ANAKLAUT

Wednesday, 13 June 2012

Pengelasan racun perosak






a.Racun perut
·          Bentuk cecair, serbuk, bintil atau umpan
·          Digunakan sebagai umpan/sembur
·          Membunuh apabila dimakan oleh perosak
·          Contoh: Malathion (racun serangga), zink fosfida dan warfarin(racun tikus)

b.             Racun sentuh
·          Membunuh perosak apabila terkena perosak
·          Memasuki sistem peredaran darah, sistem pernafasan perosak atau mengganggu sistem saraf
·          Diguna dalam bentuk semburan kabus
·          Contoh :
o         Racun serangga – karbaril, heptaclor, dan BHC
o         Racun kulat yang mengandungi kuprum dan raksa
o         Racun rumpai – parakuat
c.          Racun sistemik
·          racun disembur atau ditabur pada tanaman
·          racun meresap ke seluruh tumbuhan menyebabkan seluruh tumbuhan beracun kepada perosak
·          contoh furadan( racun serangga)
·          Benomil (racun kulat)

d.                Racun pewasap
·          Membunuh perosak apaila tersedut masuk ke dalam respirasinya
·          Contoh Metil bromida dan vapam


          Maklumat yang terdapat pada label bekas racun kimia

·                Nama dagangan
·                Pengeluar/pengilang dan alamat
·                Kandungan bahan aktif
·                Kelas/darjah keracunan mengikut warna

Kelas
Warna label
Catatan
1a
Hitam
Beracun  -  amat bisa
1b
Merah
Beracun  -  bisa
II
Kuning
Beracun
III
Biru
Berbahaya
IV
Putih
Berbahaya

 
·                Perosak sasaran – contoh serangga / kulat / rumpai / haiwan dll
·                Cara guna
·                Kadar penggunaan / bancuhan / campuran dengan air
·                Tarikh pengeluaran dan tarikh luput
·                Langkah keselamatan – jika petani terkena racun itu
·                Cara penyimpanan dan melupuskan beka
 
LANGKAH KESELAMATAN APABILA MENGGUNA RACUN KIMIA
Ø          Gunakan racun kimia yang paling sesuai dengan sesuatu jenis perosak
Ø          Baca maklumat pada botol atau bungkusan racun
Ø          Sukat dengan tepat racun yang hendak digunakan
Ø          Periksa keadaan semua bahagian penyembur sebelum digunakan
Ø          Jangan sentuh , hidu atau merasa racun kimia
Ø          Gunakan kayu atau benda lain untuk membancuh bahan kimia
Ø          Jangan makan atau minum semasa membancuh atau menyembur
Ø          Pakai pakaian pelindung yang sesuai
Ø          Bersih semua alat sebelum atau selepas digunakan
Ø          Bersihkan bahagian muncung penyembur yang tersumbat
Ø          Simpan racun kimia ditempat selamat dan berkunci
Ø          Tanam semua bekas dan sisa racun
Ø          Dapatkan rawatan doktor dengan segera sekiranya berlaku kemalangan


Pengawalan Organisma

Aras populasi perosak

                Rujuk Graf 1

a)         Aras keseimbangan am  ( A )
·          populasi perosak stabil, bilangan perosak masih berada pada paras tidak berbahaya dana kawalan tidak diperlukan
b)         Aras ambang ekonomi  ( B )
·          Aras penentu untuk bertindak melakukan kawalan berdasarkan aras populasi perosak
c)          Aras kecederaan ekonomi  ( C )
·          Aras populasi telah mencapai tahap yang menyebabkan kerugian
·          Kerosakan teruk, tidak boleh dikawal lagi

No comments:

Post a Comment