ANAKLAUT

Wednesday, 11 July 2012

Nama Saintifik Ikan Airtawar

    Ikan Air Tawar







NamaKeluargaNama SaintifikSaiz BiasaNama Lain
Ikan BaungBagridaeMystus nemurus (Val)50 cmCatfish
Ikan Belida-Notopterus Chitala--
Ikan Bulan-Megalops Cyprinoides / Indo-Pacific Tarpon--
Ikan Chemperas-Cyclocheilichthys Apogon--
Ikan HaruanChannidaeChanna striatus(Bloch)40 cmSnakehead, Sang Yee
Ikan JelawatCyprinidaeLeotobarbus hoeveni (Bleeker)50 cmSultan Fish, Sultan Yee
Ikan Kaloi-Osphroremus Gorami--
Ikan Kap Kepala Besar-Aristichthys Nobilis--
Ikan Kap Rumput-Ctenopharyngodon Idelius--
Ikan Kawan-Labiobarbus Festiva--
Ikan Kelabau-Osteochilus Melanopleura--
Ikan Kelah-Tor Tambroides--
Ikan KeliClariidaeClarias Batrachus (Linn)30 cmCatfish, Toh Sat Hu
Ikan Kelisa Emas Malaysia-Scleropages Formosus--
Ikan Kelisa Emas Indonesia-Scleropages Aureus--
Ikan Ketutu-Oxyeleotris Marmoratus--
Ikan Kurau-Polynemus spp / Eleutheronema te--
Ikan Lampam Jawa-Puntius gonionotus atau Puntius Javanicus--
Ikan Lampam Sungai-Puntius Schwanenfeldii--
Ikan Lee KohCyprinidaeCyprinus carpio (Linn)50 cmCommon Carp
Ikan Lomah / Lambik-Thynichthys Hnynnoides--
Ikan Parang Sungai-Makrochirichthys Makrochirus--
Ikan PatinPangasiideaPangasius sp.55 cmCatfish
Ikan Patung / Kepor-Pristolepis Fasciatus--
Ikan Puyu-Anabas Testudineus--
Ikan Sebarau-Hampala Macrolepidota--
Ikan Sepat Siam-Trichogaster Pectoralis--
Ikan Tapah-Wallago--
Ikan Tebal Sisik-Barbus Binotatus--
Ikan Temakang-Helostoma Temmincki--
Ikan Tengas-Acrossocheilus Hexagonolepis--
Ikan Tenggalan-Puntius Bulu--
Ikan Terbul-Osteochilus Hasselti--
Ikan TilapiaCichlidaeT.Hornorum x T.Mossambica22 cmTilapia hybrid
Ikan Toman-Channa Micropeltes--



 Jenis Ikan Air Tawar. ( untuk pelajarku SMKBT)

i. Mengumpul gambar sekurang-kurangnya lima jenis ikan air tawar
ii. Melabelkan nama ikan air tawar yg dikumpul
iii. Menamakan sistem ternakan yg sesuai bagi setiap jenis ikan air tawar yg dikumpul.
iv. Persembahan yang menarik
 
Nama Tempatan : Lampam Jawa, Lu Ni, Pai Yee 
Nama Saintifik : Puntius gonionotus 
Sistem Ternakan : Kolam tanah / Bekas Lombong 


 
Nama Tempatan : Sepat Siam 
Nama Saintifik : Trichogaster pectoralis 
Sistem Ternakan : Kolam tanah / Kolam Konkrit 


 


Nama Tempatan : Tilapia Merah, Fi Chia Yee 
Nama Saintifik : Oreochromis niloticus 
Sistem Ternakan : Kolam tanah /Bekas Lombong/Pens/sangkar 



 
Nama Tempatan : Patin 
Nama Saintifik : Pangasius sutchi Fowler 
Sistem Ternakan : Kolam tanah / Bekas lombong 


 

Nama Tempatan : Lee Coh 
Nama Saintifik : cyprinus carpio 
Sistem Ternakan : Kolam tanah / Bekas lombong 



