ANAKLAUT

Monday, 16 April 2012

Cara Membaja








1.       Taburan
·          ditabur sekata di atas permukaan tanah, digaul dengan tanah, diletak sekeliling pokok (umur 3-4 minggu).
·          baja sesuai – baja butiran halus/granul.
2.       Alur
·          baja pepejal diletak di dalam alur di kiri dan kanan biji benih.
·          baja juga boleh diletak dalam jalur 4 – 5 cm dalam sisi barisan pokok. 

3.       Poket
·          lubang poket digali di hujung kanopi pokok buah-buahan. Baja diletak dalam poket dan ditutup semula.

4.       Semburan daun
·          larutan baja disembur pada pokok

ii.       Pengapuran

Tujuan pengapuran :

1.       Mengurang keasidan tanah – tanah berasid dirawat dengan menggaul atau menabur bahan kapur.
2.       Membekal nutrien tumbuhan – kapur bekal Ca dan Mg.
3.       Membaiki agregat tanah – kapur meneutralkan cas negatif pada kumin tanah menjadikannya bercantum. Kumin tanah dilekatkan oleh pelekat hasil pereputan bahan organik.

Contoh bahan kapur.
1.       Batu kapur    -      kalsium karbonat / CaCO3           
2.       Kapur tohor   -      kalsium oksida  / CaO
3.       Kapur mati    -      kalsium hidroksida / Ca(OH)2
4.       Kapur dolomit  -   CaMg CO3
           

      Faktor yang perlu dipertimbangkan  sebelum melakukan pengapuran.

1.       Jenis tanaman
-          kapur diberi dengan merujuk julat pH yang sesuai bagi tanaman tertentu.
2.       Jenis bahan kapur
-          kapur dolomit bekal Ca dan Mg sesuai tanaman kelapa sawit,koko, jagung dan sekoi.
-          kapur tohor kandungan Ca tinggi, kurang kaustik tetapi sukar diguna.
3.       Jenis tanah
-          tanah asid sulfat dan tanah gambut boleh dirawat dengan bahan kapur.
-          pengapuran berlebihan sebabkan ketoksikan Fe, Mn, Zn, Cu dan Bo.
4.       Kandungan bahan organik
-     tanah tinggi kandungan bahan organik perlukan banyak kapur
-          bahan organik menyerap kation H+ dan kapur sukar mengubah pH.


iii.      Pemugaran

1.       Pemugaran ialah kerja memecah, menggembur dan menghapus rumpai.
2.       Pemugaran primer – kerja mula dilakukan.
3.       Contoh alat pemugaran primer – bajak sepak, bajak piring, bajak putar dan bajak pahat.
4.       Tujuan pemugaran primer :
-          potong dan balikkan tanah.
-          pecah dan longgar tanah keras
-          sedia permukaan sesuai untuk pemugaran sekunder
5.       Pemugaran sekunder – dilakukan selepas pemugaran primer
6.       Tujuan pemugaran sekunder :
-          musnah rumpai
-          mencampur baja dan kimia pengawal perosak
-          timbus dan gaul sisa tumbuhan
-          musnah atau kawal perosak
-          sedia batas tanaman
-          hasil permukaan tanah halus untuk menyemai atau menanam.
          7.  Contoh alat pemugaran sekunder -  bajak sikat, penggembur dan alat pembatas.





iv.      Pencegahan dan pengawalan hakisan

          Jenis hakisan tanah

          1.  Hakisan permukaan
·          Hakisan peringkat permulaan
·          Lapisan nipis permukaan tanah hilang

          2.  Hakisan alur
·          Hakisan peringkat kedua
·          Tanah dihakis lebih dalam membentuk alur

          3.   Hakisan lurah
·          Hakisan alur dibiar berterusan membentuk lurah
·          Sukar dipulihkan


Prinsip pencegahan dan kawalan hakisan

1. Melindungi permukaan tanah – daripada timpaan hujan.
2. Mengelak pengaliran air
3. Mengurang kelajuan larian air.

Kaedah mencegah dan mengawal hakisan tanah oleh air

1.       Menanam penutup bumi
-                       tanam kekacang – centro, peuro, calapo, keledek hiasan.
-                       menutup pemukaan tanah bagi mengurangkan kelajuan larian air dan mengurangkan daya timpaan hujan
-     akar mencengkam/memegang  butir tanah untuk mengelakkan dari dilarikan air
2.       Membuat teres
-                       mengelak air hujan mengalir menerusi lereng bukit.
-                       memperlahan larian air



