ANAKLAUT

Sunday, 25 March 2012

Bertemu keluarga di Sekinchan


Halidi Hanafiah Batamuan kulaan di Sakinchan Selangor. Hjh Maimunah binti Hj Salman b. Hj Ahmad Alabio. Sepupu ayah Hj Hanafiah bt Masniah b Hj Ahmad Alabio


Halidi Hanafiah Inilah maknya Dato Jamal b Md Yunus.. Taukeh Sekinchan Ikan Bakar yang terkenal tu.


Hjh Maimunah binti Hj Salman bin Hj Ahmad Alabio

anak-anaknya

1.Rabiah bt Md.Yunus - Jengka 21 Pahang.
2.Mashiah bt Md Yunus - guru(photo)
3.Hasyim b. Md Yunus
4.Azman b. Md Yunus
5.Dato Jamal b. Md Yunus (photo)http://sekinchanikanbakar.com/
6.Rosli b. Md Yunus
7.Rohaiza bt Md Yunus - guru
8.Azmi b. Md Yunus


myMetro Isnin, 26 Mac 2012

   
     KUALA LUMPUR: IBM Automobiles Sdn Bhd, Kelab Supercar dan Harian Metro meraikan 20 anak yatim dari Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah, Subang di Balai Berita The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), hari ini.
Lawatan 20 anak yatim dan 20 pemilik Ferrari ke Harian Metro itu diadakan sempena IBM Automobiles Auto Sale Carnival di IBM Automobiles di Jalan Pahang bermula esok hingga Ahad ini. Ketua Delegasi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif IBM Automobiles, Datuk Jamal Yunusberkata, program berkenaan diadakan sempena meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-20 Harian Metro, yang disambut pada 25 Mac 2011. “Kami berharap 20 anak yatim terbabit akan teruja dan seronok apabila berada dalam Ferrari mengelilingi Kuala Lumpur dan kami gembira dapat turut sama meraikan Sambutan Ulang Tahun 20 Tahun Harian Metro,” katanya. Selain itu, katanya, sebahagian daripada 20 pemilik ‘supercar’ itu turut menyerahkan sumbangan peribadi masing-masing untuk tabung Titipan Kasih Harian Metro, manakala sajian tengah hari ditaja Sekinchan Ikan Bakar. Tabung Titipan Kasih ditubuhkan khas oleh Harian Metro bagi membantu kumpulan kurang bernasib baik seperti anak yatim dan orang miskin yang disalurkan menerusi aktiviti tanggungjawab sosial korporat Harian Metro pada sepanjang tahun. Mengenai IBM Automobiles Auto Sale Carnival, Jamal menjelaskan, pihaknya menawarkan potongan 30 peratus untuk semua kenderaan mewah yang dijual sepanjang tiga hari karnival jualan itu.


Dato' Jamal Md Yunus .      Isnin, 9 Ogos 2010

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato' Jamal (IBM Automobiles SDN BHD, Jamal Jaya Holdings), Dato' Sani (Sani Express) dan Dato' Sharifuddin (Federal Malay Holdings SDN BHD) diatas penganugerahan Tokoh Usahawan Berjaya 2010 yg berlangsung pada 24 Julai 2010 di Universiti Malaya KL.

Terimakasih juga kepada Dato' Jamal kerana memberikan kepercayaan untuk melantik kami sebagai Personal Photographer, kepercayaan yang diberikan tidak akan kami sia-sia kan, kami akan berusaha untuk buat sebaik mungkin


Dato' Daud Daros (Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur) turut hadir merasmikan Majlis Anugerah tersebut