Keli.Clarias Batrachus (Linn)


Lampam jawa. Puntius Javanicus


Tapah. Wallago





Tilapiamerah  .   T.Hornorum x T.Mossambica

Kelah.Tor Tambroides






Kalui. Osphroremus Gorami

Patin. Pangasius sp






Tuesday, 26 June 2012

Kunjungan ke Banjar 2 dis 2011 ( bahagian 5)


http://www.youtube.com/user/hisamihalidi- video






        Kami berhenti di pasar kalau tidak silap di paal 6 di Banjarmasin, singah makan   di warung, pertama kali saya dan Nazmi makan ketupat kandangan. Selesai menjamu selera kami meneruskan perjalanan ke Pemurus tempat asal keluarga kami. Sampai di Pemurus kami terus ke rumah besar peningalan Kae H.Saberan b H.Ahmad, rumah itu masih utuh walaupun sudah ratusan tahun. Di sinilah tempat keluarga dari Malaysia berkunjung puluhan tahun yang lalu. Di sekitar masih kelihatan rawa-rawa , mungkin sawah pada masa lalu.Rumah besar  itu di jadikan tadika untuk kanak-kanak di sekitarnya pada masa ini. Rumah ini masih di jaga oleh cucu-cucu beliau yang tinggal berhampiran. Saya sangat berharap supaya rumah ini dapat dipelihara untuk juriat-juriat keluarga Hj Ahmad Alabio, peninggalan dan sejarah orang-orang yang terdahulu.







Saya dengan Najmuddin di depan rumah kae Saberan yang sudah berusia ratusan tahun






Tanah kuburan keluarga  H . Saberan bin H Ahmad.




Di belakang rumah besar ini terdapat kuburan keluarga H.Saberan, anak-anaknya kecuali H,.Ardani yang di makamkan di Sakumpul. Najmuddin membawa kami ke rumah keluarga yang berhampiran.Rumah diang ganal dan diang halus. Kakak Maisarah Mohdar 


Saya di rumah Diang ganal ( Hj Maini) bersama Siti Salamah,Maisarah

 kakak kepada Syamsudin yang berada di Balikpapan. Dalam perjalan pulang kami singgah di rumah Saberani b. Marei , dan rumah adik iparnya. Saberani masih ingat kedatangan nenek saya Hjh Siti Masniah (Aluh) puluhan tahun yang lalu ketika itu ia masih muda remaja. Katanya  masa itu beberapa orang keluarga dari Sabak Bernam Selangor berkungjung ke Pemurus ini.Rumah beliau berada dipingiran sungai.Abang Saberani sekarang kesihatannya tidak berapa elok, matanya tidak berapa jelas penglihatannya.



Abang Saberani bin Marie bercerita tentang kadatangan kulaan dari Malaysia ke banjar puluhan tahun dahulu.

Dari Pemurus  kami meneruskan lagi perjalanan ke Kurau yang terletak agak jauh juga dari Banjarmasin. Di sana  tinggalnya  Hjh Khadijah Bt H Saberan iaitu sepupu ayah. Hanya dia yang masih hidup sepupu ayah yang di Banjar. Perjalanan ke sana melalui banyak pedesaan, kebetulan masa petani tengah sebuk  membersihkan sawah dan menanam padi. Kami tiba di sana agak lewat tengahari. Saya berkenalan dengan keluarga beliau dan anak-anak dan menantunya, seronok betul kami berbual maklumlah keluarga dari jauh sesekali datang berkunjung, entah bila lagi saatnya boleh ke sini lagi. Rumahnya di tepian  Sungai Kurau yang agak keruh airnya, namun banyak perahu yang hilir mudik ,bunyi ingin motorbot sangat kuat kedengaran dari dalam rumah.



Berfoto bersama keluarga Hj Khadijah di Kurau

Anak-anak perempuanya sibuk memasak di dapur, hari itu kami sungguh berselera makan kerana disajikan masakan asli banjar, bau mandai sungguh menyelerakan dan nasi  yang enak hasil sawah di Kurau sendiri. Lebih kurang jam tiga petang kami meneruskan perjalan pulang ke Martapura.