3.       Menanam mengikut kontor
-                       kawasan curam ditanam getah dan kelapa sawit mengikut kontor menghalang air mengalir turun sepanjang lereng bukit.
4.       Membuat sungkupan
-                       bahan diletak di permukaan tanah melindung permukaan tanah dari ditimpa hujan.
-                       bahan digunakan seperti rumput kering, daun kelapa, plastik dll
-                       kebaikan sungkupan
a.       Elak hakisan tanah.
b.       Elak tanah padat
c.        Menurunkan suhu tanah
d.       Memulihara kelembapan tanah
e.       Mengelakkan pertumbuhan rumpai
5.       Menanam secara jalur
-      menanam merentasi lereng atau kawasan curam
-                       halang air dari mengalir terus sepanjang kawasan curam.
6.       Membina sistem peparitan
-                       air berlebihan dikumpul dan dipindah keluar melalui parit



Thursday, 12 April 2012

Kunjungan ke Banjar (bahagian 4)



Hari ke 4. (5.12.2011)
Pagi hari kami hanya pusing-pusing sekitar Sakumpul, melihat toko-toko di sini,sambil membeli beberapa cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia. Tidak lupa juga saya membeli buku-buku tentang pertanian dan penternakan. Setelah penat  kami pulang ke rumah kak Mardiah lebih kurang jam 11 pagi. Rupanya di rumahnya sudah ada orang menunggu kami iaitu  Hamidah anak kakak Mardiah  dan sepupu saya Shamsiah ( adik kak Mardiah) Kami berkenalan dan berbual-bual.  

                          Hamidah dan temannya


     Saya , Nazmi dan Siti Salamah  serta anak-anaknya

Petangnya Siti Salamah berkunjung dan memberitahu malam nanti kami akan pergi  ke rumahnya  di Banjarmasin. Kebetulan masa itu adiknya Najmuddin ada hal yang perlu diuruskan tidak dapat menjemput kami. Malam itu jam lapan dia datang menjemput kami dengan motosikal untuk dihantar ke jalan besar. Di sana kami naik teksi untuk ke Banjarmasin, Siti Salamah bersama menemankan kami.
Tiba  di Banjarmasin, bila kami turun dari teksi, Najmuddin telah menunggu kami. Itulah pertemuan pertama kami, walaupun kami selalu berhubung melalui internet dan telefon. Kami berpelukan antara satu samalain. Kami dibawa ke rumah ibunya di pinggiran bandar Banjarmasin. Kebetulan malam itu juga ibunya baru pulang dari Halabiu kerana ada kenduri perkahwinan saudaranya di sana.Malam itu kami tidur awal kerana esok awal-awal pagi lagi kami akan pergi pasar terapung Kuala Kuin.

Hari ke 5. (6.12.2011)
    Subuh masih muda kami dua beranak dan Siti Salamah dua beradik telah siap sedia untuk bertolak ke pasar terapung di Kuala Kuin Banjaramasin. Sebelum subuh kami sudah tiba di jeti untuk pergi ke pasar terapung. Jeti ini bertentangan dengan mesjid yang bersejarah iaitu mesjid Suriansyah. Najmuddin parking kereta di kawasan mesjid ini. Setelah selesai solat subuh di mesjid ini kami  terus ke jeti, rupanya di sana telah menunggu isteri, anak Najmuddin serta mertuanya dan adik-adik iparnya.Kami bersalaman dan saling berkenalan.




Jeti bersebelah dengan mesjid bersejarah



            Dalam keadaan yang masih gelap kami naik bot yang telah menunggu kami untuk ke pasar terapung, perjalanan ke pasar terapung mengambil masa lebih kurang 15 minit dari jeti. Sampai di muara Kuin saya sungguh kagum melihat pasar terapung yang di penuhi dengan pedagang yang menggunakan perahu untuk berniaga. Mereka akan menghampiri bot 

