ANAKLAUT

Monday, 13 February 2012

Kesan suhu- nota untuk pelajarku


1.       Percambahan biji benih
  • suhu yang terlalu rendah atau tinggi akan mengganggu percambahan biji benih.
  • suhu 21oC – 43oC meningkatkan respirasi biji benih dan menggalakkan percambahan biji benih\

alatan dan bahan untuk ujikaji percambahan

                                                                            
                                                                                   Benih yang telah bercambah
2.       Transpirasi
  • Suhu meningkat kadar transpirasi akan meningkat.
3.       Kualiti hasil
  • hasil pertanian tahan lama jika disimpan pada suhu rendah
  • suhu rendah mengurangkan respirasi dan aktiviti enzim – hasil dapat disimpan lama



4.       Fizikal tumbuhan
  • ·suhu yang terlalu tinggi atau rendah akan membantutkan pertumbuhan/kecederaan  tanaman
Kaedah untuk mendapatkan suhu yang sesuai
1.       Memilih tapak yang sesuai
  • tanah tinggi suhu rendah seperti Cameron Highlands sesuai untuk teh dan kubis
  • tanah rendah, suhunya  tinggi, sesuai untuk tanaman tropika seperti kelapa sawit dan getah
2.       Menyediakan naungan
  • untuk mengurangkan kesan peningkatan suhu
  • untuk tumbuhan yang mempunyai tisu yang lembut/anakbenih yang baru ditanam
  • bahan untuk membuat naungan seperti jaring hitam, daun kelapa, lalang kering dll


3.       Menyediakan sungkupan
  • melindungi permukaan tanah dari pancaran cahaya matahari
  • mengurangkan kesan pemanasan permukaan tanah
  • suhu tanah menjadi rendah

Menutup batas dengan sungkupan plastik hitam


Tanaman rockmelon batas ditutup dengan sungkupan plastik



Hujan (air)
Kesan air
1.       Fotosintesis
  • air kurang – liang stoma daun akan tertutup dan menyebabkan gas CO2 tidak boleh memasuki daun
  • kekurangan air dan gas CO2 menyebabkan kadar fotosintesis rendah


2.       Penyerapan dan translokasi nutrien
  • air sebagai pelarut utama nutrien
  • air sebagai medium untuk tindak balas biokimia
  • pengangkutan air dan bahan terlarut – dari akar ke bahagian lain melalui xilem
  • bahan tersintesis di daun diangkut  dari daun ke bahagian lain melalui floem
  • kekurangan air/tiada air menyebabkan proses di atas tidak berlaku
3.       Transpirasi
  • proses sejatan air melalui stoma  dapat menghilangkan haba dan menyejukkan daun
  • ketiadaan air menyebabkan proses transpirasi tidak berlaku/kurang


4.       Kesegahan sel
  • air cukup, sel akan segah dan daun berkembang sempurna untuk terima cahaya
  • kadar fotosintesis meningkat sebab daun mendapat cahaya yang cukup/optimum

Kaedah mendapatkan air yang mencukupi:
1.       Melakukan pengairan yang sesuai
  • membekalkan air yang mencukupi kepada tanaman
  • contoh pengairan seperti  sistem pengairan titisan dan percikan
2.       Melakukan penyaliran yang sesuai
  • mengeluarkan air yang berlebihan dari kawasan penanaman
  • untuk mempastikan oksigen dalam tanah cukup
  • contoh perparitan seperti parit tulang hering, parit rawak dan parit selari
3.       Menanam pada masa yang sesuai
  • elak kemarau atau banjir
  • tanam pada permulaan musim hujan

No comments:

Post a Comment