Sifat kimia tanah

 
pH Tanah

1.       pH tanah ialah keassidan atau kealkalian sesuatu tanah.
2.       Tanah tropika bersifat asid – kerana larut resapan .
3.      
Keasidan wujud kerana kehadiran ion hidrogen (H+)
nilai pH tanah ditentukan oleh kepekatan ion hidrogen (H+).
4.       pH tanah ditentukan dengan :         
·Kaedah Kuhn
· meter pH




pH tanah         Faktor yang menyebabkan keasidan tanah

1.       Kandungan bahan induk
· batu granit mengandungi aluminium. Aluminium alami tindakbalas hidrolisis keluarkan ion hidrogen
· oleh itu tanah yang berasal dari bahan induk batu granit adalah berasid

2.       Larutresapan
· Kehilangan bahan berbes
· kehilangan ion Ca, Mg dan K melalui larutresapan digantikan oleh ion hidrogen. Kehadiran ion hidrogen menyebabkan tanah berasid

3.       Penggunaan baja kimia
· seperti baja  Amonium sulfat yang akan hasilkan ion NH+
· NH+            NO3-  +  H+
· H+ turunkan pH tanah.

4.       Pereputan bahan organik
· pereputan bahan organik menghasilkan asid organik yang akan merendahkan pH tanah.

5.       Penambahan asid karbonik dan asid nitrik
·gas CO2,  nitrogen oksida dan nitrogen dioksida  di atmosfera larut dalam air hujan dan membentuk asid lemah
· asid tersebut ialah asid karbonik dan asid nitrik

6.       Respirasi akar dan organisma tanah
· CO2 yang dihasilkan semasa respirasi akar dan organisma tanah bertindakbalas dengan air menghasilkan asid karbonik.

7.       Penghasilan gas nitrogen dioksida dan nitrogen oksida
·Tindakan kilat menggabungkan gas nitrogen dioksida dan oksigen di atmosfera yang kemudiannnya bertindakbalas dengan air untuk menghasilkan asid nitrik. Asid nitrik turun bersama hujan, masuk ke dalam tanah dan menyebabkan tanah berasid


Kesan pH tanah kepada tanaman.

1.     Ketersediaan nutrien

·Nutrien mudah larut dalam larutan tanah pada pH tertentu.
· pH rendah – pembebasan ion ferum dan magnesium
·pH tinggi – pembebasan ion Kalsium dan Magnesium
· Keempat ion itu bertindakbalas dengan fosfat membentuk fosfat tidak larut.
· Fosfat kurang tersedia jika pH terlalu tinggi atau rendah

2.     Aktiviti mikrob

· mikroorganisma bermanfaat hidup pada pH 5.5 – pH 7.8.
· mikroorganisma yang jalankan proses penitratan terjejas bila pH kurang 5.5.
· pH rendah merencatkan aktiviti cacing tanah.

3.     Penyakit tumbuhan

· pH rendah menyebabkan kulat mudah membiak, tumbuhan sukar memperoleh nutrien dan pertumbuhan akar terjejas apabila pH tanah terlalu tinggi atau rendah.

Tekstur tanah

Tekstur tanah

      1.       Tekstur tanah ialah  peratus kandungan kumin-kumin pasir, kelodak dan liat atau sifat kasar dan halusnya sesuatu tanah.
2.     Tekstur tanah ditentukan  dengan cara merasa (cara medan) dengan tangan atau kaedah mendapan.
3.     Pisahan tanah ialah lapisan kumin yang saiznya ditetapkan mengikut sistem pengelasan Atterberg atau sistem USDA.
      4.       Kepentingan tekstur tanah – tekstur tanah dapat menentukan;
· Penyaliran -  tanah bertekstur kasar mempunyai saliran yang baik
· Pengudaraan – tanah bertekstur kasar mempunyai liang lebih besar yang dapat memudahkan pertukaran gas
· Penjerapan nutrien – tanah bertekstur halus seperti kumin liat bercas negatif dan dapat menjerap nutrien bercas positif. Tanah bertekstur halus dapat menakung air


Struktur tanah

       1.      Struktur tanah ialah susunan kumin-kumin tanah (pasir,kelodak dan liat) dalam                                bentuk tertentu.
 2.  Tanah pasir  tidak berstruktur.
 3.    Struktur butir rapuh – terbaik kerana berongga.

