ANAKLAUT

Monday, 13 February 2012

IKLIM – Unsur iklim -nota untuk pelajarku

  Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan
                                                 ialah
 iklim, tanah, biosis, genetik dan pengawalatur pertumbuhan
 IKLIM –  Unsur iklim   
ialah                  cahaya
                           suhu
                           hujan
                           angin

Fotisintisis

    6CO2    +     12H2O          à          C6H12O6  +  6H2O  +  6O2
 (dari udara)  (diserap oleh akar)        (kanji

 Kefotokalaan




 
· Reaksi tumbuhan terhadap perbezaan tempoh siang dan
   malam
· Reaksi samada tampang atau berbunga.
· Dipengaruhi oleh tempoh siang dan malam.
· Tanaman tempoh siang pendek seperti orkid Phaleonopsis,
   kacang soya,nanas dan ubi keledek, padi
· Tanaman tempoh siang panjang seperti gandum, pokok jarak
   dan ubi kentang.
· Tanaman tropika seperti kelapa, padi dan mangga neutral
  terhadap tempoh siang.

Faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya   oleh tumbuhan
 
1.       Keluasan permukaan daun
· lebih luas permukaan daun didedahkan kepada
  cahaya matahari maka lebih banyak sel daun dapat
  menjalankan fotosintesis.

  
2.   Susunan daun

· tegak lebih banyak daun terdedah kepada cahaya
·susunan berlapis-lapis  – cahaya tertumpu kepada bahagian
   atas tumbuhan, daun di bawah kurang menerima cahaya


3.       Topografi
· merujuk kepada keadaan bentuk muka bumi yang tidak rata atau tinggi rendah.
· permukaan bumi yang bersudut tepat dengan pancaran cahaya matahari akan menerima lebih banyak cahaya    matahari
·bahagian bukit terdedah cahaya menerima lebih banyak cahaya.



4.   Naungan
· mengurangkan penerimaan cahaya oleh tumbuhan.
· untuk melindungi pokok yang sensitif terhadap cahaya matahari seperti anak pokok yang baru ditanam
· naungan gunakan jaring hitam, daun kelapa, lalang dll.

1.Sokongan kayu tunggal
· lada hitam
2.Sokongan kayu junjung
· kacang panjang
3.Sokongan berpara
· peria
· petola
4.Sokongan berpagar
· tomato








Kaedah untuk menggalakkan penggunaan  / mendapat cahaya yang optimum
 
1.  Memilih tapak yang sesuai.
·kawasan rata, lapang dan tidak terlindung oleh bangunan    atau pokok besar
2.       Menanam pada jarak yang sesuai.




· mengurangkan persaingan untuk mendapat cahaya
· penggunaan tanah secara maksimum.
· Corak penanaman sistem segi empat, sistem segi tiga dan
   sistem siku keluang
3.       Menyediakan sokongan.
· supaya tumbuhan memanjat mendapat cahaya yang
  optimum
· sokongan juga perlu untuk pokok jenis memanjat, berbatang lembu dan anak     
  pokok baru ditanam
4.       Mengawal rumpai.
· mengelak persaingan mendapatkan cahaya, nutrien, air dan ruang
5.       Membekalkan cahaya tiruan.
· Lampu pijar
-       bekal cahaya warna biru hingga inframerah.
-       penggunaan tenaga elektrik tidak cekap
6.   Menanam tanaman gunakan ruang antara tanaman kekal dengan menanam
       tanaman jangka pendek
· dapat mengoptimumkan penggunaan cahaya matahari
· tidak bazir cahaya matahari dan rumpai tidak tumbuh
7.   Mencantas.
· membuang bahagian tumbuhan yang tidak diperlukan.
· tujuan untuk membenarkan lebih banyak cahaya diterima
              oleh daun di bahagian dalam