NOTA
KEPALA:
Darah
Banjar yang mengalir pekat dalam tubuhku membuat aku rasa terpanggil untuk
menterjemah (tanpa kebenaran) cerita tersebut dengan harapan
supaya anak-anak Banjar hari ini – dan juga orang Melayu – dapat mengerti
betapa suatu masa dahulu suku kaum Banjar pernah bangkit menentang komunis
dengan hanya bersenjatakan parang (parang bungkol) tanpa perlu terpekik
terlolong di khalayak ramai menghunus dan mencium keris macam poli-tikus Melayu
hari ini.
Walaupun
terdapat banyak blog yang memetik cerita hasil nukilan saudara
Nilasakunta, tapi masih belum ada (atau aku tak terjumpa) blog yang menterjemah
keseluruhan cerita tersebut. Oleh itu, berbekalkan pengetahuan Bahasa Banjar
yang masih dikira OK, aku cuba terjemahkan secara berperenggan (paragraph
by paragraph).
****************************
Badan
Ismail Rudo yang sudah tidak berkaki dan bertangan menggelupur di atas titi dan
sedang menunggu masa untuk nyawa berpisah dengan badan – kedua belah kaki dan
tangan Mail Rudo putus ditetak parang ‘bungkol’ Utoh Putih. Air jernih yang
mengalir deras di bawah titi bertukar merah disirami darah. Maka tertawa
besarlah ‘sangkala’ mendapat habuan petang – darah dalam jantung adalah
makanannya.
Begitulah
adat orang berkelahi, salah seorang pasti kecundang.
Selepas
Asar, Mail Rudo pergi seorang diri – menghembuskan nafas terakhir tanpa seorang
pun yang sudi mendekatinya. Sepucuk pistol .38 tanpa peluru masih berada
di sisi jasad yang sudah tidak bernyawa lagi.
Ramai
penduduk Bendang DO, parit 6, Sungai Manik terdiri dari keluarga Banjar.
Kehidupan mereka begitu daif, terhimpit dan dihimpit oleh gerombolan komunis
yang bermarkas di Sungai Tungko, dan diketuai oleh Ah Pau, Ah Boon dan Ah Jang.
Pembunuh
Mail Rudo, orang kuat Parti Komunis Malaya (PKM) mesti ditangkap segera.
Utoh
Putih, Banjar ‘Alai’ jati beranak dua – anak bungsunya seorang bayi perempuan
dan baru pandai berdiri-jatuh. Dia menetap di Pekan Rabu, Parit 6, Sungai
Manik. Oleh kerana warna kulitnya yang tersangat cerah maka lekatlah gelaran
Utuh Putih.
Arwah
datuk (pencerita) dan Utuh Putih adalah rakan karib yang sama hebat ilmu zahir
dan batin.
Mail
Rudo, Banjar Sungai Tungko, Sungai Manik sudah lama menyertai PKM dalam
bahagian risik. Selepas tentera Jepun menyerah kalah, Mail Rudo ditugaskan
mencari ahli baru dalam daerah Sungai Manik. Disebabkan tidak ramai keluarga
Banjar yang sudi menyertai perjuangan komunis, maka akhirnya Mail Rudo terpaksa
menggunakan kekerasan. Mereka yang enggan akan menerima padah.
Saban
hari ada saja penduduk kampung yang ditangakap, tak kira muda ataupun tua.
Disiksa, disembelih, disumbat dalam guni hidup-hidup dan dibuang ke Sungai
Perak, ditembak, disula, dan bermacam lagi hukuman. Begitulah gerangan bila
manusia (Mail Rudo) sudah ada kedudukan – mudah lupa diri hingga hilang rasa
kemanusiaan.
