i. Bahan mineral tanah (inorganik)
1. Terdiri dari kumin mineral - pasir (kuarza), kelodak dan liat hasil proses luluhawa.
2. Kuarza mengandungi silika dioksida.
3. Kumin pasir dan kelodak mempunyai silika dioksida tinggi – tidak terlibat dalam tindakbalas kimia dalam
tanah.
tanah.
4. Kumin liat terdiri dari silika oksida, oksida ferum dan aluminium.
ii. Bahan Organik
1. Humus ialah hasil akhir pereputan bahan organik.
2. Ciri Humus
· stabil
· berwarna gelap
· tidak larut dalam air
· menyimpan air
· menyimpan kation
3. Sumber bahan organik - sisa tumbuhan dan haiwan, najis, tumbuhan dan haiwan
mati
4. Bakteria dan kulat merupakan agen penguraian yang mengurai bahan organik di
dalam tanah.
Kesan baik bahan organik
1. Membekal nutrien kepada tumbuhan
· Mengandungi N,P,K,Ca dan Mg.
2. Membaiki struktur tanah.
· humus sebagai bahan pelekat – melekatkan kumin tanah membentuk agregat tanah.
· susunan agregat ini dipanggil butirapuh. Susunan agregat butirapuh memberi pengudaraan dan saliran yang baik.
3. Menambahkan daya penampungan air tanah.
· bahan organik dicampur dengan tanah pasir menambah daya penampungan air.
4. Menghalang kehilangan nutrien dalam tanah.
· pereputan bahan organik menghasilkan bahan-bahan bercas yang berupaya menarik ion Ca, K, Mg, Fe, Zn, Bo.
· Ion ini diikat pada bahan organik kerana bahan organik bercas negatif dan tidak mudah hilang melalui larutresapan.
iii. Udara
1. Rongga tanah yang tidak diisi dengan air akan diisi oleh udara.
2 Gas tanah mengandungi banyak karbon dioksida dan kelembapan tinggi berbanding di amosfera.
3. CO2 lebih banyak kerana respirasi akar dan organisma tanah dan pereputan bahan
organik di dalam tanah. CO2 terperangkap di dalam tanah.
iv. Air
1. Rongga tanah halus dipenuhi cecair dan rongga lebih besar terisi gas.
2. Kandungan air tanah pada paras muatan medan memastikan bekalan oksigen mencukupi.
3. Ciri-ciri muatan air tanah :
a. muatan medan (had basah tanah) – keadaan di mana rongga tanah dipenuhi oleh air dan masih terdapat ruang udara
b. tanah tepu air – semua rongga tanah dipenuhi air, tiada udara. Air berlebihan
dan akar tumbuhan terendam di dalam air
c. had layu(titik layu) – terdapat terlalu sedikit air dalam tanah dan tidak dapat diambil oleh akar. Kesannya pokok akan layu.
No comments:
Post a Comment