ANAKLAUT

Saturday, 17 November 2012

TANAMAN MARKISA DI HALAMAN RUMAH ( Siri 1 )



Markisa yang belum masak berwarna hijau

Anak pokok markisa yang baru di tanam

Markisa adalah tanaman yang menjalar dan perlu sokongan untuk hidup dengan subur.

Sokongan boleh dibuat dari batang besi atau kayu keras yang  boleh bertahan lama. Ini kerana pohon markisa boleh hidup bertahun-tahun lamanya. Jika sokongan tidak kuat ia akan rebah ke bumi, pastinya pokok akan mati atau tidak sihat kerana kekurangan cahaya matahari.


Kayu yang paling baik digunakan dari jenis kayu keras, cenggal, ulin dan kayu-kayu keras lain


Tanaman hendaklah dijarakan lebih kurang 2 meter untuk setiap rumpun supaya kawasan akar mencukupi untuk pohon mencari nutrien untuk pembesarannya secara berterusan.

Pembesaran pokok yang baik,  perlu ditambah baja NPK kerana tanah mungkin kekurang nutrien itu

Pokok yang telah berumur dua bulan sudah mula menjalar memanjat sokongan yang dibuat

Biasanya  markisa memanjat dengan memautkan sulur pautnya pada kayu sokongan atau apa saja yang boleh dipautnya.

Kadang-kadang pohon ini menjalar kearah yang salah, jadi perlu bantuan untuk dihalakan ke tempat yang  sesuai  supaya terus menjalar ke atas para yang di sediakan.


Pucuk muda yang aktif akan memanjang berapa mm sehari, tapi bila pucuknya menghala ke bawah pemanjangan jadi perlahan.

Lihat sambungan yang seterusnya di sini:

2 comments:

  1. Dalam blog ini sekadar untuk perkongsian maklumat dalam bidang pertanian.. jika ada kekurangan itu adalah kelemahan saya sendiri dan harap maklumatnya dapat dipebetukan w.salam

    ReplyDelete
  2. terima kasih infonya,gambarnya juga menarik,saya juga sedang mencoba menanam pokok markisa.semoga berhasil ya ( ivo susilawati )

    ReplyDelete