ANAKLAUT

Monday 27 February 2012

TANAH - Nota untuk pelajarku

Pengenalan

1.       Tanah ialah lapisan atas permukaan bumi.
2.       Tanah mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa.

LAPISAN TANAH LAZIM
CIRI-CIRI
Tanah atas
·terdapat sisa tumbuhan dan haiwan
·ketebalan 15 cm dan lapisan paling subur
·pengudaraan baik dan kandungan bahan organik tinggi
- akar tumbuh dengan baik.
·Tempat tinggal hidupan tanah.

Tanah bawah
·berada di bawah tanah atas
·lebih padat
·mengandungi bahan terkumpul melalui larut resap.
·Lapisan keras – halang akar tumbuh dan pengaliran air.
·Sedikit organisma hidup
Batuan
·Bahan induk tanah.
·Alami proses luluhawa.

Susunan profil tanah :  

Sisa tumbuhan dan haiwan
Sisa tumbuhan dan haiwan
Tanah bawah
Batuan


Kepentingan Tanah


1.                   Memberi sokongan mekanik kepada akar
·          cengkaman akar menyebabkan tumbuhan tumbuh tegak
·          dapat terima cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis
2.                   Membekal nutrien kepada tumbuhan.
·          tanah simpan nutrien
·          sebahagian berbentuk bahan organik yang dibebas apabila reput.
·          baja yang diberi bertindakbalas dengan kumin tanah dan disimpan dalam tanah.
3.                   Membekal oksigen dan air kepada tumbuhan
a.     Udara tanah mengandungi gas CO2 , Odll
·          CO2 lebih banyak kerana terhasil dari respirasi akar, respirasi organisma tanah dan pereputan bahan organik.

b. Air tanah
·          wujud dalam bentuk :         - filem yang meliputi kumin tanah.
                                                        - wap dalam rongga tanah
                                                        - cecair (mengalir dalam rongga tanah)



Komponen Tanah


1. Bahan mineral    -   45 %
2. Air                     -   25 %
3. Gas                   -   25%
4.Bahan organik     -   5 %

No comments:

Post a Comment