ANAKLAUT

Friday, 10 February 2012

Kesan angin- nota untuk pelajarku


  Kesan angin


1.       Transpirasi
·             angin bertiup – kadar transpirasi bertambah

2.       Pendebungaan
·               memindahkan debunga dari bunga jantan ke stigma di bunga betina.

3.       Penyebaran penyakit dan perosak
·            tiupan angin memindahkan spora kulat ke pokok-pokok lain
·            contoh penyakit seperti karat,bintik daun, kulapuk daun dan penyakit hawar.
·           serangga juga dipindahkan oleh angin seperti afid, trip dan ulat bungkus.

4.       Fizikal tumbuhan
       . Perosakan secara mekanik ke atas tanaman -         contoh pokok tumbang, dahan patah, daun terkoyak dll



           

Amalan elak kerosakan oleh ribut
1.       Adang angin
·          menanam pokok besar   di sekeliling ladang
2.       Memilih tapak
·          elak daripada menanam pokok pisang dan sesetengah klon getah di kawasan
      yang mengalami tiupan angin kencang
3.       Menyediakan sokongan
·          untuk mengelak pokok mudah tumbang terutama anak pokok
·          membina struktur sokongan untuk pokok-pokok besar yang ditanam semula
      dalam landskap
4.       Menanam pada jarak yang sesuai
·          menanam pada jarak yang sesuai menghasilkan tanaman kuat dan tegap
      supaya tidak mudah tumbang ditiup angin