                                masih gelap dan berniaga di pasar terapung

pengunjung dan menawarkan dagangan mereka, pelbagai hasilan pertanian, buahan, kuih- muih dan bermacam lagi didagangan di sini. Pasar ini rupanya sudah bermula di sini sejak ratusan tahun dahulu kerana perhubungan yang  paling mudah pada masa itu adalah jalan air dan terusan. Hingga Banjarmasin mendapat nama jolokan bandar seribu sungai. Muara Kuin ini bersambung ke sungai Barito yang sangat besar dan dalam hinggakan kapal-kapal besar dari lautan boleh memudikinya jauh ke pedalaman Kalimantan Selatan.
            Agak lama juga kami di pasar terapung ini, setelah membeli beberapa barang bot kami mudik ke tengah sungai Barito, rupanya di sini ada restoran terapung yang menjual makanan asli banjar, soto banjar, ketupat kandangan, nasi pundut kuning dan lain-lain lagi. Kami sarapan di sini, sungguh nyaman dan indah pemandangan dari tengah sungai. Kelihatan di kanan Kota Banjarmasin dan di kiri kawasan industri kayu dan di selatan Tamban. Di tengah sungai terdapat satu pulau iaitu Pulau Kambang.



Restoran dalam bot

Kami di tengah sungai Barito

                                                                              
                                                  Najmuddin dan Nazmi

                                          pasar terapung kuin banjarmasin

                               
            Setelah selesai sarapan dan menikmati keindahan alam sekitar kami meneruskan perjalanan ke Pulau Kambang. Tiba di jeti pulau itu kami di sambut ratusan monyet yang menghuni pulau ini. Kami menyusuri pulau ini dengan mengikut jembatan yang di bena merentasi pulau dan berpatah balik ke jeti. Di pulau ini terdapat candi monyet. Kami berada di pulau ini lebih kurang satu jam kerana asik dengan telatah monyet di sini.

Monyet di pulau kambang


Monyetni rajin sangat kopek kelapa..

                       
                                        Pemandangan dari pulau kambang

            Seterusnya bot kami meneruskan perjalan kembali ke jeti, sepanjang perjalan kami dapat melihat keunikan kehidupan warga ditepian sungai, banyak sampan, dan bot di di sini malah mereka menggunakan sungai untuk mandi, nampaknya sungai di sini tidak tercemar masih boleh mandi dan membasuh pakaian. Di Semenanjung Malaysia mungkin suasana ini agak luar biasa.


Kehidupan di tepian sungai di Banjarmasin

                                                   


            Tengahari itu kami tiba di jeti mesjid Suriansyah, kami berpisah dengan keluarga Najmuddin  di sini.  Kerana  adalagi tempat yang hendak kami kunjungi  .    

Monday, 2 April 2012

Menghitung baja


        
          Hitung baja berdasarkan gred baja

          a.   Hitung berat N dalam 250 kg baja kalium nitrat (15 %)

                Jawapan :              100 kg baja kalium nitrat mengandungi 15 kg N
                                                250 kg kalium nitrat             =  15/100  x  250
                                                                                                 =  37.5 kg N

          b.   Hitung berat N, P2O5  dan K2O  dalam 200 kg baja NPK green 15:15:16


                Jawapan :              Berat N

                                                100 kg baja NPK mengandungi 15 kg N
                                                200 kg  baja NPK                =              15/100  x  200
                                                                                                =              30 kg N

                                                Berat  P2O5 

                                                100 kg baja NPK mengandungi 15 kg P2O5  (fosforus)
                                                200 kg baja NPK =              15/100  x  200
                                                                                                =              30 kg P2O5




                                                Berat K2O

                                                100 kg baja NPK mengandungi 16 kg K2O
                                                200 kg baja NPK =              16/100  x  200
                                                                                                =              32 kg K2O

Hitung keperluan baja untuk bekal kuantiti tertentu sesuatu nutrien dan kos pembajaan

          Setiap hektar tanaman mangga memerlukan 60 kg N. Tentukan kuantiti baja ammonium nitrat (35 %N) yang perlu digunakan. Jika harga 50 kg baja ammonium nitrat ialah RM 70.00, tentukan kos pembajaan mangga tersebut.
                                               
          Jawapan :                    Kuantiti baja ammonium sulfat yang diperlukan

                                                100 kg baja ammonium sulfat mengandungi 35 kg N
                                                60 kg N                  =              100/35  x  60
                                                                                =              171.43 kg baja ammonium sulfat

                                                Kos baja

                                                50 kg                      =              RM  70.00
                                                171.43 kg              =              RM  70.00 / 50  x  171.43
                                                                                =              RM  240.00