Pada
masa itu bukan sedikit orang Banjar dan orang Melayu yang menyokong perjuangan
komunis. Malah ada juga orang Banjar yang hebat ilmunya turut menjadi
talibarut. Orang seperti itulah yang menjadi duri dalam daging penduduk
setempat. Oleh kerana terlau mengejar pangkat mereka sanggup membunuh, membakar
rumah dan memusnahkan harta benda bangsa sendiri. Penduduk kampung yang takut
menyertai perjuangan komunis secara aktif dipaksa pula membayar yuran sebagai
ahli PKM.
Kehidupan
keluarga Banjar di Sungai Manik semakin terhimpit. Ramai yang terpaksa
berpindah ke penempatan Banjar di seberang Sungai Kinta – ke Kampung Balun
Bidai dan Kampung Gajah.
Waktu
Zohor baru saja masuk. Alun air bendang dihembus bayu membuat hati terasa
rawan. Sambil memikul guni berisi ubi, Utoh Putih melangkah cermat menuju titi
untuk kembali ke rumah di Pekan Rabu. Sebaik sampai di pangkal titi…
“Dari
mana gerangan ni ‘Toh, akhirnya bertemu juga kita di sini ye?” entah dari mana
munculnya si Mail Rudo, tiba-tiba saja tercegat di tengah titi berpakaian
seragam komunis, pistol dan bayonet terselit di pinggang. Di wajahnya
terpancar rasa kepuasan kerana dapat bertemu dengan Utoh Putih yang sudah
sekian lama dipujuknya supaya menyertai PKM.
“Baru
balik dari Cikus mencari ubi, maafkan saya tuan, tumpang lalu” Utoh Putih
menyahut penuh hormat.
“Kalau
ia pun letaklah dulu guni ubi tu, tak usah bergegas, apa yang nak dikejar, tak
ke mana perginya rumah tu” garau bunyi suara Mail Rudo. Antara rela dan
terpaksa, Utoh Putih mematuhi perintah ‘tuan besar’ dan meletakkan guni ubi di
atas titi. Begitu gah susuk tubuh dua orang anak Banjar yang berdiri
di atas titi menghadap satu sama lain, cumanya seorang berkulit cerah manakala
seorang lagi kelihatan gelap.
“Mungkin
petang ini pertemuan kita yang terakhir, agaknya” si Mail Rudo menyambung
bicara.
“Apa
hajat, kenapa lain benar kata-kata tuan besar?” si Utoh Putih yang menyambut
bicara merasakan ada sesuatu yang tak kena.
“Tak
usah pura-pura tak tau, bagaimana dengan janji kau dulu? Sampai hari ini aku
masih menunggu kata putus” rungut orang kuat PKM menempelak.
“Taklah
Mail, aku tak nak ikut perjuangan yang membinasakan bangsa, sedangkan
perjuangan untuk mengisi perut sendiri dan anak bini rasa dah tak tertanggung.
Tidak…tidak sekali-kali” si Utoh Putih menjawab tegas.
“Mak
oi, keras benar hati kau ni ‘Toh…apa nak buat…kalau itulah pendirian kau,
bersiap sedialah” merah padam muka Mail Rudo kerana marah. Spontan tangan
kanannya mencapai pistol di pinggang dan mengacukan ke dada si Utoh Putih.
“Jangan,
senjata jangan dibuat main Mail ai…kita kan serumpun, tak kanlah kau tak ada
belas kasihan. Ditakdirkan aku tak ada, siapa yang nak menyara anak isteriku
nanti…ampun tuan besar” si Utoh Putih merayu minta simpati.
“Dam…”
bunyi pistol memuntahkan peluru sulung. Berasap baju buruk si Utoh Putih
dihinggapi peluru, namun dia masih tak berganjak, masih tegak berdiri. Keluarga
Banjar berhampiran yang terkejut melihat kejadian tak berani mendekati,
masing-masing masuk ke rumah.
“Dam…dammmm…”
sudah tiga das tembakan dilepaskan oleh Mail Rudo namun peluru masih tak mampu
menembusi kulit si Utoh Putih.