Anak-anak Hjh Khadijah


Anak sulung sidin Khairul Anwar sangat ingin berkunjung ke Malaysia


Hj Khadijah anak bungsu dari datuk KH Seberan b H Ahmad Alabio

Petang itu sebelum pulang ke rumah kakak Mardiah di Sakumpul, Najmuddin telah membawa ke makam  ayahnya di Sakumpul. Makam ini di belakang 



langgar guru Ijai.Setelah menghantar kami pulang ke rumah kakak Mardiah , Najmuddin dan Siti Salamah pulang ke rumah masing-masing. Malamnya kami tidur dengan nyenyaknya kerana keletihan setelah seharian berkunjung kebanyak tempat.

Sambung lagi bahagian 6 
http://hisamihalidi.blogspot.com/2012/09/kunjungan-ke-banjar-2-dis-2011-bahagian.html

posting lama .
 http://hisamihalidi.blogspot.com/2012/04/kunjungan-ke-banjar-bahagian-4.html





Monday, 25 June 2012

Kaedah menghasilkan varieti baru


1.  Mengenalpasti baka yang berpotensi
2.  Melakukan pemilihan
3.  Melakukan pengacukan
4.  Menguji generasi F 1

Pembiakan
(a)     Kaedah seks :        gunakan biji benih



(b)     Kaedah aseks :      gunakan bahagian tampang
                                      Cara : keratan batang, keratan daun, keratan akar, tut, cantuaman,
                                      organ penyimpanan, pembahagian rumpun dan kultur tisu.

Kaedah seks

1.      Melibatkan percantuman gamet jantan dan gamet betina melalui proses pendebungaan
          untuk membentuk embrio
2.      Kebaikan menggunakan biji benih ialah mudah dilakukan, biji benih banyak dan kos rendah
3.      Dijalankan apabila kaedah aseks sukar dilakukan /tidak ekonomik

Kaedah aseks

1.      Keratan
·          Cepat dan mudah dilakukan
·          Bahan penanaman seragam
·          Menggunakan bahagian batang, daun dan akar
·          Jenis keratan ;             a. Kayu hijau/separa keras – dua hingga 6 buku
b. kayu keras – saiz lebih panjang

 


2.      Tut/markot
·          Kaedah mengakar dahan pada pokok induk
·          Dilakukan pada pokok puding, limau,ciku dll.
·          Kelebihan tut :              - bahan genetik sama dengan induk
·          Kelemahan tut :           - bilangan bahan tanaman terhad
- tidak sesuai dijalankan pada dahan tua
- pokok limau yang dibiak melalui tut mudah diserang kanker  
  batang
- tiada akar tunjang



3.      Cantuman
·          Menyatukan tunas baka dengan pokok penanti membentuk pokok baru
·          Kelebihan :             - mempunyai akar tunjang
- hasilkan baka baru
- banyak mata tunas diperolehi
·          Kelemahan :         - perlu kemahiran
·          Contoh pokok : mangga, rambutan getah dll

4.      Organ penyimpanan

Organ penyimpanan
Contoh
Bebawang
 bawang
Stolon
Rizom
 rumput Bermuda
 halia
Umbisi
 keladi, pisang, Gladiolus




5.        Pembahagian rumpun
·          Rumpun dari rizom, stolon atau ubi di potong dan di tanam
·          Contoh : serai, sanseivieria, dracaena, dieffenbachia dll

6.        Kultur tisu
·          Kaedah membiak tanaman dalam medium akar yang steril
·          Medium cecair steril – air mineral, vitamin, gula, auksin dan sitokinin
·          Pokok yang dihasilkan dinamakan klon
·          Tisu dikultur dinamakan kalus
·          Tisu eksplan diambil dari sel meristem
·          Medium pepejal steril – terdiri daripada medium cecair steril dan agar – agar
·          Pemindahan tisu dilakukan dalam kotak beraliran laminar.
·          Contoh : tanaman orkid dan pisang