biji benih


No comments:

Post a Comment