“Bangsat
betul, kebal rupanya kau ye…tahani lagi nah” tengking orang kuat PKM. Tanpa
disedari sudah enam das tembakan dilepaskan dan pistolnya sudah kehabisan
peluru. Sedang dia terkial-kial…
“Labukkk…”
ayunan parang bungkol yang bergelar si Kandal Larap hinggap dipergelangan
tangan kanan Mail Rudo yang membuatkan tangan itu putus serta merta.
“Labukkk…”
giliran tangan kiri si Mail Rudo untuk jatuh ke tanah. Utoh Putih meneruskan
ayunan. Kali ini lutut kanan Mail Rudo pula jadi mangsa parang bungkol Kandal
Larap. Setelah putus kaki kanan, maka terdamparlah Mail Rudo di atas titi. Si
Utoh Putih semakin geram. Tetakan terakhirnya membuat kaki kiri Mail Rudo
bercerai dengan badan.
Guni
yang berisi ubi diletakkan semual ke bahu, dan Utoh Putih terus balik ke rumah
meninggalkan Mail Rudo mengerang kesakitan.
9
Responses to Perang Sungai Manik (1)
1.
manj says:
Tajam
betul sikandal larap tu. Sekali libas da putus
2.
katon says:
blog
baru ke?
3.
SAM says:
Best
ceritanya nih, bila nak sambung?
4.
mail rado says:
utuhlingkun
adik kepada utuhpaloi, atau kembar siam!!!!!
5.
banjar rakai... says:
ingatkan
terjemahan baris demi baris rupanya bukan! tapi kira oklah…. bukan apa…
ingatkan nak belajar bahasa banjar baris demi baris …. banyak perkataan yang
dah lupa ….apa pun tahniah buat anda…
6.
JATI says:
CITE
ASAL RASENYA PANJANG LAGI..BOLE TUAN TRANSLATEKAN..
7.
Mohd Dan bin Sudin says:
Saya
masuk Navy Feb 77. Servis 16 tahun je. Nama samaran EMDEN. Bukan Banjar tapi
keturunan Bugis. Baru terjumpa blog ini. Bersemangat sungguh dengar cerita
Perang Sungai Manik ini. Cerita ini dah difilemkan ke belum? Kalau belum,
eloklah difilemkan.
8.
UTUH SIHAS says:
rasa
darah kuk mangalagak, buluk romakkuk cagat saawakan,…..bilak mambaca kisah nih…
9.
Aryka, a new fan says:
Great
blog sir! Your style of writing is very engaging and evocative. I am working
for an English daily and based in Ipoh. It would be an honour if you would
consent to be interviewed for an article I am working on about Sungai Manik. Do
contact me via email if you are interested sir, I would appreciate it very
much. Happy writing!
Posted on March 4, 2012by utuhlingkun
Markas
PKM di Sungai Tungko gempar mendapat berita tentang pembunuhan Mail Rudo.
Dengan bersenjatakan raifel MK5, berduyun-duyun gerombolan komunis yang
diketuai orang kanan mereka si Ah Pau bergegas menghala ke Bendang DO, Parit 6,
Sungai Manik.
“Ai yaa…kaki tangan semua kasi potong habit ka…manyak cilaka itu
olang.” bebel si Ah Pau apabila terpandang mayat Mail Rudo yang masih tabirangkang (terkangkang)
di atas titi. Tak seorang pun keluarga Banjar di Bendang DO yang berani tampil
menunjukkan muka. Mereka hanya menyaksikan dari jendela rumah masing-masing.
Hari semakin larut petang, gerombolan komunis masih riuh
berbincang sesama sendiri. Entah apa yang mereka bincangkan tak seorang pun
penduduk kampung yang mengerti. Sejurus kemudian, kumpulan komunis itu pergi
dari rumah ke rumah manggandah(mengetuk kuat) dinding mengarahkan orang
kampung, tua dan muda, berkumpul di hadapan Pekan Rabu.