 4.  Kepentingan struktur tanah : struktur tanah yang baik

· Pengudaraan tanah – rongga antara agregat membenarkan udara dan air meresap dengan baik. Air tidak bertakung dan akar mendapat oksigen cukup

· Daya tahan tanah – kumin-kumin tanah  bergabung menjadi binaan yang lebih besar dan dapat mengelakkan tanah dari hakisan


· Mengurangkan kesan ketoksikan CO2  -  struktur yang baik dapat  mengurangkan kesan ketoksikan CO2  kerana gas ini mudah meresap ke udara


          5.  Jenis struktur tanah
· Butir rapuh
· Berlapis
· Berblok
· Prismatik
· Kolumnar
· Tanah tidak berstruktur – berbutir tunggal
 - berbongkah (massive)

Thursday, 15 March 2012

Nota untuk pelajarku. - TANAH (Komponen Tanah)

 Organisma Tanah    

1.     Dua kumpulan iaitu mikroorganisma dan makroorganisma tanah.
·  Tertumpu di kawasan dekat akar.
 
     Jenis organisma
          Ciri dan peranan organisma kepada tanah
        Bakteria
·   Terlibat dalam proses pereputan sisa organik
·   Penting dalam peredaran C,N,P dan S dalam tanah.




        Aktinomisit
·   Ciri antara bakteria dan kulat
·   Keluarkan hifa
·   Penting dalam proses pereputan Sisa Organik.


          Kulat

·   Peranan penting dalam pereputan bahan organik.
·   Bersimbiosis dengan akar tumbuhan


     Nematod

·   Membantu pereputan bahan organik
·   menggunakan bahan pereputan bahan organik


       Alga
·   menggunakan cahaya untuk jalankan fotosintesis
·   menukar CO2 kepada O2 di sawah padi.
·   Setengah alga menyerap N daripada udara dan sampaikan
      kepada pokok padi..

                 

        CacingTanah

·   Gaul hasil reputan daun di atas tanah.
·   Bawa tanah dari satulapisan ke lapisan lain.
·   Membaiki pengudaraan dan saliran tanah- lubang digalinya.
·   Tinja mengandungi kalsium- menyubur tanah.






Sifat fizik tanah


Warna tanah

1.       Warna menggambarkan keadaan fizikal tanah, kandungan bahan organik, saliran tanah, aktiviti mikroorganisma dan kesuburan tanah.
2.       Tanah berwarna gelap (hitam keperangan) lebih subur.
3.       Tanah pudar (kekuningan) – paling tak subur.
4.       Tanah sederhana gelap (perang kekuningan) – sederhana subur
5.       Warna tanah dikenalpasti dengan membandingkan warna tanah dengan carta warna Munsell.

Warna tanah
Ciri-ciri tanah berdasarkan  warna
Merah
·kandungan oksida ferum
·saliran dan pengudaraan baik
·terdapat di lereng bukit
·sesuai tanaman getah dan kelapa sawit


Perang
·Kandungan oksida ferum dan bahan organik
·Saliran baik
·Subur

Kelabu
·Oksida ferum dan oksigen kurang
·Saliran kurang baik dan menakung air
·Kurang beroksida
·Pengudaraan kurang baik
·Sesuai tanaman padi

Kehitam-hitaman
·kandungan mangan oksida atau bahan organik tinggi
·menakung air dan pH rendah
·bahan organik lambat reput kerana kurang oksigen
·tidak mampu memberi sokongan kepada tumbuhan besar.
·Tanaman sesuai – nanas dan sayuran

Putih
·Banyak kandungan liat dikenali sebagai koalinit.

Kuning
·Oksida ferum berpadu dengan air.
·Saliran baik
·Lebih lembap berbanding tanah merah