Seorang
demi seorang di soal siasat termasuklah Utoh Putih. Namun, keluarga Banjar
sepakat berpura-pura tak kenal siapa yang membunuh Mail Rudo. Akhirnya kepala
komunis, si Ah Pau memberi kata dua: Kalau pembunuh Mail Rudo tidak ditangkap,
Bendang DO akan jadi padang jarak padang tekukur.
Mayat Mail Rudo ditayut (diikat)
dengan tali dan dikandar (galas) dengan kayu panjang untuk dibawa pergi.
Rasa maras (kesian) pun ada melihat cara mayat
diperlakukan – tak ubah seperti mengandar hasil buruan babi hutan. Tak
siapa yang tau ke mana mayat itu dibawa, ditanam atau dibuang ke Sungai
Perak. Kalau dibuang ke sungai pastinya ternganga luas mulut sang kuradal (buaya)
mendapat habuan petang.
Warga Banjar sepakat meminta Utoh Putih membawa isteri dan
anak-anak meninggalkan Bendang DO dengan segera. Maklum sajalah, muntung
guri (mulut tempayan) boleh dipisiti (ditutup
rapat), mulut manusia siapalah tau. Tapi apa pula kata empunya diri…!
“Cakada (tidak) saudaraku. Untuk apa kalau aku seorang saja yang maharagu (menjaga)
anak dan isteri sedangkan kalian sabarataan (semua)
terpaksa menanggung derita…aku tak akan meninggalkan kampung ini. Tidak, tidak
sekali-kali, apa nak jadi, jadilah.” jenuh penduduk kampung memujuk namun Utoh
Putih tetap dengan pendiriannya.
Sudah tiga hari berlalu, Emoh sahabat karib Utoh Putih yang baru
dapat berita segera menonong mangunyur (menonong)
meninggalkan Balun Bidai menyeberang Sungai Kinta menuju ke Bendang DO untuk
menemui sahabat karibnya, kawan sehati, seperguruan dan sama juhara (jaguh).
Persahabatan mereka lebih akrab dari hubungan adik-beradik, dan tentunya Emoh
tak akan membiarkan mahijaakan (membiarkan) sahabatnya keseorangan dalam
keadaan sedemikian.
“Pariannya diako madam maninggalakan Bandang DO nih …….. Tia mati
jua magun Moh ai……….ajal wan maut bacara hudah di tantuakan, siapang nang kawa
mahalang.” surung pandiran Utoh Putih nang hanyar haja imbah bamakanan di rumah
hidin malam tutih.
“Pariannya (andainya) aku madam (berhijrah)
meninggalkan Bendang DO, mati juga akhirnya, ajal maut sudah ditentukan, tak
siapa boleh kawa (menghalang).” Utoh Putih memulakan perbualan setelah selesai
makan malam itu.
“Ai, jangan begitu, apa pangrasa (resa)
kau ‘Toh?” tanya Emoh yang mula rasa tak sedap hati.
“Kada ah….. kaluko ai,” jawab hidin handap.
“Tak
lah, manalah tau,” jawabnya ringkas.
Walau dimapa gin si Emoh magun ham asa balisah napang pinda lain
banar parangai sahabat hidin nang sasain ambak bilang banyak mainggihakan pada
malilit pandiran. Sarajin amun lawas kada badapatan kadamia cakada bakakaringan
gusi palapauan tantan.
Walau bagaimana pun, Emoh masih rasa gelisah kerana lain benar
kelakuan sahabatnya yang semakin ambak (pendiam) , lebih bersikap mengiakan dari merancakkan
perbualan. Selalunya kalau lama tak berjumpa, tak kering gusi mereka berbual.
Malam semakin larut namun dua orang sahabat karib itu masih lagi
belum tidur, masih‘garunuman’ berbual.
“Moh, andainya ajalku sampai, jangan bersusah payah membawa
mayatku ke Balun Bidai, kebumikan saja di sini. Tapi, jangan kau lupa membawa
anak isteriku dan serahkan kepada keluarganya di sana. Sepanjang kita
bersahabat, kalau ada terlebih terkurang, aku minta halal dunia akhirat. Engkau
pula Moh, biarlah disederhanakan manjuhara (menunjukkan
kejaguhan). Berhati-hatilah memilih kawan. Satu lagi…tapi jangan pula kau
anggap aku menghalau…esok sebelum Zohor, aku minta kau segera beredar dari
rumahku, ke mana yang kau nak tuju, aku tak batangatan (melarang).
Tak ada apa-apalah, cuma aku rasa lebih selesa kalau bersendirian!”
Marigap (rasa berderau darah) si Emoh mendengar kata-kata
sahabatnya, lantas bangun mendakap Utoh Putih. Muntung
bungkam (mulut terkunci) – tak sepatah kata pun yang terucap
antara mereka kecuali barubuian (deraian) air mata mengenangkan nasib yang bakal menimpa.
“Mungkin sudah sampai janji (ajal) saudaraku ini,” bisik hati kecil Emoh.
Mereka
terus berbual sampai ke subuh.
Ari magun haja tatarauan, nang badua badangsanak hudaham tacugut
di pinggir sumur pamandian.
Dalam remang (tatarauan) subuh,
kedua sahabat sudah tacugut (tercegat) di tepi telaga mandi.
“Ayuha, duduklah ‘Toh…..Bismillahirahmanirahim…..” Emoh membaca
ayat mandi suci sambil manguboiakan (menyiram) air memandikan sahabatnya si Utoh Putih hingga
selesai.
Api di dapur barau (marak)
dengan isteri Utoh Putih sibuk menyediakan sarapan pagi. Kesian si isteri
kerana tak tau kisah dan hujung pangkal cerita. Pada pengamatannya,
bermandi-mandian di subuh hari sudah jadi kelaziman dua orang pendekar
tersebut.
Bandang DO hangat babandering mambari tanda pagi baugah tangahari
sampai am hudah kutika badua badangsanak kana bapisah. Salah saikung tapaksa
mamingkuti janji.
Panas semakin terik di Bendang DO sebagai tanda pagi sudah baugah (beralih)
ke tengahari. Maka tibalah saatnya untuk kedua sahabat itu berpisah.
Salah seorang terpaksa mamingkuti (memegang) janji.
“Jangan
lupa pesan guru kita wahai saudaraku, walau nyawa sudah berada di hujung,
jangan sekali-kali kau lupa….” pesan Emoh kepada Utoh Putih. Kedua sahabat
berpelukan untuk kali terakhir.“(Barilaan) kita dunia
akhirat.” dengan kata-kata itu, Emoh terus menonong meninggalkan sahabatnya si
Utoh Putih tanpa menoleh lagi ke belakang. Ke mana gerangan tujuannya, tak
siapa pun tahu.
NOTA KAKI:
Tulisan
dan paragraph dalam warna biru adalah perkataan Banjar.
Maksud “Barilaan” ialah
“Maaf zahir batin dan halalkan termakan terminum”
Posted on March 4, 2012by utuhlingkun
Selepas
solat Zohor tengahari itu, kelopak mata Utoh Putih terasa berat kerana tak
tidur semalaman. Anak bungsunya sudah marinuk (merengkok) terlena di tepi lulungkang(jendela)
anjung rumah. Hembusan bayu Bendang DO terasa dingin. Tak lama setelah Utoh
Putih merebahkan badan di sebelah anaknya, dia pun turut terlena.
Hari
semakin menghampiri petang. Entah kenapa gerangan hari ini Bendang DO sunyi
sepi. Tak seorang pun yang kelihatan gagaliwalak (mundar mandir) di luar rumah seperti
hari-hari biasa. Agaknya mereka sengaja mendiamkan diri dalam rumah, masih
terkejut dengan kematian Mail Rudo dan kata-dua komunis, atau sedang menghitung
hari kerana tempoh seminggu yang diberikan PKM semakin hampir.
Tanpa
disedari enam ikung (orang) komunis sedang karayapan (merayap) mamaraki(menghampiri)
rumah Utoh Putih. Kabujuran (kebetulan) pula, isteri dan anak sulungnya tidak ada di
rumah kerana pergi maunjun (mengail) ikan puyu bersama kawan-kawan. Dengan menatang
raifel MK5, gerombolan komunis terjingkit-jingkit menjenguk setiap jendela
rumah. Sebaik terpandang Utoh Putih yang sedang lena, tanpa membuang masapalumpongan (muncung)
MK5 diacukan ke kepala dari luar jendela.
“Dahui…dahui…dahui…”
tiga kali muncung raifel memuntahkan pilur (peluru). Kerana sudah sampai waktunya – sampai ajal –
kekebalan Utoh Putih berakhir. Tak sedikit pun yang tinggal. Mangarabuak (menggelegak)
darah dalam jantung keluar menerusi ruang-ruang terbuka di kepala. Mujur juga
anak kecilnya tidak diapa-apakan. Kuciak papar(menjerit
sakan) si anak yangt terkejut, bakayukut (merangkak)
mendakap bapanya yang sudah tidak bernyawa lagi.
Galahakan (berdekah-dekah)
ketawa gerombolan komunis kerana puas dapat membalas kematian Mail Rudo.
Selepas itu mereka terus balik meninggalkan Pekan Rabu, Bendang DO
menghala ke Sungai Tungko.
Si Emoh
yang sedang dalam perjalanan menghala ke Bendang DO manggisit (hampir)
terserempak dengan kumpulan PKM yang masih terbahak-bahak kegembiraan. Mujur
juga dia ternampak mereka lebih dahulu, lantas melompat manyungkupakan(menyembunyikan) diri ke padang
tagah (dalam semak). Parang bungkol yang bergelar “si
Buruk” sedia tergenggam di tangan. Andai ketemuan, tak taulah apa yang akan
terjadi. Mujur juga dia masih lagi dilindungi Allah, dan tak seorang pun ahli
komunis tersebut dapat melihatnya.
Barubuian (bercucuran)
air mata Emoh terkenang sahabatnya si Utoh Putih. “Mungkin dah tak ada lagi
saudaraku ini” bisik hati kecilnya. Belum pun jauh kumpulan komunis itu
berlalu, Emoh bingkas dan bukah mancicing (pantas berlari) maranduk (meredah)
pinggir bendang menghala ke rumah Utoh Putih yang sudah mula barumbung (ramai) orang.
“Ayuha,
pergilah dulu wahai saudaraku kerana bila sudah sampai masanya, tidak siapa
dapat menghalang” bisik Emoh ketika terpandang jenazah si Utoh Putih. Barataan(semuanya)
warga Banjar di Bendang DO batarukuian
(sepakat) untuk menyempurnakan jenazah petang itu juga. Dalam keadaan serba
kekurangan kerana darurat, pengkebumian berlarutan sampai ke malam.
Han napa
tia bujur, “amun muntung guri wadi hingkat disumpali dipisiti. Muntung manusia
siapang nang hingkat manduga”, tantu banar ah hudah ada nang anju ataran, tida
di manang bubuhan PKM tutih tahu pada si Utoh Putih nang ampunya angkara!
Betapa
benarnya kata-kata “kalau mulut tempayan pekasam boleh disumpali (disumbat)dipisiti (ketat),
mulut manusia siapa yang dapat menduga”. Tentu ada yang anju
ataran(celupar) kalau tidak masakan PKM tahu Utoh Putih yang
empunya angkara.
Mangkining (mengerlit)
kilauan parang bungkol si Kandal Larap yang sudah tidakbapagustian (bertuan)
tersangkut di tawing (dinding). Sambil mengusap mata parang bungkol peninggalan
sahabat karibnya, hati Emoh berkata “Satu ketika nanti akan ku mandikan si
Kandal Larap dengan darah seteru haram jadah…”
Inilah parang bungkol
si "Burok" pusaka peninggalan Emoh yang masih dalam simpanan empunya
cerita
No comments:
Post a Comment